Followers

Friday, January 29, 2010

Khir Toyo Akan Saman ADUN Skinchan



Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo
memfailkan saman fitnah terhadap ADUN Sekinchan
Ng Suee Lim kerana mendakwanya memiliki kediaman
mewah gaya Bali di Shah Alam bernilai RM24 juta.


Ketika ditemui Malaysiakini, Ng mengesahkan menerima
saman tersebut semalam dan bersedia mempertahankan
dirinya di mahkamah.


"Saya akan cabar saman yang difailkan Dr Khir," kata Ng.


Ekoran itu, tambahnya, beliau telah melantik ADUN Kota
Alam Shah, M Manoharan sebagai peguam
bagi menangani kes tersebut.


Ng bagaimapun berkata, butiran terperinci
saman tersebut hanya akan didedahkannya kepada media esok.


Ng sebelum ini mendakwa Dr Khir memiliki rumah seluas
50,000 kaki persegi yang dianggarkan bernilai RM20 juta.
Manakala tanahnya pula didakwa dibeli dengan harga RM3.8 juta.


Dr Khir bagaimanapun dilaporkan menafikannya
dengan berkata, tanah dan rumah tersebut hanya bernilai RM4 juta.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.