"TERKINI
: Gabungan Janji menasihatkan peserta Himpunan Janji Demokrasi
berkumpul di mana-mana sahaja di sekitar ibu kota dengan memakai baju
kuning jika Dataran Merdeka ditutup pada malam ini.
Ahli Jawatankuasa
Gabungan Janji, Hishamuddin Rais mengingatkan orang ramai tidak perlu
mencetuskan kekecohan, sebaliknya berhimpun secara aman sambil
menghayati sambutan kemerdekaan ke-55.
"Kami baru sahaja menerima surat
daripada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad yang
memaklumkan perhimpunan ini tidak mendapat kebenaran polis.
Kita
juga menjangkakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup
Dataran Merdeka kepada peserta Janji Demokrasi.
"Jika ia ditutup, kita
sudah putuskan supaya orang ramai boleh berada di mana-mana sahaja
berhampiran Dataran Merdeka atau sekitar Kuala Lumpur (KL) dengan
memakai baju kuning untuk menyambut ambang Merdeka pada malam ini.
"Orang ramai tak perlu buat kacau, jangan bawa sepanduk atau apa-apa
slogan. Pakai sahaja baju kuning kerana ia sudah memadai untuk kita
merayakan Hari Merdeka.
Datanglah beramai-ramai dengan membawa
keluarga serta makanan untuk kita bersantai," katanya ketika dihubungi.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi megeluarkan surat pada jam
3.00 petang tadi menyatakan Himpunan Janji Demokrasi yang akan diadakan
pada 11.00 malam ini menyalahai undang-undang.
Polis mendakwa penganjur
tidak mendapatkan kebenaran di bawah Seksyen 9 (1), Akta Perhimpunan
Aman 2012 (Akta 736).
Polis juga mendakwa penganjur tidak mendapat
kebenaran daripada pemilik Dataran Merdeka iaitu DBKL serta perhimpunan
itu dikatakan akan menggangu persiapan untuk menyambut acara perbarisan
Hari Kemerdekaan.
Mengulas perkara itu, Hishamuddin berkata, Himpunan
Janji Demokrasi tidak akan menyebabkan huru-hara melainkan jika ada
pihak sengaja mencetuskan provokasi.
"Kita cuma merayakan (ambang
kemerdekaan) bersama-rakyat rakyat, cuma bezanya kita berpakaian
kuning," tegasnya.
Beliau berkata, tinjauan dilakukan pihaknya
mendapati keadaan di ibu kota masih 'terkawal', dan tiada sekatan jalan
raya oleh polis.
Himpunan Janji Demokrasi dianjurkan oleh Gabungan Janji
yang dianggotai 49 NGO, antaranya Empower, Solidariti Anak Muda
Malaysia (SAMM), Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Warga Aman dan
Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) dan Asalkan Bukan Umno
(Abu)."
Sharpshooter
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.