Followers

Sunday, November 30, 2014

Ini jawapan ‘Datuk’ dan ‘Tan Sri’ bodoh Amno apabila dilarang merokok di dalam PWTC.

Berita yang dipetik dari The Rakyat Post bagaimana ada di kalangan perwakilan di Perhimpunan Agung Umno telah menimbulkan kemarahan orang lain kerana merokok di dalam PWTC.

Mereka dilihat meneruskan tabiat itu walaupun banyak tanda-tanda larangan merokok di dalam bangunan.

Seorang pelayan, yang enggan namanya disiarkan, mendakwa beberapa perwakilan menolak untuk memadamkan rokok mereka apabila diminta.

“Mereka mendakwa sebagai ‘Datuk’ dan ‘Tan Sri’ dengan menyindir bahawa adalah hak semua untuk merokok.”

The Rakyat Post yang memaklumkan kepada Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan sehingga beliau melahirkan rasa terkejut dan akan membuat pengumuman supaya tidak merokok di tempat awam.

“Saya akan membuat pengumuman untuk mengingatkan mereka supaya tidak merokok di tempat awam.” 


-tranungkite-


VIDEO - Bloggers Umno Panas Dihina Kerana Kuat Bodek

 


Bertindak balas atas kenyataan wakil Kelab Umno Luar Negara (KLUN) mengenai Blogger Umno lambat pertahan Rosmah.

Pada PAU 2013, kita blogger-blogger dengan rasa senang hati memberi publisiti percuma kepada Exco Pemuda Umno Malaysia, Ibdillah Ishak, yang baru dilantik ketika itu kerana kenyataan beliau yang terlebih lajak dari laju (terlebih cangan sebelum perlaksanaan) dan pada kali ini (PAU 2014) saya seru sahabat blogger untuk memberikan Farhana ini keutamaan.

Farhanan dalam ucapannya menyalahkan blogger Umno kerana lambat membalas dakyah dan berita palsu yang dilemparkan oleh blogger-blogger parti pembangkang.

Menyalahkan blogger Umno gagal mempertahankan Rosmah merupakan satu tuduhan berat dan berniat jahat apatahlagi menyebutnya secara umum (blogger Umno) tanpa menyatakan secara khusus sasaaran sebenar tuduhan tersebut.

Yang pertama, saya mahu tanyakan kepada farhana, siapakah yang dimaksudkan dengan Blogger Umno?.

Kebanyakan blogger yang pro kerajaan termasuk saya mempertahankan bukan sahaja Rosmah tetapi Umno itu sendiri dan adakah itu dimaksudkan sebagai blogger Umno?

Yang kedua, bagaimana bentuk pertahankan yang Farhana maksudkan?.

Secara Ilmiah? Fataniah? atau Makiniah? jika Farhana tidak nampak mungkin Farhana ini tidak membaca politik tempatan atau Farhana ini sibuk berosial di luar negara?

Yang ketiga, Farhana fahamkah politik blogger dalam negara ini atau farhana ini hanya tembak semberono?

Video ucapan Farhana saya naikkan semula disini supaya pembaca faham bagaimana maksud Farhana.

Kefahaman saya dalam ucapan Farhana ini sebenarnya hanya untuk menjilat (bahasa orang muda) First Lady.

Farhana hanya bertujuan sebenarnya menunjuk pandai kononnya Pelajar KULN ini sahaja yang hebat boleh pertahankan Rosmah hinggakan tiada langsung peranan atau sumbangan orang lain (blogger) dalam peperangan siber politik Malaysia.

Hebat sangatkah orang (blogger) KULN ini?

Saya dengan ini mencabar Farhana membentangkan gerakerja blogger KULN yang digelar Young Blogger (YB) untuk mempertahankan Rosmah.

Selepas 3 bulan sila bentangkan keputusan capaian pembaca yang telah membaca blog-blog KULN bagi membuktikan tulisan Farhana sampai kepada sasaran dan buktikan blogger pembangkang telah patah hujahnya dengan penulisan tersebut.

Farhana jangan hanya pandai melambung untuk membodek Rosmah supaya nanti boleh mendapat tempat sebagai orang penting.

Buktikan kehebatan gerakerja Farhana bukan setakap cakap kosong yang akhirnya memalukan keseluruhan ahli KULN dan alumninya.

Akhirnya tetapi bukan yang terakhir, Saya menganggap kenyataan yang keluar dari mulut Farhana hari ini adalah kenyataan dari kelab Umno Luar Negara (KULN) yang memeprlekeh blogger-blogger yang siang malam mempertahankan Umno Bn.

Saya cabar Farhana dan KULN bermula sekarang.


Saturday, November 29, 2014

Terkedu: 'Mai Celen' Shahrizat Ada Orang Sambut Dengan Tibai

 

Ambik kau...hahahahaha

Ibu red indian duk ingat tadak orang berani celen  dengan dia

Tup tup lagi sakan mamat umngok tibai ibu red indian tu....hahahahaha

PAU 2014: Ketua Umno Bahagian Cheras Gesa Shahrizat Letak Jawatan

Ketika Presiden Umno menggesa ahli parti agar bersatu pada Perhimpunan Agung Umno, seorang Ketua Umno Bahagian melahirkan rasa kurang senangnya terhadap Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Pada Jumaat, Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dalam satu temubual bersama, Astro Awani telah menggesa Shahrizat meletakkan jawatan sebagai ketua sayap wanita Umno. 

"Shahrizat harus melihat diri sendiri, kerana ada individu lain yang inginkan jawatan yang dipegangnya. Adalah tidk adil untuk beliau (Shahrizat) meminta jawatan Naib Presiden diberikan kepada sayap wanita.

"Dia mempunyai liabiliti. Maka, jalan terbaik adalah dengan meletakkan jawatan, isu ini akan berakhir," katanya kepada Astro Awani di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) pada Jumaat.

Sementara itu di blog peribadinya, Syed Ali menggesa Wanita Umno agar bersikap lebih realistik dan meletakkan agenda rakyat dihadapan berbanding mendesak agar mereka diberikan peranan yang lebih besar dalam parti.

Beliau berkata persoalan untuk memberikan jawatan penting diperingkat tertinggi kepimpinan parti tidak wajar menjadi perkara utama.

"Wanita Umno tidak harus menyatakan hasrat mereka. Ia ibarat memberikan tekanan dan menggesa presiden parti."

"Adalah lebih baik mereka yang membebankan parti keluar dan meninggalkan parti, termasuk mereka dalam Wanita Umno," katanya di blog peribadi beliau.


Sebelum ini, Syed pernah mempertikaikan cadangan agar kerusi Naib Presiden ditambah hanya kerana 89 peratus menyokong atau 171 daripada 192 bahagian menyokong Wanita Umno Bahagian seluruh negara.

"Cadangan tersebut hanya datang daripada mereka dan ia tidak dipersetujui oleh majoriti ahli parti."

"Mengapa anda perlu meminta pucuk pimpinan agar mempertimbangkan satu kerusi tambahan untuk Wanita Umno kerana ia akan hanya dipertandingkan dikalangan bagi sayap Wanita Umno sahaja.

"Jika anda meminta kerusi tambahan, ia akan menyebabkan parti terpaksa 'menyediakan' satu kerusi hanya untuk sayap Wanita. Saya menolak tanggapan Umno kejam dan tidak menghargai peranan wanita sebagai tulang belakang parti.


"Ya,...memang pada ketika ini tiada pemimpin wanita yang menjadi menteri penuh. Namun ahli sayap wanita perlu menanyakan soalan tersebut kepada Ketua Wanita Umno mengapa perkara sedimikian berlaku," ujar Syed Ali.

Ini bukan kali pertama Syed Ali mempersoalkan keupayaan Shahrizat memimpin sayap wanita dan beliau juga pernah menggesa bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meletakka jawatan dalam beberapa majlis kira-kira dua tahun lalu.


sumber...Mstar OL
Oleh: T. AVINESHWARAN

PAU 2014 : Tahun Ini Lagu Anak Kecil Main Api Tak Menjadi.... DAH KANTOI ?

Tumpang Tanya..Hari Ini Ada Tak Mangkuk2 Jamban Umno Yg Menangis Sambil Menyanyikan Lagu Rock Balada Kegilaan Macai2 Umno "ANAK KECIL BERMAIN API,BUMI DIPIJAK MILIK ORG"...Kalau Ada Macai2 Yg Menangis,Sahlah Macai2 Itu Jenis BUTA DAN RABUN TAHAP KRONIK Kerana Tak Nampak Dewa2 Kayangan Umno DI ATAS PENTAS ITULAH SEBAHAGIAN DRP MAKLUK2 YG BERTANGGONGJWB MENGADAI TANAH REZAB MELAYU Dgn Berbagai Alasan,Yg Paling Popular Ialah KONONNYA UTK PENBANGUNAN..
-Pengerusi Mmg Layak Dinobatkan Sebagai Pelakun Vateran Terbaik Sepanjang Zaman, Krana Lakunannya Yg Cukup Berkesan Bila Kononnya Meminta SERAH SEMULA TANAH REZAB MELAYU,Padahal Kamu "TERLALU MENGENALI" MAKLUK2 YG MENGADAI TANAH REZAB MELAYU ITU..Tumpang Tanya..Hari Ini Ada Tak Mangkuk2 Jamban Umno Yg Menangis Sambil Menyanyikan Lagu Rock Balada Kegilaan Macai2 Umno "ANAK KECIL BERMAIN API,BUMI DIPIJAK MILIK ORG"...

Kalau Ada Macai2 Yg Menangis,Sahlah Macai2 Itu Jenis BUTA DAN RABUN TAHAP KRONIK Kerana Tak Nampak Dewa2 Kayangan Umno DI ATAS PENTAS ITULAH SEBAHAGIAN DRP MAKLUK2 YG BERTANGGONGJWB MENGADAI TANAH REZAB MELAYU Dgn Berbagai Alasan,Yg Paling Popular Ialah KONONNYA UTK PENBANGUNAN..

-Pengerusi Mmg Layak Dinobatkan Sebagai Pelakun Vateran Terbaik Sepanjang Zaman, Krana Lakunannya Yg Cukup Berkesan Bila Kononnya Meminta SERAH SEMULA TANAH REZAB MELAYU,


Padahal Kamu "TERLALU MENGENALI" MAKLUK2 YG MENGADAI TANAH REZAB MELAYU ITU..

Nasiblah Bila Bercakap Tak Pakai Akal! MCA: Wakil Umno P Pinang perlu otak mk




Naib presiden MCA Datuk Chew Mei Fun menyelar wakil Umno Pulau Pinang yang masyarakat Cina di negeri itu menempa kejayaan daripada hasil perniagaan haram.

Chew berkata, wakil Umno negeri itu, Zaidi Mohd Said perlu dikecam sekeras-kerasnya kerana “dakwaan penuh taksub” itu hanya untuk meraih “keuntungan politik murahan”.

"Kami menentang tindakan Mohd Zaidi yang mengaitkan aktiviti maksiat membuka perjudian haram, pelacuran dan pusat hiburan sebagai jalan untuk orang Cina Pulau Pinang meraih kemewahan.

“Dakwaan taksub sebegitu menunjukkan bahawa individu ini amat memerlukan otak," kata Chew yang juga pengerusi jawatankuasa perhubungan MCA negeri.

Katanya, kenyataan yang bersifat menghasut itu tidak patut diucapkan kerana boleh memusnahkan hubungan kaum. “Amat menyedihkan sekali kerana Mohd Zaid memilih untuk meraih keuntungan politik murahan dengan membuat dakwaan sewenang-wenang dengan membangkitkan mengenai kegiatan maksiat untuk memfitnah orang Cina Pulau Pinang,” katanya.

Mohd Zaidi dalam ucapan di Perhimpunan Agung Umno semalammendakwa kegiatan seperti perjudian dan pelacuran merupakan "sumber kekuatan Cina yang tidak menyokong BN" di Pulau Pinang.


Posted by mountdweller.

Bloggers Umno Bangang, Kata Najib

 

Datuk Seri Najib Razak menyelar sikap blogger pro Umno yang menyerang kembali pemimpin parti Melayu itu dan kononnya bersifat “friendly fire”.

Presiden Umno itu berkata, blogger pro Umno perlu melakukan tindakan sebaliknya dengan menyerang pemimpin pembangkang kerana mereka perlu tahu pihak mana yang membiayai mereka.

“Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly," kata Najib merujuk kepada Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang,” katanya semasa berucap di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.

.

Akta Hasutan : Najib Bakal Terencat Akal Dengan Pendedahan Ini?

 
Datuk Seri Najib Razak tidak pernah berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 sebaliknya akan mengkaji akta berkenaan jika mendapatkan undi kumpulan tertentu, kata perwakilan Umno Kedah Mohd Kamal Saidin.

Kamal berkata, kumpulan yang menolak Barisan Nasional (BN) itu adalah mereka yang menyokong parti pembangkang dan golongan pelampau yang menyokong gerakan perkauman. 

“Pembangkang seluruh negara membangkitkan kononnya presiden mungkir janji mengatakan Akta Hasutan dimansuhkan. Bukan presiden berjanji Akta Hasutan dimansuhkan tetapi sekadar berjanji untuk diteliti tetapi dengan syarat.

“Presiden tidak pernah berjanji Akta Hasutan dimansuhkan sebaliknya minta syarat kalau mereka beri sokongan, keyakinan dan kemenangan BN, kalau Umno menerajui kerajaan, kita akan kaji. 

“Siapa yang tak beri undi kepada BN? Siapa yang mungkir janji? Mereka yang mungkiri janji. Mereka siapa? Kaum chauvinis, pelampau perkauman, anti Islam, pembangkang Melayu yang sekongkol dengan pengkhianat negara," katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.

Najib, menerusi program transformasi kerajaan, berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan pada 2012 walaupun pimpinan Umno dan menteri Kabinet berhasrat untuk mengekalkan akta berkenaan.

Kerajaan juga kini sedang dalam perancangan menggubal Akta Keharmonian Nasional bagi menggantikan Akta Hasutan yang dikelolakan Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional.

Bagaimanapun, Najib semasa ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno berkata Akta Hasutan tidak akan dimansuhkan sebaliknya akan diperkuatkan dengan dua elemen tambahan bagi mengukuhkan akta berkenaan. ~malaysian insider


Addin:

Mungkin Najib terlupa.. mungkin Umno terlupa.. tetapi rakyat marhaen tidak lupa dengan janji Najib. Ini bukti Najib berjanji untuk mansuhkan Akta Hasutan ( baca sini dan sini ). Jikalau tak berpuas hati, silalah saman media-media yang melaporkannya.

Mahfuz cabar Mukhriz dedah kontraktor projek lanskap - SARINA ISMAIL

ALOR SETAR: Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar mencabar Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir agar memaklumkan kepada orang ramai kontraktor yang dilantik untuk projek lanskap di kediaman rasminya di Seri Mentaloon.

Menurut Mahfuz, projek pengubahsuaian lanskap di Seri Mentaloon itu menelan belanja sehingga RM2.9 juta.

"Kita minta Mukhriz mendedahkan siapakah yang tender penanaman pokok kurma dan royal itu dan mohon diperjelaskan adakah projek berkenaan dalam pengetahuan UPEN dan adakah ianya melalui JKR?

"Saya minta dia jelasnya kepada umum dalam tempoh seminggu.Selain itu saya minta dia maklumkan juga berapa belanja penanaman sebatang pokok kurma dan royal palm sehingga peruntukan RM2.9 juta dibelanjakan," kata beliau kpeada pemberita dalam sidang media, semalam.

Menurutnya lagi, kebanyakan pokok kurma dan royal palm yang ditanam di Malaysia diimpot dari Thailand dan dalam pengetahuannya, kos sebatang pokok kurma sehingga selesai urusan hanya RM1000 dan royal palm antara RM500 hingga RM600 sahaja.

Justeru beliau meohon supaya Mukhriz bersikap telus memaklumkan hal demikian kerana jumlah peruntukan yang besar itu tidak munasabah sama sekali serta tidak berpadanan dengan jumlah pokok yang ditanam di kediamaan rasminya itu.


"Saya dimaklumkan dalam tempoh empat tahun kurma itu dijangka mengeluarkan buah dan kononnya dapat menampung keperluan orang ramai menjelang bulan Ramadan. Tapi belum tentu ianya berbuah dan mengeluarkan hasil sedangkan jumlah yang dikeluarkan terlalu tinggi serta tidak senilai dengan keperluan yang dikatakan.

"Rakyat Kedah bukan mengharapkan kurma dari Seri Mentaloon, setiap tahun mereka boleh beli di Pekan Rabu tapi rakyat memerlukan kebajikan yang lain dan jangan sewenang-wenangnya menggunakan duit rakyat pada perkara yang tidak terlalu diperlukan oleh rakyat," tambahnya lagi.

Sehubungan itu, beliau merasa amat kesal akan sikap Mukhriz yang cuba berselindung perkara sedemikian dan sebaliknya mencanang projek pengubahsuaian Seri mentaloon diberikan kepada 'abang Ahli Parlimen Pokok Sena' seperti yang didedahkan semasa penggulungan perbahasan bajet Kedah 2015 minggu lalu.

"Perkara tersebut tidak ada kena mengena dengan saya kerana projek berkenaan diberi kepada abangnya melalui tender yang dikeluarkan oleh JKR.

"Saya tidak pernah mengeluarkan sebarang surat sokongan agar abang saya memperolehi tender berkenaan, tetapi yang dipertikaikan ialah apakah keperluan rumah itu di ubahsuai sedangkan perkara yang sama telah dibuat semasa pemerintahan Pakatan Rakyat dulu.

"Tahun 2011, rumah tu sudah di baikpulih untuk dijadikan istana tetamu menyambut Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Brunei. Apakah tak cukup lagikah segala kelengkapan yang diubahsuai?" soal Mahfuz.

Mukhriz juga dibidas kerana berbohong di dalam Sidang Dun tersebut ini dengan mengatakan kedua-dua projek berkenaan diberi kepada abang beliau sedangkan menurut Mahfuz kedua-dua tender berkenaan diberi kepada kontraktor yang berbeza.

"Saya minta dia jawab. Kalau dia tak jawab, saya akan maklumkan. Saya tahu siapa kontraktor tanam pokok kurma dan royal palm tu. Tapi saya nak dia jawab dulu," ujarnya.

Harakahdaily dimaklumkan bahawa kos pengubahsuaian di Seri Mentaloon membabitkan kos RM4.3 juta iaitu rumah kediaman sebanyak RM1.4 juta dan bahagian lanskap sebanyak RM2.9 juta.

Dalam sidang media yang sama, Mahfuz yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Pusat, mengharapkan Kerajaan Kedah mengikuti langkah Selangor yang memperuntukkan sebanyak RM200,000 untuk Adun Pembangkang walaupun disifatkan sebagai satu penghinaan kepada mereka.

"Sebenarnya, Pakatan Rakyat Kedah juga mempunyai perancangan, andainya diberi mandat oleh rakyat sekali lagi dalam Pilihan Raya Umum yang lalu, akan memberi peruntukan kepada Adun Pembangkang untuk membantu menyelesaikan urusan-urusan berkaitan kebajikan rakyat. Jadi saya harap kerajaan sekarang bolehla meniru macam apa yang kerajaan Pakatan Rakyat Selangor buat," tambah beliau.

Terdahulu, Mahfuz telah menyempurnakan Program Santuni Denyutan Rakyat (Sedara) di Gelanggang Bola Keranjang, Taman Lam sun, Telok Wan Jah di sini.

Hadir sama dalam program tersebut Adun Derga, Tan Kok Yew dan Adun Bukit Pinang, Wan Romani Wan Salim. - HARAKAHDAILY 29/11/2014

Keluarga Mahfuz Omar Diberi Projek Oleh Umno Kedah - JAMILAH HAMZAH

 
ALOR SETAR - Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar mengakui kontraktor menguruskan projek ubah suai bangunan kediaman rasmi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berharga RM1.4 juta ialah syarikat milik abangnya.

Bagaimanapun, Mahfuz menggesa satu lagi projek ubah suai landskap bernilai RM2.9 juta di kawasan kediaman rasmi itu didedahkan siapa kontraktor yang  menguruskannya.

Menurutnya, Mukhriz juga perlu menyatakan bagaimana tender projek ubah suai landskap itu diberikan kepada kontraktor tersebut sama ada dalam pengetahuan Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) dan sebagainya.

“Syarikat tersebut memang syarikat abang saya, namun itu bukan persoalannya dan bukan cara Mukhriz untuk menutup soalan berkaitan projek landskap itu.

“Saya bagi tempoh seminggu untuk beliau mengumumkannya, jika tidak saya akan mendedahkan siapa yang uruskan projek tersebut,” katanya, di sini, semalam.

Mahfuz mengulas demikian apabila Mukhriz yang juga Adun Ayer Hitam itu mendedahkan perkara tersebut dalam sidang Dun Kedah, baru-baru ini.

Tambahnya, Mukhriz juga perlu mendedahkan harga serta kuantiti pokok kurma dan pokok palma yang ditanam di kawasan tersebut.

“Selalu pokok kurma diimport daripada Thailand harga termasuk kos penghantaran untuk setiap satu adalah RM1,000 manakala pokok palma itu lebih kurang RM600 hingga RM700 sepokok.

“Jadi kita nak tahu berapa jumlah sebenar pokok-pokok tersebut dan dari mana ia diimport,” katanya.


Apa Anggapan Geng2

Apa Anggapan Geng2 Buta Dan Rabun Agama Ini Terhadap Allah Taala?Adakah Mereka Beranggapan Allah Taala TIADA APA2,Kerana Segala2nya Dtg Drp Umno?Mereka Bergantong Hidup Mereka Kpd Umno Bkn Kpd Allah Taala?Mereka Mengatakan Umno Yg Menyelamatkan Mereka,Bkn Allah Taala Yg Menyelamatkan?Hatta Susu Anak Pun Kerana Umno Bkn Kerana Rezeki Drp Allah Taala..Jadi, Apakah Fungsi Allah Taala Kpd Mereka Krana Segala2nya Dtg Drp Umno?Maknanya Geng2 Buta Agama Ini BERTUHANKAN UMNO bkn BERTUHANKAN ALLAH TAALA??Mana Pergi Puak2 Yg Kononnya Cerdik Pandai Agama Ataupun Mufti?Mana Harussani?Mana Noh Gadut?Mana Farthul Bari?Mana Jamil Khir Baharom?Mana Mashitah Bertudung Singkat?Mana Hasan Ali?Mana Nasharuddin Mat Isa?Semuanya DAH BISU DAN KAKU SEUMPAMA PATUNG?
-Apa Jadi Di Negara2 Yg TIADA UMNO?Adakah Rakyatnya LAPAR Dan MATI KEBULURAN KRANA TIADA UMNO DI NEGARA ITU?..
-Di Mana Nak Diletakkan Ungkapan "Nabi Mohamad s.a.w Diutuskan Sebagai Penyelamat Umat" Kalau Peranan Itu Dikatakan Milik Umno?
-Satu Saja Soalan Utk Pencacai2 Umno,APA YG KAMU AKAN KATAKAN DAN KUTUKAN JIKA KENYATAAN ITU BKN DTG DRP NAJIB DAN HISHAMUDDIN,TAPI DRP TGNA DAN TGHH?Adakah Kamu Akn Bersetuju Dgn Knyataan Itu?Brp Lama Agak2nya Segala Media Tunganggan Umno Akn Mainkan Isu Itu Jika Itu Yg Terjadi?Diam Dan Kakukah Geng2 Mufti Jika Itu Yg Berlaku? Buta Dan Rabun Agama Ini Terhadap Allah Taala?

Adakah Mereka Beranggapan Allah Taala TIADA APA2,Kerana Segala2nya Dtg Drp Umno?

Mereka Bergantong Hidup Mereka Kpd Umno Bkn Kpd Allah Taala?

Mereka Mengatakan Umno Yg Menyelamatkan Mereka,Bkn Allah Taala Yg Menyelamatkan?

Hatta Susu Anak Pun Kerana Umno Bkn Kerana Rezeki Drp Allah Taala..Jadi, 

Apakah Fungsi Allah Taala Kpd Mereka Krana Segala2nya Dtg Drp Umno?

Maknanya Geng2 Buta Agama Ini BERTUHANKAN UMNO bkn BERTUHANKAN ALLAH TAALA??

Mana Pergi Puak2 Yg Kononnya Cerdik Pandai Agama Ataupun Mufti?

Mana Harussani?

Mana Noh Gadut?

Mana Farthul Bari?

Mana Jamil Khir Baharom?

Mana Mashitah Bertudung Singkat?

Mana Hasan Ali?Mana Nasharuddin Mat Isa?

Semuanya DAH BISU DAN KAKU SEUMPAMA PATUNG?

-Apa Jadi Di Negara2 


Yg TIADA UMNO?

Adakah Rakyatnya LAPAR Dan MATI KEBULURAN KRANA TIADA UMNO DI NEGARA ITU?..

-Di Mana Nak Diletakkan Ungkapan "Nabi Mohamad s.a.w Diutuskan Sebagai Penyelamat Umat" Kalau Peranan Itu Dikatakan Milik Umno?


-Satu Saja Soalan Utk Pencacai2 Umno,APA YG KAMU AKAN KATAKAN DAN KUTUKAN JIKA KENYATAAN ITU BKN DTG DRP NAJIB DAN HISHAMUDDIN,TAPI DRP TGNA DAN TGHH?


Adakah Kamu Akn Bersetuju Dgn Knyataan Itu?

Brp Lama Agak2nya Segala Media Tunganggan Umno Akn Mainkan Isu Itu 

Jika Itu Yg Terjadi?Diam Dan Kakukah Geng2 Mufti Jika Itu Yg Berlaku?
 

Turun Harga Minyak Tak Rugikan Kerajaan - Dr. Rosli Yaakop

turunkan harga minyak tak rugikan kerajaan kata pakar ekonomi PR:DR rosli yaakop..
tapi disebabkan umno sayangkan melayu,jaga melayu,jangan risau lepas PAU 2014 nanti,harga minyak untuk melayu turun bukan 3 sen malah lebih punya taw..kikiki

Turunkan harga minyak tak rugikan kerajaan kata pakar ekonomi PR:DR rosli yaakop..

Tapi disebabkan umno sayangkan melayu,jaga melayu,jangan risau lepas PAU 2014 nanti,harga minyak untuk melayu turun bukan 3 sen malah lebih punya taw..kikiki

 

PAS akan terus perkasa Majlis Presiden Pakatan Rakyat - MUHAMMAD FAIZAL

 
KUALA KANGSAR: PAS akan terus memperkasakan Majlis Presiden Pakatan Rakyat bagi meningkatkan persefahaman dan kebersamaan dalam parti.

Timbalan Presiden PAS‎, Mohamad Sabu berkata, perbezaan pendapat merupakan perkara biasa di dalam Pakatan Rakyat.

"Perbezaan pendapat itu perkara biasa, semua pihak mempunyai pendapatnya sendiri tetapi itu bukan masalah utama, malah menguatkan kita.

"PAS akan terus memperkasakan majlis presiden bagi menjadikan Pakatan Rakyat terus kuat dan mantap serta diterima masyarakat umum," ucap beliau ketika merasmikan Sambutan Ulang Tahun PAS ke-63 Peringkat Negeri Perak di sini, hari ini.

Kata beliau lagi, PAS perlu bersedia dengan pelbagai isu yang ditimbulkan Barisan Nasional (BN) terutama perkauman.

"Isu perkauman merupakan senjata utama Umno bagi menakutan orang Melayu dan kaum lain.

"Mereka (BN) akan menggunakan apa sahaja peluang yang ada untuk menyebarkan isu perkauman ini dan kita dari PAS perlu peka agar tidak terperangkap dalam permainan mereka," kata beliau.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu menegaskan PAS akan terus menentang kempen perkauman yang ditimbulkan BN dan membawa sebuah politik baru untuk semua lapisan kaum.

Beliau berharap himpunan sambutan 63 tahun PAS itu akan dapat dimanfaat sepenuhnya bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. - HARAKAHDAILY


Mohamad diiringi Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria melawat gerai pameran.

Allahu Rabbi!!! (Video) Terbaru Dr Mashitah Vs Ustaz Azhar Idrus... Jom Saksikan!!!








 

Ucapan Dr. Mashitah Ibrahim dalam Perhimpunan Agung Umno 2014 Sayap wanita telah menyindir dan menyatakan akan ulamak pendakwah seperti menyertai rancangan Maharalawak mega. 

Kenyataan Kurang Enak Mashitah itu telah Dibidas Oleh Ustaz Azhar Idrus dengan Fakta yang jelas dan menrik. 

 


sumber: Youtube

" Berita Gempar Hari Ini. Negara Bakal Kehilangan Pendapatan Belasan Bilion Setahun. Adakah Rakyat Bakal Terbeban Lagi ??? "

 

Petronas mempertimbang untuk mengurangkan antara 15 dan 20 peratus daripada RM60 bilion perbelanjaan modalnya bagi projek baru tahun depan berikutan kejatuhan harga minyak sekarang ini.
   
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Shamsul Azhar Abbad berkata kumpulan akan menyalurkan sebahagian besar pendapatan ke dalam perbelanjaan modal, dan ini bermakna kumpulan perlu lebih berdisiplin dalam pengurusan modal, termasuk dasar dividen yang ketat.
   
"Jika harga minyak global kekal antara US$70 dan US$75 setong pada tahun depan, kami merancang untuk mengurangkan dividen dan cukai untuk kerajaan kepada RM17 bilion, manakala royalti minyak dan gas dikurangkan kepada RM9 bilion.
   
"Sekiranya kami menjangka untuk mengekalkan dividen pada tahap sekarang atau lebih tinggi, ia akan mempunyai kesan yang signifikan ke atas pertumbuhan kami," katanya kepada taklimat media mengenai prestasi kewangan kumpulan itu pada suku ketiga semalam.
   
Bagaimanapun, kumpulan akan mengekalkan sumbangan dividen sebanyak RM29 bilion kepada kerajaan, termasuk, cukai sebanyak RM26 bilion dan royalti berjumlah RM13 bilion untuk 2014.
   
Shamsul Azhar berkata untuk mengekalkan pertumbuhan, kumpulan perlu membangunkan lagi rizab tempatannya dan mencari peluang-peluang lain di peringkat antarabangsa, yang memerlukan sejumlah besar perbelanjaan modal.
   
Katanya, syarikat itu lebih selesa jika harga minyak dunia dikekalkan pada paras US$70 dan US$80 setong tahun depan.
   
Keuntungan sebelum cukai Petronas untuk sembilan bulan berakhir 30 September 2014 tinggi sedikit kepada RM78 bilion daripada RM76.7 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.
   
Pendapatan naik kepada RM249.78 bilion untuk tempoh di bawah kajian berbanding RM232.51 bilion sebelum ini.
   

Bagi suku ketiga, bagaimanapun, keuntungan sebelum cukai adalah 12 peratus lebih rendah pada RM22.8 bilion berdasarkan pendapatan yang berkurangan pada RM80.37 bilion. M Kini

Akhirnya UMNO Mengaku Punca Tanah Rizab Melayu Terhakis Di Pulau Pinang !

Cerita lama yang sering didendangkan oleh perwakilan dari Pulau Pinang setiap kali Perhimpunan Agung Umno...semuanya salah DAP tetapi semua orang tahu siapa sebenarnya yang menjadi barua dan broker.

Sudah-sudahlah tu Syahrizat, usah dikejar jawatan naib presiden Umno tuuu...!,,



KUALA LUMPUR: Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dinasihat melupakan jawatan Naib Presiden UMNO dan kembali bermuhasabah diri.

Setiausaha UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, Shahrizat juga diharap tidak terlalu mengejar jawatan dan berundur segera daripada jawatan yang dipegangnya kini dengan cara terhormat.


"Shahrizat harus muhasabah diri, janganlah terlalu dilihat kejar jawatan. Macam tidak wajar apabila dia menuntut kerusi Naib Presiden UMNO untuk Wanita.


"Macam dia sendiri, ada liabiliti...jadi jalan terbaik adalah berundur, habis cerita," katanya ketika ditemui semasa Persidangan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.


Syed Ali yang juga Ketua UMNO Bahagian Cheras mengulas permintaan Shahrizat semasa ucapan dasar Ketua Pergerakan Perhimpunan Agung Wanita 2014 yang mahu satu kerusi naib presiden dan satu kerusi naib ketua bahagian diperuntukkan untuk Wanita.


Kata Shahrizat, hasil mesyuarat perwakilan Wanita bahagian tahun ini, 171 bahagian dan 12,483 cawangan menyokong usul berkenaan.


Wanita UMNO dianggotai 1.3 juta orang, hampir separuh daripada jumlah keseluruhan 3.47 juta anggota parti.



Bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, parti akan mempertimbangkan permintaan pergerakan Wanita supaya dua kerusi tambahan diwujudkan dalam jawatan Naib Presiden dan Naib Ketua Bahagian untuk anggota sayap itu.

Ujar Najib, beliau akan berunding dengan semua pihak mengenai perkara tersebut dan berhasrat untuk mencari jalan terbaik untuk memperkasakan agenda parti.


Tegas Syed Ali, penampilan Shahrizat juga dilihat akan lebih 'bersih' jika tidak lagi menuntut jawatan berkenaan diberikan kepada pergerakan Wanita.


"Cukup-cukuplah Shahrizat membuat cadangan yang memberi bayangan untuk dia sendiri nikmati. Ini bukan sekali dua atau sehari dua saya memberi 'amaran' sebegini, sudah bertahun-tahun pun.


"Apa yang dia nampak untuk kepentingan dirinya saya sendiri tidak tahu, namun Wanita akan lebih maju dan 'makmur' jika dia sendiri tidak ada di dalam pergerakan perkenaan," jelasnya.
KedahLanie

VIDEO - LIWAT 2 : 5 HAKIM RAGU2 PULA


Kes Kajang bukan main cepat keputusan diambil untuk elak Anwar tanding kerusi DUN Kajang kala BN/UMNO anggap bahaya dan demikian juga pandangan Dr Mahathir.

Bila kes Liwat 2 kes rayuan, hingga sekarang semua orang hampir lupa dan dalam sejarah keputusan tiada dan rupanya sulit untuk 5 hakim memutuskan kes kala banyak sangat keraguan2 yang diperkatakan tidak diterima mahkamah sebelum ini.

Jelas kes Liwat pertama yang memang kantoi kesan saksi dipaksa dan kedua ini begitu terang lagi bersuluh yang mahkamah dalam keadaan serbasalah, sama ada menurut keputusan atasan atau mengikut lunas2 keadilan.

LIWAT 2 : 5 HAKIM RAGU2 PULA

Kes Kajang bukan main cepat keputusan diambil untuk elak Anwar tanding kerusi DUN Kajang kala BN/UMNO anggap bahaya dan demikian juga pandangan Dr Mahathir.

Bila kes Liwat 2 kes rayuan, hingga sekarang semua orang hampir lupa dan dalam sejarah keputusan tiada dan rupanya sulit untuk 5 hakim memutuskan kes kala banyak sangat keraguan2 yang diperkatakan tidak diterima mahkamah sebelum ini.

Jelas kes Liwat pertama yang memang kantoi kesan saksi dipaksa dan kedua ini begitu terang lagi bersuluh yang mahkamah dalam keadaan serbasalah, sama ada menurut keputusan atasan atau mengikut lunas2 keadilan.

Peguam Shafiee kala berhujah, nampak sangat putar belit seperti duduk di tandas bisa hadir DNA di dubur dan kemudian kemungkinan DNA dr Osman dan segala macam dan ini menjadi bicara yang penuh kelakar/jadi lawak, disamping hujah Shafiee pula dibantah oleh hakim kesan merujuk google yang tidak boleh diterima pakai di mahkamah.

Nah, hingga sekarang rakyat sudah lupa kes itu dan biasanya kalau ada keraguan2 maka hakim selalu memutuskan kes dibuang saja sebab kesan keraguan-keraguan itu tadi.

Memang budak kecil juga akan ketawakan kasus ini kesan hingga sekarang 5 hakim gagal memutuskan meski sudah berbulan lamanya.

Jelas, sudah terang bersuluh lagi dan akhirnya kantoi!

ISMAILY BUNGSU
Sabah
29/11/2014
10:23am

Peguam Shafiee kala berhujah, nampak sangat putar belit seperti duduk di tandas bisa hadir DNA di dubur dan kemudian kemungkinan DNA dr Osman dan segala macam dan ini menjadi bicara yang penuh kelakar/jadi lawak, disamping hujah Shafiee pula dibantah oleh hakim kesan merujuk google yang tidak boleh diterima pakai di mahkamah.

Nah, hingga sekarang rakyat sudah lupa kes itu dan biasanya kalau ada keraguan2 maka hakim selalu memutuskan kes dibuang saja sebab kesan keraguan-keraguan itu tadi.

Memang budak kecil juga akan ketawakan kasus ini kesan hingga sekarang 5 hakim gagal memutuskan meski sudah berbulan lamanya.

Jelas, sudah terang bersuluh lagi dan akhirnya kantoi!


ISMAILY BUNGSU

Sabah 


 HUKUMAN MENUDUH TANPA EMPAT ORANG SAKSI
AL QURAN-SURAH AL-NUR AYAT 4




"Orang yang melemparkan TUDUHAN (ZINA/LIWAT) kepada seseorang yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan EMPAT ORANG SAKSI, maka sebatlah mereka DELAPAN PULUH KALI sebatan dan jangan lah kamu menerima penyaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang yang FASIQ."

Adakah mengkritik Umno kini akan dilabelkan sebagai menghasut? The Malaysian Insider

 
 
Mereka yang berpendirian keras dalam Umno menang dan mereka mahu setiap rakyat Malaysia tahu perkara ini.

Apa-apa kritikan walaupun menyentuh tentang Islam, orang Melayu dan Raja-Raja akan dilihat sebagai satu serangan terhadap Umno, begitu juga sebaliknya.

Ini mesej hari pertama perhimpunan Umno, dan kumpulan konservatif parti itu membuktikan betapa berpengaruhnya mereka kerana berjaya mendapatkan presiden mereka, Datuk Seri Najib Razak, untuk melawan kenyataannya sendiri.

Dan ini memberi kesan serius kepada rakyat di jalanan, kata penganalisis politik Prof James Chin, kerana ia memberi isyarat tindakan akan diambil terhadap mereka yang memberi pendapat yang berlainan.

Tekanan akar umbi

Menurut Ketua Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman, jika Najib tidak membatalkan rancangannya untuk memansuhkan Akta Hasutan, akan berlaku serangan terhadapnya.

Perwakilan ke perhimpunan tahun ini, yang pada dasarnya adalah jurucakap untuk ahli biasa parti itu, akan berhujah Akta Hasutan perlu dikekalkan.

Zainal Abidin berkata, hampir semua daripada lebih 20,000 cawangan parti itu membincangkan Akta Hasutan. Konsensusnya adalah ia perlu dikekalkan.

Persetujuan ini kemudian dibawa ke peringkat bahagian, kepada jawatankuasa negeri mereka dan akhirnya menjadi kenyataan dalam perbahasan pada perhimpunan agung kali ini.

"Oleh itu, apabila Najib berkata akan mengekalkan akta itu, semua orang mengubah ucapan mereka mengucapkan terima kasih kepada beliau dan bukannya mendesak beliau. Jika tidak, perbahasan akan menjadi lebih panas," kata Zainal Abidin.

"Pemikiran kami ialah akta ini berjaya mengekalkan kedamaian di Malaysia selama 57 tahun. Kecuali tragedi 1969, kita hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Jadi mengapa membuangnya?" kata Zainal Abidin.

Hampir semua perwakilan yang bercakap semalam melahirkan variasi dari keyakinan ini.
"Akta Hasutan melindungi kita selama ini. Tindakan boleh diambil terhadap mereka yang tidak suka Melayu atau Islam," kata perwakilan Umno Perlis Datuk Zahidi Zainul Abidin.

"Kita membuat kesilapan apabila memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti," kata perwakilan Umno Melaka Mustafa Musa.

"Pihak yang mendapat manfaat daripada Akta Hasutan adalah pembangkang," kata Mustafa.
Zainal Abidin kelihatan sudah letih untuk meredakan kebimbangan keputusan Najib yang akan mencetuskan gelombang baru penindasan terhadap mereka yang mengkritik Putrajaya dan Umno.

"Najib menyatakan dengan jelas, ia tidak akan digunakan sebagai alat politik."

Antara kritikan dan benci

Namun hakikat ramai antara mereka yang didakwa di bawah Akta Hasutan adalah ahli-ahli politik dari Pakatan Rakyat dan individu yang mengkritik dasar kerajaan adalah sesuatu yang terlepas perhatian para perwakilan.

Sebelum Najib membuat pengumuman semalam, klip video pendek ditayangkan kepada para perwakilan daripada siaran-siaran dalam media sosial yang kononnya menghasut.

Mereka termasuk penghinaan terhadap Raja-raja Melayu, lukisan merosakkan simbol-simbol Islam dan mesej Ramadan terkenal dari blogger kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee.

Apa yang tiada adalah muka pemimpin PR seperti Khalid Samad, N Surendren atau Tian Chua, ahli akademik seperti Profesor Azmi Sharom atau pendakwah seperti Wan Ji Wan Hussin.

Kesemua mereka didakwa di bawah akta itu kerana menyatakan pendapat mereka mengenai keputusan yang dibuat Putrajaya.

Perwakilan tidak menjelaskan perbezaan antara kritikan terhadap dasar dan undang-undang, sebagai contoh pada batas-batas kuasa raja dan ucapan kebencian.

Sebaliknya, ahli Umno lebih suka jika kedua-dua dirangkumkan sekali dan dikira sebagai perkara yang sama.

Seorang perwakilan, Datuk Jamelah A Bakar bahkan mencadangkan agar apa-apa penghinaan terhadap pemimpin Umno dianggap sebagai menghasut.

"Kita perlu memburu orang-orang yang melarikan diri ke negara lain dan menarik balik kewarganegaraan mereka," kata perwakilan Wanita Umno itu.

Chin, dari Monash University berkata keputusan Najib mencerminkan trend yang membimbangkan dalam Umno yang boleh membawa kesan buruk kepada negara secara keseluruhannya.

"Ucapan Najib mempunyai unsur haluan kanan yang kuat. Dia cuba untuk membina jalan tengah untuk parti. Tetapi semua orang menolak untuk bersamanya. Jadi sekarang beliau sedang mengikuti apa yang Umno mahu."

Janji awal Najib untuk memansuhkan akta itu keras ditentang golongan konservatif parti seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamed.

"Dia mahu menunjukkan dia tidak begitu lemah sebagaimana yang didakwa. Tetapi dengan ini, ia bermakna dia sudah mengaku kalah untuk mengambil pendekatan yang sederhana."

Chin juga merasakan ia mudah bagi Umno untuk mengaburkan garis pemisah antara kritikan terhadap mereka dan ucapan benci.

"Dengan mengekalkan akta ini, mereka sendiri mengatakan jika anda mengkritik kita, walaupun sedikit, kita akan mencari anda." – 28 November, 2014.