Berita yang dipetik dari The Rakyat Post bagaimana ada di kalangan perwakilan di Perhimpunan Agung Umno telah menimbulkan kemarahan orang lain kerana merokok di dalam PWTC.
Mereka dilihat meneruskan tabiat itu walaupun banyak tanda-tanda larangan merokok di dalam bangunan.
Seorang pelayan, yang enggan namanya disiarkan, mendakwa beberapa perwakilan menolak untuk memadamkan rokok mereka apabila diminta.
“Mereka mendakwa sebagai ‘Datuk’ dan ‘Tan Sri’ dengan menyindir bahawa adalah hak semua untuk merokok.”
The Rakyat Post yang memaklumkan kepada Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan sehingga beliau melahirkan rasa terkejut dan akan membuat pengumuman supaya tidak merokok di tempat awam.
“Saya akan membuat pengumuman untuk mengingatkan mereka supaya tidak merokok di tempat awam.”
-tranungkite-
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.