Followers

Saturday, November 28, 2009

Dato Johari Sokong Saranan Teo Nie Ching dari DAP.

Johari Abdul Sokong Saranan Teo Nie Ching
Parti Keadilan Rakyat menyambut baik cadangan DAP untuk warganegara yang telah mencecah umur 21 tahun secara automatik didaftarkan sebagai pengundi.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul berkata cadangan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching itu bertepatan sekali kerana ia memudahkan proses pendaftaran pengundi-pengundi baru, terutamanya bagi mereka yang berada di kawasan pedalaman.
“ Saya amat setuju supaya semua rakyat mereka ada hak untuk mengundi. Walaupun sistem yang akan kita kita gunakan ialah sistem sukarela, tetapi rakyat kita ini kadang-kadang ia ambil mudah perkara ini. Khususnya yang berada di kampung-kampung dan di kawasan pedalaman” ujarnya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sidang Dewan Rakyat berkata sehingga 20 Oktober lepas,seramai 4,300,542 orang belia yang telah mencapai umur 21 tahun tetapi tidak mendaftar sebagai pemilih. Nie Ching dalam sidang media di lobi parlimen sebelum ini menegaskan, sistem pendaftaran automatic digunapakai di Eropah dan Taiwan.
Johari berkata urusan Suruhanjaya Pilihan Raya akan lebih mudah dan tersusun sekiranya kerajaan akur dengan cadangan ini. Kerajaan cuma perlu mewujudkan jaringan antara pengkalan data SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara bagi melicinkan proses ini.
“ Boleh-boleh. Oleh yang demikian, jika adanya sistem alternatif ini kita sudah boleh perkecilkan masalah pemilih berganda ini. Saya setuju. Saya tidak nampak perkara ini akan mendatangkan masalah” katanya.
“ In fact kita bawa kad bank pun kita boleh kita boleh keluarkan duit di MEPS, berbagai-bagai bank. Contohnya kita menggunakan maybank, boleh ambil di bank-bank lain. Maknanya zaman elektronik. Tidak mungkin perkara seperti ini tidak boleh dibuat”
sumber: tvselangor

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.