Followers

Friday, August 31, 2012

Stephen Shen Menteri Taiwan Cadangkan Kencing ala Rasulullah - Dicatat oleh ustazcyber

 
NANJING - Nabi Muhammad SAW mencontohkan umatnya untuk duduk atau jongkok ketika buang air kecil. Meskipun beliau bukanlah seorang muslim, tapi Menteri Alam sekitar Taiwan, Stephen Shen mencontoh anjuran Rasulullah SAW dengan selalu buang air kecil dengan cara duduk.

Ia pun mencadangkan agar masyarakat Taiwan buang air kecil sambil duduk. cadangan mengikuti sunnah Rasulullah SAW itu khusus untuk para lelaki yang acapkali buang air kecil sambil berdiri. 

Badan Perlindungan Alam Sekitar Taiwan (EPA) mengatakan Stephen memang selalu duduk bila buang air kecil, baik di rumah ataupun di toilet umum.

Badan itu mengatakan, kebiasaan kencing dengan duduk seperti yang dilakukan perempuan akan menciptakan lingkungan yang lebih bersih. Para pejabat Taiwan mengatakan akan meminta pemerintah daerah memasang tanda di toilet-toilet umum berisi anjuran agar para lelaki duduk bila buang air kecil.....klik tajuk/[link]


Seperti dilansir Yahoonews.com, anjuran ini adalah bagian dari kampanye Taiwan guna menjaga kebersihan di toilet umum. Sekira 100 ribu toilet umum tersebar di Taiwan. Toilet-toilet tersebut saat ini jauh lebih bersih dibandingkan sebelumnya. “Namun sejumlah kakus masih bau pesing karena cipratan air seni pria,” kata EPA.

Nantinya, tanda anjuran pria buang air kecil sembali duduk akan dipasang di toilet umum di sekolah-sekolah, stasiun kereta, bandara, hingga terminal bus. Meski baik, anjuran tersebut melahirkan silang pendapat di dunia maya.

Mayoritas wanita yang memang terbiasa buang air kecil sembari duduk, mendukung gagasan tersebut. Tapi tak sedikit pria yang menentang lantaran sulit mengubah kebiasaan sejak kecil.

Usulan buang air kecil sembari duduk bukan kali pertama. Sebelumnya sejumlah politisi sayap kiri di Swedia juga pernah mengusulkan undang-undang baru yang melarang para pria buang air kecil sembari berdiri. Beberapa alasan dan keuntungan dari buang air kecil sembari duduk dipaparkan para politisi tersebut.

Partai sosialis dan feminis di Swedia mengklaim akan lebih higenis bila seorang pria duduk ketika buang air kecil. Sebab cara tersebut akan mengurangi genangan air dan baik untuk kesehatan pria. Karena buang air kecil sembari duduk akan mengosongkan kandung kemih yang bisa mengurangi risiko kanker prostat.

“Kami ingin belajar dari Swedia dan Jepang,” kata Direktur Sanitasi Lingkungan dan Zat Beracun EPA, Yuan Shaw-jing, kepada BBC. “Di Jepang, kami mendengar 30 persen laki-laki buang air kecil sembari duduk.”

Redaktur: Karta Raharja Ucu[http://nahimunkar.com]Sumber: Yahoonews/www.bbc.co.uk


 http://www.ustazcyber.com

Lensa Janji Bersih Buat Pencacai UMporNO@BN....!!!

 



 TIAP2 TAHUN..DATARAN MERDEKA AKAN KEDENGARAN LAUNGAN MERDEKA MERDEKA MERDEKA..DISUSULI PERCIKAN BUNGA 
 
API!!!!hahahah 
kali nie...siap ditutup UNTUK SEMUA 
 
AKTIVITI..hahaha...memang HARAM JADAH PUNYA KERAJAAN UMNO BN!!!!LAGI KO BUAT MCM NIE LAGI RAKYAT AKAN SERANG DAN MAMPUS KAN KERAJAAN UMNO BN!!!!
 
MAMPUS UMNO!!!MAMPUS BN.....HARAM JADAH PENJILAT UMNO!!!









LUCAH TERLAMPAU!!! Sub-Inspektor Zaini Ahmad dihukum penjara 9 bulan

KANGAR - Bekas ketua Balai Polis Arau, Sub-Inspektor Zaini Ahmad hari ini dikenakan hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah terhadap tiga pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap dua pemuda, lima tahun lalu.
 
Hakim Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan terhadap Zaini, 54, selepas membenarkan rayuan kali kedua oleh pihak pendakwaan.
 
Bagaimanapun, Mohd Zaki mengarahkan hukuman itu berjalan serentak.
 
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kangar membenarkan rayuan kali kedua pihak pendakwa terhadap keputusan Mahkamah Majistret Kangar yang membebaskan tertuduh pada 21 Oktober 2011.

Kali pertama pihak pendakwaan membuat rayuan terhadap kes itu ialah setelah Mahkamah Majistret membebaskan tertuduh pada 2 Jun 2010 dan mengekalkan keputusannya selepas rayuan dibuat apabila membebaskan tertuduh pada 21 Oktober 2011.
 
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang lelaki berusia 21 tahun di sebuah pondok di tepi bangunan Balai Polis Arau antara pukul 1 pagi dan 4.30 pagi 6 Januari, 2007.

Bagi pertuduhan kedua, Zaini didakwa melakukan kesalahan serupa dengan lelaki yang sama antara 4.30 pagi dan 5.30 pagi tarikh sama di dalam bilik maklumat, bangunan Balai Polis Arau.
 
Bagi pertuduhan ketiga pula, dia didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap remaja lelaki berumur 18 tahun antara 11.30 pagi dan 3 petang di
pejabat Ketua Polis Balai, Balai Polis Arau, pada tarikh yang sama.
 
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.
 
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Noor Syazwani Mohamad Sobry manakala tertuduh diwakili peguam K. Mahendren. - Bernama



PASPB

Menteri UMNO tunggang motosikal tanpa helmet,,macam samseng mat rempit.

 
Inikah KPI menteri kabinet Najib,,, melantung hangit,, kalau sebelum ini gaya seorang menteri macam bapuk siam,, nak main suap-suap kek,,, 

Kali ini macam mat rempit pulak dah.... ,



PUTRAJAYA, 30 Ogos -- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menaiki salah sebuah motosikal berkuasa tinggi yang menyertai Konvoi Jalur Gemilang Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sejurus tiba konvoi sebanyak 350 buah motosikal motosikal berkuasa tinggi dan motosikal biasa dari Stadium Melawati, Shah Alam di sini hari ini.
Turut sama Ketua Pengarah RELA, Datuk Mustafa Ibrahim (depan, dua, kanan).
--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA


mereka yang mencipta undang-undang,, tetapi mereka kebal tak perlu diikuti,,, itu belum dipastikan entah ada atau tidak lesen memandu... 


Wanita mengaku potong zakar teman lelaki



Seorang wanita Australia yang mengaku membunuh bekas kekasihnya dan cuba memotong kemaluan lelaki itu, dipenjara tiga tahun dan sembilan bulan bermula semalam, setelah mahkamah menerima kenyataan dia mengalami kemurungan.
 
Jien Chen, 47, mengaku bersalah kerana membunuh teman lelakinya Jin Xiang Peng setelah memberi ubat tidur dan menikamnya pada Februari tahun lalu, selepas mereka bergaduh kerana wang dan anak lelaki mereka. 

Jian memberitahu pakar psikologi, “ada benda dalam dirinya” yang menyuruhnya memusnahkan “senjata berbahaya”, dan dia menggunakan “kemaluan untuk menyakiti wanita dan kanak-kanak.”

“Saya tahu Peng menggunakan kemaluannya untuk memperdaya wanita, mendapatkan anak dan menggunakan anak itu sebagai alat untuk memeras wang daripada kami,” kata Jian.

Katanya dia mencampakkan zakar teman lelaki ke dalam mangkuk tandas dan mengepamnya. - AFP


Paapaada

Ceramah Terbaru!!! DSAI pekan Juasseh (video)

Thursday, August 30, 2012

Najib Terlambat, Ucap Esok.. Anwar Ucap Kemerdekaan Malam Ini - Posted by Addin


 
SHAH ALAM - Kurang enam jam menjelang detik 12 tengah malam, sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 bakal berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam dan orang ramai bakal menyaksikan kemuncak acaranya iaitu pertunjukan bunga api selama tujuh minit.
 
Timbalan Pengarah Korporat Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, sebelum itu, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan lagu-lagu patriotik dan persembahan band daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

"Kerajaan Negeri Selangor turut menyediakan persembahan kebudayaan dan kesenian dibawakan oleh Perbadanan Adat-adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) bagi menyerikan majlis bermula jam 8.30 malam ini.“Turut mengambil bahagian dalam perbarisan bersejarah ini termasuklah kakitangan agensi-agensi Kerajaan Negeri Selangor,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Tambah beliau, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memberi ucapan kemerdekaan pada pukul 10 malam manakala Penasihat Ekonomi Negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka berucap menjelang detik 12 malam nanti.“Menariknya, tema kemerdekaan yang digunakan berbeza dengan kerajaan pusat.

"Kami akan menyambut kemerdekaan menggunakan tema yang berbeza iaitu Sebangsa Senegara Sejiwa iaitu tema Pakatan Rakyat (PR) bagi menyambut Hari Kemerdekaan negara di peringkat negeri,” katanya lagi.Menurutnya lagi, laluan jalan raya di Persiaran Damai, Persiaran Bandaraya ditutup kepada kenderaan bagi memudahkan majlis malam ini dan kawalan lintas dibuat oleh penguasa MBSA sendiri.

Sementara itu, di Kuala Lumpur turut menjadi tumpuan bagi merayakan sambutan ambang kemerdekaan malam ini.Antaranya Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yang bakal memukau orang ramai yang hadir dengan pertunjukan KLCC Lake Symphony Fountain.

Malah malam ini beberapa persembahan daripada artis-artis tempatan turut akan memeriahkan acara yang dijadualkan pada jam 9 malam ini.Acara kemuncak yang dinanti iaitu pertunjukan bunga api bakal berlatarbelakangkan Menara Berkembar Petronas.

Sambutan itu akan dijalankan di Esplanade, KLCC Park.Esok, lokasi bersejarah Dataran Merdeka di ibu negara akan menjadi tumpuan perbarisan manakala Perhimpunan Merdeka 55: Janji Ditepati di Stadium Nasional Bukit Jalil. ~sinar



Addin 

Ketua Pembangkang DSAI Menjelajah Dengan BAS KHAS !

Bila aku tulis dan komen sedikit tentang cetusan hati ketua umum PKR, tidak mahu duduk di Putraja ramai yang melenting... 

Aku tak tau kali ini ada tak lagi perkara yang sama...  

Bila aku merapu merepek dengan isu ini, bukanlah aku nak tolak pembaharuan, atau kemudahan yang boleh mempercepatkan sesuatu urusan, tambahan pula DSAI selaku Ketua Pembangkang yang diperlukan berceremah dalam dua tiga tempat pada setiap malam.. 

 
Bila sekali pandang dengan kemampuan yang ada memang hebat, malah terhebat,, UMNO pun tak buat macam tu,, tetapi UMNO memang tak perlu pun,, mereka dah ada kemudahan hak rakyat jadi hak mereka seperti  dewan dan stadium, berbanding dengan Pakatan Rakyat.

Tetapi perlukan ini semua,, pengundi-pengundi atas pagar akan menilai ini semua,, mereka-mereka yang terdiri dari golongan atas pagar penentu kemenangan lebih suka sikap pemimpin  yang low profile, 

Sesekali pandang, dengan sebuah bas mewah ini entah berapa harga sewanya setiap kali digunakan, atau pun bas siapa yang empunya.. jangan nanti bila PR dah menang tuan empunya bas pun datang menuntut nakkan ghanimah habuannya...

Malaysia bukan seperti negeri-negeri dalam benua Amerika,, yang cukup luas,, perlukan sebuah bas besar mewah untuk bergerak,,, apakah bas ini akan dapat keistemewaan bila jalan dah jem, sepertimana ambulan atau kenderaan polis,,...... boleh mencelah,,, boleh lepas kalau nak memotong jalan ikut laluan sebelah kiri.... belum tentu... yang tentu banyak yang tak boleh lepas.

Berapa ramai pegawai pengiring, penasihat yang perlu mengiringi DSAI bila memberi ceramah sehinggakan memerlukan sebuah bas..,,, 

Banyak lagi cara atau idea yang lebih memudahkan, lebih praktikal jika digunakan,, sebagai contoh,, seperti didalam gambar di bawah ni,, tak ada niat dihati nak kata (promote) apa yang PAS buat tu bagus,, tetapi aku rasa ini lebih parktikal dan memudahkan...


ha ha kan simple dan mudah,,jalan kampung, bukit ka apa semua boleh dia ragas... 

Janganlah nanti, UMNO boleh gunakan isu ini, belum jadi PM dah duk tunjuk gaya kemewahan bila mai ceramah, kalau dah jadi PM apa macam,,, silap-silap lebih teruk dari Rosmah lagi... hangpa nak macam tu..atau pun hangpa sekadar nak menang sebelum PRU13..... 


Gambar Terkini Himpunan Janji Bersih Sekitar Dataran Merdeka Posted by Addin

 










TERKINI! Dataran Merdeka Dikepung!


Penyelaras serta aktivis Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim mengatakan bahawa seluruh jalan menuju Dataran Merdeka kini sudah dikepung polis!

Beliau yang memberitahu perkara tersebut menerusi laman sosial Twitter berkata, laluan masuk dari Masjid Negara menuju dataran tersebut sudah ditutup dan hanya boleh dilalui dengan berjalan kaki sahaja.

Haris juga memberitahu kehadiran anggota polis diperhatikan lebih ramai daripada biasa, petanda jelas bahawa sekali lagi polis diperalatkan pemimpin Umno-APCO untuk menghalang sambutan 'Janji Demokrasi' yang dijadualkan jam 11 malam nanti.

Sementara iru, jurucakap Gabungan Janji, Hishamuddin Rais, berkata perhimpunan “Janji Demokrasi” akan tetap diteruskan walaupun polis tidak membenarkan mereka berhimpun di Dataran Merdeka.

Katanya, pihaknya tidak akan melanggar arahan polis supaya tidak berhimpun di Dataran Merdeka, sebaliknya berkata mereka akan menyambut Hari Kemerdekaan di mana-mana sahaja di sekitar Kuala Lumpur dengan baju kuning.

“Jika perjalanan ke Dataran Merdeka tersekat dan hanya sampai di Chinatown (Jalan Petaling), kita akan sambut hari kemerdekaan di Chinatown,” katanya lagi.

“Kita mahu kalau boleh, ramai orang akan memakai baju kuning dan kelihatan di mana-mana sebagai tanda sokongan kepada demokrasi.”

Menurutnya, pihaknya sudah menjangka bahawa pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan perhimpunan Janji Demokrasi berlangsung di Dataran Merdeka.

Sementara itu, menurut pengerusi komuniti Selamatkan Jalan Sultan, Stanley Yong, berkata, mereka tidak menerima apa-apa amaran dari pihak polis berkenaan acara mereka.

“OCPD telah jumpa saya dua kali, dan kami menerangkan bahawa kami akan berarak di Jalan Sultan dan Jalan Petaling sahaja,” katanya. “Kita tidak akan berjalan hingga Dataran Merdeka. Dan kami akan bergerak secara berasingan (dengan Gabungan Bersih).

“Pihak polis berkata mereka akan menghantar kira-kira 10-15 anggota polis untuk mengawal laluan trafik di sekitar Jalan Sultan agar tidak terganggu, dan kami berterima kasih kepada pihak polis kerana memudahkan perarakan kami,” kata Stanley lagi.

Yong, yang juga pengerusi dewan perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), berkata, acara mereka akan bermula pada jam 8.00 malam di Gospel Hall, Jalan Hang Jebat, sebelum mula berarak pada jam 8.30 malam, melalui Jalan Sultan dan Jalan Petaling sebelum berakhir di bekas perhentian bas Klang, yang kini merupakan tapak pembinaan stesen MRT Pasar Seni.

Polis mengumumkan perhimpunan Janji Demokrasi malam ini bertentangan dengan undang-undang.

Anggota jawantankuasa penganjur, Maria Chin Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan bahawa Ketua Polis Daerah (OCPD) Dang Wangi, Zainuddin Ahmad, hari ini mengirimkan surat rasmi memaklumkan perkara itu kepadanya.




Pencacai SeMalaysia

Sri Wani Lega, Mahkamah Tolak 4 Permohonan Suami Pertikai Jantina


[SH] KUALA LUMPUR - Usahawan Produk Kecantikan, yang menjadi perhatian media selepas jantinaya dipertikai suami, Sri Wani Choo Abdullah bersyukur dan gembira selepas Mahkamah Tinggi Syariah membatalkan kesemua empat permohonan yang difailkan suaminya, Professor Dr Baharom Sanugi di sini, semalam.

Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan membatalkan empat permohonan bekas Dekan sebuah Instutusi Pengajian Tinggi Awam itu termasuk permohonan faraq nikah (dipisahkan perkahwinan) dan perintah mahkamah agar Sri Wani menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selepas meragui jantina sebenar wanita terbabit.

Mahkamah turut menolak permohonan komital (pemenjaraan) dan perintah menegah Sri Wani daripada mengeluarkan kenyataan kepada pihak media yang difailkan oleh Bahrom sebelum ini.

Berikutan itu, mahkamah mengarahkan Baharom untuk membayar kos kepada plaintif sebnyak RM3,000 bagi setiap kes yang difailkan kerana telah membuang masa dan kos plaintif, yang perlu diselesaikan dalam tempoh satu bulan dari kes itu dibacakan.

Abdul Walid berkata, keputusan tersebut dibuat selepas meneliti afidavit permohonan yang difailkan Sri Wani yang memohon untuk menggantung semua prosiding mahkamah kerana Baharom bukan seorang permastautin tetap dalam Wilayah Persekutuan.

“Responden telah gagal memberikan bantahan dan menyerahkan affidavit kepada mahkamah walaupun mahkamah telah memberikan tempoh yang mencukupi kepada pihak responden,” katanya.

Abdul Walid berkata, mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes yang difailkan pemohon, sekali gus membatalkan keempat-empat permohonan Baharom.

Hakim turut menolak apabila peguam Baharom cuba membantah keputusan berkenaan, dan meminta mereka membuat rayuan dalam tempoh 14 hari sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan itu sambil menyifatkan pihak responden tidak serius dalam kes berkenaan.

Sementara itu, Baharom yang diwakili peguam Muhammad Hafiz Ab Rashid terdahulu memberitahu mahkamah, alamat yang digunakan anak guamnya di Taman Datuk Senu sememangnya bukan bukan rumah miliknya, sebaliknya Baharom hanya menyewa salah sebuah bilik di rumah itu.

Pada 6 Julai lalu, Sri Wani memfailkan permohonan di Mahkamah tersebut untuk menggantung prosiding perbicaraan dan soal balas permohonan komital bekas Dekan Profesor Dr Baharom Sanugi terhadap isterinya, Sri Wani Choo Abdullah sehingga mendapat keputusan sama ada kuasa mahkamah mendengar kes pasangan itu atau sebaliknya.

Isu bidang kuasa mahkamah ditimbulkan Sri Wani pada prosiding sebelum ini kerana dia mendakwa suaminya menipu alamat penyampaian di Kuala Lumpur dalam semua dokumen kes itu, sedangkan alamat sebenar adalah di Batu Caves.

Baharom Sanugi, 61, mengesyaki Sri Wani  lelaki, telah memfailkan permohonan membatalkan perkahwinan  selepas setahun mengahwini isteri ketiganya itu,  seorang pengusaha produk kecantikan, yang memeluk Islam pada 2001.

Pasangan tersebut bernikah pada 19 Ogos 2009 di Songkhla, Thailand dan mendapatkan sijil nikah di Kedah.

Sementara itu, Sri Wani, yang ditemani peguam Boestamam Ahmad, ketika ditemui media menyatakan kesyukuran kepada ALLAH SWT dan berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan kepadanya selama ini.

“Segala hinaan selama ini saya telan, walapun sangat pahit untuk saya lalui. Alhamdulillah hari ini saya bebas kerana ALLAH masih sayangkan saya.

Selama ini saya terpaksa menutup mulut dapada memberi sebarang kenyataan kepada pihak media, kerana saya dalam injunksi mahkamah, hari ini saya bebas. Hanya Allah balas jasa baik semua,”katanya.

Turut hadir peguam Sri Wani, Ahmad Izuddin Fakhrullah dan wakil Sukaguam, Nur Hafidzah Mohd. Yusuff.
 
 
Duniacacamarba

Terkini ; Janji Demokrasi

 

"TERKINI : Gabungan Janji menasihatkan peserta Himpunan Janji Demokrasi berkumpul di mana-mana sahaja di sekitar ibu kota dengan memakai baju kuning jika Dataran Merdeka ditutup pada malam ini.

Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais mengingatkan orang ramai tidak perlu mencetuskan kekecohan, sebaliknya berhimpun secara aman sambil menghayati sambutan kemerdekaan ke-55. 

"Kami baru sahaja menerima surat daripada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad yang memaklumkan perhimpunan ini tidak mendapat kebenaran polis.

Kita juga menjangkakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup Dataran Merdeka kepada peserta Janji Demokrasi. 

"Jika ia ditutup, kita sudah putuskan supaya orang ramai boleh berada di mana-mana sahaja berhampiran Dataran Merdeka atau sekitar Kuala Lumpur (KL) dengan memakai baju kuning untuk menyambut ambang Merdeka pada malam ini. 

"Orang ramai tak perlu buat kacau, jangan bawa sepanduk atau apa-apa slogan. Pakai sahaja baju kuning kerana ia sudah memadai untuk kita merayakan Hari Merdeka.

Datanglah beramai-ramai dengan membawa keluarga serta makanan untuk kita bersantai," katanya ketika dihubungi. 

 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi megeluarkan surat pada jam 3.00 petang tadi menyatakan Himpunan Janji Demokrasi yang akan diadakan pada 11.00 malam ini menyalahai undang-undang. 

Polis mendakwa penganjur tidak mendapatkan kebenaran di bawah Seksyen 9 (1), Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

Polis juga mendakwa penganjur tidak mendapat kebenaran daripada pemilik Dataran Merdeka iaitu DBKL serta perhimpunan itu dikatakan akan menggangu persiapan untuk menyambut acara perbarisan Hari Kemerdekaan. 

Mengulas perkara itu, Hishamuddin berkata, Himpunan Janji Demokrasi tidak akan menyebabkan huru-hara melainkan jika ada pihak sengaja mencetuskan provokasi. 

"Kita cuma merayakan (ambang kemerdekaan) bersama-rakyat rakyat, cuma bezanya kita berpakaian kuning," tegasnya.

Beliau berkata, tinjauan dilakukan pihaknya mendapati keadaan di ibu kota masih 'terkawal', dan tiada sekatan jalan raya oleh polis. 

Himpunan Janji Demokrasi dianjurkan oleh Gabungan Janji yang dianggotai 49 NGO, antaranya Empower, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Warga Aman dan Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) dan Asalkan Bukan Umno (Abu)." 


Sharpshooter
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Hakim terpaksa dengar Mat Sabu 'ceramah' di mahkamah - Mohd Sabri Said

 
BUTTETWORTH: Buat Kali pertama kalinya Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berceramah di dalam mahkamah.
 
Menyaksikan ceramah beliau ialah Hakim Mahkamah Majestrit Butterworth. Akmal Hisham, pendakwa raya dan peguambela yang diketuai oleh Mohamed Hanipa Maidin.

Semalam dan hari ini merupakan sambungan pembicaraan kes Haji Mohamad Sabu yang menafikan Mat Indera sebagai komunis sebagaimana yang lebelkan oleh pihak polis yang bekerja di bawah kerajaan British.

Saksi kedua iaitu Koperal Shanizam Abdul Ghani yang bertugas sebagai jurugambar (video) di Ibupejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) memberikan keterangan di mahkamah.

Pembicaraan bersambung pada sebelah petang semalam untuk menonton video ceramah Haji Mohamad hasil rakaman oleh pihak polis.

"Kini Haji Mohamad Sabu bukan berceramah dipentas politik tetapi suaranya sudah berkemumandang dalam mahkamah, " jelas salah seorang ahli PAS yang hadir memberikan sokongan moral.

Sementara itu, kes ditunda lagi ke tarikh baru 15-18 Oktober 2012.
 
Peguamnya, Aminuddin Zulkili dan Nasar Khan hadir untuk mendengar penundaan tarikh baru itu bagi pihak Mohamad.
 
 
 Kerengga

PENGUMUMAN PENTING DARI GABUNGAN JANJI DEMOKRASI

 
 
JANJI DEMOKRASI DAPAT SURAT POLIS

pihak polis telah memberitahu bahawa
datang ke dataran merdeka untuk merayakan
ambang merdeka dianggap salah

jawatakuasa janji demokrasi
yang telah membincangkan hal ini kelmarin
telah sependapat:

1 - meminta semua warga yang ingin datang
akan merayakan 'count down' di mana sahaja
di dalam kota kuala lumpur jika tidak dapat
masuk ke dataran merdeka

2 - jangan melanggar rintangan di dataran merdeka

3 - rayakan dimana sahaja secara bersantai

4 - rayakan dengan memakai baju kuning

5 - tidak ada slogan

6 - tidak ada kain rentang

7 - masuk ke dalam kota jam 11:00 malam

SAJAK PAK SAMAD
pak samad akan membacakan sajaknya
di mana sempat dia berada

JANJI DEMOKRASI
akan diadakan di melbourne
akan diadakan di perth
akan di adakan di london
akan diadaklan di manchester

akan ada di sabah
akan ada di johore banru
akan ada di melaka
akan ada di ipoh perak



SILA IKUTI RADIO BANGASAR UTAMA








NOTA:

maklumat terkini
rabu akan memberi laporan
selari tentang ambang merdeka malam ini



FITNAH WWW 1 KEATAS YB NIZAR, UTUSEX MELOYA KALAH LAGI BEB... KAH KAH KAH !

 

Rasa-rasa gua lah satu-satunya akhbar didalam dunia ni bukan setakat di Malaysia yang paling banyak disaman ialah akhbar Utusan Malaysia atau panggilan Popularnya UTUSEX MELOYA... kah kah kah... dah lah tu bukan setakat paling banyak disaman tetapi juga paling banyak membayar saman... dan tektik terkini UTUSEX MELOYA untuk tidak membayar saman ialah dengan Memohon Maaf... sebagaimana mengikuti cara Presiden Umno dengan memohon maaf kepada Rakyat Negeri Selangor kerana Perompakan Harta Rakyat Negeri Selangor oleh Pemimpin Umno/Bn... yang mana ia mengakibatkan Umno/Bn kalah dan tak dapat Merompak lagi Harta Rakyat Negeri Selangor... kah kah kah !.

Yang terbaru ialah kekalahan berkaitan Saman yang dibuat oleh Yb Datuk Seri Nizar Jamalluddin terhadap akhbar tersebut dalam Isu nombor plet WWW 1 yang diulas oleh Yb Nizar dan jadikan bahan fitnah selepas berita kemenangan tender oleh Baginda Sultan Johor tersebar... dan hari ini tersiar didalam tweeter Yb Nizar bahawa Mahkamah telah mengarahkan UTUSEX MELOYA membayar segala yang berkaitan kepada YB Nizar... tapi yang hairan nya ialah dimana akabar ini mendapat kewangan untuk membayar segala saman-saman tersebut ya ?... nak dikatakan akhabar tersebut laku macam Goreng Pisang Panas pun tidak... kerana ada masa-masanya akhbar tersebut terpaksa diberi percuma kerana terlampau tak laku... kah kah kah !.


Dan yang menghairankan pulak ialah laporan kewangan Kumpulan akhbar tersebut bagi tahun berakhir 2011 ialah UNTUNG... kah kah kah...  tapi lu orang jangan bersangka buruk dulu beb... sebab memang mereka UNTUNG tapi bukan melalui Jualan akhbar tetapi dari Jualan Iklan... ini lagi lah gua pelik beb... siapalah yang hendak membeli Iklan dari akhbar yang tak laku tu... setelah gua siasat-siasat rupanya iklan yang laku hanya 4 nombor ekor dan iklan Along... keuntungan lain bukanya datang dari  akhbar tersebut tetapi ianya datang dari satu Majalah Lucah No 1 keluaran Kumpulan tersebut iaitu MANGGA... yang pernah diharamkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah... iaitu Negeri Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong sekarang ni.


Sebab itu gua katakan beb yang Umno sebagai pemegang saham terbesar Kumpulan Utusan sebenarnya adalah United Munafik National Organisations... dan memang sudah menjadi Darah Daging Umno sukakan Fitnah, Sex dan Lucah... namun kepada penyokong parti tesebut apa saja yang diberitakan dari akhbar tersebut adalah betul walaupun akhbar tersebut mengatakan yang Kambing akan Bertelur... kah kah kah... atas sebab itulah Umno boleh memerintah selama 55 tahun walaupun terlalu banyak kerosakkan mengatasi kebaikan yang dibuat... tetapi itu semua tidak dipedulikan oleh penyokon Umno hanya kerana ianya atas nama umno sepeti gambar diatas... kah kah kah !.


hemmmmm..... apa perkataan yang boleh diucapkan kepada umno selain meminjam kata-kata pemimpin wassatiyah umno iaitu datuk seri haji najib yang berbunyi haranjadah... kah kah kah... umporno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.
 
 
Mat Indera Sipejuang

TERKINI! Kewujudan NOW Bukti Umno-APCO Terus Lindungi Perasuah!

 


Pengarah strategik PKR yang mendedahkan beberapa skandal besar, Rafizi Ramli akan melancarkan projek terbaru beliau hari ini – Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Nasional atau “NOW” (National Oversight Whistleblowers) – sebuah badan untuk menggalakkan pendedah maklumat datang ke hadapan pada ketika keyakinan awam terhadap agensi-agensi kerajaan berada pada tahap sangat rendah.

Rafizi memberitahu The Malaysian Insider bahawa NOW akan menjadi “alternatif masyarakat sivil” kepada pihak berkuasa kerajaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis, yang mana reputasi telah dicemari oleh kerana banyak laporan kematian tahanan dan serangan serta ugutan oleh pegawai bersenjata.

“Rakyat Malaysia telah ditakutkan dari tampil ke hadapan tetapi pendedahan maklumat harus menjadi budaya di Malaysia, dan itulah yang kita harap untuk wujudkan,” katanya dalam temubual eksklusif.

Rafizi menjelaskan bahawa pusat itu menyediakan proses langkah demi langkah untuk pendedahan maklumat, termasuk khidmat nasihat ditawarkan kepada pendedah maklumat mengenai risiko perundangan yang mungkin dihadapi akibat pendedahan mereka, jika mereka bersetuju untuk teruskan.

Setiap pendedahan mesti disiasat dengan teliti, kata beliau, dari kredibiliti pemberi maklumat kepada kesahihan dokumen-dokumen yang disediakan, serta menggali jauh dengan lebih dalam tentang kes itu untuk memastikan terdapat bukti mencukupi sebelum apa-apa pemberitahuan umum dilakukan.

Langkah terakhir dalam proses pendedahan adalah mendedahkan skandal tersebut kepada media — langkah yang paling mencabar, Rafizi mengakui.

Ini adalah kerana dengan serta-merta akan membuka dirinya dan NOW kepada risiko undang-undang, jika mana-mana undang-undang bertulis telah dilanggar dalam proses penyiasatan.

Undang-undang pemberi maklumat tunggal negara — Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (WPA) — hanya menawarkan perlindungan kepada pemberi maklumat jika mereka membuat “pendedahan kelakuan tidak wajar” kepada agensi penguatkuasaan yang diberi kuasa.

Kerana undang-undang tersebut tidak memberi perlindungan kepada pendedah maklumat melalui media, sistem NOW mungkin akan menyebabkan ‘segunung’ tindakan undang-undang dan pendakwaan di mahkamah.

“Itulah sebabnya kita perlukan dana untuk yuran guaman. Kemungkinan besar, kita akan didakwa dari kiri, kanan atau tengah,” kata Rafizi.

Rafizi sendiri sekarang ini berhadapan dengan dua kes mahkamah kerana mendedahkan skandal penternakkan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) – selepas mendedahkan dokumen kewangan NFC kepada media.

“Tetapi kita perlu untuk melakukan dan mengambil risiko. Lagipun, undang-undang menyatakan bahawa jika anda menyerahkan laporan kepada SPRM, sebagai contoh, anda perlu mengemukakan semua bukti anda kepada mereka dan anda tidak boleh bercakap kepada orang lain atau pergi ke tempat lain.

“Jika SPRM berfungsi dengan baik, kita tidak perlu NOW. Tetapi adakah ia berfungsi dengan baik?” soal beliau.

“Jadi pada ketika ini, apa yang kita ada dua pilihan — sama ada kita terus bekerja dalam rangkakerja semasa WPA, yang digunakan untuk menindas pendedah maklumat, atau kita buktikan dan yakinkan masyarakat bahawa pendedahan maklumat sebenarnya adalah baik untuk negara.

“Kita boleh tunjukkan kepada mereka bahawa terdapat satu sistem sokongan dari pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan pergerakan masyarakat sivil diharapkan dapat meningkatkan tekanan kepada kerajaan untuk meminda Akta,” katanya.

Rafizi berkata peruntukan lain dalam WPA menyebabkan niat Akta tersebut sia-sia — ia menetapkan bahawa pemberi maklumat tidak boleh memecahkan mana-mana undang-undang bertulis lain apabila membuat pendedahan kepada pihak berkuasa.

“Jadi, jika dokumen yang didedahkan adalah sulit walaupun anda mendedahkan mereka kepada pihak berkuasa, anda tidak mempunyai perlindungan,” katanya.

Ini dicerminkan dalam kes mahkamah NFC Rafizi itu, di mana beliau telah didakwa kerana melanggar Seksyen 97, Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia) kerana mendedahkan butir-butir perbankan sulit Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp), firma yang menjalankan projek NFC.

Tetapi, ahli politik itu ditentukan untuk menolak ke hadapan dengan NOW, mengatakan pusat itu perlu memberi perkhidmatan sebagai gerakan masyarakat sivil untuk membantu penyebaran kesedaran kepentingan pendedahan maklumat sebagai “budaya Malaysia” dan meningkatkan tekanan kepada kerajaan untuk memulakan reformasi perundangan.

Tentang ini, ahli politik itu berkata salah satu objektif utama NOW adalah untuk menjadi pelobi reformasi perundangan dan pusat “pemantauan” untuk memastikan ahli-ahli parlimen, kerajaan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan bertanggungjawab dengan tindakan mereka.

Menurut beliau lagi, pendedahan maklumat hanya 50 peratus daripada kerja utama pusat itu.

“Kita perlu pusat seperti ini sekarang kerana jika kita bergantung kepada kerajaan, kita akan terus tersekat. Cara terbaik adalah untuk mengambil jalan masyarakat sivil, “katanya.

Beliau menegaskan melalui tekanan daripada pergerakan masyarakat sivil selama berdekad menyebabkan akhirnya kerajaan bersetuju untuk memansuhkan akta kontroversi British digubal menjadi Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, yang membenarkan penahanan tanpa bicara.

“Ia telah berjaya sebelum ini. Dalam kes ini, kita mahu mengubah cara pandangan masyarakat tentang pendedahan maklumat yang mungkin akan memakan masa lima atau enam tahun.

“Akan ada cukup tekanan awam sehingga kerajaan tidak boleh mengabaikan ia,” katanya.

Tentang tujuan NOW demi akauntabiliti, Rafizi berkata pusat itu akan memberi tumpuan kepada “kerja pemantauan parlimen”, termasuk memantau prestasi ahli parlimen, bagaimana mereka menghabiskan peruntukan mereka dan pelaksanaan undang-undang selepas diluluskan di Parlimen.

Beliau berkata NOW juga akan menyiarkan suatu Indeks Pendedahan Maklumat tahunan untuk menilai bidang atau industri di negara ini yang memerlukan pembetulan.

Ini, tambah Rafizi, adalah di mana beliau berharap persepsi awam bahawa NOW adalah pusat politik yang partisan akan berubah.

“Apa yang kita akan lakukan adalah untuk menjejaki prestasi setiap ahli parlimen di Parlimen - berapa kali dia telah bercakap, apakah isu-isu yang diambil dan sebagainya. Ini boleh memalukan, walaupun terhadap sesetengah wakil kami dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Tetapi ia mesti dilakukan supaya mereka akan menyedari bahawa mereka boleh terus memegang kerusi mereka kerana ada sebab ... ia adalah satu bentuk KPI, “katanya.

Rafizi berkata pusat itu juga akan mengesan dan memerincikan dalam laporan bagaimana ahli parlimen menghabiskan peruntukan parlimen mereka di kawasan dan akan didedahkan kepada umum.

“Akhir sekali, apabila undang-undang diluluskan di dalam Dewan, kita akan melaporkan bagaimana ia dilaksanakan dan apakah kesannya.

“Kita tidak mempunyai apa yang saya panggil aktivisme perundangan.

“Tetapi ia adalah penting kerana orang ramai tidak memahami proses perundangan dan tidak tahu bagaimana ia memberi kesan kepada kehidupan mereka,” katanya

Tanpa “pemantauan”, Rafizi berkata tiada siapa akan sedar sama ada niat undang-undang sebenarnya dilaksanakan.

“Mungkin apabila kami mengeluarkan laporan, beberapa ahli parlimen atau pemimpin boleh membuangnya, tetapi kita meletakkan maklumat dalam ruang awam dan jangan lupa, masyarakat lebih berjaga-jaga hari ini daripada sebelum ini,” katanya.

Sebagai contoh, Rafizi menegaskan bahawa pada masa lalu, walaupun Laporan Ketua Audit Negara telah dikeluarkan setiap tahun, tidak ramai memberikan perhatian kepada kandungannya.

“Tetapi apabila seseorang membawa sebagai agenda awam, maka kesedaran naik dan pihak berkepentingan tidak mempunyai pilihan tetapi untuk menjadi bertanggungjawab kepada ia.

“Dan ini adalah fungsi NOW,” katanya.

Tetapi Rafizi juga mengakui bahawa peranan beliau sebagai pengarah eksekutif NOW menyebabkan ia sukar untuk menangkis persepsi bahawa fungsinya adalah bersifat politik.

Beliau menegaskan bahawa NOW tidak mempunyai agenda politik, sambil menambah bahawa dia akan melakukan segala-galanya dalam keupayaan untuk memastikan bahawa tiada parti politik dalam PR — PKR, PAS atau DAP — akan menggunakan pusat sebagai alat politik untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin dari Barisan Nasional (BN).

“Kami sangat prihatin tentang itu,” katanya, sambil menambah bahawa dalam beberapa tahun, beliau berharap untuk melepaskan peranan beliau kepada individu yang tidak partisan.

Rafizi menambah bahawa selepas beberapa bulan pelancarannya, beliau berharap untuk meletakkan bersama panel penasihat untuk menyelia fungsi NOW.

Pasukan itu, katanya, mesti termasuk pemimpin melangkaui jurang politik, serta wakil masyarakat sivil.

Impian kami bukan tentang pendedahan bersifat politik, ia bukan hanya pendedahan maklumat mengenai skandal politik ... terdapat isu-isu yang lebih besar — kebimbangan alam sekitar, kesihatan dan keselamatan ... perkara-perkara yang memberi kesan kepada kita semua pada setiap peringkat.

“Hidup bukan hanya tentang politik,” katanya.

NOW kini mempunyai pasukan empat anggota termasuk Rafizi dan dijangka untuk memulakan temu bual sukarelawan tidak lama lagi, tidak lama selepas pelancaran hari ini.