Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini selepas lawatan pihak peguambela ke kondominium Desa Dammansara di Kuala Lumpur.
Mereka melawat pangsapuri itu yang terletak bersebelahan denganUnit 11-5-2 Unit 11-5-1, di mana pengadu kes berkenaan Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa lokasi dia diliwat oleh Anwar, sewal jam 8.45 pagi. Peguamnya, Karpal Singh, sebelum ini berhujah bahawa Anwar dan tetamunya bermesyuarat di Unit 11-5-2, bersebelahan unit yang Saiful dakwa dia diajak mengadakan hubungan seks selepas menghantar dokumen kepada bekas ketuanya itu. Selasa lalu, peguamnya gagal melawat unit kondominium itu apabila pihak polis dikatakan membawa kunci yang salah.
Kedua-dua Unit 11-5-2 dan Unit 11-5-1 dimiliki oleh seseorang yang dikenali sebagai Hasanuddin, yang dikatakan adalah sahabat akrab Anwar. Unit 11-5-2 kini dihuni oleh Hasanuddin tetapi beliau sekarang menghabiskan masa dengan keluarganya di luar Kuala Lumpur. Pasukan peguambela Anwar yang diketuai oleh Karpal meninggalkan kondominium Desa Damansara selepas meninjau kawasan itu kira-kira 20 minit. “Kami berpuas hati dengan perkembangan ini,” kata Karpal selepas lawatan itu.
Pakar forensik dari Australia, Dr David Wells (foto) yang tiba di Kuala Lumpur pagi tadi tidak datang bersama dalam lawatan itu. Dia ke Malaysia untuk meneliti pengakuan yang bakal dibuat oleh tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa Saiful. Bukhari Wells adalah profesor madya di Jabatan Kriminologi di Universiti Melbourne dan juga ketua perubatan forensik di Victorian Institute of Forensic Medicine, Australia. mkini
[Misteri benar kes perbicaraan kes liwat yang melibatkan Anwar Ibrahim ini. Masakan pula pihak polis boleh tersalah kunci kondominium di mana lokasi kejadian liwat itu dikatakan. Malah, lebih menghairankan pula kenapa pemilik kondominium berkenaan yang dikatakan sahabat karib Anwar iaitu Hasanuddin boleh berada di luar Kuala Lumpur ketika kes panas ini dibicarakan.
Bukankah beliau sepatutnya berada dilokasi berkenaan untuk memberi keterangan dan berkerjasama dengan pihak polis. Kenapa pula dibiarkan beliau bercuti, sedangkan kes yang dibicarakan ini melibatkan sahabat karibnya Anwar Ibrahim sendiri. Bahkan, jika kejadian melibatkan pemilik rumah lain sekali pun pasti pihak polis akan mengarahkan pihak terbabit hadir sama untuk memberi kerjasama apa-apa yang sepatutnya.
Kehilangan Hasanuddin ini menimbulkan tanda tanya, sama ada dia memang bercuti atau diarahkan keluar dari Kuala Lumpur supaya tidak memberi kenyataan terhadap kes kontroversi ini.
Inilah yang berlaku kepada Hakim S.M Koomathy dulu, beliau "dicutikan" untuk membolehkan hakim lain menggantikan tempatnya dan membenarkan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Inilah yang menjadi keraguan dan amat memusykilkan kita sebenarnya. Apakah ada keadilan buat Anwar Ibrahim dalam kes yang jelas tidak akan memihak kepadanya ini agaknya].
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.