Followers

Thursday, July 30, 2015

Najib boleh dipanggil dan ditahan kerana halang siasatan 1MDB, kata peguam OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Tindakan Datuk Seri Najib Razak menggugurkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail boleh dianggap menghalang kakitangan awam menjalankan tugas di bawah akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan boleh dipanggil untuk disoal siasat.

Tindakan Datuk Seri Najib Razak menggugurkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail boleh dianggap menghalang kakitangan awam menjalankan tugas di bawah akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan boleh dipanggil untuk disoal siasat.

Mereka berkata, peruntukan dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh digunakan untuk memanggil Najib kerana menghalang kakitangan awam menjalankan tugasnya.

Peguam berkata, Seksyen 48(h) Akta SPRM menyatakan sesiapa yang campur tangan dengan siasatan adalah melakukan kesalahan sementara Seksyen 69 menetapkan mereka yang disabitkan bersalah atas kesalahan itu boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum 2 tahun, atau kedua-duanya.

Gani ialah ahli penting dalam pasukan petugas khas menyiasat dakwaan AS$700 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri dan salah pengurusan kewangan di syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Turut berada dalam pasukan itu ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pengerusi SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Dakwaan pembabitan Najib dalam skandal 1MDB semakin memuncak semalam selepas satu klip video dimuat naik ke Internet menunjukkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu tetamunya Najib mengaku RM2.6 bilion itu dimasukkan ke akaunnya.



Dalam video itu, Muhyiddin dilihat memberitahu tetamu di rumahnya pada masa Selasa lalu beliau bersemuka dengan Najib mengenai laporan The Wall Street Journal (WSJ) berhubung dana awam AS$700 juta (RM2.67 bilion) daripada syarikat berkait 1MDB didepositkan ke akaun peribadi Najib.

Peguam berkata, penyingkiran Gani pada Selasa nampak pelik kerana tempohnya hanya tamat pada 6 Oktober walaupun Perlembagaan Persekutuan menyatakan jawatan peguam negara atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Komen peguam itu susulan daripada kenyataan panel bebas SPRM semalam yang berkata siasatan pasukan petugas khas terhadap 1MDB perlu berjalan bebas tanpa sebarang gangguan atau tekanan daripada mana-mana pihak ketiga.

Kenyataan itu berkata, ahli pasukan itu, termasuk Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan SPRM harus dibenarkan untuk menjalankan siasatan tanpa rasa takut atau pilih kasih.

Panel 5 anggota itu juga mendesak laporan siasatan itu didedahkan kepada umum bagi mengelak persepsi negatif terhadap agensi dalam pasukan petugas khas.

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen berkata, walaupun ia adalah prerogatif perdana menteri untuk merombak Kabinet, penyingkiran Gani dan memasukkan ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ke dalam pentadbirannya menyebabkan kebimbangan yang serius.

Paulsen berkata demikian ketika mengulas rombakan Kabinet Najib yang menyaksikan penyingkiran Muhyiddin dan kenaikan pangkat 4 ahli PAC ke dalam Kabinet.

Empat ahli PAC termasuk pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamad, terbabit dalam siasatan PAC terhadap 1MDB.

Pengkritik mendakwa kenaikan pangkat 4 ahli PAC itu dan penyingkiran Gani bertujuan melengahkan siasatan terhadap 1MDB dan tuduhan pemindahan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib.

“Ia jelas campur tangan dalam siasatan 1MDB dan boleh menyebabkan halangan terhadap keadilan,” kata Paulsen.

Katanya, beliau tidak menjangkakan SPRM, polis, Bank Negara dan Pejabat Peguam Negara benar-benar serius menjalankan siasatan terhadap pembabitan perdana menteri dalam 1MDB.

“Sebaliknya, saya menjangkakan pihak berkuasa akan melumpuhkan mereka yang menentang, media dan pembangkang dengan penahanan remeh dan tuduhan,” katanya.

Paulsen berkata demikian susulan penyingkiran Gani sebagai peguam negara dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik menggantikannya.

Peguam, N Surendran (gambar, kiri) berkata tidak syak lagi perdana menteri menghalang siasatan pasukan petugas khas dengan menyingkirkan Gani.



Surendran yang juga ahli Parlimen Padang Serai berkata, siasatan sudah hampir siap berikutan tangkapan 5 suspek utama oleh pasukan itu.

“Gani ada di situ sejak hari pertama siasatan. Kenapa singkirkan dia di hujung siasatan,” katanya.

Surendran berkata, Gani adalah pemain utama dalam pasukan itu kerana beliau dilengkapi kuasa untuk mendakwa mana-mana individu yang melakukan kesalahan jenayah.

“Mengikut Perlembagaan Persekutuan, peguam negara yang juga pendakwa raya boleh menggunakan budi bicara untuk menjalankan dan menghentikan mana-mana prosiding jenayah,” katanya.

Peguam Rosli Dahlan berkata terlalu banyak kekeliruan susulan penyingkiran tiba-tiba Gani dan rombakan Kabinet.

“Ia mengganggu keadilan kerana peguam negara dan pendakwa raya dihalang daripada menjalankan tugasnya dalam pasukan petugas khas,” katanya.

Rosli berkata PAC terbubar apabila 4 ahlinya menerima pelantikan itu, kerana bersubahat dalam menghalang keadilan dan mengkhianati tugas mereka dalam PAC.

Peguam korporat itu berkata dengan menerima jawatan Kabinet, ahli PAC kini boleh menggunakan maklumat yang mereka kumpul untuk melindungi jenayah dilakukan Najib.

Rosli yang menyaman Gani kerana pendakwaan berniat jahat dan salah guna kuasa sebagai peguam negara, berkata setiap perbuatan akan dibalas juga akhirnya.

“Maka, kuasa tidak boleh disalah guna untuk menindas orang,” kata Rosli, sambil menambah beliau harap Gani akan menggunakan hari-hari terakhir legasinya untuk memperjuangkan kebenaran, keadilan dan kesaksamaan.

Pada 2 Julai, The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan AS$700 juta (RM2.67 bilion) dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Akhbar perniagaan itu menuduh sebahagian besar dana itu – AS$681 juta dipindahkan ke akan Najib di Ambank di Kuala Lumpur, pada Mac 2013, sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 pada Mei.

WSJ berkata ia memperoleh maklumat menerusi dokumen diperoleh daripada penyiasat Malaysia.

Najib menafikan mengambil dana itu untuk kegunaan peribadi tetapi tidak mengulas secara langsung mengenai pindahan wang ke dalam akaunnya.

Najib sebaliknya menyalahkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menjadi dalang dalam tuduhan terbaru itu. – 30 Julai, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.