Followers

Tuesday, September 28, 2010

Azmin tawar jawatan untuk apa?



ZAID:TERIMAKASIH AZMIN:RUKUNLAH KAMU BERDUA!!!

Labels: SATIRA POLITIK

Zaid berkata beliau melihat budaya politik PKR yang menjunjung demokrasi, berpandukan persetujuan bersama, serta beraskan kemampuan dan merit.

“Kalau Azmin (Ali) bersetuju dengan saya bahawa ciri-ciri ini telahpun ada sejak 12 tahun lalu, saya tidak akan cabar sesiapa. Saya cuma akan tegaskan apa yang telah ada, tapi sekiranya budaya PKR dia berbeza daripada apa yang saya beritahu itu, maka itu bukanlah budaya PKR dan ia tidak akan pergi jauh,” katanya lagi.

Mengulas tawaran oleh Azmin sebelum ini untuk tidak meminggirkannya dengan memberikan satu jawatan, Zaid berkata Azmin hanya “bermain politik” apabila membuat tawaran itu.

“Jawatan itu untuk apa? Jawatan untuk saya akur kepada beliau atau personaliti tertentu? Untuk apa? Jawatan tidak penting, tapi peranan. Apa yang saya hendak lakukan dengan cabang, dasar parti, apa yang saya hendak lakukan untuk menarik ahli baru?

“Adakah saya dibenarkan untuk tarik ahli baru? Ini yang lebih penting. Saya rasa dia cuma bermain politik, bagaimanapun saya ucap terima kasih.

“(Tawaran) ini tindakan yang kosher (wajar) lah. Dalam pertandingan anda akan kata bahawa anda akan jaga pesaing anda. Walaupun anda seorang killer (dalam politik), anda akan kata begitu. Orang politik begitulah. Tapi sekiranya dia ikhlas, terima kasih,” katanya lagi. 

2 comments:

  1. Salam, Saya dari Cabang PKR P--188 Silam, Saya masuk ahli PKR pada tahun 1998 sehinggah sekarang, pertama ahli PKR Silam hanya ada 51 orang. yang dapat bertahan sehinggah sekarang di dalam 51 orang hanya saya dan 2 orang rakan, sehinggah sekarang Cabang Silam mempunyi 4500 ahli PKR, bagi pendapat saya, jawatan saya belakangkan dulu, yang penting perjuangan kita ikhlas memperjuangkan Hak Rakyat.

    ReplyDelete
  2. Syabas diatas kesabaran mu - TERUSKAN PERJUANGAN DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.