Followers

Wednesday, March 10, 2010

TPM YANG TAK WARAS ?

Pak Din Koboi Kata Nik Aziz Angkuhh..!!

Tindakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menggelar Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai ejen Umno jelas menunjukkan keangkuhan Menteri Besar Kelantan itu yang tidak menghormati peranan sebenar mufti.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Nik Abdul Aziz juga dilihat seperti sengaja memperlekehkan golongan ulama seperti Harussani.

"Tindakan ini lebih daripada tidak hormat, beliau fikir lebih pandai daripada orang lain.

"Sebab itu beliau tak perlu beri apa-apa penghormatan kepada golongan ulama," katanya pada sidang media selepas merasmikan Sidang ke-49 Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang menggelarkan Harussani sebagai ejen Umno kerana Mufti Perak itu mempersoalkan keengganan PAS menerima cadangan pembentukan kerajaan perpaduan antara PAS dan Barisan Nasional (BN) di Perak selepas pilihan raya umum pada Mac 2008.

Nik Abdul Aziz berkata, peranan Harussani selepas pilihan raya berkenaan terutama dalam soal pembentukan kerajaan campuran di Perak telah merendahkan martabatnya sebagai mufti malah ulama itu tidak layak lagi memakai gelaran tersebut.

Selain itu Muhyiddin berkata, Mursyidul Am PAS itu sengaja mempolitikkan perkara berkenaan.

"Beliau selalu terpengaruh dengan soal politik, semata-mata politik.

"Saya tak tahu, (mungkin) hal seperti ini sengaja nak dipolitikkan oleh Nik Aziz," katanya.

Muhyiddin juga menyifatkan Nik Abdul Aziz tidak memahami peranan mufti.

"

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.