Followers

Wednesday, June 2, 2010

PEMIMPIN PAHANG SINDROM DOWN?

Pemimpin Pahang sindrom down? Mungkin juga benar kerana mereka tidak langsung memberi respon kepada suara rakyat. Mereka merasa bahawa mereka akan kekal selama-lamanya sebagai pemimpin. Mereka rasa rakyat akan tetap memilih UMNO/BN dalam PRU13 nanti. Mereka merasakan bahawa parti pembangkang tidak akan mampu merampas kerusi-kerusi mereka?Mereka merasa bahawa Pahang adalah kubu kuat UMNO/BN selama-lamanya.

Mereka ketepikan suara rakyat dari laman-laman blog kerana mungkin juga mereka beranggapan sama seperti sebelum Pak Lah dimalukan dalam PRU12 lalu. Mungkin mereka sefahaman dengan KJ dan menganggap bahawa blogger adalah 'beruk-beruk'. Memang mereka ini antara pemimpin yang tidak pernah mendengar oleh kerana mereka ini diserang 'sindrom down.

UMB Pahang masih lena, tidurlah dengan nyenyak kerana PRU13 masih jauh lagi. Biro ICT Pahang masih bermimpi? Tidak mengapa cuma kesatlah air liur yang meleleh supaya tidak basahi bantal itu. Blog 'Small Talk' masih ada ke? Mungkin dia akan bercuti terus......Tak mengapa, UMNO masih kuat di Pahang.

Kita akan cabar rakyat Pahang jika berani menjatuhkan kerajaan UMNO yang gagah perkasa ini. Tidak akan ada mana-mana kuasa yang akan mampu menjatuhkan kerajaan UMNO Pahang selama-lamanya. Oleh itu, kita pemimpin boleh buat apa saja yang kita suka.

Pencerobohan balak kita akan biarkan, janji kita ...bruppp!!, Ceroboh tanah haram di Cameron Highland kita juga akan biarkan sebab kita sudah 'kautim' punya. Rakyat Pahang tak akan mampu tolak kerajaan UMNO walaupun mereka tidak suka. Apa mereka boleh buat?

Baca posting yang saya CnP dari laman blog Peguam Kita sepenuhnya dibawah ini - sebahagian dari ucapan terima kasih rakyat kepada kerajaan dan pemimpin di Pahang:

Akhirnya saya tersingkir ~ dari blog Peguam Kita:

(http://peguamkita.blogspot.com/2010/05/akhirnya-saya-tersingkir.html)

Politik balas dendam dan nafsu jahat para pimpinan UMNO Pahang rupanya tidak berakhir atas pentas politik. Sikap rakus dan jamban inilah yang menjadi anutan mereka terhadap musuh politik mereka tanpa menyedari bahawa politik ala zaman batu itu makin dibenci rakyat.

Sewaktu sambutan Aidilfitri tahun lepas, saya telah dimaklumkan oleh Pegawai MARA Daerah Rompin, bahawa Kerajaan Pahang minta saya keluar dari pejabat premis MARA yang saya sedang sewa sekarang.

Untuk rekod, saya telah menyewa sebuah premis MARA untuk saya mula bertapak sebagai sebuah firma guaman sekitar tahun 2007, Tetuan Mohd Fadzli & Co. Pemilihan saya sebagai penyewa juga melalui saluran yang sah iaitu secara temuduga. Tiada kabel,tiada orang dalam. Saya diterima sebagai penyewa secara merit walaupun terdapat ramai penyewa lain yang turut memohon. Sebagai seorang yang baru mula mengenal erti dunia perniagaan dan bertatih, sudah tentulah mengharap sebuah premis mampu sewa seperti MARA.

Saya menyewa tanpa sebarang masalah. Sewa sentiasa berbayar. Tiada Tunggakan. Rekodnya cemerlang. Dulunya Arked MARA sunyi dan hampir tidak dikenali kalau tiada Pejabat Pos Rompin bermukim di sini. Bukan mendabik dada, tetapi selepas pejabat peguam saya mula beroperasi yang merupakan pejabat peguam pertama di Rompin, Arked MARA meriah sekali kalau tidak hingar bingar pun sesesak pasar malam chow kit.

Kini, UMNO peralatkan MARA untuk usir saya. Semua ini kerana saya bekas calon PAS dalam dua siri pilihanraya lalu. Ditambah perit pula bila saya sering memekakkan telinga pemimpin UMNO dengan berdiri secara terbuka mengecam kezaliman dan salah laku pemimpin UMNO dan Barisan Nasional di pentas-pentas Pakatan Rakyat. UMNO makin pedih bila saya mengheret perangai korup mereka ke Mahkamah.

Kes Ketua Penerangan UMNO Rompin saman Dato' Jamaluddin Jarjis (Ketua UMNO Bahagian Rompin), Saman terhadap anak syarikat Kerajaan Pahang kerana lambat serah milik (late delivery), Saman terhadap Kerajaan Malaysia berhubung isu pelatih dirogol jurulatih dan pelatih mati dalam latihan, Saman terhadap Polis kerana menghalang ceramah di Muadzam Shah bersama-sama peguam Hanipa Maidin disamping membantu syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd yang menang saman RM6 juta terhadap Kerajaan Pahang adalah antara rentetan perangai jahat UMNO yang didedah di Mahkamah.

Saya ingin tegaskan, bahawa tindakan penyingkiran saya adalah kerana dendam kesumat politik kotor UMNO/Barisan Nasional. Ini adalah kerana, saya dimaklumkan Pegawai MARA Daerah dalam sambutan aidilfitri tahun lalu bahawa saya mesti mengosongkan premis sewaan saya dalam jangka masa segera.

Pada hal pada ketika itu, tempoh penyewaan saya masih berbaki hampir satu tahun lagi. Saya tidak menyalahkan MARA dan kakitangannya. Tapi sifat dungu UMNO ini terserlah apabila saya dimaklumkan bahawa punca saya disingkir adalah kerana aduan pemimpin UMNO Bahagian Rompin kepada Menteri Besar.

Namun setelah berkeras dan mencabar supaya MARA mengeluarkan surat penamatan pada ketika itu juga, MARA akhirnya memaklumkan saya bahawa saya boleh terus menyewa sehingga tamat perjanjian iaitu sehingga Ogos 2010. Walau apapaun jua yang dibuat, saya tetap tegaskan penyingkiran saya adalah kerana dendam kesumat UMNO pada saya!

Inilah UMNO, sebuah parti yang kononnya perjuangkan bangsa Melayu. Saya orang Melayu. Bumiputera. Anak jati Rompin. Warga Pahang tulen. Saya menyewa dengan sebuah agensi yang bercita-cita ingin membantu orang Melayu,Majlis Amanah Rakyat (MARA). Tapi apa sudah jadi. Saya bukan komunis, bukan penjenayah, tetapi dinafikan oleh bangsa sendiri.Semata-mata berlainan fahaman politik.

Sebenarnya, sikap busuk perut UMNO Pahang ini telah bermula apabila firma guaman lama saya Tetuan M.K Othman & Co yang telah berjaya menjadi peguam panel Unit Perumahan Kerajaan Pahang. Namun apabila mendapat tahu saya menjadi rakan kongsi pemilik M.K Othman & Co, Tuan Khairuddin Othman ( sekarang Setiausaha Perhubungan PAS Selangor), hanya dengan satu panggilan telefon menamatkan khidmat "panelship" dengan Kerajaan Pahang. Nasib yang sama menimpa rakan guaman saya, Tuan Iqbal Hamdi (bekas YB Kuala Pahang) apabila beliau bertanding atas kerusi PAS dan menang. Habis semua "panelship" beliau ditarik akibat perangai UMNO ini.

Saya mendapat dokongan teguh rakan-rakan peguam Pahang untuk terus berjuang dan memastikan UMNO/BN akan dikuburkan dalam Pilihanraya akan datang. Politik bodoh UMNO ini pasti akan ditertawakan oleh rakyat dalam konstituensi Duta Besar Malaysia Bertaraf Menteri ke Amerika Syarikat. Masyarakat di barat memandang tinggi Demokrasi yang subur di sana. Bukanlah niat saya untuk berkiblatkan mereka.

Tetapi sikap professional mereka dalam melayani musuh politik boleh disanjung. Selepas musim pilihanraya, semua pihak membantu bangunkan negara, tiada istilah balas dendam. Rakyat perlu bangkit untuk menolak budaya hina ini. Ambillah contoh negeri Pakatan Rakyat, carilah satu sahaja contohnya, sekiranya ada mana-mana yang tersingkir dri premis kerajaan kerana jadi calon BN...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.