Followers

Sunday, March 14, 2010

INI PUN MODEL JUGA - MODEL UNTUK BUMIPUTERA

MODEL ? MODEL APA NI ?




MODEL EKONOMI BARU BELUM SERTAKAN LINDUNGAN BUMIPUTERA -malaysianinsider

Model ekonomi baru masih belum menyertakan sebarang rangka kerja untuk melindungi kepentingan ekonomi orang Melayu, kata Menteri Kewangan II i Husni Hanadzlah hari ini.

Sehubungan itu jelas Husni , ranka kerja sedemikian hanya akan dimasukkan selepas model ekonomi baru ini dikemukakan kepada Majlis Penasihat Ekonomi Kebangsaan (NEAC) untuk diletakkan input.

“Sebenarnya tiada formula untuk inisiatif untuk melindungi pembangunman ekonomi Melayu dalam model ekonomi baru,” kata beliau di sini hari ini.

“Rangka kerja model ekonomi baru akan diberikan kepada NEAC dan ia akan dipamerkan supaya setiap orang, setiap kaum dan sektor boleh memberikan input mereka,” kata beliau lagi.

Husni berkata kerajaan masih melihat pada aspek “pertumbuhan berasaskan ekuiti” bermakna tidak akan mengabaikan kepentingan mana-mana kaum khususnya Bumiputera.


PEMBENTUKAN MEB AMBIL KITA KEPENTINGAN SEMUA KAUM KATA HUSNI - mStar

Kerajaan memberi jaminan bahawa kepentingan semua kaum di negara ini akan diambil kira dalam pembentukan model ekonomi baru (MEB).

Menteri Kewangan Kedua Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan akan mengambil kira semua pandangan pelbagai kaum dan peserta industri mengenai hala tuju ekonomi dalam model baharu itu.

"Kita masih lagi melihat pembangunan negara berlandaskan keperluan setiap bangsa di negara ini dan kita tidak akan mengabaikan mana-mana kaum dalam pembangunan negara," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran akaun simpanan kanak-kanak Mumtaz EONCAP Islamic Bank di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kebimbangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai kehilangan kepentingan bumiputera dalam model ekonomi baru itu.


MODEL EKONOMI BARI AMBIL KIRA PANDANGAN SEMUA RAKYAT – melayau

Pelaksanaan model ekonomi baru akan mengambil kira pandangan semua rakyat, kata Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni Hanadzlah di sini hari ini. – Utusan

nota:
perhatikan satu berita yang sama
tapi di olah sedemikian rupa.
mana yang betul?
mana yang akan akan di jadi rujukan
mana yang cuba putar alam
dan mana yang cuba tipu Melayu kah kah kah

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.