Followers

Saturday, June 5, 2010

MANA PERGINYA ULTRAMAN ANIFAH AMAN YANG NAK SELAMATKAN RAKYAT MALAYSIA?

بسم الله الرحمن الرحيم

Kapal Bantuan Malaysia Telah Dirampas Komando Israel. Hubungan Dengan Kapal Rachel Corrie Terputus


Wisma Putra mengesahkan hubungan dengan kapal MV Rachel Corrie yang meneruskan misi Flotila Pembebasan bagi bantuan kemanusiaan ke Gaza sehingga kini terputus.

"Kami masih memantau keadaan itu dan sedang berusaha untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan kapal berkenaan," kata jurucakap Wisma Putra ketika dihubungi mStar Online, hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai kali terakhir mereka dapat berhubung dengan kapal Rachel Corrie serta keadaan sukarelawan dalam kapal itu pada masa ini.

Pada 30 Mei lepas tiga kapal dari Perdana Global Peace Organisation (PGPO) termasuk MV Rachel Corrie berlepas dari pelabuhan Malta untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke semenanjung Gaza.

Antara sukarelawan dalam kapal tersebut adalah wakil PGPO, Shamsul Akmar Musa Kamal Shamsul serta Anggota parlimen Parit Mohd Nizar Zakaria, peguam Matthias Chang dan dua wakil media dari stesen televisyen TV3

Note: Mana perginya anifah aman yg kata nak selamatkan rakyat malaysia yg ditawan tu?

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berlepas ke Jordan pagi ini untuk mengusahakan pembebasan 12 rakyat Malaysia yang ditahan pada Isnin ketika tentera Israel menyerang kapal yang mereka naiki bersama sukarelawan antarabangsa dalam perjalanan untuk menyerahkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza.




Anifah diiringi beberapa pegawai Wisma Putra, kata seorang pembantu beliau kepada Bernama.

Seramai 12 rakyat Malaysia termasuk dua wartawan stesen televisyen Astro Awani berada dalam kapal Turki, "Mavi Marmara", dan mereka dilaporkan selamat dalam serangan itu yang mengakibatkan beberapa sukarelawan terbunuh.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan Wisma Putra supaya menyelamatkan kesemua rakyat malaysia itu.

Anifah memberitahu pemberita semalam bahawa Wisma Putra sedang mengenal pasti lokasi di mana kesemua rakyat Malaysia itu kini berada.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.