Followers

Friday, May 29, 2015

PANAS - Hassan Malik Lancar Buku Tentang Kehebatan Dirinya


‘Hasan Malek: Legasi Pemimpin Berjiwa Rakyat’



Datuk Seri Hasan Malek melancarkan buku ‘Hasan Malek: Legasi Pemimpin Berjiwa Rakyat’ di ibu pejabat Perbadanan Nasional Berhad (PNS), Kuala Lumpur hari ini. Buku berkenaan menekankan pentingnya sikap bertanggungjawab dan jujur dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.

Datuk Seri Hasan Malek berkata buku "coffee table" yang dilancarkan mengenai dirinya hari ini bukanlah bertujuan untuk bersifat bongkak tetapi ia perlu dijadikan rujukan kepada anak-anak bangsa dalam mengejar cita-cita.

Menurut menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan itu, buku bertajuk "Hasan Malek: Legasi Pemimpin Berjiwa Rakyat" menekankan pentingnya sikap bertanggungjawab dan jujur dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.

"Niat saya untuk mengabadikan pengalaman saya sebagai seorang guru dahulu dan hari ini menjadi seorang menteri.

"Sesungguhnya satu penghormatan yang sangat tinggi dan perlu diabadikan sebagai rujukan kepada anak-anak bangsa kita, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan," katanya kepada pemberita di majlis pelancaran buku di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau turut berterima kasih kepada Utusan Malaysia terutamanya kepada pengarangnya Datuk Hassan Mohd Noor kerana merealisasikan hasratnya untuk menghasilkan buku tersebut supaya dicontohi generasi muda di negara ini.

Buku tersebut mengandungi catatan-catatan ringkas kehidupan dan pengalaman Hasan yang bermula sejak zaman kanak-kanak sehingga hari ini.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.