Followers

Saturday, September 18, 2010

KJ NIE BUKAN SAHAJA TAK BIJAK MALAH TAK CERDIK DAN BANGANG PULA.


LAGI KATA KHAIRY JAMALUDDIN "BUDAK CERDIK TAPI TAK BIJAK"

Selepas Ibrahim Ali, Anifah Aman dan lepas tu Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pula dan selepas ini siapa pula yang akan mengulangi kata-kata bahawa “ Khairy Jamaluddin nie budak cerdik tapi tak bijak” kita tunggu dan lihat aje lah.

Semuanya gara –gara cadangan pra matang beliau yang meminta kerajaan memanggil Duta Besar Malaysia di Jakarta. Datuk Syed Munshe Afzaruddin Syed Hassan.pulang ke tanahair.

Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Peribumi Kebangsaan (PERKASA), Muhammad Zahid Md. Arif berkata, cadangan itu merupakan tindakan terdesak oleh Ahli Parlimen Rembau itu untuk mendapatkan publisiti murahan.. Sebagai Ahli Parlimen yang juga merupakan graduan dari Universiti Oxford, Khairy harus faham sekiranya Duta kita di Jakarta dipanggil pulang, bermaksud Malaysia bersedia untuk memutuskan hubungan diplomatik yang lama terjalin dengan republik itu,"katanya.

Aku pula akan berkata bahawa KJ NIE BUKAN SAHAJA TAK BIJAK MALAH TAK CERDIK DAN BANGANG PULA.

Dengan PERKASA mahu di jadikan seteru tetapi dengan BENDERA dijadikan Karib. Mamanggil pulang Duta Besar Malaysia bererti kita tunduk dan takut kepada ancaman BENDERA dan sekaligus memperlihatkan kita menyokong tindakkan BENDERA itu. Kalau KJ nie bijak dia sudah pasti merancangkan sesuatu yang menyamai dengan apa yang BENDERA lakukan, paling tidak kalau tidak bakar bendera Indonesia pun buatlah macamana bekas komando serahkan bendera terbalik kepada konsulat Indonesia di Penang tempohari.

Posted by Melayu Pasir Gudang



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.