Followers

Tuesday, June 1, 2010

Kafe Do Re Mi roboh akhirnya Sampai bila orang melayu nak duduk di atas, pokok?.



ANGGOTA penguat kuasa MPPP sedang merobohkan Kafe
Do Re Mi di Tanjung Bungah, Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN - Selepas empat bulan ditangguhkan, Kafe Do Re Mi di Tanjung Bungah dekat sini akhirnya menyembah bumi semalam apabila operasi meroboh dilaksanakan oleh anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Operasi yang bermula pukul 9.30 pagi itu bagaimanapun kecoh apabila pemiliknya, Johar Ismail, 34, bersama isteri dan ibu mentua pada awalnya enggan meninggalkan premis terbabit.

Beberapa rakan beliau termasuk wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) tempatan turut mengadakan solat hajat diikuti membaca surah Yasin bagi menghalang kira-kira 30 penguat kuasa MPPP yang dibantu polis dan bomba daripada bertindak merobohkan kafe itu.

Keadaan juga menjadi tegang kerana Johar yang enggan berganjak di tingkat atas balkoni kafe yang juga menjadi kediamannya itu melaungkan azan sebaik operasi meroboh bermula-Kosmo

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.