Oleh Qayum Rahman
PUTRAJAYA 8 Mac — Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pembatalan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan mengenai pemecatan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998.
Ketua Umum KEADILAN berkata keputusan yang dibuat telah diduga tetapi beliau masih tetap berpegang kepada kenyataan Yang DiPertuan Agong ketika itu, Almarhum Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman di mana baginda telah menceritakan situasi sebenar berhubung pemecatan beliau dalam satu pertemuan dengan baginda pada 2004.
“Saya tidak terperanjat dengan keputusan mahkamah hari ini kerana saya sudah menjangkakannya tetapi saya masih memegang kenyataan yang dikatakan oleh Tuanku Jaafar di mana baginda menyatakan tidak mengetahui langsung mengenai keputusan yang diambil oleh Dr Mahathir dan baginda tidak menandatangai sebarang dokumen berkaitan perlucutan jawatan saya.
"Tuanku Jaafar berjumpa saya beberapa hari selepas saya dibebaskan dan menyatakan bahawa baginda terpaksa menggunakan kuasa untuk melucutkan jawatan saya setelah di paksa oleh barisan kepimpinan pada ketika itu," kata Anwar ketika ditemui media di Mahkamah Persekutuan Putrajaya.
Peguam Anwar, Karpal Singh berkata penyingkiran dan pemecatan mantan Timbalan Perdana Menteri itu adalah hasil perancangan jahat dan konspirasi Dr Mahathir untuk memusnahkan karier politik Anwar.
"Ini adalah hasil kejahatan pemimpin ditaktor yang sengaja melakukan memecatan disebabkan takut akan kekuatan Anwar dapat mengatasi kepimpinan beliau (Mahathir) masa itu," kata Karpal setelah selesai mendengar keputusan Mahkamah Persekutuan.
Pada 2 September 1998 Dr Mahathir menggunakan satu deklarasi untuk memecat Anwar atas kuasa beliau sebagai Perdana Menteri tanpa mengikut peruntukan dan kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff bersama Datuk Abdull Hamid Embong dan Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusof dalam keputusan mereka bagaimanapun mengesahkan keputusanMahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dan mengatakan ia adalah keputusan yang tepat.
Read more: http://loveperak.blogspot.com/#ixzz0hasiAo81
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.