Followers

Friday, July 31, 2015

Kita Lawan anjur jelajah untuk himpunan anti-Najib

 

  Kita Lawan akan menganjurkan satu siri ceramah di seluruh negara untuk menggerakan sokongan kepada himpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan pada hujung bulan Ogos.

Katanya, dengan apa yang sedang berlaku di negara ini, berdiam diri bukanlah satu pilihan.

"Sistem demokrasi habis dijahanamkan. Musuh politik dihumban ke dalam penjara. Institusi-institusi yang tinggal hanya mengikut telunjuk yang berkuasa. Media diugut dan dipadamkan. Pemberi maklumat disekat, dihalang ke luar negara.

"Mereka yang berjawatan dipecat manakala badan penyiasat seperti PAC cuba dilumpuhkan sedangkan salah guna kuasa, rasuah dan kezaliman dibiarkan begitu sahaja.

"Percaturan politik Najib Razak dan konco-konconya langsung tidak menghiraukan nasib rakyat. Berdiam diri bukanlah satu pilihan," katanya dalam satu kenyataan.

Himpunan Bersih 4 akan diadakan di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu pada 29 dan 30 Ogos dan 30, dan antara lain, bertujuan menuntut peletakan jawatan Najib.

Ia juga mempunyai empat objektif utama yang lain, iaitu menuntut pilihan raya yang bersih,  tadbir urus yang bersih, menyelamatkan ekonomi, dan memelihara hak untuk perbezaan pendapat.

Kita Lawan terdiri daripada ahli-ahli politik, kumpulan-kumpulan masyarakat awam, NGO, dan aktivis belia.
Ia pada mulanya diadakan pada setiap hujungminggu untuk membantah pemanjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi kemudian turut mempelbagaikan tujuan gerakannya.

Himpunan yang paling berjaya pada 1 Mei, telah menarik  50,000 orang membanjiri pusat bandaraya Kuala Lumpur  untuk membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Berikut adalah tarikh siri jelajah himpunan Bersih 4 Kita Lawan:

2 Ogos - Bongsawan dan Papar, Sabah

7 Ogos - Kuala Terengganu

8 Ogos - Machang, Kelantan

8 Ogos - Sarawak

14 Ogos - Perak

16 Ogos - Machap, Melaka

16 Ogos - Seremban

22 Ogos - Pasir Gudang dan Tebrau, Johor

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.