Followers

Monday, March 15, 2010

Pengundi Bayan Baru desak Zahrain kosong kerusi

Ahli parlimen Bayan Lepas yang keluar PKR baru-baru ini dan menjadi calon Bebas, Datuk Zahrain Mohd Hashim menerima kejutan hari ini apabila menerima petisyen yang mengandungi 2,108 tandatangan, mendesaknya mengosongkan kerusinya sebelum Dewan Rakyat bersidang.

ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tsin berkata, tandatangan itu dikutip dalam tempoh dua hari dari kalangan pengundi di sekitar pasar Bayan Baru dan Tapak Pesta di Sungai Nibong, Pulau Pinang.

DUN Pantai Jerejak terletak di bawah Parlimen Bayan Baru.

"Ramai yang merasa tertipu dengan tindakan Zahrain keluar parti, jadi kita terpaksa menghantarr mesej ini kepadanya," kata Sim yang juga timbalan ketua Angkatan Muda PKR Pulau Pinang.

"Saya diberitahu yang Zahrain terperanjat dan pucat sewaktu menerima petisyen tersebut, tetapi beliau tetap menerimanya," katanya.

Zahrain keluar PKR pada 12 Februari lalu selepas mengecam Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng sebagai "seorang diktator dan perkauman."

--Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.