4 Doktor Kata Sayfooool Tak Diliwat..Tiba-Tiba Datang Dr Dari HKL ni, Kata Sayfooooool Diliwat Kerana Ada Air Mani, Walaupun Takde Kemasukan...
Ini berita yang paling Sayfoooooool takut...yang di cari gali dalam arkib berita The Malaysian Insider bertarikh 10 Mei 2010
Ini beritanya...
Doktor Pusrawi & HKL Dakwa Tiada Kesan Liwat Terhadap Saiful Bukhari
Sayfooooooool mendakwa bahawa doktor Pusrawi berbohong berhubung kandungan satu laporan perubatan yang mengatakan dia mendakwa duburnya sakit kerana dimasukkan dengan satu benda plastik.
"Berbohong. Ia tidak benar," kata Saiful apabila ditanya oleh Karpal, peguam utama Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai laporan perubatan itu, yang memetik dia sebagai berkata satu benda plastik telah dimasukkan ke dalam duburnya.
Berdasarkan laporan itu, Saiful dikatakan memberitahu Osman ketika pemeriksaan di Pusrawi pada pukul 2 petang, 28 Julai 2008 bahawa dia telah diliwat menggunakan satu benda plastik yang dimasukkan ke dalam duburnya.
Bagaimanapun Saiful enggan komen apabila disoal oleh Karpal berhubung satu lagi laporan perubatan, dikeluarkan Hospital Kuala Lumpur, yang merumuskan tiada sebarang kesan cedera di kawasan duburnya.
Semasa ditanya Karpal mengenai pemeriksaannya di Hospital Pusrawi pada 28 Jun iaitu selepas dua hari beliau didakwa diliwat oleh Anwar, Mohd Saiful berkata bahawa beliau memberitahu Dr Mohd Osman Abdul Hamid yang beliau sakit di bahagian dubur dan juga mengalami sakit perut.
Saiful berkata sebelum pemeriksaan dibuat oleh Osman, beliau memberitahu yang beliau sakit perut tetapi semasa pemeriksaan dijalankan beliau berterus terang dengan doktor itu bahawa beliau diliwat.
Semasa diminta penjelasan mengenai laporan perubatan oleh Osman yang antaranya menyebut bahawa "pesakit mendakwa dicederakan dengan plastik di bahagian dubur", Saiful berkata beliau tidak faham tulisan doctor itu.
Karpal: Adakah apa yang ditulis ini benar?
Saiful: Saya tidak pernah buat aduan seperti ini kepada doktor itu.
Karpal: Adakah anda tahu doktor itu akan beri keterangan di mahkamah?
Saiful: Ya tahu.
Karpal: Mengapa doktor itu tulis macam itu.
Saiful: Saya tidak pasti.
Karpal: Adakah doktor itu bohong?
Saiful: Ya bohong. Tidak benar.
Saiful kemudiannya memberitahu mahkamah bahawa selepas berjumpa dengan Osman, beliau diarah oleh doktor itu untuk membuat pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur.
Saiful berkata beliau pergi ke HKL dengan bapa saudaranya yang dipanggilnya Uncle Tuah pada 3 petang sehingga 12 tengah malam.
Di HKL, katanya, seorang doktor bernama Dr Daniel memintanya pergi ke wad One Stop Crisis Centre (OSCC) dan semasa berjumpa Daniel beliau berterus terang yang beliau diliwat.
Saiful memberitahu mahkamah bahawa beliau telah diperiksa oleh tiga orang doktor termasuk Daniel.
Beliau juga diminta membaca laporan perubatan oleh ketiga-tiga doktor itu.
Karpal juga meminta Saiful menjelaskan mengenai kandungan laporan perubatan itu antaranya "tiada tanda cedera di dubur" yang mana Saiful menjawab beliau tidak dapat melihat duburnya sendiri.
Karpal: Apa pendirian kamu dengan laporan perubatan ketiga-tiga doktor iaitu iaitu "tidak ada apa-apa yang tidak kena dengan dubur awak."
Saiful: Saya tidak tahu. Saya tidak dapat nampak dubur saya.
Ketika ini, Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwaan mencelah, dan berkata Karpal sepatutnya menujukan soalan itu kepada para doktor berkenaan.
Hakim Mohamad Zabidin bersetuju dengan Mohamed Yusof, dengan berkata bahawa sudah tentunya Saiful tidak dapat melihat dubur sendiri, dan ini menyebabkan mereka yang hadir di mahakamah ketawa.
Inilah beritanya dan jelas keterangan Dr Razali Ibrahim hari ini, selari dengan Dr Mohd Osman Abdul Hamid dan Dr Daniel dari HKL bersama 2 orang lagi doktor yang kata tiada kesan tusukan pada dubur Sayfooooooool. Ini laporan perubatan dari Dr Mohd Osman yang memeriksa tubuh Sayfoooool pada 28 Jun. Dalam laporan dikeluarkan pada jam 2.14 petang itu, Dr telah mencatitkan perkara ini seperti berikut :
* Tiada kesan koyak pada kulit (skin tearing, zero)
* Tiada pendarahan aktif (active bleeding, zero)
* Tiada kesan nanah (traces of pus, zero)
Tapi kerana berada di pihak Sayfoooooool, Dr ini beritahu bahawa Sayfoooooooool diliwat walaupun tiada kemasukan. Kewujudan air mani di dubur Sayfooooool memadai untuk merumuskan wujudnya tembusan. Beliau periksa Sayfoooooool pada 28 Jun 2008, dua hari selepas kejadian liwat didakwa berlaku.
Kah..kah...air mani pun sapa-sapa boleh letak..yang penting penembusan..takkan 'dara' Sayfoooooool bertakup kembali...tak apa, ko nak buat lawak, buatlah sekarang..tapi bila tiba giliran soal balas Karpal esok..siaplah ko dilibasnya Karpal dengan pakar forensik dari Australia...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.