Followers

Thursday, September 17, 2009

Tak Kan Najib Mahu Letak Jawatan PM


Hampa ingat senang-senang Najib nak letak jawatan!
Labels: BN, Najib, Pas, Penipuan, Umno
Perdana Menteri, timbalannya dan semua menteri yang terlibat mesti meletakkan jawatan jika dokumen kerajaan yang didedahkan oleh Malaysia Today (MT) hari ini dalam artikelnya yang bertajuk "What the Cabinet hid from the Malaysian public" adalah tulen, kata Naib Presiden PAS, Haji Mahfuz Omar.
Patutlah kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dok main ulang-ulang pasukan demi pasukan penyiasat untuk menyiasat skandal Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ). Rupa-rupanya depa takut sangat-sangat nak tubuh suruhanjaya di raja bagi menyiasat kes itu, kata Mahfuz.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menjangka, sidang parlimen yang bermula bermula 19 Oktober ini dan berakhir 15 Disember akan "dibanjirkan" dengan isu PKFZ.
Jika dokumen yang didedahkan oleh Malaysia Today itu adalah benar, adakah siapa-siapa yang fikir Najib akan meletakkan jawatan? Gila! Hampa rendam dia dalam ayaq acaq beratus kali pun dia tak akan letak jawatan. Kawan tengah sedap-sedap jadi Perdana Menteri hampa nak suruh letak jawatan?!!
Kalau dokumen itu benar sekalipun, ini Malaysia la bib! BN dan Umno berkuasa dan depa boleh buat apa saja!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.