Followers

Friday, March 19, 2010

Laman Dapur Bakal Jadi Gaya Hidup Rakyat


SUNGAI PANJANG, 19 MAC - Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) optimis, Projek Laman Dapur yang diperkenalkan pertubuhan itu bakal menjadi sebahagian gaya hidup masyarakat di Selangor.

Yang DiPertua Pekawanis, Puan Sri Salbiah Tunut berkata, sejak dirasmikan Januari tahun lalu program itu kian mendapat pernyertaan menggalakkan dari Ahli dewan Undnagan Negeri (ADUN) untuk diperkenal kepada masyarakat setempat.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan projek Laman Dapur di Sungai Panjang.

Projek yang dirintis Pekawanis dengan kerjasama Jabatan Pertanian itu bertujuan meringankan beban rakyat terutamanya golongan ibu tunggal.

“Ini bukan program yang pertama, kita membuat perasmian di Ijok, kemudian diikuti oleh Paya Jaras dengan projek ikan keli. Kemudian di Meru pojek tanam Nilam, disusuli di kawasan Hulu Langat dengan menanam tanaman bendi dan kangkung. Kawasan ini adalah yang kelima yang melaksanakan tanaman.

“Dan kita juga ada kursus di Jeram dan Sungai Buluh dan mendapat jemputan di kawasan Kapar Sekinchan dan juga Selat Klang,"katanya.

“Hari ini saya dapati sambutan hari ini menggalakkan iaitu mengikut pendaftaran seramai 75 peserta mengikuti program Laman Dapur. Dan hari ini beberapa kursus berkaitan pertanian iaitu cara menanam, menggaul tanah dan membaja hasil tanaman,”katanya.

Dalam pada itu, sejurus selepas merasmikan projek itu, Salbiah berkunjung ke empat buah rumah di Kampung Parit 16, Timur bagi menziarah keluarga miskin dan warga emas yang mengalami masalah kesihatan.

Sumbangan turut diberi dalam bentuk wang tunai dan juga barang keperluan asas.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.