Gerakan Anti Samy (GAS) melancarkan serangan terbaru terhadap presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dengan mendakwa beliau mengutip sumbangan RM11,000 daripada setiap cawangan parti itu untuk membangunkan kolej AIMST milik parti itu, atau cawangan mereka akan ditutup. "Mereka tidak akan diberikan (borang pendaftaran) untuk hidupkan pendaftaran tahunan," dakwanya dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya petang ini. Mugilan mempertikaikan mengapa Samy Vellu membuat kutipan tersebut sedangkan kolej itu menerima bayaran daripada kerajaan pusat berjumlah sehingga RM300 juta. "Saya tidak tahu daripada kementerian (mana), tapi yang pasti ia daripada kerajaan pusat," katanya lagi. Oleh itu, katanya, Vellu perlu menjelaskan perkara itu kepada parti. Mugilan membuat dakwaan terbaru itu sehari selepas laporan yang mengatakan GAS tidak akan menyentuh perkara berkaitan dengan Samy di perhimpunan kedua mereka di Klang pada 13 Jun ini. Ketika ditanya, beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bukti dakwaan berkenaan. "Kita cuma tahu mengenai bayaran itu daripada satu perbicaraan kes mahkamah. "Kita mahu tunggu jawapan daripada (Samy) dahulu, berapa jumlah tersebut (yang didakwa dikutip daripada pemimpin MIC). "Jika tiada apa-apa reaksi daripada dia, maknanya ada sesuatu yang tidak kena," katanya lagi. Ditanya lanjut, beliau juga berkata GAS tidak akan melaporkan dakwaan itu kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Beliau berkata, pihaknya sekadar mahu menunjukkan kepada penyokong parti, siapakah Samy Vellu yang sebenar. | |
Followers
Friday, June 4, 2010
Dakwaan terbaru GAS terhadap Samy
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.