Followers
Wednesday, June 2, 2010
Senatak KATAK KOTAK tersentak...
Senatak katak kotak tersentak apabila namanya dan Khairy yang disebut-sebut akan dilantik menjadi Timbalan Menteri tidak jadi kenyataan.
Mengapa mereka berdua ini tidak dilantik? Adakah mereka ini masih belum menyakinkan Najib dan suaminya Rosmah?
Adakah ia ada kaitan dengan pendedahan Anwar tentang tawaran 2 juta dan projek mewah untuk mereka yang lompat?
Adakah senatak katak kotak akan bersumpah junjung Al-Quran bahawa beliau tidak menerima satu sen pun dari UMNO APCO?
Berikut adalah senarai penuh perubahan kabinet yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak hari ini.
1. Datuk Seri Kong Cho Ha dilantik sebagai Menteri Pengangkutan menggantikan Datuk Seri Ong Tee Keat yang kalah dalam pertandingan merebut Presiden MCA di tangan Datuk Seri Chua Soi Lek.
2. Bekas Timbalan Menteri Kewangan yang menguruskan isu judi bola bagi pihak Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung dilantik menggantikan Kong sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
3. Chua Tee Yong telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
4. Senator Datuk Donald Lim Siang Chai dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan mengambil tempat Chor Chee Heung.
5. Gan Ping Sieu dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
6. Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan.
7. Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel dilantik sebagai Timbalan Menteri Industeri Pertanian dan Komoditi.
8. Datuk Richard Riot dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar.
9. Datuk Rohani Abdul Karim dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna.
10. Jelaing anak Mersat dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan.
11. Datuk Lee Chee Leong dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.