Followers

Sunday, June 6, 2010

Hati ku puas......dapat jugak 'lepas'kan 'lastik cicak' kat 'Mak Cik Jambul' tuh.

Tak sabar-sabar nak kongsi sikit cerita-cerita sepanjang pergi ke kenduri kahwin hari ini.

Semasa makan, saya suka cari meja yang tetamunya saya tak kenal. Kalau dah duduk semeja dengan ahli yang 'totok', semua senada je......jadi saya cari meja yang ;asing' sikit.....boleh kita dengar berbagai topik dan komen panas.

Memang tepat sekali, ada tiga 'Mak Cik Jambul' duduk semeja dengan saya. Mereka tidak mengenali saya, tapi saya kenal mereka ni......pensyarah dan isteri pensyarah dan lebih tepat lagi Umno totok.

Saya tebalkan telinga dan pura-pura 'khusyuk' makan, kebetulan pulak hidangan hari ni berbeza dengan yang lain, ikan talpia goreng, kerabu mempelam, ikan masin, ulam petai dan tiga sabal yakni budu, tempoyak dan belacan dan gulai kawah-nasi putih......wow berpeluh kerana menu yang 'power' dan 'tembakan peluru torpedo yahudi' singgah dimerata tempat.....di muka, di telinga, di leher dan terus menusuk ke hati.....panas.....sungguh panas/

Yang sorang tu kata, 'Stupidlah dia orang nie. Kan duit judi tu boleh buat jamban, jalanraya dan boleh beri pada orang miskin.'

Yang sorang lagi menyampuk sambil membetulkan tudung 'jambul'nya, 'PKR dan PAS ni tak pernah bersyukur, jamban kat 'highway' tu dia orang gak yang pakai, siap ambik air sembahyang lagi. boleh pulak duit judi dia orang pakai."

Yang ketiga tu sambil menjeling kat saya, tapi saya buat tak peduli kerana 'khusyuk' dengan hidangan 'power', "Ah! Tak jadi miskin pun judi bolasepak. bukannya hari-hari, 4 tahun sekali jer."

Peluh makin meleleh kerana cuaca yang panas, kerana menu 'power' dan kerana tembakan peluru 'hidup' betul-betul depan mata.

Saya tak tahan dengan serangan tu, tangan dah menggigil, sambil basuh tangan dan berdiri untuk bangun saya sempat 'sound' kat orang rumah antara perlahan dengan kuat, tapi 3 'couple' itu terbeliak biji mata sambil membetul-betul tudung jambul dan mengelap bibir yang merah menyala, "Kat Selangor, bil air kurang, tak pakai duit judi pun. Patutlah kat 'highway' tu ramai 'mereka' yang tak solat, tak nak pakai jamban dan air duit judi kot."

Saya bangun dan bergerak untuk kenduri ke rumah sahabat yang terakhir, hati saya puas dan lega, sekurang-kurangnya dapat jugak lepaskan kalau tak 'peluru berpandu' pun, sekurang-kurangnya 'lastik cicak' tepat ke sasaran......aduhai.....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.