Followers

Monday, March 15, 2010

(3) Munajat Rakyat - Mohsin makin pening ?

Seorang sahabat bertanya, " Dalam kes Mohsin ni, mengapa tiada 'statement' keluar dari Tuan Pesuruhjaya PAS Perak berkaitannya..(rujuk Ustaz Abu Bakar Hussin), yang hairan, mengapa pula Ustaz Mat Awang (mantan) yang macam 'cacing' kepanasan keluarkan 'itu dan ini..? dah seperti jadi jurucakap kepada parti pulak kepada media ? (baca media Malaysiakini dan Utusan Malaysia) " lain macam saja soalan tu diterjahnya. Macam mana nak jawab ! Apa pun kena jawab.

foto dipetik dari blog Miezanz

Wak cuba jawab bagi mengelakkan persepsi. 'syeikh..jika soalan itu ditanya secara peribadi kepada saya, saya akan jawab berdasarkan jawapan peribadi saya juga..dan jawabnya, " memang patut Mat Awang yang jadi 'kalut'. Pasal dia yang 'bawa' Mohsin ke Bagan Serai. Dia yang 'promosi'kan Mohsin kepada semua pengundi disini. Undi Mohsin sama macam undi 'dia'(baca Mat Awang) walaupun pengundi tahu, Mohsin bukan pemastautin di Bagan Serai. Dan Mat Awang dah bagi jaminan, undi Mohsin tu dah macam undi 'dia' lah..! Satu lagi ketika itu bukankah Mat Awang itu masih lagi sebagai Pesuruhjaya PAS Perak. Dia kena 'bunyi'lah. Haa..dah buleh faham kot sikit-sikit.

Tapi harapkan pagar, pagar bawa 'rebah'. Siapa Mohsin ? Tan Kuda pun 'blurr' dengan calon ni, kerana dia juga tak kenal siapa Mohsin. Yang tahu dia ni orang 'banjar'. Lepas diperkenalkan semasa nak jadi calon itu hari, baru Tan Kuda kenal sikit-sikit Mohsin. Itu pun tak banyak.

Kita kembali kepada soalan pokok tuan tadi, 'bagi mengelakkan khalayak menyalahkan Mat Awang kerana bawak Mohsin jadi calon Parlimen mewakili Bagan Serai, dia kena laa..buat 'kalut'. Lihat 'statement'nya di Utusan dan Malaysiakini. Malah Mufta Harussana-sini pun sama kalut bagi stetement kepada Media.

Mungkin Mohsin itu 'orang' dia, kalau tidak..tak kan begitu hebat Mat Awang promosikan Mohsin. Kena sangka baik..lah. Malah ketika memperkenalkan Mohsin kepada semua penyokong PAS untuk kali pertamanya juga dibuat di Balai Tassawwur ini, yang sinonim dengan Mat Awang. Kita yang di luar ni apa yang kita tahu.

Tetapi pada malam jumaat itu hari, Mat Awang ada cakap, dia yang cadangkan nama Mohsin kepada Anwar, kerana Ustaz Badrul Amin menolak cadangan untuk bertanding di Bagan Serai. Dan dipersetujui oleh Anwar. Wak tutup jawaban tu disitu. Rupanya sahabat wak ni tak puas hati lagi dengan jawapan wak. Dia bertanya lagi..

" itulah masalahnya, ana faham tu. Tetapi persoalannya di sini, mengapa tiada sebarang 'stetement' dari Mat Awang memohon maaf kepada semua pengundi yang mengundi Mohsin tu, nak kira salah, salah dia laa..bawa calon yang 'entah' apa-apa ke sini, siap promosi lagi...ada baca permohonan maafnya di media? (baca Malaysiakini dan Utusan) pasal Mat Awang cuma sebut media ini saja sebagai lidah rasminya. Jika nak kira patut, memang patut Mat Awang dan Mohsin tu duduk sekali, dan mohon maaf kepada semua pengundi juga pimpinan PKR Bagan Serai..bukan hanya tuding jari terus ke Mohsin .." wak tak jawab soalan tu. Bagi wak ada betulnya.

Malah desakan Mat Awang, untuk bawa semula Mohsin ke Bagan Serai (baca ke Balai Tassawurnya) di Simpang 4 Semanggol itu untuk memohon maaf, wajar sungguh baginya untuk sama-sama mohon maaf kepada pengundi. Bukan Mohsin saja, tapi dia pun kena sekali mintak maaf sama...baru adil. Setuju ker ?

Sedikit musykhil, bila Mat Awang ada sebutkan bahawa, Munajat Rakyat yang diadakan selama 7 malam berturut-turut itu adalah untuk memohon doa kepada Allah swt. agar Mohsin ini kekal menyokong Pakatan Rakyat biarpun berada di kerusi 'Bebas' bersama Ibrahim Ali.., dan tidak sekali-kali menyokong BN. Macamana tu ? Boleh sesiapa tolong huraikan ? Wak blurr la.

Merujuk kepada artikel sahabat wak, Miezanz di blog beliau disini, "..malam itu juga Ustaz Ahmad Awang turut menjelaskan tentang solat hajat yang hangat diperkatakan di media arus perdana. Kata Ustaz Ahmad Awang, "saya tak kata nak buat solat hajat untuk minta Allah turun bala ke atas Mohsin, itu mufti yang kata. Kita solat hajat untuk Allah turunkan hukum (perintah) ke atas Mohsin setimpal dengan apa yang telah dia lakukan... " Maka jelaslah bahawa sekali lagi media arus perdana menjadi ejen kepada UBN.."

Tunggu lagi selanjutnya dalam Siri 4 - Munajat Rakyat - Kulaan jadi makin keliru ! Adakah Mat Awang setuju dan sokong penuh Mohsin duduk dalam BEBAS, tetapi wajib sokong Pakatan Rakyat!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.