Followers

Friday, March 12, 2010

Hakim Tersilap ??

Edisi Mahkamah: Hakim Tersilap Ketika Putuskan Bahawa Tidak Terdapat Unsur Berat Sebelah Bagi Perbicaraan Kes Fitnah Liwat Anwar Ibrahim Itu !

PUTRAJAYA 11 Mac [4.45 pm] - Hakim Mahkamah Tinggi tersilap ketika memutuskan bahawa tidak terdapat berat sebelah yang serius sekiranya beliau meneruskan untuk mendengar perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Inilah di antara empat alasan yang terkandung dalam petisyen rayuan Anwar untuk memohon Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Hakim Datuk Mohammad Zabidin Mohd. Diah pada 18 Februari lepas untuk tidak menarik dirinya daripada mendengar perbicaraan kes liwatnya. Petisyen rayuan itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan menerusi firma guaman Tetuan S.N. Nair and Partners semalam. Mahkamah Rayuan telah menetapkan 19 Mac untuk mendengar rayuan itu. Ketua Umum PKR itu sedang menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Anwar, 63, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan. Perbicaraan kes liwat itu telah ditangguhkan pada 25 Mac untuk sebutan sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan terhadap rayuan Anwar.

[Hakim Zabidin terpaksa mengadaikan profesionalisme beliau sebagai hakim apabila dengan jelas menolak adanya unsur berat sebelah dalam perbicaraan kes fitnah liwat Anwar ini. Ternyata beliau telah dibutakan mata dan hati untuk menolak kebenaran dan keadilan yang sepatutnya dipertahankan. Rakyat dengan jelas melihat berbagai kepincangan yang berlaku selama ini, namun seorang hakim yang arif lagi bijaksana gagal untuk membuat penilaian yang jelas terhadap perkembangan kes itu].

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.