Majlis perasmian sebuah syarikat penerbangan swasta destinasi Ipoh-Kota Bharu di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah yang dijangkakan meriah dengan kehadiran Dato' Seri Zambry Abdul Kadir bertukar menjadi mimpi ngeri buat penganjur dan juga Zambry sendiri.
Menurut maklumat yang diterima majlis tersebut hampir dibatalkan kerana jumlah kehadiran orang ramai yang amat sedikit walaupun khemah yang disediakan boleh memuatkan hampir 500 orang.
Menurut sumber itu lagi, pihak penganjur terpaksa meminta bantuan dari pihak Polis yang menggunakan beberapa biji bas untuk mengangkut anggota polis yang sedang mengadakan mesyuarat Koperasi Polis untuk meramaikan program berkenaan. Beberapa anggota polis yang ditemui turut melahirkan rasa kecewa kerana seolah-olah dipergunakan oleh pihak penganjur untuk menjaga air muka mereka.
Sumber dari pegawai di lapangan terbang tersebut juga mengatakan bahawa program tersebut diadakan tanpa mendapat kebenaran dari pihak berkuasa lapangan terbang yang menyebabkan pekerja-pekerja di situ 'memboikot' program berkenaan.
Jika benar maklumat yang diterima, ini merupakan satu lagi isyarat jelas betapa rakyat menolak kepimpinan Zambry dan BN. Ini juga menunjukkan betapa kerajaan BN telah menyalahgunakan premis dan harta awam serta pasukan polis untuk kepentingan politik mereka.
Zambry dilaporkan meninggalkan majlis berkenaan sebaik sahaja selepas memberikan ucapan tanpa menjamu selera.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.