Followers

Saturday, March 20, 2010

Bolehkah Disamakan Dengan Zaharin

Walau pun dalam perasaan kesal yang amat, saya rasa elok juga saya ceritakan satu perbuatan sadis yang tidak sepatutnya dilakukan terhadap makhluk Allah walau pun dia mengganggu dan kita sememangnya tidak suka.

Pada masa itu saya di awal remaja. Di tingkatan satu. Rumah Orang Tua saya berdapurkan lantai yang disimen di atas tanah. Bahagian ini memang menjadi tempat kegemaran Tikus Tanah yang sebesar anak betis berpesta dan bersuka ria dengan apa saja makanan di dapur yang boleh digeledah. Jadi kekadang kami termakan sisa mereka tanpa disedari. Tahu-tahu ada najisnya di dalam kuah. Kekadang ada bulunya pada pinggan. Sungguh memualkan.

Ada juga saya cuba taruk racun dengan umpan sisa makanan. Tapi masalahnya bila mati busuk satu rumah sebab mereka yang termakan racun akan lari menyorok di dalam lobang-lobangnya yang banyak di bawah lantai dan di sekitar dinding luar rumah.

Pada suatu hari seorang Orang Tua memberikan saya 'Petua'. 'Petua' ini entah temberang entah betul, saya terus ikut dan buat. Caranya tangkap seekor Tikus yang besar, jahit lubang najisnya dan lepaskan kembali!

Walau pun saya tahu itu menyeksa dan menzalimi binatang, tetapi kerana marah saya lakukan juga. Rupanya 'fatwa' ini menjadi. Selepas beberapa ketika semua tikus ghaib entah ke mana. Hilang semuanya.

Rupa-rupanya tikus besar yang saya jahit lubang najis tu sudah tentu tidak boleh berak. Bila tidak boleh melepas, dia naik gila dan mengacau semua tikus-tikus yang ada. Semua lubang tikus lain diranyau dan dirayau. Bahkan ada yang kena gigit. Kerana dia besar, semua tikus akan lari takutkannya.

Itulah sebabnya semua tikus hilang dalam masa yang singkat. Dan akhirnya tikus pengacau dan perosak tadi mati juga.

Apakah tabiat ini juga sudah dijangkiti Datuk Zaharin? Kawan dan lawan semua dikacau dengan temberang dan bohongnya dalam terang. Kerana dia semua orang naik panas terutama kabilah UMNO yang dikaitkan dengan projek 16 September.

Apa yang saya nampak temberang dan bohongnya sudah menampakkan tembelangnya yang sebenar. Kerana masalah diri sendiri dia tinggalkan parti dan Pengundi. Memalitkan lumpur hanyirnya kepada semua orang.

Adakah dia juga akan sasau sebagaimana tikus dijahit lubang najis itu?

Akhirnya menggelupur di dalam lubang kubur politik yang digalinya sendiri...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.