Hari ini tahap merapunya semakin teruk dah tahap meroyan apabila berkata Seramai 418,200 atau 41 peratus daripada 1.2 juta penjawat awam dikesan terbabit dengan aktiviti penerimaan rasuah sepanjang tahun lalu.
Nampaknya, Omar Osman lebih hebat daripada polis dan SPRM. Boleh jadi beliau mempunyai sesungut atau deria yang boleh mengesan pelaku rasuah. Saya pun tak pasti apa motifnya mengeluarkan kenyataan yang merapu dan mengelirukan tanpa disokong bukti.
Beliau kebelakangan ini lebih banyak mengeluarkan kenyataan sensasi dan kontroversi untuk menarik perhatian berikutan kegagalannya membela nasib dan menjaga kebajikan kakitangan awam di negara ini. Berbeza dengan presiden sebelum ini yang begitu lantang menjaga dan memperjuangkan nasib kakitangan awam di negara ini sehingga seringkali dianggap sebagai pro pembangkang.
Beliau dilihat hanya sebagai pak turut dan pembodek kerajaan serta tidak mempunyai prinsip dan idealisme perjuangan.Barangkali beliau sedang mempromosi diri untuk jadi calon Umno-BN dalam pilihanraya akan datang.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.