Followers

Tuesday, June 2, 2015

Gambar Rumah Mewah & Istana Kerabat Tan Sri Taib Mahmud (Kaya Giler Ni) - suarakami

 

Kali ini kita saksikan rumah-rumah besar milik kerabat Taib Mahmud & rakan-rakan terdekat Taib Mahmud yang  merupakan salah satu isu-isu yang tidak terjawab di Sarawak.
Orang yang kaya-raya tidak dilarang meminta untuk dipilih sebagai calon menteri. tetapi yang menjadi persoalan sekarang ini, tidak seorang pun yang harus dibenarkan menyalahgunakan kuasa politiknya untuk menjadi kaya. Ianya suatu bentuk rasuah boleh memusnahkan sesebuah negara
Jadi Berita Semasa, adakah dini rumah kerabat Taib Mahmud yang dimaksudkan itu? Oooh…bukan. Ini bukan, kerana ini hanya rumah rakyat Sarawak. Kalau nak lihat koleksi rumah mewah kerabat Taib Mahmud, sebentar sahaja lagi…

OPSSS bukan ni...Ni Rumah Rakyat Biasa Sarawak......Tgk Bawah ni.....Perbezaan 2 Darjat

Gambar Rumah James Jemut Masing

Istana James Jemut Masing Sarawak
Rumah James Jemut Masing
James Jemut Masing merupakan Menteri Pembangunan Tanah Sarawak. Beliau merupakan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS). PRS merupakan parti komponen Barisan Nasional dan James Jemut Masing Adun kawasan Balleh.
James Jemut Masing sekeluarga kini tinggal di rumah di atas sebidang harta seluas dua ekar bertentangan dengan Jalan Ong Tiang Sui. Hebat….hebat. Dengan pendapatan sekitar RM8,000 sebulan membolehkannya yang juga merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak mampu membina dan mendiami kediaman sedemikian yang bernilai RM2 juta? Ya….mungkin inilah yang dikatakan usaha tangga kejayaan.

Gambar Rumah Kerabat Taib Mahmud


Rumah Arip Bin Mahmud


Arip Bin Mahmud merupakan pengarah dan pemegang utama saham syarikat hartanah yang berpangkalan di California, Sakti International Corporation. Antara adik-beradik yang paling dipercayai & merupakan rakan kongsi utama.

Rumah Mohd Tufail Bin Mahmud


Tufail merupakan pemegang saham utama yang mengawal dan memilki KUmpulan Sanyan yang merupakan salah satu syarikat yang terbesar di Sarawak bernilai USD400 juta yang aktif dalam perniagaan kayu. Beribu pejabat di Wisma Syanyan, Sibu di bangunan yang tertinggi Sarawak.

Kadang-kadang kami terfikir sendirian, SPRM sedar atau tidak tidak pelbagai laporan yang keluar mengenai Ketua Menteri Sarawak ini, Tan Sri Taib Mahmud dan kerabat keluarganya yang sering diusahakan kalangan rakyat Sarawak sendiri dan juga melalui laporan berita Sarawak Report selama ini?

Bukan kami minta untuk mengatakan kalangan mereka-mereka ini bersalah atau tidak, kerana yang menentukannya hanya mahkamah, tetapi siasatlah. Tetapi kalau siasatan pun seperti hidup segan mati tidak mahu, bagaimana? Terlalu jelas menampakkan perbezaan siasatan di antara ikan jerung dan ikan bilis
 
Ini yang rakyat perhatikan sebenarnya. Untuk pemimpin lain di Semenanjung Malaysia kami masih boleh “tahan” lagi, tetapi untuk apa yang berlaku di Sarawak sekarang. Kami sama sekali tidak boleh terima. Minta sekali lagi perhatian daripada pihak SPRM.
Apa kata anda terutamanya rakyat Sarawak?

KEMEWAHAN ANAK NAJIB RAZAK - suarakami

 

Ada beberapa org anak najib razak yg menjadi topik perbualan di internet.salah seorg dipercayai anak beliau bernama Ashman Najib,dan masih menuntut .foto dalam carian di beberapa blog mendedahkan gaya ashman yg mewah.

Beliau didaka memiliki sebuah kereta mewah jenama Bantley yang tidak selayaknya dinaiki seorg remaja yang masih blajar.

Anak kdua najib bersama isteri pertamanya tengku puteri zainah tengku eskandar,mohd nazifudin najib merupakan salah seorg ahli lembaga pengarah syarikat Harvest Court Industries Bhd pada Oktober 2011.

Beliau juga Pengerusi Sagajuta (sabah) Sdn Bhd, syarikat yang membangunkan 1 Borneo mall di Kota Kinabalu.mempunyai kepentingan sebanyak 13.83% selepas dilantik sbg ahli lembaga pengarah (BOD) Syarikat Harvest Court Industries Sdn Bhd.

Pertunangan anak sulung najib bersama rosmah mansor,Nooryana najwa dengan warga kazakkhtan,Daniar nazarbayev,17 jun 2011.menelan pmbelanjaan RM79,053.

Bil2 yang dikenal pasti sbg invois perbelanjaan jelas mengesahkan majlis itu ditanggung oleh kerajaan.sedangkan hanya majlis rasmi sahaja yang dibenar dari segi undang undang mengunakan wang negara.

PENEROKA FELDA MENDAPAT HUTANG BARU RM100 RIBU HINGGA RM150 RIBU.



#Siri 5:Pecat dan Siasat ISA SAMAD.




Malam ini bersama warga FELDA Keratong 4 parlimen Rompin. UPU ini PAS menang dalam PRK Rompin baru baru ini dan keseluruhan undi FELDA di Rompin meningkat mendadak.

Hari ini peneroka sangat terasa dengan beban hutang baru yang mereka terima daripada FELDA. Hutang ini melibatkan kos tanam semula ladang mereka yang bernilai sekitar RM100 ribu hingga RM150 ribu. 


Sedangkan ketika peneroka masuk FELDA, hutang mereka hanya sekitar RM30 ribu. Tun Razak berhasrat mengubah status ekonomi rakyat khususnya orang Melayu yang miskin. 

Apabila mereka selesai bayar hutang dengan FELDA, maka ladang 10 ekar dan tapak rumah suku ekar itu akan menjadi hak mereka.

Dengan ladang 10 ekar itu sudah cukup untuk mereka menyara hidup mereka, bahkan mempunyai pendapatan yang lebih daripada keperluan. Bukan lagi berpendapatan rendah. 


Jadi bayangannya ialah di Malaysia, di kawasan pedalaman ada 112 ribu rakyat Malaysia yang bergelar peneroka, taraf hidupnya berpendapatan sederhana tinggi disebabkan kejayaan mereka memiliki ladang sawit atau getah 10 ekar. 

Ini satu kejayaan besar Malaysia. Bahkan ia dinikmati 1.5 juta warga FELDA seluruhnya melibatkan isteri, anak anak peneroka, kakitangan dan anak kakitangan FELDA.

Tetapi malangnya hari ini mereka dibebankan dengan hutang baru. Apabila pokok sawit atau getah berusia 25 tahun dan ke atas. Ia perlu ditebang dan tanam semula. 


Peneroka diberi pilihan untuk menguruskan sendiri proses tanam semula tersebut atau diserahkan kepada FELDA untuk menguruskannya. 


Hasil kempen yang dilakukan, majoriti peneroka menyerahkan urusan tanam semula kepada FELDA dan diuruskan oleh sebuah anak syarikat FELDA bernama FELDA Tecno Plant. 

Kos tanam semula ini ditanggung FELDA daripada penebangan pokok sawit tua, tanam semula sawit baru, pembajaan,racun dan kesemua sekali.

Selama tempoh itu peneroka tidak ada hasil. Maka mereka dibayar wang sara hidup diantara RM1000 hingga RM1500 setiap bulan. Wang sara hidup ini dikira hutang dengan FELDA. Jika purata mereka terima RM1200 sebulan, maka setahun mereka berhutang RM14400. 


Jika 10 tahun, jumlahnya sudah RM144 Ribu. Itu belum masuk kos tanam semula. Maka tidak pelik peneroka berhutang kembali sekitar RM100 ribu hingga RM150 ribu. Malah boleh jadi lebih.

Persoalannya ialah:

1. FELDA sudah sediakan Tabung Tanam Semula yang dipotong daripada pendapatan peneroka sejak tahun 70-an, 80-an lagi. 


Jumlah tabung ini keseluruhannya dikatakan sebanyak sekitar RM700 juta. Itu jumlah simpanan sahaja, belum dicampur dengan keuntungan pelaburan wang tersebut yang boleh jadi sekali ganda daripada jumlah simpanan. Ke mana pergi duit ini? 

Walaupun difahamkan jumlah itu tidak mencukupi untuk kos tanam semula, setidaknya ia mampu menampung 50 peratus kos tanam semula tersebut.

2. Ladang sawit milik peneroka tersebut akan mengeluarkan buahnya atau disebut hasilnya selepas usia pokok sawit 3 tahun dan ke atas. Bermakna FELDA sudah mendapat pendapatan daripada ladang peneroka yang diuruskan. Ke mana pergi duit ini? 


Tidakkah ia mencukupi untuk membiayai kos sara hidup peneroka. Ketika harga sawit naik sekitar RM400 hingga RM700 satu tan sekitar tahun 2008-2011, peneroka yang menanam semula sendiri mendapat hasil sekitar RM6 ribu hingga RM10 ribu sebulan. 

Jumlah yang sangat besar melebihi kos sara hidup sekitar RM1500 sebulan. Kenapa hasil ini tidak boleh menampung kos sara hidup mereka? Ini sesuatu yang pelik.

3. FELDA menguruskan proses tanam semula ini sehingga bila? Sepatutnya selepas 3 hingga 5 tahun, pokok sawit sudah mengeluarkan hasil, ladang mesti diserahkan semula kepada peneroka untuk menguruskannya. Tetapi hari ini walaupun sudah lebih 10 tahun, ladang mereka masih dipegang FELDA. 


Bila hendak diserahkan? Selagi tidak diserahkan tiada ketelusan terhadap pendapatan sebenar peneroka hasil sawit mereka. Lebih malang mereka pula yang menanggung hutang. Ini betul betul penyelewengan di siang hari.

 

Mohd Nasaie Ismail
Keratong, Rompin.

Gali Lubang Tutup Lubang ?

Mafiaboss Melayu's photo. Menutup atau menyusun semula 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak akan mengurangkan beban dan tangunggungjawab Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selaku Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan serta Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, beliau tetap akan berdepan dengan siasatan.


“Alhamdulillah saya mendapat maklum daripada sumber-sumber tepi jalan yang rapat dengan anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) bahawa banyak maklumat sulit sudah didapati.


“Malangnya maklumat itu mungkin lebih buruk daripada yang kita ketahui selama ini. Besar kemungkinan lebih banyak bank dan institusi kewangan tempatan yang terdedah kepada krisis hutang 1MDB, termasuk institusi yang berkaitan eksport dan import. Dikhabarkan juga bahawa ada cek bernilai beratus juta dolar bertukar tanga,” dakwa Datuk A Kadir Jasin di blognya, 

kadirjasin.blogspot.com.
 

Jelasnya, kebimbangan itu juga yang mendorong Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang dikatakan tergesa-gesa memberi taklimat kepada Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN, Shahrir Abdul Samad yang pernah jadi Pengerusi PAC, yang juga salah seorang penyokong kuat Najib.

Kadir yang memetik laporan akhbar The Star bahawa 1MDB akan ditutup menjelang awal tahun depan.


Katanya laporan berkenaan menimbulkan tanda tanya memandangkan terdapat rancangan supaya pelabur Abu Dhabi menyuntik kira-kira RM16.4 billion ke dalam 1MDB bagi membayar balik hutang 1MDB sebanyak RM42 bilion.

Ulas Kadir, ia membabitkan International Petroleum Investment Company (IPIC) dan unit pelaburannya, Aabar Investments, dua syarikat Arab yang jadi “rakan kongsi” Jho Low dalam urus niaga dengan 1MDB,” katanya.


“Jadi bukan tutuplah, tapi atur balik perniagaan supaya boleh terus berhutang untuk bayar hutang. Masih cerita gali lubang baru untuk timbus lubang lama,” kata Kadir Jasin lagi.

Kes Cerai: Kakak Datuk Siti Nurhaliza, RM400 Juta??

 Tarik Perhatian MENJADI anak seni atau golongan VVIP di negara ini ada kalanya merimaskan kerana setiap langkah akan menjadi perhatian masyarakat.

Mungkin itulah yang dirasai oleh pemilik nama Siti Norsaida Tarudin atau lebih dikenali sebagai Saida apabila permasalahan rumah tangganya diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia yang membaca akhbar atau melayari Internet.

Jika dahulu, langkahnya mungkin lebih bebas kerana dia hanyalah kakak kepada penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza sehinggalah penyertaannya di dalam rancangan realiti, Akademi Fantasia.

Walaupun menjadi antara peserta terawal yang tersingkir, bakatnya dalam bidang nyanyian - walaupun sering dibandingkan dengan adik-adiknya, Siti dan Saerah - mula diasah.

Bagaimanapun, tahun ini menyaksikan perjalanan rumah tangganya yang dibina bersama seorang ahli perniagaan, Mohd Ghazali Yahya Zikri sejak 15 tahun lalu mendapat lebih 'perhatian' berbanding dengan bakat seninya.

Semuanya bermula apabila wanita yang sinonim dengan sifatnya yang pemalu itu memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 6 Oktober 2010 atas alasan tiada lagi persafahaman antara mereka.

Setiap kali prosiding kes dijalankan, sudah pasti akan ada cerita-cerita baru yang akan kedengaran, seperti dakwaan bahawa permohonan tersebut difailkan kerana sikap Mohd Ghazali, 41, yang tidak menghormati arwah bapa Saida.

Saida, 35, pula menyifatkan sikap Mohd Ghazali yang mengongkong kerjayanya sebagai menyakitkan hati. 



Bagaimanapun, sudah pastilah prosiding yang baru berlangsung pada Rabu lalu paling panas, kerana Mohd Ghazali yang selama ini sangat mengawal kata-katanya, 'meluah' rasa kecewanya di mahkamah.

Menurut lelaki itu, dia sedih dan kecewa dengan perubahan sikap isteri yang dahulunya seorang yang lemah-lembut dan bertimbang rasa menjadi lupa akan tanggungjawab.

Dakwanya, Saida telah keluar dari rumah mereka di Alam Damai, Cheras, dan mengabaikan anak mereka, Siti Nurunnyssa, 14; Anas, 12; Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5 tahun.

Semuanya kerana menurut Mohd Ghazali, isterinya itu sedang sakit, iaitu 'sakit angau' dengan seorang lelaki yang didakwanya bernama Hafiz Che Man - yang didakwa Saida adalah rakan sekerjanya.

Lebih memeranjatkan apabila dia pernah berjumpa Saida dengan lelaki tersebut di dalam kereta di Balakong pada Jun tahun lalu dan apabila ditanya, Saida memberitahu rakannya itu mahu memulangkan telefon bimbit.

Mohd Ghazali yang merupakan bekas jurutera geologi seterusnya mendakwa, dia menemui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menggunakan kata-kata seperti 'sayang, rindu dan I Love You' pada telefon bimbit tersebut manakala bil pula menunjukkan mereka menghabiskan masa berjam-jam untuk berbual.

Lelaki tersebut yang nekad tidak mahu menceraikan Saida juga memaklumkan bahawa dia ingin membawa isterinya mengerjakan umrah - dan cadangan itu telah diutarakan sejak mula kes didengar.

Cadangan itu dipersetujui oleh Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi yang menasihatkan agar rancangan ke Tanah Suci itu dilaksanakan walaupun wakil hakam kedua-dua pihak gagal mencari jalan penyelesaian dalam permasalahan mereka.

Beliau juga menetapkan agar Mohd Ghazali dan Saida dibawa ke hadapan wakil hakam yang dilantik oleh mahkamah, sekiranya wakil hakam pilihan mereka gagal mencapai matlamat yang ditetapkan pada 15 Jun depan.

Perceraian RM400 juta Minggu lalu juga menyaksikan terlerainya perkahwinan selama 19 tahun antara anak Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib Abdul Taib dengan Datin Seri Shahnaz A.

Majid. Seakan kebetulan, Shahnaz juga mempunyai seorang adik yang melibatkan diri dalam industri seni, iaitu ratu jazz, Datuk Sheila Majid.

Perceraian itu juga pada awalnya mendapat perhatian, ekoran dakwaan-dakwaan yang dinyatakan oleh Shahnaz, 48, apabila beliau memfailkan permohonan untuk bercerai secara fasakh.

Antaranya, Shahnaz mendakwa dirinya telah dikasari secara fizikal dan tidak menerima nafkah batin sejak 11 tahun lalu selain mendakwa suaminya gemar bersosial dan tidak berlaku adil selepas berkahwin dengan seorang wanita Rusia.

Bagaimanapun, sebelum kes fasakh sempat didengar, mahkamah dimaklumkan bahawa Mahmud Abu Bekir ada memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik di mahkamah sama.

Atas persetujuan bersama, Mahmud Abu Bekir, 48, melafazkan cerai dengan talak satu terhadap Shahnaz pada Rabu di hadapan Ketua Hakim Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan, Datuk Muhamad Abdullah.

Apa yang lebih menarik ialah nilai yang terbabit dalam perceraian itu - RM400 juta - satu nilai yang amat jarang sekali didengar bukan sahaja dalam tahun ini, tetapi dalam dekad ini.

Shahnaz memfailkan permohonan untuk menuntut mutaah bernilai RM100 juta dan RM300 juta sebagai harta sepencarian - nilai yang dianggap berpatutan dengan status dan pendapatan Mahmud Abu Bekir.

RM100 juta itu didakwa sebagai satu jumlah yang munasabah dengan tempoh perkahwinan dan jumlah yang adil bagi beliau untuk memulakan kehidupan baru sesuai dengan status dan taraf yang pernah dilaluinya.

RM300 juta pula dituntut agar diisytiharkan sebagai harta sepencarian yang meliputi harta-harta termasuk rumah di mereta-rata tempat, tanah beratus-ratus hektar di Sarawak dan tanah di Bukit Tunku, di sini.

Selain itu, mereka juga didakwa mempunyai kereta Mercedez Benz, Lamborghini Murcielago, Ferrari Spider, Bentley New Continental GT, Maserati Quartoporte, Audi, dan Alphard serta simpanan-simpanan bank.

Harta tersebut juga melibatkan syarikat-syarikat dan saham-saham seperti Titanium Management Sdn Bhd, Sarawak Cable Berhad, Cahaya Mata Sarawak Berhad, Premium Haven, Log Dak Promotions, Dataran Aras, Celebrity Design dan Bella Magic.

Kes tersebut akan disebut pada 27 Jun depan untuk melihat sekiranya pasangan itu dapat mencapai persetujuan dalam permohonan tersebut atau jika tidak, kes itu akan dibicarakan. Isu perceraian bukanlah satu isu yang besar pada masa kini.

Setiap hari ada sahaja pasangan yang bercerai di setiap Mahkamah Rendah Syariah di sekitar negara. Bagaimanapun, status mereka ini selaku orang kebanyakkan menyebabkan perihal yang menyedihkan itu hanya dikongsi oleh keluarga dan teman rapat sahaja.

Sudah pastilah, tiada siapa yang berminat untuk membaca jika akhbar menyiarkan 'Joyah sah bercerai dengan Ahmad' kerana nasib Joyah tiada bezanya dengan wanita-wanita yang sama menunggu kes mereka dipanggil di mahkamah.

-mstar-



Jangan Perasan.. Mat Sabu Tak Sindir Hadi..

 

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menyarankan orang ramai memahami keseluruhan ucapan Mohamad Sabu pada satu ceramah di Tumpat malam Jumaat lalu sebelum membuat kesimpulan, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, kelantangan ucapan timbalan presiden PAS itu mengenai kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukan sesuatu yang berbentuk sindiran atau memperlekehkan kredibiliti presiden parti itu.

Menurut Salahuddin, Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu, dalam ucapannya itu meletakkan satu konteks yang mana apabila PAS bersama dengan gabungan politik, barulah parti itu dapat memperluaskan wilayah dan pengaruhnya.

"Apabila buat satu kesimpulan mengenai isu yang dibawa seseorang dalam ceramah, kita harus baca keseluruhan ucapan. Kadang-kadang kita bercakap untuk memberitahu tentang satu gambaran atau senario politik yang besar, dengan memberi satu contoh beberapa individu.
"Mohamad bercakap tentang PAS boleh luaskan wilayah apabila kita berada dalam kesepakatan politik," katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut perkara itu,Salahuddin berkata, PAS boleh menawan Kelantan apabila PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah pada era 80-an, begitu juga dengan Terengganu apabila bersama Barisan Alternatif.

"Kemudian, sekarang ini PAS boleh menang di Johor dan kita ada kerusi di Pantai Barat, apabila bersama atas nama Pakatan Rakyat (PR)," beliau dipetik berkata akhbar itu.

Pada masa sama, beliau turut menegaskan, ucapan Mat Sabu itu bukan satu sindiran sekiranya seseorang itu membaca atau melihat keseluruhan ucapan itu.

Sebelum ini dilaporkan, Mat Sabu mempertikaikan kegagalan Hadi menawan Terengganu, selain menyindir tindakan presiden PAS itu yang mahu keluar PR.

"Pidatonya (Hadi) begitu hebat. Ceramahnya, kuliahnya, Rusila, kereta parking berbatu, jadi macam pekan sehari bila Tok Guru Hadi beri kuliah. Tapi bila pilihan raya umum, (tetap) tak boleh ambil Terengganu (daripada Barisan Nasional).

"(Sehinggalah pada) tahun 1999 kita berpakat dengan PKR, dapatlah kita memerintah Terengganu. Ertinya kita ambil Terengganu pun melalui pakatan. Bagaimana nak kuasa? Kita kena berpakat," katanya pada ceramah isu semasa PAS di Tumpat, Kelantan Jumaat lalu.

Turut hadir pada ceramah itu ialah Ahmad Awang yang akan menentang Hadi bagi jawatan presiden pada pemilihan PAS nanti.

Hadi sebelum ini dilaporkan berkata, beliau akan membawa PAS keluar daripada PR jika DAP mencetuskan provokasi ke atas parti itu selepas tidak bersetuju dengan usaha parti Islam itu melaksanakan hudud di Kelantan.

- tmi

Monday, June 1, 2015

Jadikan Kuala Selangor, kuala memudikkan bukan menghimpun sampah...

 
BICARA MUKTAMAR 1                                                                                    

Pemilihan Kuala Selangor sebagai lokasi muktamar ke-61 mungkin tidak mempunyai apa-apa signifikan. Apabila mengenangkan Kuala Selangor kawasan perkampungan, (padi dan nelayan) berdekatan dengan lautan mungkin Pas ingin mengembalikan nostalgia kewujudan parti berkenaan yang lebih mesra dengan masyarakat luar bandar, petani, nelayan dan penoreh getah.

Mungkin juga mereka yang mencadangkan Kuala Selangor sebagai lokasi bermesyuarat, ingin mengamitkan aura perkampungan ke dalam jiwa orang Pas. Mahu mengingatkan bahawa Pas didokong oleh masyarakat petani dan nelayan. Mungkin juga membawa Pas ke Kuala Selangor untuk menjauhkan aroma bandar dan menghindarkan habuk kosmopolitan daripada menerjah ke sanubari Pas. Mungkin sudah ada pendapat bahawa iman orang Pas sudah tercemar oleh itu ia harus dijauhkan dari bandar dan pemodenan.

Selamanya biarlah orang Pas teringat dan mengenang kepada kusam dan masam selut sawah agar orang Pas tidak menanggalkan baju tradisinya. Begitukah?

Walaupun ia tidak dibuat kerana ada apa-apa mesej besar, apa lagi tidak bermaksud ada apa-apa signifikan, namun apabila dilihat kepada kehangatan muktamar kali ini ia semacam membawa signifikan tertentu pula kenapa muktamar diheret jauh dari kesibukan ibu kota. Apakah Kuala Selangor bakal mencatat sejarah tersendiri kepada Pas?  Atau apakah Kuala Selangor menjadi kuala untuk menghanyutkan apa-apa kekemelutan dalam Pas kini?

Apakah aura dan senario yang berlaku di Batu Pahat, muktamar ke-60 lalu akan bersambung di Kuala Selangor? Khabarnya suasana muktamar di Batu Pahat tahun lepas ada sedikit kekecohan atau kejadian yang menjatuhkan maruah parti agama itu. Apakah ia akan disambung di Kuala Selangor?  Kalau di Batu Pahat ada sesetengah pemimpin "dipukul", di Kuala Selangor mereka akan "dikuburkan." Begitukah?

Apapun dalam coretan ini saya tidak mahu berfikir jauh di luar kotak dan memberi terjemahan tidak sihat. Tetapi, tidak dapat lari, pemilihan Kuala Selangor mesti ada motif dan tujuannya. Kebarangkalian yang nyata adalah untuk menyemarakkan Pas di kawasan luar bandar, khasnya di Kuala Selangor sendiri, Tanjung Karang atau pun Sabak Bernam dan juga Selayang. Usaha itu baik dan ia seakan Pas bersiap sedia untuk berdagang semula di bumi Selangor.

Apakah pemilihan Kuala Selangor itu sebagai isyarat Pas akan bertanding bersendirian di Selangor dalam pilihan raya akan datang?  Bahawa semua kerusi baik parlimen dan DUN dalam kawasan-kawasan itu, bahkan di seluruh Selangor Pas akan berhadapan dengan lawannya secara mendada?

Muktamar Panas
 
Muktamar kali ini panas apabila berlaku perlawanan disemua jawatan. Kehangatannya sudah dirasai apabila kempen-kempen untuk calon tertentu atau secara mazhab berlangsung sejak lebih setahun lalu. Disatu pihak nampaknya sejak awal lagi memobilisasi perwakilan menerusi program-program khusus. Walaupun muktamar sebelum ini menyaksikan perlawanan dan perebutan jawatan, tetapi ia tidak se"kubra" hari ini.

Kali ini semua jawatan penting berlaku perlawanan, dimana seolah-olah satu penyusunan sebegitu rupa dilakukan untuk mencapai sesuatu hajat yang tersirat. Betapa tidak dari jawatan presiden, membawa kepada timbalan presiden, naib-naib presiden dan juga ketua-ketua dewan pemuda dan muslimat berlaku perlawanan. Hatta pemeriksa kira-kira juga dihatuk supaya berlawan. Kecuali dewan ulama yang bebas daripada berlaku bertanding. Dewan ulama masih dapat menjaga keutuhan dan keharmonian sebagai dewan dianggotai para ustaz dan ulama.

Jawatan presiden, kali terakhir berlaku perlawanan ialah pada akhir tahun 50-an, antara Prof Zulkefli Mohamad yang mencabar Dr Burhanuddin Helmi. Selepas itu ia tidak dipertandingkan. Walaupun tahun 1982, berlaku kejadian luar biasa dalam muktamar Pas dimana memperlihatkan Yang Dipertuanya, Mohd Asri Muda melepaskan jawatan apabila berlaku desakan dan maki hamun kepadanya.

Mohd Asri mengambil sikap mengalah dengan menyerahkan kedudukannya kepada muktamar apabila beliau mengemukakan surat perletakan jawatan. Asri dilihat bermaruah berbuat demikian apabila sudah ada segelintir suara yang membenci dan mencemuhnya. Asri ketika itu masih ada penyokong dan dia boleh berlawan, tetapi seorang yang ada maruah dan wisdom yang tinggi sebagai seorang pemimpin beliau keluar sebelum dihalau oleh perwakilan gila dan tolol.

Pengunduran Mohd Asri tahun 1982, menyelamatkan Pas daripada berantakan. Mungkin kalau beliau tidak berundur, pada muktamar pemilihan berikutnya, atau pada tahun itu, beliau akan ditentang dan penentangan itu mewujudkan penentangan secara berkumpulan. Musibah yang menimpa Pas kian parah.

Asir bekas YDP Pas yang gentlemen.
Pengunduran Asri selepas menyedari ada gerakan untuk menjatuhkannya, dan laungan daripada si tolol yang ekstrem, adalah satu pengorbanan besar dilakukan bekas Yang diPertua Pas itu. 
 
Tetapi hakikat dan sejarah ini jarang dilihat oleh kebanyakan orang Pas termasuk pemimpin tertingginya khasnya yang meneruskan kepimpinan Pas selepas itu. Keghairahan para pemudanya ketika itu dengan semangat revolusi Iran telah meranap dan memutuskan tali persaudaran agama dan parti. Akhirnya Asri mengambil tindakan menguzlahkan diri dari Pas dan menubuh parti baru.
Sesuatu yang ironis apabila seorang yang dianggap pengasas Pas, berjasa besar membawa kemajuan kepada Pas, beliau berakhir dengan menyerahkan diri kepada Umno. Tidak ada sesiapa dapat mengatasi takdir, dan demikian takdir dalam politik yang menimpa Asri. Apa yang menimpa Asri itu tidak pelik, kerana hari ini pun ada orang yang sebelum ini tajam dengan Umno tetapi sudah seakan kepatahan kuku.

Selepas pada itu tidak ada perlawanan untuk jawatan Presiden. Sebaliknya perlawanan tetap berlaku untuk jawatan-jawatan timbalan presiden dan naib-naib presiden serta ketua-ketua dewan muslimat dan pemuda. Perebutan jawatan timbalan presiden ialah apabila berlaku kekosongan jawatan timbalan presiden apabila Abdul Hadi Awang dianjak secara automatik menjadi presiden selepas Fadzil Mohd Noor meninggal pada 2002. Bermula pada itu jawatan itu menjadi rebutan berturut selama tiga kali pemilihan.

Kenapa Hadi dilawan?
Sebelum saya lanjutkan ulasan ini, ingin saya bertanya kepada presiden Pas, Abdul Hadi Awang apakah keadaan hari ini tidak meletakkan beliau dalam suasana seperti dihadapi Asri kira-kira 33 tahun lalu? Apakah Abdul Hadi berasa dia masih selesa dan mendapat sokongan padu dari segenap ahli Pas dalam dewan (perwakilan) dan di luar? 
 
Rasanya tidak begitu? Sebab kalau dia berasakan keadaan hari ini seperti Asri, dia akan berundur secara terhormat, menerusi helah-helah yang lebih lunak atas maslahat untuk mendamaikan parti.
Kecaman dihadapi Abdul Hadi kini lebih buruk daripada apa yang berlaku kepada Asri. Lihat dan perhatilah apa yang berlaku dalam medan media baru. Bermacam-macam gelaran, anologi, sindiran diacukan kepadanya. Bukan itu sahaja, rakan semaufakat Pas juga memerli dan memperkecil-kecil Hadi. 

Apa lagi kalau beliau dapat membaca perlawanan itu bakal memecahkan Pas, beliau khususnya dan juga Ahmad perlu mengelak perebutan jawatan nombor satu itu.

Ada cadangan sebelum ini untuk menaikkan darjatnya menjadi Mursyidul Am. Usaha itu secara teknikal bagi menyelamatkan Pas dan menjaga air muka Abdul Hadi. Tetapi ia tidak menjadi. Seeloknya pelarian secara diplomasi itu diterima oleh Abdul Hadi, sesuai dengan keadaan umur dan keupayaan badan dan ilmunya. Apakah beliau mahu terus jawatan itu dan sedia bertarung dengan sesiapa saja, ia menjadikan tanda tanya. Apakah ia dibuat atas kehendaknya sendiri ataupun beliau bergerak bagaikan wayang? Maksudnya atas nasihat orang lain?

Umum tahu perebutan jawatan presiden kini, atau yang menentang Abdul Hadi bukan mereka yang berpendidikan sekular. Tetapi ia ditentang oleh seorang ulama dalam Pas sendiri, bernama Ahmad Awang. Beliau bekas Naib Presiden Pas dan pernah memegang jawatan Ketua Penerangan. 
 
Jasa dan pengorbanan untuk Pas terutamanya menyelamatkan persepakatan Pas dengan Pakatan Rakyat sangatlah besar. Beliau juga pernah menjadi ahli majlis syura ulama dan juga menjadi perwakilan ke persidangan ulama sedunia persis Hadi juga. Ertinya darjat dan ketinggian ilmu beliau lebih kurang sama penuh dengan Abdul Hadi.
Penentangan Ahmad Awang inilah menjadikan perebutan jawatan presiden kini menarik dan seolah-olah ada singnifikan tersendiri. Ia bukan bertarung kerana ingin mengalahkan antara satu sama lain tetapi ingin mempertahan atau menyelamat sesuatu keadaan. Ahmad ingin mengislahkan Pas, manakala Abdul Hadi ingin mengekalkan status quo Pas yang tidak disetujui oleh Ahmad.

Kenapa dan sebab musabab Ahmad melawan Abdul Hadi sudah dijelaskan dalam penerangannya. Seawal beliau menyatakan kesediaan untuk menentang Abdul Hadi sudah disebut secara tuntas. Gara-gara kesediaan dan keberanian beliau itu bagi saya satu pengorbanan Ahmad tanpa dipedulikan dia akan dikecam oleh para pendokong Abdul Hadi yang meletakkan Abdul Hadi sebagai maha guru yang maksum dan ada kehebatan tersendiri.

Ahmad tidak akan sedia mengambil risiko dimana beliau akan dikecam, memang dia dikecam pun, kalau bukan kerana ada hujah dan dalil kuat baginya. Tetapi apa dilakukan adalah atas satu keyakinan untuk kebaikan parti. Sukar untuk berhujah mengenai hal ini kerana ianya akan dibantah. 
 
Politik itu adalah persepsi dan penuh dengan helah dan tipu muslihat. Tetapi mereka yang ikhlas, jujur dan jendelanya senantiasa terbuka, mengetahui hal ini. Lebih-lebih lagi mereka yang fasih dalam politik memahami kenapa Ahmad sanggup menentang Abdul Hadi.

Demikian permilihan dan muktamar kali ini panas. Persoalannya kini apakah ahli-ahli Pas dapat mengawal perasaan dan menjadikan muktamar itu sebagai satu tanggungjawab, budaya rutin Pas untuk berbincang mengenai hala tuju dan masa depan Pas seperti sebelum ini. Terus terang saya nyatakan, secara peribadi saya bimbang dengan kesudahan muktamar di Kuala Selangor itu.

Apa lagi kehangatan perebutan bukan sahaja pada kerusi presiden, tetapi di kerusi timbalan presiden juga. Mohamad Sabu ditentang oleh Tuan Ibrahim Tuan Man. Hujah atau alasan kenapa Tuan Ibrahim menentang Mohamad tidak dapat difahami. Alasan digunakan tidak melayakkan dia berbuat demikian. Melainkan penentangan itu sebagai untuk menserasikan kepimpinan Pas. Tidak lebih dari itu.

Keserasian sememang perlu dicari dalam apa jua pertubuhan. Tanpa keserasian presiden tidak dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh ahli. Apa yang menjadi pertanyaan, siapakah antara Abdul Hadi dan Mohamad yang tidak cuba memesrakan diri, berkerja untuk parti? Kalau ianya datang dari Abdul Hadi, untuk apa Tuan Ibrahim menentang Mohamad?

Justeru, penentangan Tuan Ibrahim itu adalah satu persepakatan yang kononnya secara ghaib tetapi dapat disuluh oleh semua orang akan apakah maksud dan tujuannya. Persepakatan inilah, yang memanaskan pertandingan kali ini. 
 
Apabila ia dilawan secara beregu, maka risiko perpecahannya besar. Tetapi nasib baik dalam hal ini Mohamad tidak menunjukkan dia beregu dengan Ahmad Awang. 
 
Jadi pertandingan Mohamad sebagai mempertahankan kedudukannya dilakukan secara solo. Atas kebijaksanaan Mohamad itu menyebabkan Tuan Ibrahim nampak nakal dalam soal ini.
Kereguan juga kelihatan dalam perebutan jawatan naib-naib presiden. Kedudukan Husam Musa dan Salahuddin Ayub sama dengan kedudukan Mohamad Sabu. Mereka mempertahankan kedudukan yang disandang sejak dua tahun lalu. Dalam konteks ini kehadiran Idris Ahmad, Mahfuz Omar, mungkin boleh dimaafkan kerana mereka (Mahfuz) kalah dan tidak bertanding dalam jawatan itu pada tahun lalu. Tetapi kehadiran Mohd Amar Nik Abdullah dan seorang lagi (lupa nama), boleh dianggap sengaja diaturkan.

Lebih-lebih lagi Mohd Amar, kenapa kali ini beliau lari untuk merebut jawatan naib presiden. Kenapa dia tidak mencuba sekali lagi untuk merebut jawatan timbalan presiden. Pengubahan ini disuluh bahawa ada persepakatan dan agenda tersendiri.

Begitu juga kalau dilihat kepada perebutan jawatan ketua Dewan Pemuda. Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz, yang telah pun meninggalkan dunia kepemudaan tiba-tiba berjolor masuk kembali. Apakah alasan untuk beliau mencari jawatan itu. 
 
Apakah untuk memantapkan dewan pemuda dan mengembalikan kegemilangannya dizaman Salahuddin? Begitukah. Sedikit meragukan apabila melihat kepada body language dan juga sikap pasif politik ahli parlimen Pasir Mas ini ketika berada di dewan, tidak cukup "umppp" untuk beliau mencabar Suhaizan melainkan kerana ada agenda tertentu. 
Hal yang sama juga berlaku dalam dewan Muslimat. Kedudukan Siti Zailah Yusuf dicabar oleh Noridah Salleh. Untuk apa dan apa alasan untuk Noridah mencabar Zailah. 
 
Kalau dilihat daripada gerak kerja dan kerajinan Zailah dan menjalankan kegiatan parti, ia tidak terlawan bukan sahaja oleh Noridah tetapi ketua pemuda dan naib-naib presiden juga tidak terlawan. Dimana ada keramaian parti disitu ada Zailah.  Jadi apa sebenarnya motif maka kedudukan beliau dicabar?
Disinilah menampakkan bahawa cabaran-cabaran itu, jawatan ketua pemuda, ketua muslimat, ataupun percubaan Mohd Amar dan seorang lagi (lupa nama) untuk merebut jawatan, kerana ada agenda yang disusun. 
 
Mereka berlawan bukan bertolak daripada ketidak-upayaan penyandang jawatan itu, tetapi kerana motif lain yang disembunyikan tetapi sudah "terbahar".
Jadi memerhati situasi inilah yang membimbangkan ramai orang, terutamanya golongan cerdik pandai yang baru berjinak dengan Pas mengenai kesan kepada mukatamr Pas kali ke-61 ini. Ia bukan sembarang muktamar dan ia bukan sembarang perebutan jawatan. 
 
Perebutan jawatan bukan sebagai tradisi dalam memantapkan psrti lagi, tetapi ia semacam satu tindakan untuk saling mengnyahkan antara satu sama lain, agar tidak ada dalam bingkai kekuasaan parti.
Maksud dan motif inilah yang mencemaskan. Sekiranya maksud asal itu terbawa-bawa dan menjadi niat dalam pertandingan nanti, maka jelas yang menang akan jadi arang dan yang kalah akan jadi abu. 
 
Sangat diharapkan kepada lebih 1000 perwakilan akan membuat pilihan dengan waras ataupun membendung apa yang dibimbangi ini tidak menjelma jadi kenyataan.
Kuala Selangor yang menjadi lokasi muktamar itu biarkan menjadi kuala memudikan segala sampah dalam Pas, bukan kuala yang menghimpunkan barangan buangan. Perwakilan semua kena ingat bahtera bernama Pas itu akan belajar menempuh samdura PRU ke-14 dua atau tiga tahun lagi. 
 
Untuk merentasi lautan itu bahtera Pas memerlukan seorang kapten yang konsisten dengan pembantu-pembantu yang bukan sahaja setia, tetapi cekap membaca deruan ombak dan pintasan gelombang bagi mengelakkan bahtera Pas itu karam tenggemlam. 

Selamat bermuktamar. [wm.kl.4:14 pm 01/06/15]


Saintis Temui Bukti Laut Merah Dibelah Nabi Musa A.S

Saintis Temui Bukti Laut Merah Dibelah Nabi Musa A.S

 

Saintis Temui Bukti Laut Merah Dibelah Nabi Musa A.S - Di antara peristiwa yang berlaku pada 10 Muharam ialah selamatnya Nabi Musa dan Bani Israel dari Firaun dan tenggelamnya Firaun dan bala tenteranya dalam Laut Merah.Ayat 50 surah al-Baqarah menceritakan hal ini dan hadis Nabi menerangkannya.

Saintis Barat mengemukakan teori angin bertiup yang membelah Laut Merah untuk Nabi Musa . Mereka mengkaji tetapi mereka tidak beriman sepenuhnya dengan ajaran Musa itu sendiri. Di antara ajarannya ialah apabila tiba Nabi akhir zaman-Ahmad/Muhammad, maka berimanlah dengannya tetapi itu tidak berlaku. Saintis Barat hanya menjadi seperti Yahudi yang berpuasa pada 10 Muharram meraikan Nabi Musa tetapi menolak ajaran Taurat lain.



Apa beza dengan umat Islam yang berpuasa sunat pada hari Asyura atau membuat bubur asyura malah mempertandingkannya seperti di Kemaman tetapi menolak ajaran al-Quran selain puasa?

Imam Muslim meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Nabi SAW tiba di Madinah. Baginda mendapati Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram). Baginda bertanya; ‘Hari apa yang kamu puasa ini?’

Jawab Yahudi: ‘Hari ini hari mulia. Allah menyelamatkan padanya Musa dan kaumnya, serta menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Lalu Musa berpuasa pada hari Aasyura sebagai tanda syukur. Lalu kami berpuasa padanya.’ Sabda Nabi SAW : ‘Kami lebih berhak dan utama dengan Musa daripada kamu.’ Nabi berpuasa dan memerintahkan para Sahabat berpuasa juga. At-Tirmizi berkata:

Diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Baginda bersabda: ‘Puasalah hari ke 9 dan 10, serta jangan sama dengan Yahudi’. Hadis ini menjadi hujjah bagi Imam Shafie, Ahmad bin Hanbal dan Ishak. (Tafsir al-Munir j1 ms 163)

Hadis tentang Yahudi di atas ada perbahasannya seperti yang disebut oleh Imam Nawawi dalam syarah hadisnya. Yang penting ialah berpuasa sunat atau membuat bubur asyura dalam keadaan sedar dengan apa yang dibuat dan menghayati Islam secara syumul, bukan hanya buburnya. Demikian juga mukjizat Nabi Musa as yang mendahului bukti saintifik. Kita membenarkan mukjizatnya walaupun tiada bukti saintifik.

Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar.

Saintis Temui Bukti Laut Merah Dibelah Nabi Musa A.S

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.

Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE.

Fitnah - Mat Sabu Saman Utusan

 

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap agensi berita nasional dan dua akhbar utama yang menyiarkan laporan mendakwa beliau menyindir Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mohamad berkata ucapannya dalam ceramahnya di Tumpat Jumaat lalu  "diputar belit" sehingga mencetuskan "keresahan ahli, memburukan imej beliau dan menjadi ketidakharmonian dalam parti."

Sinar Harian dan Utusan Malaysia menyiarkan laporan tersebut di muka depan semalam.

"Oleh itu saya akan berbincang dengan peguam. Kalau ada kes,  tindakan undang-undang akan diambil.

"Tulisan (laporan) itu berniat jahat terhadap saya dan terhadap parti saya," katanya ketika ditemuiMalaysiakini di Kuala Lumpur petang ini.

Kelmarin Bernama melaporkan krisis dua pucuk pimpinan utama PAS dilihat semakin meruncing menjelang pemilihan parti itu awal Jun ini, dengan Mohamad semakin lantang mengkritik kepimpinan Abdul Hadi.

Menurut laporan itu, beliau lebih dikenali Mat Sabu mempertikaikan kegagalan Hadi menawan Terengganu, selain menyindir Hadi yang mahu keluardaripada pakatan pembangkang.

Mengulas lanjut, beliau mencabar ketiga-tiga media itu mengeluarkan atau menyiarkan transkrip penuh ucapan yang didakwa menyindir Abdul Hadi.

"Ucapan saya tu orang dah dengar dah. Bukan benda baru. Saya berucap di konvensyen di Perak, (perkara) ini juga," katanya.

Pada masa yang sama, beliau memuji kehebatan, ketokohan serta akhlak pemimpin PAS termasuk bekas Presiden PAS Allahyarham Datuk Fadzil Nor dan bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sehingga berjaya memukau kehadiran rakyat menerusi kuliah dan ceramah.

Kalau nak sindir, sindir semua

Bagaimanapun, katanya, apabila tiba beberapa pilihan raya umum sebelum ini, kedua-dua mereka gagal menguasai Kedah dan Kelantan sehingga PAS membentuk dan bekerjasama politik.

Menurutnya lagi,  Nik Aziz berjaya menguasai Kelantan selepas berpakat secara politik dengan Semangat 46 dan menang pilihan raya umum 1990 selepas Umno berpecah.

Katanya, dalam pilihanraya umum pada 1978, 1982 dan 1986 PAS gagal menguasai Kelantan.

Begitu juga, kata Mohamad, di Kedah PAS berjaya menguasai negeri melalui Datuk Seri Azizan Abdul Razak selepas mengadakan persefahaman politik pada 2008 ditambah pula dengan pengundi bukan Islam sedia mengundi PAS.

Sebelum itu, katanya, PAS hanya berjaya menguasai tiga kerusi DUN pada pilihan raya umum 1986.

"Kalau saya nak menyindir, saya sindir (termasuk) Datuk Fadzil Noor dan Tuan Guru Nik Aziz (sama). Itulah baru sindiran.

"Ertinya saya nak tekankan berbelas kali dalam ucapan saya, iaitu PAS tidak boleh bersendirian untuk tawan negeri. Inilah pokok ucapan saya (di muktamar)," katanya.