Followers

Saturday, June 26, 2010

Adakah Ahmad Maslan itu benar-benar bodoh? Posted by Anak Sungai Derhaka

Alahaiiii… Ada lagi rupanya Ahli Parlimen UMNO/BN ni yang dianggap bodoh..


Jika semalam Free Malaysia Today melaporkan Brahim Ali telah mengatakan ‘Khairy is Stupid’ baca di SINI, hari ini pula Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan telah dianggap bodoh oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut kerana mahu menyamannya berhubung isu Felda.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan juga digelar sebagai ‘idiot’ oleh bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Malaysia, Dr Tan Kee Kwong (1999-2004) yang kini bersama PKR setelah meninggalkan ..

Apakah Ahmad Maslan itu benar-benar bodoh? Entahlah… korang bacalah kedua-dua berita dibawah... jawapannya ada disitu..


Saman: Abdul Wahid anggap Ahmad ‘bodoh’

KUALA LUMPUR, 25 Jun: Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut menyifatkan Datuk Ahmad Maslan sebagai ‘bodoh’ kerana mahu menyamannya berhubung isu Felda.

Bagi Abdul Wahid, kenyataannya di Dewan Rakyat yang mendakwa Felda sebagai ‘peneroka tanah haram’ tidak boleh disaman sebagaimana yang diumumkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang disiarkan Malaysiakini tengah hari tadi.

“Dia ini mungkin ‘bodoh’, macam mana nak saman saya. Saya buat kenyataan itu di Dewan Rakyat,” ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily sekejap tadi.

Menurutnya, apa jua kenyataan dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat, menurut undang-undang tidak boleh dibawa ke mahkamah.

Tambahnya lagi, Ahmad sendiri pada Isnin lepas telahpun memberi respons apabila beliau mendakwa Felda sebagai peneroka tanah haram.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan Ahmad supaya bertindak secara lebih bijak dengan merujuk kenyataanya itu pada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kelak.

Beliau yang juga Adun Wakaf Mempelam berkata, Ahmad mungkin menggelabah apabila beliau mendedahkan fakta di sebalik tindakan kerajaan Terengganu menolak bayaran premium yang ditawarkan oleh Felda ke atas sejumlah tanah yang telahpun dimajukan di negeri itu di Dewan Rakyat.

Puncanya, menurut beliau, ekoran keengganan Felda menempatkan lebih tiga ribu peneroka lagi di atas 14,791.23 hektar tanah yang dimajukan mereka.

Keengganan Felda itu, menurut beliau, disebabkan terlalu mementingkan keuntungan korporat hatta mengetepikan kepentingan rakyat.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan di Dewan Rakyat tentang keluasan sebenar tanah yang dimajukan oleh Felda tanpa penyertaan peneroka serta jumlah premium yang belum dibayar kepada para peneroka terbabit.

Kalau Ahmad tidak menggelabah pun, katanya lagi, kenyataan timbalan menteri itu hari ini mungkin sekadar mahu menutup kelemahan dalam urus tadbir Felda apabila isu tersebut mulai menjadi perhatian umum.

“Sekarang ini, dia mungkin menggelabah apabila isu (Felda) ini timbul, dia menggelabah nampaknya, kalau tak, dia mungkin nak tutup kelemahan Felda,” ujar beliau dalam nada berseloroh. seterusnya sila baca di SINI


Tan insists Felda in trouble, calls Umno man an ‘idiot’

KUALA LUMPUR, June 25 – Former Land and Co-Operative Development deputy minister Datuk Dr Tan Kee Kwong today brushed off Felda's defamation suit threat, and called the Umno deputy minister who announced the suit “an idiot.”

Deputy Minister in the Prime Minister's Department Datuk Ahmad Maslan told a press conference this afternoon that Felda would be filing a defamation suit to the tune of hundreds of millions of ringgit against all those who were involved in the allegation claiming Felda was bankrupt.

Several PKR leaders, including Tan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Zaid Ibrahim as well as Suara Keadilan, its owners and chief editor, a PAS MP and several reporters are expected to be named in the suit, set to be filed soon.

Tan, who is now with the PKR after leaving Gerakan, however remained nonchalant and maintained that 100 per cent of Felda settlers were in agreement with him.

“Think very carefully about whatever that idiot (Ahmad) is saying... you can call him that, an idiot. You may not be an expert in oil palm but look at what happened in the figures.

“How can, when the authority had cash of about RM4.5 billion and no borrowings before (Prime Minister Datuk Seri) Najib (Razak) took over, how can any company mess up with such a healthy balance sheet?

“God only knows,” he told The Malaysian Insider today.

He said that with such a robust financial standing, the land development authority should not witness a depleting cash reserve.

“When oil palm companies are now registering profits, your cash reserves are going down,” he pointed out.

He told Ahmad not to continue “talking nonsense” and advised Felda to stick to its core business.please continue yours reading HERE


Adakah Ahmad Maslan itu bodoh?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.