Followers

Saturday, February 27, 2010

BAGAIMANA TAIB LOLOS PILIHANRAYA 1987...?? - ulamapewarisnabi


KESAHNYA ANAK SDARA,BAPA SEDARA DAN ABANG IPAR
PERUBAHAN BUKANLAH PERUBAHAN SAMPAI TERJADI SUATU PERUBAHAN. Ke Arah Malaysia Yang Adil dan Saksama Untuk Semua

Mengapa Sarawak hari ini dalam cengkaman penguasaan gang perompak dalam industri balak...

Apabila "Peristiwa Ming Court" – satu pemberontakan terhadap Taib oleh ahli, sama ada wakil rakyat dan bukan wakil rakyat, dari kemnya sendiri yang diketuai oleh bapa saudaranya sendiri, Tun Rahman – telah terjadi pada Mac 1987, Taib telahpun menjadi Ketua Menteri selama 6 tahun.

Dalam 6 Tahun tersebut, dia telah berjaya untuk menimbulkan kemarahan ahli-ahli tersebut dengan menyebelahi sokongan dan memberi kontrak dan konsesi kepada sekumpulan kroni orang baru kapitalis yang kebanyakannya adalah Cina Foochow, yang dekat dengan parti SUPP, dan terlibat secara khusus dalam industri pembalakan dan pembinaan.

Yang ironiknya, bapa saudaranya sendiri yang telah memulakan tren ini, semasa menjadi Ketua Menteri pada tahun 1970-an, dia telah bergantung kepada sokongan parti SUPP dan oleh itu menghalang cubaan parti SNAP untuk berkuasa semula di negeri ini.

Bapa saudaranya telah berkuasa hampir 12 tahun tetapi dalam masa 6 tahun kroni-kroni Taib telahpun hampir-hampir menyamai jumlah konsesi balak yang dipegang oleh kroni-kroni Rahman.

Sementara Taib menikmati terus secara peribadi dari pentadbiran yang diatur bersama kumpulan kroni-kroninya, pada masa itu dia seakan-akan tidak setanding dengan kuasa-kewangan kroni-kroni bapa saudaranya. Dia juga mengetahui bahawa pilihanraya 1987 yang terpaksa diadakan kerana pemberontakan yang telah berlaku seakan-akan menjadi urusan yang sangat mahal kosnya, dengan kumpulan bapa saudaranya membelanjakan sebanyak wang yang dapat untuk menggulingkan dia, sementara dia (Taib) memiliki sejumlah wang sekurang-kurang dapat menyamai perbelanjaan mereka (kumpulan Rahman) untuk mempertahankan dirinya dan kroni-kroninya.

Sebagai sebahagian untuk meneutralkan kuasa-kewangan pihak lawan dan juga untuk mendapat akses kepada sumber kewangan diperlukan untuk dirinya, dia telah mengarahkan semua akses kewangan kerajaan negeri dari Bank Utama yang mana pada masa itu dikuasai oleh salah seorang kroni bapa saudaranya Bidari, yang juga Bendahari parti PBB.

Ini dapat dia lakukan dengan bantuan iparnya, Aziz Hussain, yang pada ketika itu hanya sebagai Timbalan atau Pembantu Pegawai Kewangan Negeri. Sebenarnya Aziz Hussain lah yang membongkarkan rahsia tersebut, dengan tanpa tidak sedar telah bercakap kepada Sarawak Headhunter pada masa itu.

Taib telah membuat perhitungan dengan 5 (gang) raja ahli perniagaan dalam pembalakan – jika anda tidak tahu siapa mereka, lihat sahaja siapa 5 pemegang konsesi balak utama di Sarawak. Perhitungan pada masa itu adalah mereka akan membayar Taib RM30 juta (setiap syarikat) jika dia memenangi pilihanraya itu. Sebagai balasan mereka bukan sahaja mendapat konsesi balak yang sedia ada di tangan tetapi mereka juga akan diberi banyak lagi – dan Taib juga akan menerima banyak lagi, RM30 juta setiap syarikat yang diterima Taib hanyalah bahagian kecil dari bayaran ansuran (oleh pemegang konsesi).

Jadi Taib menggunakan RM150 juta wang kerajaan negeri untuk menampung kempen pilihanrayanya (dan BN). Wang mengalir umpama air daripada kedua-dua belah pihak, tetapi kelihatan di sebelah Rahman lebih banyak wang dan tidak diketahui ke mana lagi wang itu harus dibelanjakan, maka seraya selepas pilihanraya, rumah Nor Tahir di Satok telah digeledah oleh pihak berkuasa persekutuan dan merampas lebih RM90 juta wang tunai untuk tujuan pilihanraya yang tidak sempat dibelanjakan.

Ya, sebagai penduduk Sarawak yang baik, itulah pendapatan kewangan tidak sah dari sumber pendapatan sumber alam saudara yang mereka telah gunakan untuk “merasuah” anda supaya menyokong mereka.

Apabila pilihanraya selesai kumpulan Taib telah memenanginya dengan lebihan hanya 4 kerusi, RM150 juta telah dengan segera diganti dan tiada sesiapapun yang melakukan langkah licik lebih dari apa yang telah Taib lakukan untuk lolos pilihanraya 1987.

Inilah cara bagaimana Taib lolos pilihanraya 1987 dan bagaimana sekurang-kurangnya 7 juta hektar konsesi balak telah masuk dalam kawalan keluarga Taib, konco-konco dan kroni-kroni (yang tidak kurang 5 juta hektar telah diserah kepada kekuasaan 5 (top 5) perompak kuasa pembalak paling berkuasa yang telah membayar Taib bagi memulangkan wang kerajaan negeri yang telah dia gunakan dalam pilihanraya tersebut.)

Pilihanraya di Sarawak dan di banyak bahagian Malaysia tidak lebih dari hanya sekadar demokrasi olok-olok dan subversif, hinggalah rakyat yang memilih tanpa mereka boleh dirasuah lagi menggunakan wang mereka sendiri untuk menyokong dan mengundi wakil mereka yang kemudiannya akan menyalahgunakan kepercayaan pengundi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.