Followers

Monday, March 15, 2010

HAPUSKAN "SYAITAN BESAR" DALAM PKR PERAK

Posted by RAKYAT MARHAEN

Ketua Cabang PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda...yang bertengkar dengan MSK baru ni, mendesak Ketua Umum PKR supaya menghapuskan terus "Syaitan Besar" dalam PKR Perak...sapa yang dimaksudkan oleh Fauzi teman pun tak tau...????

Menurut Fauzi, PKR Perak kini dah jauh lari daripada landasan sebenar PKR...pemimpin yang ada sekarang di Perak, adalah mereka yang membawa agenda peribadi, punyai kabilah masing-masing, mengukuhkan kedudukan dan mahu terus berkuasa walaupun tidak mempunyai kaliber sebagai seorang pemimpin..... serta menjadikan PKR Perak ini seperti milik peribadi.



Ada "Syaitan Besar" yang sedang bermaharajalela di dalam PKR Perak...berpolitik secara kotor serta amat memalukan sehinggakan beliau kini menjadi mangsa kepada " Syaitan Besar" ini.

Disebabkan "Syaitan Besar" ini jugalah beberapa golongan pejuang tulen dan ikhlas mula rasa gelisah dan akan meletakan jawatan dalam PKR Perak...buat apa berjuang kalau tidak dihargai !

Beliau antara pengasas PKR Perak, meluat melihat gelagat pemimpin yang hanya bertopeng, pada hal mereka nilah yang akan menjahamkan PKR Perak...Beliau merayu Anwar Ibrahim agar mengambil tindakan serta mereformasikan semula PKR Perak. Jika tidak, PKR Perak akan hilang taring serta pengaruh di kalangan Pakatan Rakyat
.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.