Cara mereka nak cari pasal dengan DAP ialah dengan menimbulkan persepsi negatif tentang DAP. Balik-balik DAP dilabelkan sebagai parti perkauman. Ater... demer tu baik benor ke?? Harmonis benor ke?? Rasional benor ke?? Toleransi benor ke? Tak ada langsung semangat perkauman ke??
Cer kita perhatikan betul-betul... Siapa yang mula-mula kaitkan kes pembunuhan Sosilawati dengan isu perkauman. Kita tak politik pun langsung pembunuhan tersebut. PAS dan PKR cuma sekadar mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
Tup-tup... si Zahid Mat Arif, tak semena-mena jolok DAP, dengan menyindir parti itu kerana lambat membidas pembunuh Sosilawati dan mangsa-mangsa yang lain. Dia cuba kaitkan pulak kelewatan itu dengan membuat fitnah, kononnya... pembunuh tersebut adalah anggota seumur hidup parti DAP.
Weh.... DAP nak komen atau tak komen ke pasal kes pembunuhan tersebut, dia orang punya pasal ler!! Yang ngkau sibuk mengapa?? Ini ler manusia yang tak de kerja.... mencari kerja. Buat pulak kerja bodoh. No kualiti punya mentaliti. Haprak!!
Yang dia pandai.... hanya melalak. Melalak dan terlalak macam anjing tetapi bukit tak da kesan apa-apa pun. Still maintain macam tu jugak. Tak terjejas whatsoever!!
Mengikut apa yang dilaporkan di sini.... dia ni, anggota Perkasa, ahli majis tertinggi pertubuhan tersebut. There.... another ahli UMNO @ Perkasa. Another... a 2 in 1 punya samdol!!
Well.... macam Nazri kata ler, mereka ini ialah kelompok yang direject oleh UMNO. Keluar UMNO, masuk PKR, and then... keluar pulak dari PKR and masuk semula UMNO tetapi UMNO pun tak berapa nak terima. Mungkin UMNO terima, sebab nak jejaskan imej PKR. Publisiti dan propaganda untuk kepentingan politik mereka. Zahid diterima bukan kerana dia hebat, tetapi nak dijadikan barua dan lembu!! Sebab... UMNO tau, dia keparat yang tengah melarat!! Ha... ha... Itu lah taraf Zahid Mat Arif. Lembu beb!!
Terlalak sana terlalak sini... semata-mata untuk menarik perhatian para pemimpin UMNO dengan harapan dapat 'bernafas lega' semula di dalam UMNO. Mungkin juga untuk membuktikan yang he's a good UMNO 'dog' dan layak dapat ganjaran sebagai habuan. Alahai.... kesian dia. Ezam dah dapat ganjaran.... Tak dia tak boleh dapat, kot??
Zahid... Zahid... DAP bukan bangang macam ngko. Apa hal pulak dia nak komen. Itu hal polis... biarlah polis yang siasat. Dia orang pun tak mahu terperangkap dengan permainan politik kotor ngkorang. Bolayan ler...
Sekarang... memang sah. Ngkorang yang cuba politikkan kes pembunuhan ini dan cuba kaitkan ia dengan isu perkauman. Baik Zahid Mat Arif mau pun Utusan Meloya, kedua-duanya cuba bermain dengan politik murahan. Sori... orang tak beli dah weh!!
Rakyat bukan bodoh macam lu orang. Rakyat sudah cerdik dan sudah bijak membuat penilaian. Mereka tidak akan terpedaya dengan permainan politik murahan daripada politikus yang dah tak laku dan akhbar yang juga dah tak laku serta hampir bangkrap!!
Kesian.... Nak cari pasal tapi orang bolayan. Kalau nasib tak baik, kena saman pulak. Ha.. ha... padan muka!!
Posted by A Mum Of Three Mohd at 1:15 AM 0 comments
Labels: Zahid Mat Arif:DAP
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.