Persuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain berkata, perjalanan sidang Dewan Undangan Negeri baru baru ini sedikit sebanyak menunjukkan kepimpinan UMNO/BN negeri masih lagi dibelenggu trauma penolakan rakyat terhadap mereka.
Bahkan, katanya sidang DUN yang dipenuhi polis, dengan layanan yang tidak adil kepada ADUN Pakatan Rakyat menunjukkan UMNO/BN memang takutkan bayang bayang sendiri.
Selain itu, tambahnya, pemeriksaan keselamatan yang melampau oleh pihak polis, cuba menenamkan rasa takut dan bimbang kepada ADUN ADUN Pakatan Rakyat yang hadir adalah satu tindakan yang tidak profesional dalam sebuah negara demokrasi.
Pihak media juga, katanya tidak dibenarkan masuk ke dalam DUN yang tidak berlaku sebelum ini.
Menurut beliau di dalam blognya, persidangan itu hampir hampir menjadi persidangan pihak polis, apabila jumlah polis yang ada di dalam DUN terlalu ramai.
Tambahnya, ADUN Pakatan Rakyat juga tidak dibenarkan masuk ke DUN dengan pintu yang dipilih mereka., atas alasan pintu berkenaan ialah pintu ADUN UMNO/BN.
Baginya, semua adegan yang berlaku pada ersidangan DUN itu sebenarnya adalah manifestasi ketakutan UMNO/BN terhadap kekuatan dan solidariti Pakatan Rakyat yang tidak goyah walaupun ditekan dari semua sudut.
posted by : ZAKRI ALI RANGKUTI
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.