Followers

Monday, June 7, 2010

Anwar Bakal Diheret Ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Parlimen Esok Gara-Gara Isu Apco !!

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen pada jam 11.30 pagi esok, seperti yang dirancang. Menurut setiausaha akhbarnya, Eekmal Ahmad, ini kerana ucapannya berhubung kontroversi penyerahan dua kawasan yang kaya dengan minyak yang dikenali sebagai blok L & M kepada Brunei telah ditunda ke jam 4.30 petang esok.

Anwar akan dikehendaki menjelaskan kenyataanya yang mengaitkan 1Malaysia dengan konsep One Israel kepada jawatankuasa itu yang dianggotai sebahagian besarnya oleh Ahli Parlimen dari Barisan Nasional itu. Dalam dakwaanya itu, Anwar yang juga ketua umum PKR berkata Apco Worldwide adalah firma yang bertanggungjawab mencetuskan kedua-dua idea 1Malaysia dan One Israel. Beliau juga mendakwa mempunyai bukti bagi menyokong kenyataannya itu.

[Isu yang agak pelik dan menghairankan kita. Anwar siap kemukakan bukti berserta dengan perjanjian kerajaan BN dengan APCO, soalnya kenapa mereka tidak mahu menjawab isu ini secara jujur di parlimen?. Malah, jika benar 1Malaysia itu dicipta oleh Najib Razak maka kenapa pula wujud 1Indonesi yang "designnya" sama dengan 1Malaysia?.

Kerajaan Malaysia wajar menyaman kerajaan Indonesia atas perkara ini. Kenapa mereka tidak mahu melakukan apa-apa tindakan? Sebaliknya ingin menghukum pula Anwar dek kerana mendedahkan perkara ini kepada umum. Soalnya, siapakah yang memberi maklumat tepat itu kepada Anwar jika bukan orang UMNO BN sendiri. Oleh itu wajarlah mereka takut dengan isu ini].

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.