Followers

Tuesday, August 31, 2010

INDONESIA MAIN KASAR ? Bank CIMB di Makassar diserbu penunjuk perasaan !

Bank CIMB Di Indonesia Diserang

Main Kasar di Makassar oleh Laskar Merah Putih: Kepentingan Malaysia diancam!

GAMBAR yang disiarkan akhbar Tempo menunjukkan sekumpulan penunjuk perasaan yang menggelarkan diri mereka sebagai Laskar Merah Putih membuat demonstrasi di hadapan Bank Internasional Indonesia di Makassar semalam.

MAKASSAR - Sekumpulan anggota kumpulan penunjuk perasaan yang dikenali sebagai Laskar Merah Putih memasuki cawangan bank CIMB Niaga yang sebahagiannya milik syarikat dari Malaysia di bandar Makassar, Sulawesi Selatan semalam dan mengarahkan semua kakitangannya supaya berhenti berkerja, lapor sebuah akhbar semalam

Kumpulan penunjuk perasaan itu tiba dengan menaiki berpuluh-puluh buah motosikal dan sebuah kereta di cawangan bank berkenaan di Jalan Ahmad Yani di sini semalam.

Beberapa anggota polis dan pengawal keselamatan bank berkenaan cuba menghalang penunjuk-penunjuk perasaan itu daripada memasuki premis tersebut tetapi gagal kerana bilangan mereka yang jauh lebih ramai.

Kumpulan Laskar Merah Putih kemudian memaksa kakitangan CIMB niaga supaya berhenti bekerja dan meninggalkan pejabat mereka.

Mereka turut diarahkan supaya mengisytiharkan kecintaan mereka kepada Indonesia.

Pengarah bank berkenaan untuk rantau Indonesia Timur, Rahmat Haris yang mewakili para pekerja, seterusnya menuruti kehendak kumpulan tersebut.

Dia membaca ikrar berkenaan sambil diperhatikan oleh kakitangan bank itu di sebuah tempat letak kereta di sini.

Tiada kecederaan berlaku dalam insiden tersebut tetapi tindakan kumpulan Laskar Merah Putih menjejaskan aktiviti bank itu.

Selepas melakukan tunjuk perasaan di CIMB Niaga, kumpulan penunjuk perasaan itu bergerak ke sebuah cawangan Bank International Indonesia di Jalan Kajaolalido dan mengulangi perbuatan mereka..

Kumpulan penunjuk perasaan itu kemudian meneruskan perhimpunan di depan bangunan Konsulat Malaysia.

Perbuatan biadab kumpulan itu menyusul selepas hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia agak tegang sejak beberapa minggu lalu berikutan laporan berhubung pertikaian sempadan dan demonstrasi oleh media Indonesia.

Sebelum ini Kedutaan Malaysia di Jakarta turut dilontar najis oleh sekumpulan penunjuk perasaan Indonesia. - Agens





1 comment:

  1. Kes teruk suda ni...dorang tak sedarkah yang berjuta rakyat mereka bergantung hidup dengan Malaysia

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.