Followers

Monday, July 12, 2010

UMNO LEBIH EXTREME DARIPADA PERKASA : PERWAKILAN MIC

MIC harus sedar bahawa bukan sahaja PERKASA harus dituduh sebagai pertubuhan perkauman Melayu bahkan UMNO adalah pertubuhan yang lebih harus dilihat sebagai parti yang bersifat perkauman. PERKASA ditubuhkan oleh Ibharim Ali yang merupakan anak didik kepada UMNO daripada dahulu lagi. Dan jika dilihat kebanyakan anggota PERKASA yang berdaftar adalah merupakan ahli UMNO sendiri. Jadi sewajarnya ahli MIC perlu melihat kepada UMNO itu berbanding proksi mereka iaitu PERKASA yang lebih menebalnya sikap perkauman kemelayuannya.


Dalam perkembangan lain, kepimpinan PERKASA menjadi sasaran perwakilan MIC kelmarin - pertubuhan bukan kerajaan Melayu muda itu disifatkan sebagai punca perbalahan di kalangan rakyat pelbagai kaum.

“Sekarang kita dengar ada satu pertubuhan baru namanya Perkasa Setia, diterajui oleh Datuk Ibrahim Ali... dia seorang yang lompat dari Barisan Nasional macam katak... siapakah dia Ibrahim Ali untuk nak ugut mereka yang memberi pandangan (tentang orang Bumiputera dan Melayu),” kata perwakilan dari Batu Gajah S. Pulligessu ketika membahaskan ucapan dasar presiden pagi ini.

Katanya, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini tidak ada kuasa untuk meminta kerajaan menarik balik kewarganegaraan seseorang yang memberi kenyataan mengenai kaum Melayu dan Bumiputera.

Perwakilan itu menambah, Perkasa diperluaskan di peringkat negeri dan bahagian tetapi tindakan mereka sejak kebelakangan ini seolah-olah mahu mengganggu-gugat keharmoniam kaum negara ini.

Malah perwakilan itu menuduh ada pihak dalam kerajaan (BN) yang ‘bekerjasama’ dengan Perkasa meneruskan perjuangan mereka yang mencetuskan rasa tidak senang di kalangan rakyat.

“Kita tahu bahawa ada beberapa individu penting dalam kerajaan BN yang memberi sokongan kepada pertubuhan itu,” katanya.

posted: pemudapaswangsamaju

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.