Followers

Thursday, September 17, 2009

Projek Untuk Kroni Rosmah ?


Sebuah syarikat milik individu yang mempunyai talian rapat dengan isteri Perdana Menteri, DS Rosmah, dikatakan bakal mendapat kontrak untuk membekal 400 unit bas bagi Program Khidmat Latihan Negara (PLKN).

Bas bas itu akan diimport dari China dan dijangka memintas kepentingan pengusaha bas tempatan yang setia menampung keperluan pengangkutan peserta PLKN, sejak ia dilancarkan pada tahun 2004.

Bas-bas itu dikatatan ditempah daripada syarikat Dong Feng di China, dan akan dijual kepada kerajaan dengan harga $600 ribu sebuah, hampir dua kali ganda berbanding harga asal.

Difahamkan, Kementerian Kewangan yang diterajui oleh Najib mengarahkan syarikat syarikat kaitan dengan kerajaan atau GLC untuk menyediakan dana kepada syarikat berkenaan untuk membawa masuk bas bas terbabit dari China.

Ini kerana syarikat yang terbabit pertalian dengan isteri Najib itu, hanya mempunyai modal berbayar $2 pada masa ini tetapi akan mengaut keuntungan puluhan juta ringgit.

Sumber sumber memberitahu Suara Keadilan kerajaan akan memanggil tender rasmi untuk kontrak itu, untuk memberi gambaran kononnya urusniaga berkenaan dijalan secara telus.

Hakikatnya segala keputusan mengenai kontrak itu sudah pun dibuat. Malah sebuah agensi perkapalan telah dikenalpasti oleh Kementerian Kewangan bagi menguruskan kerja kerja logistik termasuk membawa masuk bas berkenaan dari China.

Sumber itu memberitahu Suara Keadilan, dana bagi pembelian bas berkenaan akan dibiayai oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad. (SPNB).

Sumber juga mendakwa "Prasarana" telah diarah oleh pihak atasan untuk menyediakan dana itu bagi membeli dan membekal atas nama syarikat yang dikaitkan dengan Rosmah.

Dalam pada itu, seorang pengusaha bas yang berpengalaman dalam pembinaan bas mengatakan, bas yang dibuat dari China tidak efisyen dan kos penyelengaraan sangat tinggi.

Sumber : suarakeadilan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.