SHAH ALAM - Kurang enam jam menjelang detik 12 tengah malam, sambutan
Hari Kemerdekaan ke-55 bakal berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah
Alam dan orang ramai bakal menyaksikan kemuncak acaranya iaitu
pertunjukan bunga api selama tujuh minit.
Timbalan Pengarah Korporat
Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, sebelum itu,
pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan lagu-lagu patriotik dan
persembahan band daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).
"Kerajaan Negeri Selangor turut menyediakan persembahan kebudayaan dan
kesenian dibawakan oleh Perbadanan Adat-adat Melayu dan Warisan Negeri
Selangor (Padat) bagi menyerikan majlis bermula jam 8.30 malam
ini.“Turut mengambil bahagian dalam perbarisan bersejarah ini
termasuklah kakitangan agensi-agensi Kerajaan Negeri Selangor,” katanya
ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Tambah beliau, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memberi
ucapan kemerdekaan pada pukul 10 malam manakala Penasihat Ekonomi
Negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka berucap menjelang detik 12
malam nanti.“Menariknya, tema kemerdekaan yang digunakan berbeza dengan
kerajaan pusat.
"Kami akan menyambut kemerdekaan menggunakan tema yang berbeza iaitu
Sebangsa Senegara Sejiwa iaitu tema Pakatan Rakyat (PR) bagi menyambut
Hari Kemerdekaan negara di peringkat negeri,” katanya lagi.Menurutnya
lagi, laluan jalan raya di Persiaran Damai, Persiaran Bandaraya ditutup
kepada kenderaan bagi memudahkan majlis malam ini dan kawalan lintas
dibuat oleh penguasa MBSA sendiri.
Malah malam ini beberapa persembahan daripada artis-artis tempatan turut akan memeriahkan acara yang dijadualkan pada jam 9 malam ini.Acara kemuncak yang dinanti iaitu pertunjukan bunga api bakal berlatarbelakangkan Menara Berkembar Petronas.
Sambutan itu akan dijalankan di Esplanade, KLCC Park.Esok, lokasi bersejarah Dataran Merdeka di ibu negara akan menjadi tumpuan perbarisan manakala Perhimpunan Merdeka 55: Janji Ditepati di Stadium Nasional Bukit Jalil. ~sinar
Addin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.