Followers

Tuesday, June 2, 2015

Gali Lubang Tutup Lubang ?

Mafiaboss Melayu's photo. Menutup atau menyusun semula 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak akan mengurangkan beban dan tangunggungjawab Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selaku Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan serta Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, beliau tetap akan berdepan dengan siasatan.


“Alhamdulillah saya mendapat maklum daripada sumber-sumber tepi jalan yang rapat dengan anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) bahawa banyak maklumat sulit sudah didapati.


“Malangnya maklumat itu mungkin lebih buruk daripada yang kita ketahui selama ini. Besar kemungkinan lebih banyak bank dan institusi kewangan tempatan yang terdedah kepada krisis hutang 1MDB, termasuk institusi yang berkaitan eksport dan import. Dikhabarkan juga bahawa ada cek bernilai beratus juta dolar bertukar tanga,” dakwa Datuk A Kadir Jasin di blognya, 

kadirjasin.blogspot.com.
 

Jelasnya, kebimbangan itu juga yang mendorong Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang dikatakan tergesa-gesa memberi taklimat kepada Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN, Shahrir Abdul Samad yang pernah jadi Pengerusi PAC, yang juga salah seorang penyokong kuat Najib.

Kadir yang memetik laporan akhbar The Star bahawa 1MDB akan ditutup menjelang awal tahun depan.


Katanya laporan berkenaan menimbulkan tanda tanya memandangkan terdapat rancangan supaya pelabur Abu Dhabi menyuntik kira-kira RM16.4 billion ke dalam 1MDB bagi membayar balik hutang 1MDB sebanyak RM42 bilion.

Ulas Kadir, ia membabitkan International Petroleum Investment Company (IPIC) dan unit pelaburannya, Aabar Investments, dua syarikat Arab yang jadi “rakan kongsi” Jho Low dalam urus niaga dengan 1MDB,” katanya.


“Jadi bukan tutuplah, tapi atur balik perniagaan supaya boleh terus berhutang untuk bayar hutang. Masih cerita gali lubang baru untuk timbus lubang lama,” kata Kadir Jasin lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.