Followers

Friday, July 31, 2015

Fail Tersusun Indah - Terkumpul Setempat ??

Anwar ajarkan kita bagaimana bencikan rasuah dan cintakan keadilan !

Peter Chua's photo.

Hampir semua orang berjuang atas inspirasi2 daripada CERAMAH2 ANWAR IBRAHIM yg lepas...

Namun biar jadi penyokong Anwar Ibrahim , tetapi saya juga menyokong polisi2 Kerajaan Sarawak yg progresif di bawah CM Adenan Satem.. 

Kita cuba perbetulkan banyak kesalahan pemerintahan... Adenan Satem benteng terakhir buat Barisan Nasional..

Panas .. dakwaan serius tentang Najib dan pemecatan AG


Ghani Patail dipecat dari jawatan Peguam Negara

Peguam Negara (AG) yang baru dilantik Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak tahu menahu mengenai satu draf yang dikatakan berupa satu kertas pertuduhan yang didakwa disediakan oleh AG sebelum ini terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Saya tidak tahu apa-apa mengenai laporan itu, jadi saya tidak boleh komen, okay?" katanya kepada Malaysiakini.

Ditanya sama ada beliau menganggap ini satu perkara yang serius, beliau menjawab: "Saya tidak tahu, bukan untuk saya komen."

Tan Sri Mohamed Apandi Ali
Menjawab satu lagi soalan sama ada beliau akan meneliti perkara itu, Apandi, yang memegang jawatan Peguam Negara sejak hari Isnin, berkata: "Saya penat sangat. Jadi boleh saya berehat? Terima kasih."

Beberapa orang, seperti ketua biro undang-undang PKR Latheefa Koya dan peguam Lawyers for Liberty, Michelle Yesudas, telah tweet dokumen yang muncul di Sarawak Report.

Selain Najib, kertas tuduhan itu menamakan seorang bekas pengarah urusan yang ditahan oleh pasukan petugas khas 1MDB dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan, dan Nik Faisal Ariff Nik Othman Kamil.

Pasukan petugas itu masih dalam proses mengesan Nik Faisal yang juga pengarah urusan bekas anak syarikat 1MDB - SRC International.

Berikutan penamatan secara tiba-tiba perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara, wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin, yang rapat dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, telah bertanya di blognya sama ada ini kerana beliau (Gani) di ambang mendakwa individu tertentu.

Apabila berita tersebar bahawa perkhidmatan Abdul Gani telah ditamatkan kerana masalah kesihatan, bekas AG itu sendiri nampaknya tidak tahu menahu mengenainya.

Bagaimanapun, Abdul Gani enggan mengulas sama ada ianya ada kaitan dengan siasatan pasukan petugas khas.

Walaupun membuat beberapa percubaan, Malaysiakini tidak dapat menghubungi Abdul Gani untuk mendapatkan komen beliau mengenai dakwaan berhubung draf kertas pertuduhan itu.

Mengulas mengenai perkara itu, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, yang telah melihat draf kertas pertuduhan itu, berkata ia mengandungi tuduhan yang paling serius terhadap perdana menteri.

Manakala pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang juga menggesa kerajaan untuk menjelaskan isu kertas pertuduhan itu.

"Hakikatnya adalah khabar angin telah tersebar sejak beberapa hari bahawa tindakan akan diambil terhadap pihak berkuasa paling tinggi yang terlibat dalam siasatan 1MDB itu.

"Dengan apa yang dipanggil sebagai eksklusif dari Sarawak Report ini, AG (baru) dan PM mesti tampil menjawabnya," katanya kepada Malaysiakini.

Perdana menteri telah menafikan menggunakan dana awam untuk tujuan peribadi.



Pen Buruk Online

Zambry Abd Kadir, MB Perak bakal disingkir? Khairil Ashraf izkandar,zamry



PETALING JAYA : Pas Kuala Kangsar mendakwa, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan disingkirkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak.

Ia dikatakan bersangkut paut dengan pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri yang dikatakan rapat dengannya.

Dalam kenyataannya, Yang Dipertua Pas Kuala Kangsar, Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss menjelaskan tindakan itu dibuat ekoran ketidak puasan kepimpinan UMNO bahagian terhadapp Zambry.

“Difahamkan beberapa kepimpinan Ketua UMNO Bahagian ‘senior’ dari Perak yang berstatus kepimpinan Majlis Tertinggi UMNO Malaysia sudah mula ‘mencongak’ pengganti Datuk Seri Zambry pada masa kini,” katanya.

Raja Ahmad berkata, berdasarkan sumber dalaman UMNO, pelantikan Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri baru turut menjadi penyumbang kepada perubahan yang bakal berlaku nanti.

Menurutnya, selepas rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini,ia turut akan disusuli dengan perubahan di peringkat kepimpinan kerajaan negeri termasuk pertukaran menteri besar.

“Kami lontarkan kepada Datuk Seri Zambry bagi ianya menafikan ‘khabar angin’ tersebut yang sudah mula ‘ditiupkan’ oleh kepimpinan UMNO Bahagian di Perak khasnya. “

Jika benar apa yang dimaklumkan, sudah tentu kedudukan Datuk Seri Zambry akan terancam di Perak khasnya kerana sudah ada usaha menggantikan pengaruh beliau di Perak berikutan isu dalaman UMNO kini,” katanya.

Beliau juga difahamkan telah ada penama untuk menggantikan Zambry sebagai menteri besar dan individu tersebut merupakan orang yang cukup rapat dengan Zahid dan pernah bekerja dengannnya satu ketika dahulu.

-fmt-

MH370: 'Saya sudah masak dengan drama murahan sebegini'




KUALA LUMPUR: "Saya mahu tahu di mana dia dan apa yang sudah terjadi kepadanya."

Kenyataan ringkas daripada seorang waris penumpang MH370 yang enggan dikenali itu diterima selepas penemuan cebisan sayap yang juga dikenali sebagai flaperon itu di Pulau Reunion berdekatan kepulauan Madagascar, yang berkemungkinan serpihan pesawat MH370 MAS yang hilang pada Mac 2014 bersama 239 penumpang .

Waris berkenaan juga menyatakan, akan tetap sabar menanti perkembangan terkini penemuan itu dan berharap ada sumber lain yang boleh menenangkan hatinya yang berdebar sejak berita itu tersebar pada Rabu.

Sementara itu, seorang lagi waris penumpang MH370 yang enggan dikenali memberitahu, penemuan serpihan itu merupakan berita tidak masuk akal selain konspirasi pihak tertentu dengan tujuan yang tertentu.

"Tuhan memerhati mereka yang memainkan konspirasi ini, hebat gerak geri cerita MH370 ini sejak hilang dahulu sehingga sekarang."

"Saya sudah masak dengan drama murahan sebegini," jelasnya.


Dalam pada itu seorang lagi waris penumpang MH370 yang juga enggan dikenali menyifatkan berita itu hanya menyakitkan hatinya.

"Kita tidak tahu betul atau tidak, sakit hati sahaja apabila membacanya," ujarnya ringkas.

Pada Khamis, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memaklumkan, Malaysia menghantar satu pasukan khas ke Pulau Reunion untuk menyiasat sama ada serpihan yang ditemui adalah milik penerbangan MH370 yang hilang lebih setahun lalu.

Jelasnya, sebarang penemuan perlu diteliti sebelum pengesahan boleh dibuat.

Sebelum ini, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, spekulasi mengenai MH370 yang tersebar di media sosial tidak mudah dihalang, meskipun kerajaan telah melarang maklumat sedemikian dikongsikan.

Jelasnya, maklumat itu kadang-kala datang dari luar negara dan kemudiannya disebarkan oleh pengguna media sosial tempatan.

Ahmad Maslan Jadi Bahan Sendaan Netizen Lagi



Datuk Ahmad Maslan berkata tidak perlu menjawab sama ada Barisan Nasional (BN) boleh menang pilihan raya umum (PRU) atau tidak jika ia diadakan esok, kerana menurutnya PRU hanya mungkin akan diadakan pada 2018.

Kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu, 'esok' hanyalah merupakan persiapan untuk menghadapi PRU ke-14, dan bukannya PRU itu sendiri.

"Memang pilihan raya adalah yang terpenting. Kalau orang tanya saya jika esok pilihan raya, boleh ke tidak Barisan Nasional menang, saya jawab esok tidak lagi pilihan raya, itu jawapan saya.

"Esok ialah persiapan untuk pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia (PPIPBM).

Ujarnya, pandangan beliau berbeza dengan pemimpin tertentu yang mengatakan BN akan tewas sekiranya PRU diadakan esok kerana baginya PRU-14 hanya akan diadakan pada 2018.




...

Kita Lawan anjur jelajah untuk himpunan anti-Najib

 

  Kita Lawan akan menganjurkan satu siri ceramah di seluruh negara untuk menggerakan sokongan kepada himpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan pada hujung bulan Ogos.

Katanya, dengan apa yang sedang berlaku di negara ini, berdiam diri bukanlah satu pilihan.

"Sistem demokrasi habis dijahanamkan. Musuh politik dihumban ke dalam penjara. Institusi-institusi yang tinggal hanya mengikut telunjuk yang berkuasa. Media diugut dan dipadamkan. Pemberi maklumat disekat, dihalang ke luar negara.

"Mereka yang berjawatan dipecat manakala badan penyiasat seperti PAC cuba dilumpuhkan sedangkan salah guna kuasa, rasuah dan kezaliman dibiarkan begitu sahaja.

"Percaturan politik Najib Razak dan konco-konconya langsung tidak menghiraukan nasib rakyat. Berdiam diri bukanlah satu pilihan," katanya dalam satu kenyataan.

Himpunan Bersih 4 akan diadakan di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu pada 29 dan 30 Ogos dan 30, dan antara lain, bertujuan menuntut peletakan jawatan Najib.

Ia juga mempunyai empat objektif utama yang lain, iaitu menuntut pilihan raya yang bersih,  tadbir urus yang bersih, menyelamatkan ekonomi, dan memelihara hak untuk perbezaan pendapat.

Kita Lawan terdiri daripada ahli-ahli politik, kumpulan-kumpulan masyarakat awam, NGO, dan aktivis belia.
Ia pada mulanya diadakan pada setiap hujungminggu untuk membantah pemanjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi kemudian turut mempelbagaikan tujuan gerakannya.

Himpunan yang paling berjaya pada 1 Mei, telah menarik  50,000 orang membanjiri pusat bandaraya Kuala Lumpur  untuk membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Berikut adalah tarikh siri jelajah himpunan Bersih 4 Kita Lawan:

2 Ogos - Bongsawan dan Papar, Sabah

7 Ogos - Kuala Terengganu

8 Ogos - Machang, Kelantan

8 Ogos - Sarawak

14 Ogos - Perak

16 Ogos - Machap, Melaka

16 Ogos - Seremban

22 Ogos - Pasir Gudang dan Tebrau, Johor

Thursday, July 30, 2015

Polis: Kami tak siasat gabenor Bank Negara

 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan mereka sedang menyiasat Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz atas dakwaan terlibat dengan kegiatan yang boleh menjejaskan demokrasi berparlimen.

“Tiada siasatan (oleh pihak kami),” katanya ketika ditanya pemberita adakah benar Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sedang disiasat bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan.

Ditanya lagi sama ada beliau menafikan dakwaan itu, Khalid Abu Bakar berkata: “Ya”.

Sebuah artikel di blog Malaysia Today milik Raja Petra Kamaruddin mendakwa, sebagai tambahan, Zeti juga disiasat atas dakwaan rasuah.

Seksyen 124 Kanun Keseksaan membawa hukuman sehingga 20 tahun penjara jika sabit kesalahan.

Artikel itu mendakwa siasatan dikatakan berkaitan rundingan langsung kontrak berkaitan pam air daripada Kementerian Pendidikan yang beberapa pengarahnya dikaitkan dengan Zeti.

Malaysiakini sudah menghantar e-mel kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu dan masih menunggu jawapannya.

SPRM nafi pegawainya terlibat konspirasi jatuhkan k'jaan

 
Zack Ahmad's photo.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan bahawa pegawai-pegawai kanannya terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan.

Mengulas kenyataan yang disiarkan dalam blog-blog, SPRM menyifatkan segala tohmahan itu sebagai tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

"Tindakan yang diambil oleh pegawai-pegawai kanan SPRM adalah jelas bagi menjalankan tugas mereka sebagai pegawai SPRM, dan telah mendapat arahan dan dalam pengetahuan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed," kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan media.

"Tanggungjawab SPRM adalah menjalankan siasatan berhubung kes-kes rasuah dan bukannya bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak termasuk kerajaan.

"Sebagai Suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa fear or favour dan tanpa mengira siapa yang terlibat. 

"SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan," katanya.

VIDEO - Pemecatan TPM: Umi Hafilda malu, umum keluar Umno


INGATKAN PALING TIDAK PUN AHLI MAJLIS TERTINGGI   RUPANYA AHLI CABOK BIASA

SEMUA NYA TIBA TIBA !!

 

Tiba tiba....

1.Tiba-tiba Peguam Negara tetiba sakit dan diganti serta merta selepas ( dengan orang yang 5 thaun lebeh tua dari nya ) mengetuai badan penyiasat 1MDB. Penggantinya pun tetiba orang itu.

2. Tiba-tiba Ketua Cawangan Khas Bukit Aman ditukar juga

3. Tiba-tiba TPM ditukar selepas menegur isu 1MDB dan terus disungkit isu 1Bestarinet

4. Tiba-tiba org yg kritik TSMY dapat jadi menteri.

5. Tiba-tiba dilapurkan org penting isu 1MDB Jho Low dan Nik Fausal Jamil tidak ditemui.

6. Ttiba-tiba pengerusi PAC di parlimen yg siasat 1MDB diangkat jadi menteri

7. Tiba-tiba Bangunan Bukit Aman terbakar

8. Tiba-tiba keluar berita Gabenor Bank Negara terlibat korupsi .

9. Tiba-tiba langkahku terhenti ... Sejuta tangan telah menahanku .... Ingin ku maki .... Mereka berkata .... Tak perlu kau berlari .... Mengejar mimpi yang tak pasti .... Hari ini juga mimpi .... Maka biarkan .... Ia datang ..... Kepada mu .... 


Terima kaseh !!! ������

ALLAHUAKBAR !! Nak Bodek Pun Agak Agak Lah !!

Duit Dalam Akaun Najib Adalah Rahsia Najib.. Muhyiddin Tak Perlu Tahu

Penasihat JASA: Akaun peribadi rahsia peribadi



Apa yang masuk ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Najib Abdul Razak bukan urusan bekas Timbalan Perdana Menteri  Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata penasihat Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Tun Faisal Ismail Aziz.

Ini selepas didedahkan dalam satu klip video bocor bahawa Muhyiddin telah bersemuka dengan Najib tentang RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri.

"Duit yang masuk ke dalam akaun peribadi, itu hak dan rahsia peribadi individu yang tidak perlu diisytiharkan kepada orang ramai.

"Sama seperti duit yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi kita," kata Tun Faisal (gambar) dalam satu posting blog hari ini.

Bekas exco Pemuda Umno itu berkata lainlah jika ada dakwaan bahawa duit itu datang dari sumber yang salah.

"Barulah seseorang itu perlu membuat perisytiharan, tetapi bukan kepada umum. Dia hanya perlu buat perisytiharan kepada pihak berkuasa yang membuat siasatan," katanya lagi.

Dalam rakaman video itu, Muhyiddin berkata, Najib mengaku wang itu masuk ke dalam akaunnya dan ia datang dari Timur Tengah.

"Apabila ada pihak yang hendak masukkan sejumlah wang ke dalam akaun peribadi seseorang sebagai bantuan dana politik, itu adalah bantuan dana politik kepada individu tersebut.

"Terserahlah bagaimana dia hendak menggunakannya asalkan tidak untuk tujuan yang menyalahi undang-undang sebab itu dana politik peribadinya.

"Sama ada dia hendak menggunakannya untuk membantu orang, hendak diberikan kepada jentera atau apa saja, itu adalah hak beliau," kata Tun Faisal,

Tambahan pula, katanya, tidak ada bukti bahawa wang yang diterima oleh Najib itu datang daripada dana negara.

"Dalam kes akaun peribadi Najib Razak, duit dikatakan datang dari sumber 1MDB dan hasil pelaburan usaha sama dengan Petrosaudi.

"Dalam hal ini, penyiasat boleh merujuk penyata akaun dan dokumen daripada 1MDB dan Petrosaudi, sama ada benar duit dari sumber ini masuk ke dalam akaun peribadi Najib Razak atau tidak.

"Setakat ini penyata kewangan beraudit 1MDB dan Petrosaudi tidak menunjukkan duit itu datang daripada mereka," kata Tun Faisal.

Beliau menambah bahawa ia adalah hak mereka yang mahu memberi bantuan.

"Sesiapa sahaja boleh menyumbang wang untuk membantu Najib dan parti.

"Jika mereka mahu ia digunakan untuk membantu parti, mereka akan dimasukkan ke dalam akaun parti atau organisasi yang berkaitan parti.

"Tetapi jika mereka mahu membantu individu yang bernama Najib Razak, itu hak mereka yang membuat pilihan tersebut," tambahnya.

- mkini

AUDIO - PANAS - Mohamad Hasan Nafi Rakaman Suaranya Bidas Najib




Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, menafikan bahawa sebuah rakaman audio yang sedang disebarkan adalah dirinya yang mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan 1MDB. Dalam satu kenyataan, katanya, suara individu dalam rakaman yang menjadi viral di media sosial itu bukan suaranya, selain mempunyai beberapa fakta yang tidak betul.

Menurut Mohamad, pihak yang membuat dakwaan itu berniat jahat cuba mengelirukan rakyat dan mahu melaga-lagakannya dengan pemimpin lain, sama ada di dalam Umno dan kerajaan. Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak supaya tidak mudah percaya dengan pembohongan dan fitnah berkenaan.

Polis Tempatan Sahkan Terjumpa Beg Pakaian Berhampiran Kawasan Serpihan MH370 ?

#MH370 : Polis Tempatan Sahkan Terjumpa Beg Pakaian Berhampiran Kawasan Serpihan




Seorang jurnalis dari Journal de Journal de L’île de la Réunion berkata, pihak polis tempatan di Pulau Reunion mengesahkan laporan penemuan beg pakaian yang telah rosak teruk di Saint-Andre, kawasan berdekatan dimana serpihan sayap yang dikatakan menyerupai bahagian MH370 dijumpai.

Walaubagaimanapun, penyiasat kini perlu menilai sama ada terdapat sebarang kemungkinan penemuan itu mempunyai kaitan dengan penemuan serpihan terbabit.

Dalam perkembangan lain, pusat berita tempatan, L’info à La Réunion, telah menemuramah individu pertama yang ternampak serpihan itu ketika bekerja di pantai di Saint-Andre di pulau itu pada Rabu.

Menurut laporan terbabit, pekerja berkenaan pada mulanya tidak tahu objek apa yang mereka temui. Dia kemudiannya membawa objek itu naik keatas darat untuk dikeringkan dan dijadikan hiasan kepada pengunjung pulau terbabi

Najib perlu pecat Muhyiddin untuk hentikan pemberontakan Umno, kata bekas menteri OLEH MD IZWAN

 
Pemerhati politik menjangka langkah seterusnya yang akan diambil Datuk Seri Najib Razak adalah memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan timbalan presiden Umno.

Pemerhati politik menjangka langkah seterusnya yang akan diambil Datuk Seri Najib Razak adalah memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan timbalan presiden Umno. 

Walaupun dipecat daripada Kabinet, Muhyiddin masih timbalan presiden Umno serta mempunyai kuasa menggunakan saluran parti jika mahu melawan semula Najib, kata bekas menteri Tan Sri Zainuddin Maidin (gambar, kiri).

Dan Najib perlu melakukannya dengan segera selepas tekanan lebih kuat apabila tersebarnya klip video semalam menunjukkan Muhyiddin mengatakan perdana menteri mengaku AS$700 juta (RM2.6 bilion) masuk ke dalam akaun peribadinya.

"Langkah pertama yang Najib akan ambil adalah pecat Muhyiddin daripada timbalan presiden Umno," kata Zainuddin kepada The Malaysian Insider.

 

Muhyiddin dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pelajaran dalam rombakan Kabinet pada Selasa, menyaksikan Najib menyingkirkan mereka yang mempersoalkan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara terbuka.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (gambar, kanan) turut disingkirkan sebagai menteri.
Kedua-duanya masih mengekalkan kedudukan dalam parti, akan tetapi Muhyiddin sebagai timbalan presiden Umno boleh menggunakan perlembagaan parti untuk memanggil Perhimpunan Agung Khas sekiranya mahu terus mencabar Najib, kata Zainuddin.

Katanya Muhyiddin memerlukan sokongan dua pertiga Majlis Tertinggi (MT) yang mempunyai 25 anggota, kata Zainuddin.

"Jika dilihat, beliau (Muhyiddin) masih mempunyai kuasa dengan perlukan dua pertiga MT untuk memanggil mesyuarat agung," kata bekas menteri penerangan itu.

Fasal 9.12 perlembagaan Umno menyebut jawatan ahli-ahli MT termasuk presiden dan timbalan presiden boleh dilucutkan atau Majlis Tertinggi dibubarkan Perhimpunan Agung Khas dengan undian tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan ahli.

 

Zainuddin berkata Muhyiddin masih mempunyai kuasa mengikut perlembagaan Umno selagi kekal sebagai timbalan presiden. Ini menyebabkan Najib perlu bertindak cepat untuk menyingkirkan timbalannya itu.

Sementara seorang lagi bekas menteri Umno, Datuk Zaid Ibrahim turut meramalkan kedua-dua pemimpin kanan yang lantang mengkritik pentadbiran Najib itu bakal disingkir daripada parti.

"Najib akan pecat Muhyiddin dengan apa cara sekalipun. Peraturan parti tidak akan menghalangnya. Dalam Umno, presiden berkuasa dan tidak adalah yang lebih daripadanya," kata Zaid, yang juga seorang peguam kepada The Malaysian Insider.

Seorang pemimpin Pemuda Umno berkata, Najib pada ketika ini berada dalam keadaan selesa kerana tidak ada pemberontakan secara terbuka daripada peringkat akar umbi terhadap keputusannya memecat Muhyiddin dan Shafie daripada Kabinet.

"Sekarang Najib masih selesa, belum ada penentangan secara terbuka. Ramai yang masih mengampunya, malah MT juga sebelum ini sudah menyatakan sokongan secara kepada Najib.

“Itu yang beliau yakin sangat dengan keputusan dibuat," katanya dengan syarat tidak dinamakan.
Zainuddin berkata, beliau menjangkakan Najib akan memecat Muhyiddin daripada jawatan partinya dalam mesyuarat MT esok.

Bagaimanapun, mesyuarat MT pada Jumaat dibatalkan dalam satu notis ditandatangani Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bertarikh semalam tanpa sebarang alasan diberikan. 

Pemimpin Umno lain memberitahu The Malaysian Insider, mesyuarat MT dibatalkan untuk mengelakkan perbahasan hangat selepas Muhyiddin dan Shafie dipecat.

Semalam, sebelum notis mesyuarat MT batal dikeluarkan, Muhyiddin memberitahu pemberita beliau merasakan kedudukannya sebagai timbalan presiden Umno tidak terjejas.

"Kedudukan saya tidak tergugat kerana saya bukan baharu, saya lama dalam parti. Tugas parti tidak akan saya abaikan.

"Saya tidak rasa terhalang dan tidak bimbang untuk hadir. Mereka yang duduk dalam MT (Umno) orang lama," katanya kepada pemberita yang memenuhi kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur semalam.

Beberapa jam selepas Muhyiddin mengadakan sidang media, video menceritakan beliau mempersoalkan Najib berhubung wang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya tersebar.

Tuduhan AS$700 juta masuk ke dalam akaun peribadi perdana menteri tersebar selepas The Wall Street Journal melaporkan pada 2 Julai, memetik sumber penyiasat Malaysia berhubung 1MDB.

Bagaimanapun Najib menafikan secara terbuka beliau menggunakan wang tersebut untuk kegunaan peribadi tetapi tidak pernah menafikan dana dipindahkan ke akaun peribadinya. – 30 Julai, 2015.

Najib perlu pecat Muhyiddin untuk hentikan pemberontakan Umno, kata bekas menteri


Pemerhati politik menjangka langkah seterusnya yang akan diambil Datuk Seri Najib Razak adalah memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan timbalan presiden Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Julai, 2015.Pemerhati politik menjangka langkah seterusnya yang akan diambil Datuk Seri Najib Razak adalah memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan timbalan presiden Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Julai, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-perlu-pecat-muhyiddin-henti-peperangan-dalam-umno-kata-bekas-menteri#sthash.CBjhaqCU.dpuf

Najib boleh dipanggil dan ditahan kerana halang siasatan 1MDB, kata peguam OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Tindakan Datuk Seri Najib Razak menggugurkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail boleh dianggap menghalang kakitangan awam menjalankan tugas di bawah akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan boleh dipanggil untuk disoal siasat.

Tindakan Datuk Seri Najib Razak menggugurkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail boleh dianggap menghalang kakitangan awam menjalankan tugas di bawah akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan boleh dipanggil untuk disoal siasat.

Mereka berkata, peruntukan dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh digunakan untuk memanggil Najib kerana menghalang kakitangan awam menjalankan tugasnya.

Peguam berkata, Seksyen 48(h) Akta SPRM menyatakan sesiapa yang campur tangan dengan siasatan adalah melakukan kesalahan sementara Seksyen 69 menetapkan mereka yang disabitkan bersalah atas kesalahan itu boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum 2 tahun, atau kedua-duanya.

Gani ialah ahli penting dalam pasukan petugas khas menyiasat dakwaan AS$700 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri dan salah pengurusan kewangan di syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Turut berada dalam pasukan itu ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pengerusi SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Dakwaan pembabitan Najib dalam skandal 1MDB semakin memuncak semalam selepas satu klip video dimuat naik ke Internet menunjukkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu tetamunya Najib mengaku RM2.6 bilion itu dimasukkan ke akaunnya.



Dalam video itu, Muhyiddin dilihat memberitahu tetamu di rumahnya pada masa Selasa lalu beliau bersemuka dengan Najib mengenai laporan The Wall Street Journal (WSJ) berhubung dana awam AS$700 juta (RM2.67 bilion) daripada syarikat berkait 1MDB didepositkan ke akaun peribadi Najib.

Peguam berkata, penyingkiran Gani pada Selasa nampak pelik kerana tempohnya hanya tamat pada 6 Oktober walaupun Perlembagaan Persekutuan menyatakan jawatan peguam negara atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Komen peguam itu susulan daripada kenyataan panel bebas SPRM semalam yang berkata siasatan pasukan petugas khas terhadap 1MDB perlu berjalan bebas tanpa sebarang gangguan atau tekanan daripada mana-mana pihak ketiga.

Kenyataan itu berkata, ahli pasukan itu, termasuk Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan SPRM harus dibenarkan untuk menjalankan siasatan tanpa rasa takut atau pilih kasih.

Panel 5 anggota itu juga mendesak laporan siasatan itu didedahkan kepada umum bagi mengelak persepsi negatif terhadap agensi dalam pasukan petugas khas.

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen berkata, walaupun ia adalah prerogatif perdana menteri untuk merombak Kabinet, penyingkiran Gani dan memasukkan ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ke dalam pentadbirannya menyebabkan kebimbangan yang serius.

Paulsen berkata demikian ketika mengulas rombakan Kabinet Najib yang menyaksikan penyingkiran Muhyiddin dan kenaikan pangkat 4 ahli PAC ke dalam Kabinet.

Empat ahli PAC termasuk pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamad, terbabit dalam siasatan PAC terhadap 1MDB.

Pengkritik mendakwa kenaikan pangkat 4 ahli PAC itu dan penyingkiran Gani bertujuan melengahkan siasatan terhadap 1MDB dan tuduhan pemindahan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib.

“Ia jelas campur tangan dalam siasatan 1MDB dan boleh menyebabkan halangan terhadap keadilan,” kata Paulsen.

Katanya, beliau tidak menjangkakan SPRM, polis, Bank Negara dan Pejabat Peguam Negara benar-benar serius menjalankan siasatan terhadap pembabitan perdana menteri dalam 1MDB.

“Sebaliknya, saya menjangkakan pihak berkuasa akan melumpuhkan mereka yang menentang, media dan pembangkang dengan penahanan remeh dan tuduhan,” katanya.

Paulsen berkata demikian susulan penyingkiran Gani sebagai peguam negara dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik menggantikannya.

Peguam, N Surendran (gambar, kiri) berkata tidak syak lagi perdana menteri menghalang siasatan pasukan petugas khas dengan menyingkirkan Gani.



Surendran yang juga ahli Parlimen Padang Serai berkata, siasatan sudah hampir siap berikutan tangkapan 5 suspek utama oleh pasukan itu.

“Gani ada di situ sejak hari pertama siasatan. Kenapa singkirkan dia di hujung siasatan,” katanya.

Surendran berkata, Gani adalah pemain utama dalam pasukan itu kerana beliau dilengkapi kuasa untuk mendakwa mana-mana individu yang melakukan kesalahan jenayah.

“Mengikut Perlembagaan Persekutuan, peguam negara yang juga pendakwa raya boleh menggunakan budi bicara untuk menjalankan dan menghentikan mana-mana prosiding jenayah,” katanya.

Peguam Rosli Dahlan berkata terlalu banyak kekeliruan susulan penyingkiran tiba-tiba Gani dan rombakan Kabinet.

“Ia mengganggu keadilan kerana peguam negara dan pendakwa raya dihalang daripada menjalankan tugasnya dalam pasukan petugas khas,” katanya.

Rosli berkata PAC terbubar apabila 4 ahlinya menerima pelantikan itu, kerana bersubahat dalam menghalang keadilan dan mengkhianati tugas mereka dalam PAC.

Peguam korporat itu berkata dengan menerima jawatan Kabinet, ahli PAC kini boleh menggunakan maklumat yang mereka kumpul untuk melindungi jenayah dilakukan Najib.

Rosli yang menyaman Gani kerana pendakwaan berniat jahat dan salah guna kuasa sebagai peguam negara, berkata setiap perbuatan akan dibalas juga akhirnya.

“Maka, kuasa tidak boleh disalah guna untuk menindas orang,” kata Rosli, sambil menambah beliau harap Gani akan menggunakan hari-hari terakhir legasinya untuk memperjuangkan kebenaran, keadilan dan kesaksamaan.

Pada 2 Julai, The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan AS$700 juta (RM2.67 bilion) dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Akhbar perniagaan itu menuduh sebahagian besar dana itu – AS$681 juta dipindahkan ke akan Najib di Ambank di Kuala Lumpur, pada Mac 2013, sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 pada Mei.

WSJ berkata ia memperoleh maklumat menerusi dokumen diperoleh daripada penyiasat Malaysia.

Najib menafikan mengambil dana itu untuk kegunaan peribadi tetapi tidak mengulas secara langsung mengenai pindahan wang ke dalam akaunnya.

Najib sebaliknya menyalahkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menjadi dalang dalam tuduhan terbaru itu. – 30 Julai, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Kuasa Rakyat Dapat Menjatuhkan Pemimpin Dan Kerajaan Rasuah ?

Minyak Bezen's photo.

Dengan situasi politik negara skrg yg melanda kerajaan amno bn, hanya kuasa rakyat yg mampu menjatuhkan amno bn dari terus berkuasa dgn menindas rakyat.

Dari perpecahan amno yg dilihat semakin besar sejak zaman Tun M sampai ke PM Najib, sepatutnya PR mengambil ruang dan peluang ini. 

Harapan rakyat marhean hanya utk dibela bukan ditindas. Kami rakyat marhean sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan skrg yg mana suara² kami yg mahu pembelaan dari segi ekonomi, sosial, politik dan agama tidak lgi terbela.

Apa lgi yg kami harapkan jika pembelaan yg kami harapkan dikhianati demi kepentingan peribadi mereka.
Utk renungan sahabat Minyak Bezen dan penyokong amno.
 

Polis siasat pihak ajak protes jalanan anti-PM


 
Polis akan menyiasat Datuk S Ambiga selepas dikatakan membuat kenyataan berhubung kemungkinan protes jalanan jika anggota parlimen tidak bertindak untuk menggantung pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Kenyataan ini timbul selepas Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam, memberitahu Malaysiakini, bahawa beliau enggan menafikan laporan laporan berhubung perkara itu.

Dalam sidang media hari ini, Khalid meminta Ambiga menjelaskan sama ada beliau menyebut perkara itu.

Ambiga bagaimanapun berkata beliau tidak mahu berhubung dengan pihak polis melalui media.

“Saya mahu tahu artikel atau tweet mana dia (Khalid) rujuk. Saya tidak mahu berkomunikasi dengan dia melalui media,” katanya.

Khalid pula berkata beliau mahu memberikan peluang kepada Ambiga untuk menafikan perkara itu kerana mungkin terdapat kesilapan dalam laporan.

“Tetapi jika beliau tidak mahu menafikannya, jadi kita terpaksa bertindak,” katanya.

Beliau berkata laporan polis mungkin dibuat dan Ambiga akan disiasat bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan berhubung kegiatan yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Di Twitter pula, Khalid berkata polis akan bertindak terhadap pihak yang menggalakkan orang ramai turut ke jalan raya bagi mendesak perdana menteri meletakkan jawatan.

Pelik Tapi Benar.. Ketika Semua Menyerang Najib


Pelik Tapi Benar.. Ketika Semua Menyerang Najib. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini berkata tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang enggan mengulas mengenai barisan Kabinet baharu jelas menunjukkan hala tuju parti itu yang cenderung kepada Umno.

Sambil menyatakan rasa kesal dengan tindakan Hadi itu, Lim berkata beliau juga terkejut dengan tindakan pemimpin PAS itu yang menyifatkan rombakan kabinet kerajaan persekutuan yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai perkara biasa.


"Itu jelas menunjukkan hala tuju PAS di mana beliau (Hadi) cenderung kepada perdana menteri dan Umno," katanya yang menyifatkan rombakan Kabinet semalam sebagai satu "gempa bumi"."

Pada sidang akhbar di George Town, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini amat prihatin dengan perkara itu dan berharap Najib dapat memperjelas pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Kabinet baharu itu.

Najib melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri menggantikan Muhyiddin. 
 
 
Addin

Mashitah dan penipuan tentang kepimpinan PM Farouk A. Peru

  Golongan agamawan yang memanggil diri mereka sebagai "pewaris nabi" dan menggunakan label "alim ulama" (maksudnya "orang yang berilmu") adalah golongan yang cukup disegani di kalangan orang Melayu Islam. 

Kalau sesiapa menyoal pandangan mereka, pasti banyak orang Melayu Islam yang akan tersentap dan nyaring menyanggah "kau tu siapa, ulama ke? Ulama belajar lebih 80 cabang ilmu" dan sebagainya. 

Dengan sikap yang amat taksub ini, tidak hairanlah yang golongan ulama boleh berkata apa saja dan masih boleh mendapat tepukan gemuruh daripada mereka. 

Saya amat terpegun beberapa hari yang lepas membaca tentang ucapan Datuk Mashitah Ibrahim tentang kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kononnya mencontohi Nabi Muhammad. 

Paling menghairankan, bidang kepakaran Mashitah adalah bidang agama tetapi beliau memberi analisa yang begitu cetek dengan membanding sunah Nabi Muhammad dengan kepimpinan Najib yang sekarang ini begitu hebat dikritik. 

Mungkinkah Mashitah menggunakan posisinya sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk cuba mempengaruhi rakyat jelata supaya menyokong kepimpinan Najib dengan berkata yang kononnya Najib mencontohi Rasulullah? 

Mari kita fikirkan. Hujah utama Mashitah ialah yang Rasulullah mengamalkan kepimpinan yang sederhana (atau dalam bahasa Melayu pentaksub Arab, "wasatiyah"). 

Kehidupan ini dikatakan sebagai moderat dan tidak ekstrem. Inilah dikatakan sebagai falsafah kepimpinan Najib. 

Adakah ini benar? Perlu diingat, semasa Isis (Negara Islam Syria dan Iraq) pertama muncul dulu, Najib satu-satunya pemimpin yang memuji kemaraan mereka. 

Pujian Najib ni amat mengejutkan pembaca di media sosial yang sudah sedar pada masa itu yang Isis organisasi ekstremis amat merbahaya. Namun begitu, perdana menteri kita sendiri memuji Isis! 

Bagaimana pula begitu? Ada 2 jawapan kepada masalah ini. Satu, Najib tidak sedar tentang apa yang dipercakapkannya. Jikalau demikian, beliau tidak mencontohi Nabi Muhammad. Nabi Muhammad pengikut setia Al-Quran (Surah Yunus, Ayat 15) dan jika fakta ini benar, maka Najib perlu mengetahui tentang apa yang dipercakapkannya sendiri. 

Dia perlu menyelidiki maklumat itu sebelum bersetuju. Kemungkinan kedua, Najib memang sedar dan mengagumi Isis yang sememangnya teroris dan pembunuh. Jika ini benar, maka Najib sendiri bukanlah pemimpin sederhana tetapi pemimpin yang ekstrem. 

Kerenah jahat Isis setakat ini memang tidak dapat dipuji mahupun diberi alasan oleh pemimpin dunia malah mereka mengutuk Isis. Jadi tindakan Najib memuji mereka sememangnya salah langkah yang jauhnya hingga ke laut, kata orang. Itulah sebabnya kita tidak mendengar apa-apa lagi mengenai Isis daripada Najib. 

Pada saya, ucapan Najib yang memuji Isis itu dilakukan kerana beliau tidak menyedari siapa itu Isis. 

Beliau hanya bertaklidkan anasir jahat dalam Jabatan Perdana Menteri yang ada bersimpati dengan perjuangan pertubuhan tersebut. 

Namun begitu, beliau belum lagi mencontohi Nabi Muhammad yang hanya akan mengikut perkara diketahuinya. 

Bagaimana pula dengan aspek lain kepimpinan Nabi Muhammad? Nabi Muhammad seorang yang gaya hidupnya amatlah sederhana. 

Baginda tidak mengadakan majlis besar-besaran atau mempunyai bangunan yang besar di mana VIP dan VVIP mendapat layanan istimewa. Baginda tidak duduk di tempat yang diangkat supaya baginda dapat dikenali sebagai seorang Rasul. Adakah ini budaya Umno? Rasanya tidak. 

Bagaimana pula dengan perhubungan dengan pemimpin dunia? Nabi Muhammad bukanlah seorang yang angkuh tetapi baginda juga bukanlah seorang yang akan berkompromi dalam prinsip hidup. 

Adakah begitu kesnya dengan pemimpin negara kita? Jika mereka benar-benar mencontohi Nabi Muhammad, mungkinkah mereka menggunakan syarikat "branding" daripada negara yang ada masalah dengan hak asasi manusia dan dikenali dunia dengan polisi pembersihan etnik mereka? 

Bagaimana pula dengan bermain golf dengan pemimpin yang polisinya menahan selama 15 tahun tanpa perbicaraan orang yang kononnya bersalah? Bukan saja bermain golf tetapi saya rasa Nabi Muhammad tidak akan mengambil "selfie" dengan pemimpin demikian.

 

Baginda tidak akan terpegun dengan sesiapa yang etikanya boleh dipersoalkan walaupun orang tersebut mempunyai kuasa yang tiada bandingannya. 

Nabi Muhammad juga orang yang telus dalam kegiatan hariannya. Ini bermakna yang beliau tidak akan merahsiakan kegiatannya daripada orang ramai. 

Baginda tidak boleh berbelanja harta baitulmal (tempat penyimpanan harta) dengan senyap-senyap kepada kroninya. 

Menurut Al-Quran, baginda memberi hujah yang baginda hidup di kalangan kaumnya seumur hidup. Jadi secara logiknya, segala kegiatannya boleh diketahui orang. 

Tiada alasan yang boleh diberi jika orang mahu menyelidik perbelanjaan Nabi Muhammad. Bolehkah ini dikatakan terhadap barisan kepimpinan kita? Bagaimana pula dengan retorik perkauman? 

Adakah Nabi Muhammad mengadakan polisi yang berlainan untuk Salman Al-Farsi (berbangsa Parsi) atau Bilal ibn Rabah (berbangsa Habsyi). 

Tidak sama sekali! Nabi Muhammad tidak boleh menggunakan sebarang retorik perkauman. Retorik begitu melanggar falsafah Islam yang menolak perkauman atau sebarang unsur rasis di kalangan manusia. 

Namun begitu, barisan kepimpinan Umno tiada masalah menghunus keris mereka dan berjanji untuk memandikan keris itu dengan darah kaum lain. 

Adakah ini cara 'rahmatan lil alameen' (manusia yang mengasihani sekalian alam) iaitu Nabi Muhammad? 

Rasanya tidak. Sekali lagi gelagat pemimpin Umno jauh tersasar daripada contoh Nabi Muhammad. 

Berbalik kita kepada Mashitah Ibrahim. Mashitah dulu pernah menyemarakkan api kemarahan dengan mendakwa yang orang bukan Islam membakar Al-Quran. 

Jadi dia pun menolak prinsip Al-Quran yang menyuruh kita menyelidiki sesuatu dakwaan sebelum mengikutinya. 

Dengan ucapan terkini daripadanya yang mendakwa yang perdana menteri mencontohi Nabi Muhammad, dapatlah dilihat yang Mashitah ini melacurkan agama Islam untuk kepentingan dirinya 


-malaysianinsider-

Pemecatan TPM: Perhimpunan Agung Khas UMNO & BN perlu diadakan Oleh Aspan Alias

 
Pemecatan TPM: Perhimpunan Agung Khas UMNO & BN perlu diadakanMesyuarat Majlis Tertinggi yang sepatutnya diadakan pada hari Jumaat ini telah dibatalkan. 
 
Begitu juga perjumpaan tertutup diantara Presiden parti dan pimpinan Bahagian yang juga sepatutnya diadakan di Dewan Tun Hussein Onn pada hari yang sama dibatalkan. Setiausaha Agung UMNO T Adnan Mansor tidak pula memberitahu apakah sebabnya perjumpaan-perjumpaan itu dibatalkan.

Pembatalan itu dikatakan kena-mengena dengan pemecatan Muhyiddin Yassin dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dua hari lepas. Apa kaitan dengan pemecatan itu sama-sama kita buat persepsi masing-masing.

Tetapi seperkara yang wajar difahami, yang dipecat itu adalah pemimpin nombor dua negara dan mesyuarat itu tidak sepatutnya dibatalkan. Malahan Najib sepatutnya memanggil perhimpunan Agung khas UMNO kerana yang terlibat itu adalah pemimpin besar dalam parti dan kerajaan. 

Moralnya perhimpunan Agong khas parti wajar dipanggil serta merta bagi mendapatkan pandangan perwakilan dari seluruh negara.

Lebih dari itu Najib sebagai pengerusi BN sepatutnya memanggil mesyuarat majlis tertinggi BN kerana ia melibatkan Timbalan Pengerusi kepada BN. Najib tidak boleh memecat seperti membunuh nyamuk sahaja. Yang beliau pecat itu adalah Timbalan Perdana Menteri bukannya timbalan pengerusi JKKK.

Jika Najib benar-benar bermoral manusianya, kedua-dua perhimpunan Agung Khas UMNO serta perhimpunan Majlis BN wajar diadakan kerana itu sahaja caranya bagi Najib mendapat sokongan secara legitimasi dari pimpinan BN dan perhimpunan agung UMNO.

Perlantikan Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri itu adalah dengan 'endorsement' BN, maka adalah salah moralnya jika BN dan perwakilan UMNO tidak diberitahu secara resmi tentang pemecatan yang beliau lakukan terhadap timbalannya. 

Jika semasa perlantikan Muhyiddin sebagai timbalannya dahulu di restui oleh perhimpunan UMNO dan BN maka pemecatan beliau itu perlu dirujuk kembali kepada perhimpunan khas UMNO dan BN juga.

Jika semasa meminang anak dara orang untuk dinikahi maka jika sampai waktu bercerai Najib perlu kembalikan isteri yang hendak diceraikan itu kepada ibu bapanya. Najib tidak boleh mencapakkan begitu sahaja timbalannya itu apabila sudah tidak diperlukannya lagi. 

Itu Melayu tidak beradab dan beradat namanya.Bukankah Melayu itu hidup mereka dikandung adat? Agama dijunjung adat dikendung, kata orang-orang yang beradat hidupnya.

Najib wajar memberitahu dengan berani bahawa beliau memecat Timbalanya itu diatas dasar dan sebab yang kukuh. Ahli-ahli UMNO serta BN wajar diberitahu melalui perjumpaan dan perhimpunan khas dan beliau tidak boleh hanya pandai memecat tetapi tidak tahu dan tidak berani untuk mengendalikan tindakan beliau memecat Timbalannya itu.

Lebih dari itu Najib perlu mendapatkan sokongan dari perhimpunan agung khas tentang perlantikan Ahmad Zahid Hamidi sebagai pengganti kepada Muhyiddin itu. 

Jika Najib tidak berani memanggil perhimpunan agung khas UMNO dan perhimpunan Barisan Nasional, persepsi umum yang pemecatan yang dilakukan oleh Najib itu adalah di dasarkan kepada kepentingan peribadi beliau sahaja dan bukannya diatas kepentingan partinya. 

Persepsi ramai yang beliau memecat Muhyiddin dan melantik Zahid Hamidi itu adalah semata-mata untuk melindungi beliau dari 'consequence' isu 1MDB semata-mata.

Ahli-ahli UMNO dan BN wajar mendesak Najib untuk memanggil perhimpunan agung khas itu kerana itu adalah tindakan yang sewajarnya dilakukan setelah melakukan pemecatan terhadap pemimpin nombor dua negara itu.

Kelalaian Najib dalam isu ini akan menguatkan persepsi ramai yang beliau seorang pemimpin yang tidak tahu adat dan adab dan hanya pandai mendapatkan dan seterusnya mengekalkan kuasa tanpa moral yang tinggi.
Isu ini isu besar. 

Najib perlu didesak dan mengambil isu ini sebagai isu besar kerana ia merupakan elemen penting dalam demokrasi, iaitu memperkayakan budaya dan semangat demokrasi itu.

Jika tidak dilakukan ini, Najib akan berhadapan dengan cemuhan dan interpretasi masing-masing dari rakyat jelata. Najib perlu bertanggungjawab diatas pemecatan timbalannya ini. 

Jika tidak betul kendaliannya, Najib tidak mustahil tersungkur dihadapan mata rakyat jelata yang semakin jemu dengan tindakan-tindakan pengecut beliau itu. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/