Followers

Monday, July 12, 2010

ZULKIFLI PEMBOHONG, PARASIT DAN GILA TALAK :KHALID – mstar




Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS, Khalid Abdul Samad menyifatkan Ahli Parlimen Bebas dari Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sebagai seorang pembohong, parasit dan gila talak apabila baru-baru ini mengakui menghadiri beberapa program ceramah dan forum anjuran PAS.

Menurut Khalid, tindakan bekas Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terus menerus mengaitkan dirinya dengan PAS bertujuan mendapatkan 'talian hidup' demi survival politiknya.

"Sekarang ini terus menerus mendakwa dirinya sebagai ahli PAS walaupun PAS menafikannya, bertambah kronik kes ini kerana beliau bukan sahaja pembohong dan parasit, ditambah pula gila talak.

"Kononnya banyak program bersama PAS, tapi bak kata pepatah, sekali pembohong, sentiasa pembohong dan tiada contoh yang lebih jelas dan lebih nyata akan kebenaran kata-kata ini selain dirinya," katanya di sini pada Ahad.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.