Followers

Sunday, July 11, 2010

PEMBELIAN KAPAL SELAM : BALA DIPANGGIL POLIS PERANCIS – merdeka review

Bala Dipanggil Secara Rasmi Oleh Polis Perancis

Tak tidur malamlah ko Najib & Razak Baginda. Segala-galanya akan terdedah tak lama lagi. Mungkinkah Najib senasib dengan Manuel Noriega, pemimpin Panama yang diekstradisi di Perancis kerana mengubah wang haram

PEMBELIAN KAPAL SELAM : BALA DIPANGGIL POLIS PERANCIS – merdeka review

Penyiasat Persendirian, Balasubramaniam a/l Perumal telah menerima panggilan rasmi daripada polis Perancis untuk memberi keterangan berhubung kes pengambilan komisen dalam pembelian kapal selam oleh Malaysia daripada Perancis, menurut sumber maklumat yang enggan didedahkan nama.

Saksi penting dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang kini melarikan diri ke London ini, akan bertolak ke Paris pada hujung minggu ini, diiringi peguamnya Manjeet Singh Dhillon. Balasubramaniam yang telah bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak pendakwaraya Perancis, akan diambil keterangan oleh polis pada jam 2 petang (waktu Perancis) di Direction Centrale de la Police (DNIF), Nanterre Prefecture.

Sebagaimana yang diketahui, polis Perancis berminat untuk mengetahui maklumat dalaman yang diketahui Balasubramaniam, dalam kes pembelian kapal selam oleh kerajaan Malaysia daripada Perancis. Balasubramaniam akan menjadi saksi utama polis Perancis.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.