
Dari Harakah Daily
Ahli-ahli parlimen (MP) Pakatan Rakyat bertindak keluar sebaik sahaja Dewan Rakyat meluluskan usul mengheret Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
Anwar ketika bercakap kepada media selepas itu berkata, kerajaan Umno memaksa satu usul walaupun ia bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat 30(1)(2) dan 80(1).
Menurutnya, kes berkenaan unik dan istimewa untuk merujuknya ke jawatankuasa berkenaan setelah menteri berkenaan enggan menarik dan membuat pindaan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menyifatkan usul berkenaan `cacat’ dan tidak perlu mengundi yang menyebabkan semua MP keluar dewan.
Katanya, jika mengundi bererti menyokong usul yang ada kecacatan itu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.