Followers

Saturday, May 30, 2015

Khalid cadang dana awam biayai parti politik Khairil Ashraf

 
Khalid-Ibrahim_spr_rmk11_600

Pembiayaan awam itu dapat mengekang penyalahgunaan kuasa dan dana awam oleh parti politik yang memerintah pusat atau negeri.

PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan sistem pembiayaan awam bagi parti politik dan calon pilihan raya diperkenalkan sebelum Pilihan Raya umum ke-14 (PRU14).

Katanya, kutipan daripada akar umbi oleh ahli parti tidak mungkin mencukupi bagi membiayai aktiviti rutin dan kos kempen pilihan raya bagi parti politik kecil.

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, pembiayaan awam itu juga dapat mengekang penyalahgunaan kuasa dan dana awam oleh parti pemerintah persekutuan atau negeri.

Katanya, sistem itu telah lama dipraktikkan di negara-negara maju seperti Jerman, Sweden, Kanada, Australia, Austria, Sepanyol, Perancis, Jepun, Mexico dan Belanda.

“Ini sebagai salah satu kaedah untuk memastikan agar sistem politik dan institusi pentadbiran kita bebas sepenuhnya daripada gejala melobi melampau, korupsi dan kronisme.

“Maka, sudah tiba masanya bagi Malaysia yang bakal menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020 memperkenalkan satu sistem pembiayaan mengguna pakai dana awam bagi semua parti politik yang sah berdaftar,” katanya dalam ucapan perbahasan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) di Dewan Rakyat pada Khamis.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata, Malaysia boleh mengadaptasi sistem itu mengikut piawaian antara bangsa yang disesuaikan dengan budaya dan latar belakang negara ini.

Bagi tujuan itu, Abdul Khalid berkata, semua parti politik diwajibkan mendedahkan kepada umum dan melaporkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tentang segala butiran mengenai derma atau sumbangan daripada hartawan atau komuniti niaga.

“Jumlah pembiayaan dana awam kepada parti politik ini boleh ditetapkan sama ada secara sama rata atau tertakluk kepada undi popular atau juga jumlah calon bertanding,” katanya.

SURAT TERBUKA KEPADA YB DATO SERI ABDUL HADI BIN AWANG DARI ANAK MUDA

 

Surat terbuka ini Yong terbitkan di atas permintaan penulisnya yang mahu ia disebarkan. Yong tidak ubah isinya. Setakat pembetulan format dan ejaan sahaja.

Surat ini adalah gambaran gelodak hati muda yang inginkan perubahan. Bacalah dengan otak di mulut, bukan di lutut.

SURAT TERBUKA KEPADA YB DATO’ SERI ABDUL HADI BIN AWANG,

Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS) merangkap Timbalan Ketua Ulama Dunia.

Salam hormat dan maaf didahulukan di atas ketibaan surat terbuka ini kepada Dato’ Seri menjelang ketibaan muktamar yang akan datang minggu hadapan. 
 
Sesungguhnya, saya menulis surat ini dengan panjang lebar bukanlah disebabkan memperoleh apa jua faedah yang mendatangkan keuntungan kepada diri ini, tetapi anggaplah kehadiran coretan kecil ini adalah mewakili jiwa dan luahan hati seorang anak muda yang menginginkan perubahan tampuk kekuasaan. 
 
Serta anggaplah ini sebagai teguran dan peringatan seorang rakyat yang memberi undi dan amanah kepada parti Dato’ Seri untuk menumbangkan Barisan Nasional.

Dato’ Seri Haji Hadi,

Secara suka atau tidak,pemilihan parti PAS kali ini mengundang perhatian yang luar biasa umum baik ahli parti mahupun pemerhati luar berbanding muktamar sebelum-sebelum ini. Muktamar kali ini bakal menyaksikan dua blok berlainan fikrah (meski sejemaah) bertembung bagi menduduki kerusi kepimpinan kali ini.
 
Semenjak dua tahun lepas, kempen - kempen memecah belahkan PAS berjalan dengan wujudnya suara-suara yang meletakkan PAS kepada dua kumpulan iaitu kumpulan yang menyokong kepemimpinan ulama dan kumpulan progresif yang digelar erdogan. 
 
Hari ke hari, kempen ini semakin kotor dan jijik dengan pelbagai fitnah, gelaran, caci maki ditembak bersimpang siur ke arah individu-individu yang dirasakan tidak mengikuti fikrah yang dikira sama sesebuah kumpulan itu.

Ya Dato’ Seri,

Ingin saya lontarkan persoalan, inikah akhlak yang dianjur sabda Nabi SAW dalam Islam? Yang bersongkok, yang berkopiah, yang berserban, berjubah hatta bertudung litup sekalipun seakan hilang apabila caci maki, ungkapan kafir mengkafir terbit daripada mulut-mulut yang mengaku membawa nama Islam dan akhlak Islam ini.

Sayugia diingatkan,PAS membawa Islam pada namanya.Jika ada tindak tanduk yang tercela seperti ponteng sidang parlimen, mengkafir sesama Islam, memuja manusia hingga digelar wali adakah itu bukan sahaja memburukkan nama PAS malahan Islam itu sendiri turut terpalit kotor angkara kebebalan umat yang saban hari melaung kamilah yang membawa perjuangan Islam?

Sukacita saya ingatkan pada Dato’ Seri dan seluruh parti PAS dan perwakilan,

Pada 2008 yang lalu telah terjadinya satu tahaluf siyasi di antara parti PAS, DAP, dan PKR atas jalinan kerjasama dinamakan Pakatan Rakyat khusus bagi menumbangkan rejim Barisan Nasional. 
 
Hasil jalinan kesepakatan itu, lima buah negeri berjaya kita tawan termasuklah parlimen tempat saya mengundi iaitu Parlimen Padang Serai yang sebelumnya dikuasai Barisan Nasional sekian lama.

Namun, mengecewakan apabila selepas sahaja pilihanraya tamat terdapatnya beberapa individu daripada PAS (Dato’ Seri saya kira lebih maklum siapa individu ini) yang telah berjumpa secara senyap dengan Yang Di-Pertuan Agong bagi membincangkan mengenai kerajaan perpaduan dengan UMNO atas nama Melayu dan Islam. Sekali lagi,agama menjadi retorik politik demi kuasa. 
 
Perkara ini hanya terdedah beberapa tahun selepas itu. Selain itu, ekoran prestasi buruk (pergolakan dalaman) dan sikap bebalisme segelintir pimpinan Pas menyaksikan PRU13 pada 2013 menyaksikan Kedah kembali terlepas daripada dakapan Pakatan Rakyat.

Oh ya, sebelum saya terlupa suka juga saya mengingatkan konflik kejatuhan kerajaan negeri Perak. Mungkin tidak ramai yang mengetahui siapa sebenarnya pengkhianat kepada Nizar ketika itu? 
 
Siapa pula yang mengeluarkan kenyataan "Sultan betul, Nizar salah!" Hanya semata-mata Nizar mengikuti prinsip tahaluf siyasi menjaga hubungan bersama DAP walhal perbuatan Sultan Perak ketika itu menyalahi perlembagaan? Hanya kerana sultan itu Melayu dan DAP itu cina? Tepuk dada tanya hati wahai Dato’ Seri.

Dan selepas PRU13, azan kerajaan perpaduan kembali dikumandangkan. Bersama pakej kali ini adalah hukum hudud yang dikatakan telah dipersetujui UMNO dalam DUN Kelantan. 
 
Malahan menambahkan drama diperlihatkan tangisan wakil ADUN UMNO yang begitu beremosi menyokong hudud. Mungkin Dato’ Seri dan seluruh ahli PAS terlupa,syaitan juga boleh membaca quran!.

Kata Dato’ Seri soal ikhlas atau tidak itu hak mereka. Wahai Dato’ Seri, sudah lupakah siapa pemerintah negara ini? UMNO jika mereka betul ikhlas inginkan hudud sebagai kerajaan sudah tentulah mudah dan tiada masalah bagi mereka melaksanakannya. 
 
Tetapi tidak!. Hudud hanya dijadikan sentimen mereka untuk memperoleh undi Melayu. Malangnya Dato’ Seri tidak nampak soal itu. Kegelojohan Dato’ Seri untuk melaksanakan hudud secepat mungkin membuatkan Dato’ Seri buta pada realiti depan mata. 
 
Apa Dato’ Seri sudah lupa bagaimana suatu ketika dulu UMNO pernah mengajak PAS bergabung dan apabila berasa punya kekuatan kembali, PAS ditendang keluar gabungan seperti anjing hina?

Dato’ Seri,

Tiadalah niat di hati saya untuk memperolokkan hukum hudud yang saya maklun termaktub dalam al quran tetapi Dato’ Seri lebih fakih dan arif hukumnya mengenai syarat-syarat yang harus diminimumkan jika pelaksanaan hudud ingin digubal. 
 
Ekonomi harus diutamakan kerana kebanyakan masalah sosial dan jenayah dimulai dengan bermasalahnya ekonomi. Itu lah ucapan Dato’ Seri beberapa tahun lalu. Tidak apa, saya ingatkan kembali.

Menyentuh mengenai kumpulan yang digelar Erdogan dan jebon dalam parti PAS, saya kira itu adalah kempen yang paling hina dan menjijikkan daripada kumpulan yang mengaku pendokong ulama dalam PAS. Apa kesalahan dan justifikasi hingga membenarkan sesetengah pro ulama dalam PAS menjadi "Tuhan" dalam menghukum ahli sejemaah? 
 
Hanya disebabkan mereka terus teguh pada deklarasi dan tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat? Hanya di sebabkan mereka tidak ingin tunduk kepada kehendak sesetengah golongan yang mahukan kerjasama dengan UMNO supaya hudud dapat dilaksana? Alangkah kejinya sikap sedemikian.

Tegas saya tekankan pada Dato’ Seri bahawa deklarasi dan tahaluf siyasi itu adalah sesuatu yang Dato’ Seri sendiri persetujui pada 2008 yang lalu. Atas kerjasama itu, ketiga parti bersetuju untuk bersama-sama mencari kekuatan dan kepercayaan rakyat bagi menumbangkan rejim Barisan Nasional. 
 
Jadi apa dosa mereka sekiranya mereka kekal memegang amanah kepada tahaluf siyasi yang dipersetujui itu? Kepada kumpulan pro ulama PAS, jika dengan UMNO yang terang-terang menolak kerajaan Islam, yang memperlekehkan ajaran Islam,yang merasuah,menyeleweng kamu boleh bersuara lunak dan merdu, di mana tingkat maruah kamu yang sanggup berlaku biadap dengan rakan sejemaah malah ada yang perjuangannya dalam parti jauh lebih lama.Semasa kamu masih menetek mereka ini sudah ada yang merasa penjara?

Hanya disebab mereka bersama kafir seperti DAP dan PKR berbanding memilih bersama UMNO yang Islam dan Melayu? Orang kafir, jika mereka enggan menerima harus difahami kerana mereka tidak tahu maka seharusnya tanggungjawab kamu untuk menceritakkannya. 
 
Tetapi bagaimana dengan yang mengaku Melayu lagi Islam sudah puluhan tahun memerintah, puluhan tahun punya peluang untuk menegakkan agama Allah tetapi secara tiba-tiba saat ingin mati kelemasan baru melaung "kami mahu hukum Tuhan!"

Dato’ Seri Haji Hadi,

Umum sedia maklum dengan anggapan dan gelaran yang diberi ahli PAS bahawasanya Dato’ Seri dianggap bapa dalam jemaah.
 
Tetapi ingin saya lontarkan kritikan keras ini, sedayus apakah seorang bapa yang tergamak membiarkan "anak-anaknya" bercakaran sesama sendiri? Selemah manakah seorang bapa yang hanya menikus saat "anak-anaknya" makin hilang Islam dalam diri? 
 
Apa benar ini sifat nyata seorang yang diakui sebagai bapa? Tidak berusaha meleraikan,mendamaikan, malah seakan suka dengan kekacauan yang berlaku?

Dato’ Seri,

Sebagai anak muda yang tidak berparti dan hanya memberi pandangan didasarkan kepada keinginan untuk melihat Pakatan Rakyat berhasil menumbangkan Barisan Nasional, sekali lagi ingin saya ingatkan, kami mengundi PAS bukan kerana kami menerima PAS tetapi kami mengundi PAS untuk menjadi platform dalam Pakatan Rakyat bagi mengalahkan rejim. 
 
Kami tiada apa kerugian sekiranya matlamat kerajaan perpaduan akhirnya menjadi nyata, tetapi ingin kami beri amaran, jangan khianati amanah rakyat yang mengundi PAS untuk menjatuhkan BN. 
 
Dan sekiranya itu terjadi, maka janganlah PAS kesal jika rakyat menolak gabungan PAS-UMNO walaupun gabungan itu atas nama Islam? Yang batil tidak akan pernah bersama dalam kebaikan. Saya maklum kefakihan Dato’ Seri yang melebihi saya dalam soal hukum amanah dan janji ini.

Akhir kata, saya menyedari dan memaklumi kesan daripada kritikan saya terhadap Dato’ Seri ini. Tetapi ikhlas saya katakan, kritikan ini tidak langsung menyentuh kedudukan dan ilmu agama Dato’ Seri sebagai ulama tetapi saya mengkritik atas batang tubuh Dato’ Seri sebagai ahli politik semata. Dua skop berbeza inilah yang gagal difahami majoriti ahli PAS dengan kata mengkritik Dato’ Seri bererti mengkritik ulama dan mengkritik ulama bererti menghina pewaris nabi.

Dua skop berbeza yang saya berharap semua ahli PAS berlapang dada dalam membaca surat terbuka ini dan sama-sama mengambil ibrah daripada segala kemelut yang berlaku agama kembali kepada perjuangan dan akhlak Islam yang sebenar.Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri.

Selamat bermuktamar kepada seluruh perwakilan PAS dan semoga Allah melindungi jemaah ini daripada "tangan-tangan" yang menghancurkannya dari dalam.

Sekian,terima kasih.

SITI AISHAH,
Ustazah Kafa.

*mohon sebarkan


1MDB PERLU BERTANGGUNGJAWAB WALAUPUN HUTANG LANGSAI, KATA DR M.

Harimau Bintang's photo.
   Syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih perlu bertanggungjawab atas kerugian berbilion ringgit walaupun semua hutangnya dibayar melalui penjualan aset, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata, dalam perniagaan kerugian boleh terjadi disebabkan kelemahan pelaburan atau pengurusan, dan itu tidak boleh diterima walaupun pengurus dan ketua pegawai eksekutifnya dipecat.

"Apabila wang hilang dan pengurusan tidak mampu menjelaskan ke mana dan bagaimana ia boleh lesap maka pengurusan masih perlu bertanggungjawab walaupun ada cara untuk menyelamatkan atau hutang dibayar," katanya melalui tulisan di blog popularnya chedet.cc hari ini.

HB: Dalam keadaan kelam kabut macam ni sempat juga lantik anak sendiri sebagai juruaudit...sambil nak menutup salah urus sempat juga nak untung dari upah yang mahal...

HUTANG KERAJAAN DIPINDAH KEPADA RAKYAT MENERUSI GST. CAI PUN BERSORAK SOKONG ALJIBBY...BUDUS!!!

Harimau Bintang's photo.

Pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak gagal menguruskan kewangan dengan baik menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung beban hutang.

PETALING JAYA: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak cuba meletakkan kelemahan pentadbirannya di atas bahu rakyat dengan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, di bawah pentadbiran Najib, ekonomi negara sangat bermasalah kerana perbelanjaan tidak berhemah dan tidak terurus.

Katanya, pemberian wang kepada rakyat menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) salah satu punca kadar desifit negara meningkat.

“Memberi duit kepada rakyat mungkin menjadikan Najib popular tetapi dalam kebanyakkan kes, memberi wang bukan penyelesaiannya. Adalah lebih baik mendidik dan melatih mereka dengan kemahiran untuk mendapat kerja dengan pendapatan lebih tinggi.

“Defisit negara meningkat kerana perbelanjaan tidak berhemah, meningkatkan gaji minimum tanpa meningkatkan produktiviti, menambah hari cuti dan menggantikan hari bekerja jika cuti umum jatuh pada hujung minggu dan berbelanja untuk barangan mewah.

“Jika Najib bijak menguruskan kewangan, GST tidak perlu dikenakan terhadap rakyat,” tulisnya di blog, chedet.cc.

Dr Mahathir berkata, GST telah mengurangkan kuasa beli rakyat dan menjadikan rakyat lebih miskin.

“GST adalah cara untuk rakyat mengkayakan kerajaan,” katanya.


Dr Mahathir berkata, kerajaan di bawah Najib terpaksa menanggung beban hutang termasuk 1MDB dan beban itu dipindahkan kepada rakyat menerusi GST.

“Kerajaan Najib sebenarnya menyuruh rakyat termasuklah mereka yang tidak layak bayar cukai pendapatan untuk membantu kerajaan ‘bail out’,” katanya.

Katanya, tidak salah Najib didesak meletak jawatan kerana Najib juga pernah mendesak Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan Perdana Menteri.

“Sebelum ini, kita tidak pernah mendengar kehidupan mewah seorang Perdana Menteri. Sokongan terhadap Najib juga lebih teruk berbanding Pak Lah. Jadi atas alasan ini dan alasan-alasan lain, Najib patut berundur,” katanya.
 

VIDEO - VIDEO - HADI FITNAH AHMAD AWANG CALON PILIHAN DAP


Isu 1MDB: Berapa banyak bohong daa…Mohamad Fadli

 


arul_shahrol_Shahbudin-Husin_600
Menurut Shahbudin kelewatan penjelasan masalah dalaman 1MDB hanya akan mendedahkan lebih banyak pembohongan

PETALING JAYA: Kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilihat semakin kusut dan tidak berkesudahan dengan lanjutan siri penipuan.

Selepas Perdana Menteri Najib Tun Razak didakwa berbohong mengenai kedudukan wang hampir RM4 bilion yang didakwa disimpan di salah sebuah bank di Singapura, kini giliran Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kandasamy dan bekas CEO, Datuk Shahrol Halmi dikatakan menggunakan taktik yang sama.

Ketiadaan dua sosok penting itu menghadiri prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memperlihatkan penipuan demi penipuan terus berlaku.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Shahbudin Husin turut mempersoalkan tindakan Najib yang seolah-olah hanya cenderung kepada Arul dan Shahrul walaupun dikecam oleh pelbagai pihak.

“Di bursa politik kedai kopi dan lobi hotel, bertebaran cakap-cakap mengatakan betapa besarnya pangkat kedua-dua individu terbabit sehingga Najib seolah-olah hanya “PRO” saja kepada mereka.

“Malah, Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah tampil sebagai jurucakap memberi jaminan kedua-dua mereka akan tetap memberi keterangan,” tulisnya di shahbudindotcom.blogspot.com.

Tambahnya lagi dengan menutup kecacatan dalam 1MDB, ia hanya akan mendedahkan lebih banyak lagi pembohongan dalam 1MDB.

“Dengan terus bermain dengan masa dan satu demi satu pembohongan terbongkar dalam usaha yang bagaikan terpaksa untuk merungkai kekusutan 1MDB ini, rata-rata mula bertanya, apakah selepas ini lebih banyak lagi pembohongan akan terus terdedah?.

“Bohong, bohong dan terus bohong. Berapa banyak bohong daa…mungkin ini yang terpacul daripada mulut Allahyarham P Ramlee jika beliau masih hidup dan menyaksikan kemelut 1MDB ini,” katanya.

Anwar sakit lagi? FMT Reporters

 
izzah, Anwar Ibrahim, sakit belakang

Nurul Izzah akan mengadakan sidang media pada Sabtu bagi menjelaskan keadaan kesihatan bapanya.

PETALING JAYA: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan berada dalam keadaan tidak sihat.

Dakwaan itu dibuat, anaknya yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Bagi mengulas lanjut mengenainya, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu akan mengadakan satu sidang akhbar pada Sabtu, 30 Mei.

Jemputannya dihantar melalui Biro Komunikasi PKR kepada media.

Februari lalu, Nurul Izzah pernah mengeluarkan kenyataan mengenai tahap kesihatan bapanya yang kini berdepan dengan hukuman penjara selama lima tahun selepas sabit kesalahan meliwat pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Anwar dikatakan sedang menderita akibat sakit belakang.

Isu kesihatan bekas Timbalan Perdana Menteri itu bukan perkara baru kerana ketika merengkok dalam penjara selama enam tahun (1998 hingga 2004), keluarganya pernah menggunakan alasan yang sama untuk membawanya keluar daripada penjara untuk menjalani rawatan di Jerman

Khas Buat Semua Pembaca !


Kadir Jasin tidak patut babitkan Anwar dalam siniskalnya kepada Najib SINGGUNG JUMAAT

Siniskal A Kadir Jasin memberi formula untuk Najib Razak mengekalkan kedudukannya apabila Dr Mahathir Mohamad semacam sudah hampir habis ikhtiar untuk melihat PM itu berundur, salah satu daripada enam formula itu agak melampau.

Kadir memberi enam formula, dan formula yang keempat yang berbunyi; "Upah penulis surat layang “berwibawa" untuk memburuk-burukkan Tun Dr Mahathir Mohamad, dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyumbang kata pengantarnya, dan sebagai ganjarannya Anwar diberi beberapa hari keluar penjara," ia dilihat agak melampau.

Tidak patut Kadir membabitkan nama Anwar kalau pun ingin menyiniskan Najib Razak. Apabila Kadir membabitkan nama Anwar meyebabkan nama Anwar sekelas dengan penulis surat layang.Anwar tidak wajar disama kelaskan dengan penulis upahan atau penulis surat layang. Mereka sebegitu bersifat halimunan, hipokrasi dan tidak ada moral, tidak dengan Anwar.



Apabila lagi Kadir menyarankan tugas Anwar itu boleh dikontrakan dengan memberi kebebasan kepada Anwar, nampak sangat akan kehaprakan Anwar dalam hal ini.
Janganlah disamping tarik telinga kanan Najib, Kadir cubit pula telinga kiri Anwar.


 Saya rasa Anwar tidak perlu menjadi penulis upahan atau alat kepada sesiapa untuk dia merasai udara bebas di luar. Anwar lebih bertanggungjawab dengan apa yang dilakukan. Kalau Anwar ingin bebas dan selamat dia boleh melepaskan diri sejak lama dahulu tanpa bersedia menuruti saranan Kadir itu.

Sekiranya Anwar bersedia untuk menjadi alat seperti mana disarankan Kadir itu, dia boleh memilih menyelamatkan dirinya, (bebas) sejak zaman Mahathir lagi. 


Apakah Kadir tidak tahu yang Mahathir pernah menawarkan "suaka" politik kepada Anwar agar beredar ke luar negeri dan jangan menganggui pentadbirannya? Jika Anwar bersedia patuhi saranan Mahathir itu dia akan aman.

Tetapi apa yang berlaku, Anwar memilih penjara daripada menjadi alat kepada Mahathir dan begitu juga kepada Najib. Anwar menjadikan dirinya sebagai lilin dan obor untuk menerangi rakyat dan membakar segala kepalsuan, ketidak adilan dan kezaliman dilakukan Mahathir.

Diharap lain kali Kadir lebih berhati-hati dalam membuat sinikal jangan sampai membabitkan nama orang lain dan menyakini orang yang tidak ada kena mengena dan berkolobrasi untuk menjatuhkan Najib.

Lain-lain formula atau sinikal Kadir bagaimana Najib boleh terus berkuasa ialah menyarankan kabinet dirombak, dengan mengetepikan “unsur tidak mesra” seperti timbalannya sendiri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah Shafie Apdal.

Beliau juga mencadangkan supaya Najib melantik Ahmad Zahid Hamidi menjadi timbalan perdana menteri, dan meletakkan Hishamuddin Hussein yang juga sepupunya, menjadi menteri kewangan.

Dicadang juga Najib mengambil alih Kementerian Dalam Negeri supaya darurat boleh diisytihar dengan lebih mudah jika berlaku undi tidak percaya di Parlimen.

Turut sama disarankan oleh Kadir, Najib hendaklah menggantikan Peguam Negara Abdul Gani Patail dengan peguam Umno Mohd Hafarizan Harun.

Formula terakhir bagi menyelamatkan Najib, Kadir cadangkan supaya Najib hilangkan beban hutang 1MDB dengan meminta ahli perniagaan Jho Low menguruskan penjualan syarikat pelaburan negara itu kepada sahabat-sahabat Arabnya. [wm.kl.2:19 pm 29/05/15]

Posted by mso.im

Friday, May 29, 2015

Desak Isa Samad letak jawatan Faiz Zainudin


Selain Isa, Anak turut mendesak Pengarah Besar FELDA, Datuk Hanapi Suhada memberikan penjelasan terhadap masalah yang dihadapi.

PETALING JAYA: Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (Anak) mendesak Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad supaya meletak jawatan.

Ia susulah kerugian yang ditanggungnya selepas harga saham FELDA Global Venture (FGV) jatuh ke paras terendah, RM1.92 seunit berbanding harga pembukaannya RM4.55 seunit.

Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, Isa perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku kerana ia telah menjejaskan warga FELDA.

“Isa Samad sepatutnya meletakkan jawatan dan bertanggungjawab atas ‘dosa dosa’ yang dilakukannya.

“Warga FELDA telah dan akan terus berdoa serta melakukan Solat Hajat ke atas kamu, Tan Sri Isa Samad.

“Doa orang yang dizalimi, tiada hijab di sisiNya’,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Selain Isa, dia turut mendesak Pengarah Besar FELDA, Datuk Hanapi Suhada memberikan penjelasan terhadap kegelisahan peneroka berhubung status tanah dan kedudukan Koperasi Permodalan FELDA yang dikatakan sedang terumbang ambing.

Mazlan mendakwa, simpanan FELDA mula berkurang kepada RM1.35 bilion sejak Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil alih tanggungjawab penuh ke atas FELDA sekitar tahun 2004.

Katanya, FELDA berada dalam keadaan berhutang selepas ia membuat pinjaman RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Lebih menjengkelkan apabila Isa membuat kenyataan bahawa pemberian pinjaman itu adalah suatu penghormatan.

“Saya tidak pasti angka tepat jadual pembayaran yang FELDA kena lakukan setiap tahun kepada KWSP. Jumlahnya tidak kurang RM300 juta setahun. Ada maklumat yang di sampaikan kepada saya, FELDA akan berhutang lagi dengan institusi kewangan.

“Malapetaka berterusan menimpa FELDA, jika pinjaman baru terpaksa di lakukan,” katanya.

"BERANI KE PM NAJIB PECAT ISA SAMAD -  DIA MEMEGANG DAN MENYELAMATKAN NAJIB SATU KETIKA DULU DI PORT DICKSON."

Anak Najib Tun Razak Mengamuk!!! suarakami

 

 Anak Najib telah dihentam oleh pengguna-penguna laman facebook yang lain dan cuba anda lihat apa reaksi mereka selepas anak Dato Seri Najib meluahkan kemarahannya di Twitter, yela bila orang mengutuk ayah sendiri mesti la marah dan berbulukan? Zazzzzz tengok sendiri komen-komen tersebut


PANAS - Hassan Malik Lancar Buku Tentang Kehebatan Dirinya


‘Hasan Malek: Legasi Pemimpin Berjiwa Rakyat’



Datuk Seri Hasan Malek melancarkan buku ‘Hasan Malek: Legasi Pemimpin Berjiwa Rakyat’ di ibu pejabat Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Kuala Lumpur hari ini. Buku berkenaan menekankan pentingnya sikap bertanggungjawab dan jujur dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.

Datuk Seri Hasan Malek berkata buku "coffee table" yang dilancarkan mengenai dirinya hari ini bukanlah bertujuan untuk bersifat bongkak tetapi ia perlu dijadikan rujukan kepada anak-anak bangsa dalam mengejar cita-cita.

Menurut menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan itu, buku bertajuk "Hasan Malek: Legasi Pemimpin Berjiwa Rakyat" menekankan pentingnya sikap bertanggungjawab dan jujur dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.

"Niat saya untuk mengabadikan pengalaman saya sebagai seorang guru dahulu dan hari ini menjadi seorang menteri.

"Sesungguhnya satu penghormatan yang sangat tinggi dan perlu diabadikan sebagai rujukan kepada anak-anak bangsa kita, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan," katanya kepada pemberita di majlis pelancaran buku di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau turut berterima kasih kepada Utusan Malaysia terutamanya kepada pengarangnya Datuk Hassan Mohd Noor kerana merealisasikan hasratnya untuk menghasilkan buku tersebut supaya dicontohi generasi muda di negara ini.

Buku tersebut mengandungi catatan-catatan ringkas kehidupan dan pengalaman Hasan yang bermula sejak zaman kanak-kanak sehingga hari ini.



BONGKAR: Kehidupan Mewah Luar Biasa Skandal Shafie Apdal suarakami

 

WALAUPUN Ratu Botox, Zahida Mohamad Rafiq dan Menteri Top-Up, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan hubungan sulit mereka, namun majoriti artis dan rakyat Malaysia yakin bahawa laporan media tentang hubungan mereka amat sukar disangsikan.
Gaya hidup mewah Zahida berbanding dengan pendapatannya yang 'ciput' (sedikit) tidak memungkinkan beliau menyara kehidupannya tanpa bantuan Shafie atau Datuk 'M' yang menggunakan Zahida sebagai 'Banker' dalam permainan 'Monopoly'.
Selama ini Zahida mendakwa bahawa beliau mempunyai pendapatan lumayan dan kukuh untuk menyara kehidupan mewahnya kerana memiliki dua syarikat masing-masing Noble Benchmark Sdn.Bhd (556710-V) dan Lembaran Putih Sdn. Bhd. (584803-A).



Paparazzi telah menjalankan siasatan rapi di RAM Credit Information Sdn.Bhd (RAM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menilai keboleh upayaan Zahida menyara kehidupan mewahnya dengan menjalankan perniagaan yang kononnya mengaut keuntungan yang besar; dan bukannya ditaja oleh Menteri Top-Up.Ternyata kenyataan mantan pemandunya, Noor Azman Azemi bahawa Menteri Top-Up telah membayar RM100,000 setiap kali menemui Zahida dan sehingga kini telah menyerahkan RM1.5 juta sukar untuk disangkal.

Artis Botox, Plastik dan Kolagen kacukan Melayu-Pakistan tidak dapat hidup mewah daripada lakonan kerana selama menjadi anak wayang, Zahida hanya membintangi enam buah filem antaranya Senario, Mami Jarum, Mami Jarum Jr, Anak Mami The Movie dan Kuliah Cinta dan mendapat bayaran kurang daripada RM10,000 bagi setiap filem yang dilakonkannya.

Namun Menteri Top-Up telah menyalahguna kuasa memberi peluang yang cukup luas kepada Zahida ketika menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNK) pada 31 Mac 2004 sehingga 17 Mac 2008 iaitu sebagai kontraktor Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia dan pembekal barang mentah untuk semua rangkaian Pasaraya Giant.

Syarikat Zahida, Noble Benchmark juga turut diberi peluang menghasilkan dua buah filem pendek berjudul 'Budi Bahasa' dan '1Malaysia' terbitan FINAS dan beberapa kontrak persembahan pentas ketika Menteri Top-Up menjadi Menteri Perpaduan, Kebudayaan dan Warisan Malaysia di antara 18 Mac 2008 sehingga 9 April 2009.

Setelah Menteri Top-Up menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Zahida tidak perlu bekerja keras lagi kerana mendapat durian runtuh setiap bulan; sebagaimana yang didakwa oleh Noor Azman Azemi, terutama projek Top-Up yang dilaksanakan melalui proksi dan nominee seperti Datuk Chin Su Phin, Wilfred Yong Chen Leong, Datuk Christopher Chiu, Haji Yusof Apdal, Azis Jamman, Marzuki Datuk Nasir, Datuk Peter Anthony dan sebagainya.

Melalui Projek Top-Up, terutamanya Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Menteri Top-Up akan mendapat antara 10% sehingga 25 % komisyen daripada kos projek berkenaan (Harga projek dinaikkan sehingga 60%); semuanya telah didedahkan oleh Sabahkini.net sebelum ini, terutama Projek Sistem Solar Hibrid Fasa II Pulau Banggi, Kudat.

Soal sama ada Zahida telah bernikah dengan Menteri Top-Up tidak wajar ditimbulkan untuk menutup Skandal Seks mereka kerana rakyat Malaysia mahu tahu dari mana Menteri Top-Up memperolehi wang tidak kurang RM500 juta (Rekod SPRM); setakat ini RM50 juta daripadanya telah diserahkan kepada Zahida.

Kerakusan Zahida membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya polis pada 3 Mac 2012 membawa padah kerana RM200,000 wang yang kononnya dilarikan Noor Azman Azemi lesap; malah kes yang disiasat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah masih belum dapat dibuktikan.

Lebih malang apabila pada 18 April 2012, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin memperoleh penyata bank peribadi Zahida dan mendedahkan kepada media di lobi Parlimen bahawa terdapat beberapa transaksi yang dilakukan Menteri Top-Up itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.

Kata Zuraida, pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sahaja sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman Azemi untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik.

Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Jumlah kesemuanya lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan.

Zuraida Kamaruddin turut mendedahkan Zahida Rafik mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series, Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta.Sikap Zahida yang suka bercakap besar kepada wartawan menyebabkan beliau terperangkap dalam dunia ciptaan sendiri dan berbangga dengan wajah ASPAL (Asli Tetapi Palsu) hasil pembedahan plastik, suntikan botok dan kolagen.

“Saya bukan nak cakap besar, tapi London sudah macam rumah kedua saya. Sekurang-kurangnya setahun dua kali saya ke sana terutama pada waktu jualan murah musim Krismas. Saya juga sangat selesa dan mahir dengan jalan-jalan di sana. Lebih daripada itu, saya mempunyai ramai teman di London, jadi tak terasa asing,” ujar Zahida kepada wartawan yang mempersoalkan hidup mewahnya sedangkan beliau bukan artis popular yang berpendapatan besar.

Menteri Top-Up dilahirkan di Semporna pada 20 Oktober 1957 dari keturunan Bajau Sikubung (Pendatang Filipina) kerana bapanya Haji Apdal pernah menjadi tentera Filipina; kini merupakan salah seorang Naib Presiden UMNO; menikah dengan Shuryani binti Shuaib dan mempunyai enam orang anak.

Analisis penuh kekayaan rosmah (Wajib baca) suarakami

 

 Nampak gayanya terpaksa najib ulang baca bab Wasatiah balik semula, najib ajar lain rosmah buat lain. memang kali ini najib pening tak sudah, sudahlah kes NFC yang melibatkan sharizat belum mampu ditangani lagi , sekarang berita keborosan isteri najib terpampang di akhbar luar negara pula, sama seperti kes sebelum ini.
Tak tahukah rosmah, bagi najib rosmah lah keajaiban dunia ke 24, ( Altantuya keajaiban ke 23), sebab itu najib pernah bercadang nak lantik rosmah jadi menteri kewangan, sebab rosmah memang pandai menabung dari kecil, kah.kah..kah..kah... 

Najib pernah minta rakyat berjimat , takut dengan hutang negara sedia ada, negara jadi muflis tapi umpama  satu lagi projek BN yang kantoi, rosmah pula jahanamkan segala usaha murni najib. kah.kah.kah.

Jika sebelum in akhbar Australia, The West Australian pernah mendedahkan perbelanjaan delegasi yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Perth, Australia semasa mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) tahun lepas, 
Dalam laporan The West Australian itu, seorang Wanita Pertama (walaupun akhbar tersebut tidak menamakan individu tersebut, ramai blogger dipercayai ianya rosmah) telah membelanjakan kira-kira A$150,000 (RM487,000) untuk membeli mutiara di David Jones- sebuah gedung mewah terkemuka di Australia Barat.
Akhbar yang sama turut melaporkan anak gadis perdana menteri, membelanjakan sekurang-kurangnya RM195,000 untuk membeli belah di David Jones. 


Bagaimanapun ini bukan kali pertama keluarga Najib dikecam kerana mengamalkan gaya hidup mewah ketika negara dibebani dengan hutang sebanyak RM437 juta dan rakyat menderita akibat kenaikan kos hidup.

Rosmah sebelum ini turut dikaitkan dengan pembelian cincin berlian berharga RM24 juta yang dibeli dari syarikat Jacob & Co- sebuah syarikat berlian terkemuka di London.
Terbaru Akhbar Australia Sydney Morning Herald semalam melaporkan isteri Perdana Menteri, rosmah mansor membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney dua minggu lalu.

Dalam ruangan 'Private Sydney', akhbar itu memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp menggelarkan Rosmah sebagai "first lady of shopping" disamping gelaran asalnya first lady of Malaysia (Flom
)

Pereka fesyen itu juga menyifatkan Rosmah sebagai 'pengikut fesyen yang berdedikasi', disamping mengiktiraf rosmah sebagai "pelanggan terbesar" kerana telah membelanjakan A$100,000 semata-mata untuk membeli pakaian.

Akhbar itu juga melaporkan, kesemua barangan yang dipesan termasuk 61 baju, seluar dan penutup kepala diperbuat dari sutera terbaik dan dalam pelbagai warna cetakan yang sangat eksotik.


Kah..kah..kah.. mungkin pakaian yang dipakai oleh rosmah perlu ditempah khas kerana pereka fesyen tersebut pasti mengalami kesukaran mereka pakaian yang menampakan 'kesliman" rosmah.

Hai, nasib najib la dapat bini super high mantanance macam nei, bayangkan berapa banyak duit najib dah habis untuk "melawakan" bininya tu.

Nak beli rantai, beli cincin, baju dan segala benda , mesti bukan sahaja duit yang disimpan oleh rosmah dari kecil dan habis, malah duit yang najib tabungkan dari kecil pun gerenti dah habis juga, itu belum lagi kira berbelas koleksi simpanan beg tangan jenama mewah Birkin, yang kebiasaan dipakai oleh golongan kenamaan dan artis antarabangsa.

Menurut akhbar tersebut lagi, Rosmah dan Najib, semasa percutian tersebut, menginap di penthouse berharga A$20,000 (RM65,100) semalam di Hotel Darling.

Kah.kah.kah., setakat  RM65,100 tu apa lah sangat kan, bukankah sebelum ini najib dan "suami" dikatakan pernah membayar RM140,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk tempoh semalaman, jadi yang di Australia tu takla mahal mana pun.. itu pun nak kecoh.

Biasalah kan isteri perdana menteri tu, penampilan kene jaga, Kah..kah..kah.. sebab itu la rosmah yang menggelar dirinya Wanita Pertama Malaysia (FLOM), juga ghairah mendapatkan publisiti dari media luar negara sehingga kerajaan membelanjakan sebanyak RM1.5 juta untuk menempah iklan yang memaparkan gambar beliau dalam sebuah akhbar Amerika Syarikat, New York Times tak lama dulu.


Tak apalah kan, rosmah tu isteri perdana menteri, nanti kalau kita nak merungut lebih-lebih orang umno kata kita tak bersyukur, kita dikatakan fasik pula, bersyukur aja la, bak kata orang umno selagi kita masih boleh makan....


Makan?.. woi. rakyat nak makan pun tak cukup.. apasal senangx2 bazirkan duit... tu yang beli macamx2 tu duit sapa tu?.. betullah kata orang rosmah penyebab umno akan tumbang.

Terbongkar! Gelang Rosmah Mansor berharga RM1.65 Juta suarakami

 
SATU persatu tabiat boros isteri Perdana Menteri Najib Tun Razak berjaya dibongkarkan. Kalau sebelum ini sistem kastam telah menunjukkan bahawa Rosmah Mansor ada membeli cincin mewah "“Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond Ring", yang berharga USD 24.5 Juta (RM73 Juta).

Kali ini wartawan Free Malaysia Today telah mendapat pengesahan melalui email daripada syarikat yahudi Jacob & Co’s bahawa harga gelang yang dipakai oleh Rosmah lebih USD 500, 000 (RM1.65 Juta).




Gambar berikut menunjukkan Rosmah Mansor sedang bergaya dengan gelang mewah berharga RM1.65 Juta [Zebra Safari Bangle].


Para pembaca yang dihormati sekalian, lihatlah dengan mata kepala anda sendiri, perangai buruk dan boros Rosmah Mansor ini saling tak tumpah seperti Laila Trabelsi isteri kepada Perdana Menteri Tunisia yang digulingkan kerana tabiat buruk isterinya yang suka bermewah-mewahan dengan duit rakyat. Duit rakyat dilakukan seperti duit bapak dia.

Bayangkan, RM1.65 Juta yang boleh digunakan untuk membina sebuah sekolah, dihabiskan sekelip mata untuk membeli gelang Bik Mama. RM73 Juta yang boleh digunakan untuk manfaat beratus-ratus malah beribu rakyat, dibelanjakan habis sekelip mata hanya untuk membeli cincin permata mewah bik Mama.