Followers

Tuesday, July 2, 2013

Isteri dihantui dosa berzina dengan suami orang - Pen Buruk Online

 
Apa yang saya ingin kongsi ini merupakan satu luahan rasa. Rasa berdosa dan menyesal dengan semua kesalahan dan dosa yang saya telah lakukan. Untuk makluman, saya sudah mendirikan rumah tangga sejak 11 tahun lalu.

Dalam melayari bahtera rumah tangga ini, banyak onak dan duri dilalui dan hanya empat tahun pertama saya kecapi kebahagiaan hidup bersama suami. Masuk tahun seterusnya hingga kini, sukar saya mentafsirkan rasa bahagia itu kerana semuanya berubah.


Perasaan bersalah sentiasa menghantui kehidupan manusia apatah lagi jika ada melakukan dosa-dosa besar. Inilah yang dikongsikan oleh seorang isteri yang mengakui pernah berzina dengan lelaki lain semasa dalam perkahwinan bersama suaminya. Semoga kisahnya menjadikan tauladan buat semua.

bekerjaya

Saya seorang yang berkerjaya manakala suami pula mengharapkan hasil titik peluh saya untuk menampung makan dan minumnya. Bertahun-tahun dia tidak bekerja dan kini baru saja bekerja untuk tempoh empat ke lima bulan ini.

Dalam mencari rezeki untuk keluarga ini, saya tinggal di Kuala Lumpur manakala suami dan anak-anak di utara tanah air. Setiap minggu, saya akan pulang ke kampung melihat anak-anak dan menghantar duit belanja untuk saraan hidup mereka.

berkenalan

Suatu hari saya berkenalan dengan seorang lelaki yang juga berstatus suami orang. Dari satu pertemuan, hubungan kami menjadi lebih rapat seolah-olah tidak dapat dipisahkan lagi. Rapat dalam erti kata lain, mengisi kekosongan hati antara satu sama lain.

baca lagi ..

Sekali pun saya bekerja di Kuala Lumpur manakala “si dia” pula di utara tanah air namun demi saya, dia sanggup berulang-alik dari sana ke Kuala Lumpur menemui saya. Sikapnya begitu mengambil berat membuatkan saya bertambah rasa sayang kepadanya. Lebih membuatkan hubungan kami bertambah rapat, apabila bertemunya, isteri “si dia” sedikit pun tidak pernah menelefon bertanyakan suaminya di mana dan sebagainya.

hanyut dengan nafsu

Hanyut dengan cinta membuatkan saya terjebak dengan dosa besar. Lupa pada dosa yang dilaknat Allah yakni dosa zina. Kami terlanjur beberapa kali. Saya pernah mengajukan pertanyaan, mengajaknya berkahwin malah dia juga ada menyuarakan hal yang sama, yakni mahu mengakhiri hubungan kami dengan perkahwinan namun status saya sebagai isteri orang dan dia sebagai suami orang menghalang segala-galanya.

Demi cinta juga, saya pernah minta cerai daripada suami kerana bagi saya, kehadiran suami tidak ada ertinya lagi dalam kehidupan saya. Selama lima tahun saya hidup sendirian, menguruskan segala-galanya namun suami sedikit pun tidak mahu melepaskan saya.

tersedar

Sikapnya yang enggan melepas saya membuat saya tertanya-tanya di dalam hati, apa sebenarnya yang suami mahukan. Tapi sikapnya itulah membuatkan saya mula tersedar daripada kesilapan yang telah saya lakukan.

Pada awalnya, saya memang berat untuk melupakan “si dia” kerana rasa sayang yang wujud kepadanya, malah dia juga begitu, sukar melupakan saya. Setelah dua tahun bergelumang dengan dosa, akhirnya kami mengambil keputusan untuk berubah dan bertaubat.

Pun begitu, di sebalik rasa taubat ini, wujud rasa takut untuk melalui hari-hari yang mendatang kerana saya tidak dapat melupakan dosa-dosa silam. Semakin saya memohon kepada Allah, semakin kuat rasa ingatan saya terhadap “si dia”. Mungkin inilah ujian hidup saya.

Puan kaunselor, saya ingin menunaikan umrah tetapi sudah dua kali ditangguhkan kerana saya diburu ketakutan apa yang akan terjadi di Tanah Suci nanti. 


Saya sudah memohon keampunan kepada suami dan suami sudah memaafkan saya tetapi bagaimanakah dengan isteri “si dia”? Perlukah saya memohon kemaafan darinya? 

Persoalan ini berlegar-legar di hati saya kerana saya sering ternampak wajah wanita itu dalam mimpi atau di dalam keadaan sedar. Berilah saya panduan, apa yang harus saya lakukan?

Adakah dengan memohon maaf dari isterinya hati saya akan tenang dan tidak lagi diburu bayangan lalu. Adakah dengan memohon maaf daripada dia boleh meruntuhkan rumah tangganya? Pelbagai perkara saya fikirkan. Bantulah saya.


SARANAN DR AZNIZA


Assalamualaikum wrt,

Puan yang dimuliakan,

Perzinaan adalah perbuatan terkutuk yang dilaknati Allah SWT, kerana ia membawa kepada keruntuhan maruah, penyelewengan zuriat keturunan serta tidak ada jaminan bertanggungjawab atas perbuatan itu.

rejam sampai mati

Islam memandang berat dan mengenakan hukuman rejam sampai mati ke atas penzina. Hukuman ini menunjukkan bertapa seriusnya Islam dalam menangani perbuatan tidak bermoral ini.

Melayan nafsu yang membawa kepada perzinaan adalah dorongan syaitan yang sentiasa menyesatkan manusia yang leka. Tidak hairanlah hubungan yang asalnya seorang kawan, teman baik, teman tapi mesra dan pelbagai istilah lagi adalah alasan untuk mengembangkan sayap perzinaan yang akhirnya berakhir dengan pembuktian kasih sayang melalui hubungan seksual yang tiada sempadan.

Apa lagi kedua-dua pasangan sudah berkahwin dan mempunyai pasangan hidup masing- masing. Dewasa ini apabila wanita-wanita tidak membatas diri mereka dalam pergaulan maka perzinaan dalam kalangan wanita yang sudah berkahwin semakin meningkat

Kumpulan wanita yang sudah berkahwin ini tanpa segan silu menawarkan khidmat seks kepada lelaki idaman mereka dan menjadikan kerjaya, tempat kerja, ‘out station’, ‘assignment’ dan sebagainya sebagai alasan untuk keluar dan menjalinkan hubungan seksual dengan “pasangan” mereka.

mencari kelainan dan kepuasan maksima

Ramai yang masih menyayangi suami dan keluarga mereka namun mencari kelainan dan kepuasan maksima. Ada yang cuba keluar dari belenggu kebosanan, mencari kehebatan, mencapai dendam dan ada yang tiada alasan namun mengikut saja kata hati dalam konteks memenuhi tuntutan berasmara dengan pasangan gelap mereka

Ada juga yang melahirkan anak tidak sah taraf yang diselindungkan dari pengetahuan suami (tidak berterus terang) maka anak tersebut akan selama-lamanya menjadi “tidak sah taraf “. Ini menunjukkan gagalnya institusi kekeluargaan bermula dari pasangan itu sendiri.

Puan yang dihormati,

Penyesalan dan bertaubat dari segala dosa adalah perbuatan yang sangat dituntut oleh Islam. Menyesali dengan sebenar-benarnya dan tidak mengulangi semua perbuatan dosa itu semula adalah amalan yang mulia dan perlu disegerakan sebelum Allah SWT menjemput kita kembali kepadanya.

Puan perlu bersyukur kerana puan telah digerakkan oleh Allah SWT untuk menyesali dan bertaubat dalam tempoh masih bernafas dan mampu memohon maaf dengan semua yang terlibat.

Namun puan perlu menyusun strategi dalam mempertahankan taubat puan serta perlu tabah dalam memohon keampunan tuhan. Antara perkara yang puan perlu fikirkan iaitu menjauhkan diri daripada pasangan gelap puan, walaupun terpaksa menukar tempat kerja. 


Ini juga boleh dicapai dengan mengajak suami berpindah dekat dengan puan agar kekosongan puan terisi dan dapat menjalin hubungan yang halal dan diredhai Allah SWT.

Puan perlu faham bahawa syaitan akan sentiasa menggambarkan keseronokan zina dan akan membiarkan puan dengan penyesalan demi penyesalan setelah puan melakukan zina. Oleh itu cepat-cepat keluar dari hasutan ini dengan membina benteng keimanan kepada Allah SWT. 


Kenali kelemahan puan dan cuba penuhi dengan memperbaiki hubungan dengan suami puan bukan mencari cinta lain yang tidak ada jaminan. Sama ada sedar atau tidak puan telah dijadikan dan menjadikan diri puan sebagai hamba seks kepada cinta jarak jauh dalam memenuhi tuntutan seksual semata-mata.


kekasih gelap


Sememangnya kekasih gelap puan akan sanggup melakukan apa saja bagi mendapatkan khidmat seks percuma yang ditafsirkan sebagai cinta. Oleh itu pun, cepat –cepat keluar daripada fantasi ini dan kembali kepada cinta yang sebenar iaitu cinta Allah SWT dan cinta kepada suami puan.

Seterusnya puan perlu memperbaiki hubungan dengan suami dan pastikan puan tidak melahirkan anak-anak tidak sah taraf dengan kekasih gelap puan. Jika ini berlaku puan perlu berterus terang dengan suami dan membantu diri puan untuk menerima risiko ini.

Cuba fahami suami puan dan bantu suami puan untuk bertanggungjawab sebagai suami. Sikap cemburu suami dalam keadaan ini sangat diperlukan bagi membantu puan tidak menyeleweng dari landasan sebenar. Hargai suami dan terima suami seadanya.

Kangan jadikan kelemahan suami sebagai alasan untuk puan berzina. Walau seribu alasan yang puan berikan, puan perlu sedar bahawa perbuatan zina ini adalah salah dan dilaknati Allah SWT. Namun puan masih diberikan kesempatan waktu untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Sememangnya apabila kita sedar daripada kesalahan kita menganggap kita perlu memohon maaf dan mengakui kesilapan kita kepada orang yang berkaitan. 


Namun puan juga perlu pertimbangkan kebaikan dan keburukan untuk berterus terang akan dosa ini kepada isteri kekasih gelap puan dan suami puan.

Jika ia tidak melibatkan penghasilan anak tidak sah taraf dan sebagainya maka cukuplah puan memohon keampunan dari Allah SWT, kerana berterus terang akan mengeruhkan keadaan. 


Namun jika melibatkan kelahiran anak-anak tidak sah taraf maka orang yang pertama puan perlu berterus terang adalah suami puan. 

Oleh itu puan perlu belajar untuk meninggalkan masa lalu puan yang hitam pekat serta cuba mencipta bahagia bersama suami puan tanpa mengaitkan kekasih gelap puan lagi.

Puan yang dihormati, keluar daripada dosa masa lalu dan bertaubat adalah sikap yang mulia dan terpuji. Tambahan pula jika disertai dengan jemputan ke Baitullah dan menziarahi rasulullah SAW. 


Oleh itu puan perlu kemaskan diri dan kembali kepada hubungan yang berkat dan halal. Carilah peluang dan ruang untuk memohon keampunan di Baitullah. 

Puan perlu positif dengan Allah SWT dan yakin dengan keampunan yang dijanjikan-Nya.

Bank Pembangunan: Pinjaman Kepada Tan Sri Kenneth Eswaran “Rahsia” - Oleh A. Kadir Jasin

 



RENCANA Seperti saya sebutkan dalam posting berjudul “Putera Mahkota Baru Dunia Niaga” 22 Jun lalu(baca di sini), majalah Malaysian Business (MB) telah menghantar soalan kepada Bank Pembangunan Malaydia Berhad (BPMB) meminta pengesahan atau penafian laporan pinjaman RM500 juta kepada syarikat penyiaran milik Kenneth Eswaran.

Akhbar The Star/ANN pada 8 Jun memetik Eswaran sebagai berkata ABNXcess telah memperoleh pinjaman setengah billion daripada BPMB (baca di sini).

[He is looking at 2.5 billion ringgit for a 10 year period and for starters, ABN has secured about 500 million ringgit loan from Bank Pembangunan. In addition to that, shareholders have provided funding to jumpstart the project. Eswaran says that amount of funding is enough for 7 years for the first phase of the project.]

Berikut adalah soalan MB kepada BPMB:

Subject: Fwd: Malaysian Business: Disbursement Loan and Kenneth Eswaran
Salam Nor Sham,

This is Mior Azhar, associate editor for Malaysian Business magazine. I believe my writer Joshua has contacted you earlier regarding the loan given by Bank Pembangunan to ABNxcess owned by Tan Sri KK Eswaran (which was reported in The Star News paper on June 8 - attached). Also attached is our previous article on Tan Sri Eswaran and ANBxcess publsihed in our June 16 issue. We really would like to have Bank Pembangunan's confirmation on this matter. We are following up on this issue and therefore would like to know if
  1. The loan has been approved? If yes, when? How long does it take to process the loan application by ABNxcess?

  2. We would also like to know the basis of the loan as I believe that RM500 million is the ceiling for your loan disbursement? Is it a usual practice for the bank to approve such big amount to a new set-up? If not, why the special treatment for ABNxcess? I really hope you can revert with the answers latest by today as we are going to print an article regarding this matter and would like Bank Pembangunan to have a say on its participation. You can call me at 0169937875.
  3.  
Thank you so much for your help. Mior

Pada 28 Jun, Nor Sham, bagi pihak BPMB, menghantar emel berbunyi:

“En. Mior .. As per our earlier email, we are sorry to inform you that due to the Duty of Secrecy under BAFIA .. we are unable to reveal any information to any party ..”
Thank you.”

Pendek panjangnya, Bank Pembangunan milik kerajaan Malaysia berkata: “Seperti dalam e-mel kami yang terdahulu, kami memohon maaf untuk memaklumkan kepada anda, disebabkan tanggungjawab kerahsiaan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) .. kami tidak dapat mendedahkan sebarang maklumat kepada mana-mana pihak..”

Jadi kita tidak akan tahu sama ada BPMB meluluskan pinjaman raksasa itu kepada stesen TV digital Eswaran atau tidak.

Sementara itu, dalam kolum saya “Other Thots” dalam keluaran 1 Julai saya menggesa agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengenai ketelusan, Paul Low Seng Kuan, dijadikan pemeriksa kerajaan.

Antara lain, saya menulis: “In fact he should be made the chief scrutineer of the government and given the power to observe any process which requires rigorous oversight, either to prevent the occurrence of corruption or genuine mistakes like, for examples, the recent appointment of Tan Sri Nor Mohamed Yackop as Deputy Chairman of Khazanah Nasional Berhad and the repeated delays in the completion of terminal two of the Kuala Lumpur International Airport.”

Baiklah kita tahu ada BAFIA. Tetapi adakah semua urusan bank rahsia? Kalau rahsia, apa halnya dengan dakwaan terbuka Eswaran yang dia sudah memperoleh RM500 juta pinjaman daripada BPMB? Siapa yang bercakap benar ni?

Dan takkanlah identiti pembekal dakwat tak boleh padam yang terpadam pun rahsia juga? 

Wallahualam.


Malaysia Chronicle


Monday, July 1, 2013

Rekod dunia baru kereta elektrik mampu cecah 330km/j


kereta elektrik terlaju dunia
PADA 1973, kereta lumba elektrik milik Battery Box General Electric mencipta kejayaan selepas mencecah kelajuan 280 kilometer sejam (km/j).
Namun, baru-baru ini rekod itu dipadamkan Drayson Racing Technologies selepas kereta milik Lord Drayson, B12 69/EV electric Le Mans Prototype yang dicipta di Oxford meluncur sehingga 330 km/j.

Memiliki 850 kuasa kuda dan berat 1,000 kilogram, kereta itu diuji pada percubaan litar di Elvington Airfield, Yorkshire, Britain.

Dryson berkata yang dipetik Dailymail , pencapaian itu membuktikan kereta elektrik mampu mencecah kelajuan luar biasa berbanding penggunaan bahan bakar dan menyaksikan kepesatan industri automobil di Britain. 

Sumber Sinar

Letak jawatan sebelum PRK Kuala Besut - Kasthuri Patto


PRK KUALA BESUT Sudah sampai masa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof meletakkan jawatan sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut diadakan.

Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto berkata, ini kerana Abdul Aziz didapati gagal mengurus selia Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu dengan telus.

Katanya, Abdul Aziz wajar meletakkan jawatan seiring dengan Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan yang antara lain menyatakan barisan ahli lembaga SPR yang dilantik Yang di-Pertuan Agong perlu mendapat keyakinan awam.

“Beliau kena letak jawatan supaya dengan kepimpinan baru, proses pilihan raya mendapat kepercayaan rakyat sekaligus dapat mengembalikan demokrasi di atas landasannya,” ujarnya dipetik Roketkini.

Beliau turut mempertikaikan adakah SPR yang ditunjangi Abdul Aziz mampu berlaku telus dan adil pada PRK yang bakal diadakan nanti.

“Selepas pelbagai laporan penipuan, tidak adil dan tidak bebas dilemparkan terhadap SPR, adakah mereka mampu meraih keyakinan umum pada PRK Kuala Besut, di Terengganu nanti?” tanya beliau.

Menurutnya, semua protes dan perhimpunan aman yang diadakan di seluruh Malaysia sebelum ini adalah kerana kegagalan agensi itu melaksanakan pilihan raya secara adil, telus dan bersih.


- Harakahdaily

Zaman kini orang MELAYU & RAKYAT MALAYSIA amnya jauh lebih teruk dari Arab Jahiliah sebelum diberi Quran...!! - Sabri Yaacob

 
Ada orang tak puas hati bila aku kata politik semasa seperti era Jahiliah....

Actually bagi aku zaman ini jauh lebih teruk. Arab Jahiliah belum diberi Quran, sedangkan kita sudah dilengkap dengan Islam tetapi tidak diterapkan sebagai aturan hidup.

Cuba perhati:

1. Arab Jahiliah bunuh anak perempuan: Zaman ni bayi tak kira jantina kena buang

2. Arab Jahiliah berzina dengan pelacur: Kita ada bohsia, nyah, penkid dan suku sakatnya. Belum kira yang berzina dengan muhrim sendiri...

3. Arab Jahiliah menipu timbangan: Tycoon industri merompak khazanah rakyat sehingga cukup untuk mereka makan berpuluh generasi, sedang rakyat secara sistematik terhimpit dan tersepit

4. Arab Jahiliah Asobiah, perang sesama sendiri: Kita sekalipun berkali-kali ditegaskan keharaman asobiah, ada juga ulama jenis anjing yang memanipulasikan dalil untuk memberi justifikasi lunak ke atas keharaman yang nyata.

5. Arab Jahiliah memusuhi Rasiulullah dan para Sahabat: Hari ini Rasulullah s.a.w sudah tiada, tetapi ajaran baginda masih diwariskan kepada kita. Tidak sedikit para pejuang Islam, para pendakwah yang kena seksa oleh para penguasa hanya kerana memikul risalah dakwah yang Rasulullah s.a.w wariskan kepada kita.

Dengar hidup dikelilingi berhala modern, tidakkah kita memang sedang hidup di zaman jahiliah?
 
 
KedahLanie

Bukan Syiah sahaja patut di pecat, PAS cop ayam pun patut kena pecat !

 
Ahli Majlis Syura Ulamak Pas (Syura), Zaharuddin Mohammad atau lebih dikenali sebagai ‘Din Ayam’ (gambar kiri) berkata, antara syarat menjadi ahli Pas ialah mesti berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti.

“Jika ada bukti seorang itu adalah pengikut Syiah, kita pecat serta merta tidak kira apa jawatannya sekali pun dalam parti,” katanya di sini

Saya bersetuju dengan kenyataan tersebut. Ini bukan benda baru. Nasrudin Tantawi juga telah dengan panjang lebar menyatakan benda yang sama pada 6 Disember, 2011 dulu di sini

Tapi saya juga selaku ahli dan pemerhati politik ingin menyatakan bahawa PAS juga patut pertimbangkan pemecatan keahlian orang yang membuat kenyataan itu sendiri, iaitu keatas Din Ayam.

Din Ayam sebagai ahli PAS telah melakukan perkara yang merugikan parti berikutan isu penyertaan calon PAS di Kota Damansara dalam PRU 13 yang lalu. Beliau telah menggunakan pengaruh peribadinya sebagai menantu Presiden dan telah mengelirukan Presiden parti hingga Presiden sanggup mengeluarkan watikah kepada calon PAS yang terlibat walaupun tugas itu sebenarnya adalah tugas Seiausaha parti, iaitu Cikgu Mustafa Ali.

Tindakan Din Ayam itu jelas tidak mendapat restu dari PAS negeri Selangor dan juga PAS Pusat.
Din Ayam sepatutnya dipanggil berhadapan dengan Badan Disiplin parti untuk membuat penjelasan.

Setidak-tidaknya, Badan Disiplin PAS boleh mengeluarkan kenyataan bagi membersihkan Din Ayam dari cakap-cakap kotor dan busuk mengenai Din Ayam oleh sebilangan ahli PAS sendiri.

Kalau tidak, ramai beranggapan bahawa beliau patut dipertimbangkan untuk diambil tindakan sebagaimana PAS ambil ke atas Hasan Ali dahulu iaitu memecatnya serta merta bersabit menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS berdasarkan Fasal 82(9) 
 
 
al-Husseyn

Rasuah: Taib Mahmud akan disiasat !!


Kes rasuah Tan Sri Taib menjadi tumpuan sejak satu video dimuat naik ke laman perkongsian video, YouTube, oleh pertubuhan bukan pemerintah (NGO) yang berpangkalan di London, Global Witness.
 
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membentuk satu jawatankuasa bertindak pelbagai agensi bagi menyiasat tuduhan rasuah terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Jawatankuasa bertindak itu melibatkan wakil daripada agensi-agensi seperti Pejabat Peguam Negara dan SPRM sendiri bagi "mempercepat" siasatan, lapor akhbar The Star semalam.
Satu laporan akan diserahkan kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail, bagi tindakan susulan setelah siasatan selesai.
Pihak SPRM berkata sebaik sahaja siasatan selesai dan Timbalan Pendakwa Raya telah membuat keputusan, panel penilaian operasi akan menilai kewibawaan dan keadilan suruhanjaya dalam menangani siasatan.
"Panel dibentuk oleh individu daripada pelbagai latar belakang profesional. Pihak SPRM juga sentiasa dipantau oleh Jawatankuasa Khas Rasuah..." jelas suruhanjaya itu dalam satu kenyataan.
Menurut SPRM, anggota jawatankuasa itu terdiri daripada wakil Dewan Rakyat dan Dewan Negara daripada pihak kerajaan dan pembangkang.
Kenyataan itu dikeluarkan bagi melenyapkan rasa ragu tentang kewibawaan dan kecekapan SPRM dalam menangani isu rasuah, terutama dalam kes melibatkan Tan Sri Taib.
Tan Sri Taib telah menjadi Ketua Menteri Sarawak sejak Mac 1981 dan telah memastikan negeri itu kekal di bawah kuasa Barisan Nasional (BN) bagi enam pilihan raya negeri antara tahun 1983 dengan 2011.
Kes rasuah Tan Sri Taib menjadi tumpuan sejak satu video dimuat naik ke laman perkongsian video, YouTube, oleh pertubuhan bukan pemerintah (NGO) yang berpangkalan di London, Global Witness.
Video bertajuk Inside Malaysia's Shadow State itu mendapat perhatian meluas setelah ia dimuat naik pada 18 Mac lalu.
Video itu memaparkan rakaman perbualan antara sepupu-sepupu Tan Sri Taib dan dua peguam tentang hal-hal seperti cara salah memintas undang-undang di Malaysia kepada dakwaan tentang rasuah bagi pegawai tinggi dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Menurut SPRM, ia sudah pun mengambil kenyataan daripada lebih 20 orang yang dipercayai terlibat dalam kes itu atau disebut dalam video YouTube tersebut.
 
Kerajaan Rakyat

Suruhanjaya Diraja Perlu Ditubuhkan Untuk Siasat Najib & Zahid Hamidi


Bekas Ketua Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim menyarankan penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat empat individu berprofail tinggi yang didakwa mempunyai konflik kepentingan.

Menurut Mat Zain mereka ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Beliau menyarankan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan persetujuan jemaah menteri bagi mendapatkan perkenan Yang DiPertuan untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat keempat mereka yang terlibat mengikut terma-terma rujukan yang kabinet fikirkan wajar.

“Rakyat sedang menunggu apakah tindakan yang akan dikenakan terhadap Zahid yang didakwa telah mendatangkan cedera parah ke atas seorang awam Amir Bazli Abdullah pada tahun 2006.

“Begitu juga dengan Khalid setelah Hakim Datuk VT Singham mendapati beliau cuai untuk mempastikan keselamatan saspek di bawah jagaannya, selain cuba menyembunyikan punca kematian A Kugan, ketika beliau bertugas sebagai Ketua Polis Selangor,” katanya.

Mat Zain berkata, orang yang boleh mengambil tindakan terhadap Zahid dan Khalid ialah Najib yang telah menasihatkan Yang DiPertuan Agong untuk melantik kedua-dua mereka.

“Orang yang mempunyai kuasa untuk memutuskan sama ada untuk memulakan prosiding jenayah terhadap Zahid dan Khalid atau sebaliknya ialah Abdul Gani.

“Peguam Negara dengan kuasa yang dibekalkan kepada beliau dalam perlembagaan, selain daripada bertanggung jawab untuk menasihati YDP Agong dan jemaah menteri dalam perkara berkaitan undang-undang.

“Malangnya kedua-dua Najib dan Gani pula, didakwa terlibat dengan beberapa salahlaku jenayah serius dan mereka masih belum membersihkan diri masing-masing, daripada siasatan polis yang sedang atau yang sepatutnya telah dijalankan ke atas mereka.

“Nyata keempat mereka iaitu Najib, Zahid, Gani dan Khalid berada dalam situasi konflik kepentingan masing-masing,” katanya dalam suratnya kepada Muhyiddin hari ini.

Manakala salinannya dihantar kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, Peguam Cara Negara Datuk Idrus Harun dan Khalid.

`Terdapat precedent’

“Saya ingin nyatakan di sini, terdapat precedent di mana Timbalan Perdana Menteri menyembahkan permohonan kerajaan untuk penubuhan RCI dan mendapat perkenan YDP Agong.

“Ini ialah berkaitan RCI mata-lebam yang dipekenankan oleh YDP Agong bersandarkan permohonan yang disembahkan dan ditandatangani oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika itu Timbalan Perdana Menteri pada 3 Februari 999 serta telah diperkenankan pada tarikh sama.

“Tindakan itu dipercayai kerana Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamed berada dalam situasi konflik kepentingan.

Ini berikutan pada 1 Oktober 1998, beliau telah mengumumkan pendapat beliau bahawa kecederaan yang dialami oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah akibat self-inflicted, sedangkan siasatan polis baru sahaja dimulakan beberapa hari sebelum itu pada 27 September 1998,” tambah beliau.

Menurut Mat Zain lagi, pada 8 Oktober 1998, pegawai penyiasat telah memberi taklimat kepada Dr Mahathir kecederaan yang Anwar alami bukan akibat self-inflicted tetapi akibat dicederakan oleh mantan Ketua Polis Negara.

Beliau berkata, Muhyiddin tidak boleh mengenepikan cadangan menubuhkan RCI dalam menyelesaikan kemelut ini sebagai suatu cadangan yang tidak munasabah atau luar biasa.

Precedent menangani kebuntuan seperti yang dihadapi sekarang, bukan dicedok atau ditiru daripada mana-mana negara lain, sebaliknya adalah keputusan jemaah menteri sendiri di mana Tan Sri (Muhyiddin) dan Najib, antara menteri yang membuat keputusan sedemikian, tambah beliau.

Melainkan jika Muhyiddin atau kabinet sedia ada, mempunyai idea atau cara yang lebih berkesan dan efisyen lagi untuk menyelesaikan situasi deadlock yang dihadapi sekarang ini,maka RCI hendaklah ditubuhkan segera.

Kata Mat Zain lagi, sebarang kelengahan atau keengganan membuat keputusan berkaitan kemelut ini, akan dilihat sebagai percubaan untuk melindungi salahlaku jenayah mereka yang terlibat dengan tujuan mengelakkan mereka dari dikenakan hukuman undang-undang.

“Sekiranya seorang pegawai polis yang berpangkat sekadar Asisten Komisioner pada masa itu, sanggup bersemuka dengan Dr Mahathir dan memberikan pendapat yang bertentangan dengan pendapat Perdana Menteri yang telah diumumkan secara rasmi, maka saya yakin YAB Tan Sri tidak ada masaalah untuk menangani kemelut yang ada di hadapan rakyat dan kerajaan seperti sekarang ini,” tambah Mat Zain. -FMT



 

Bekas MP Jerai Cerai Isteri Talak Satu


KUALA LUMPUR 1 Julai - Bekas Ahli Parlimen (MP) Jerai (PAS) Mohd Firdaus Jaafar melafazkan cerai dengan talak satu kepada isterinya Nurul Huda Binti Arshad di Mahkamah Rendah Syarie, Daerah Gombak Timur hari ini.

Tuntutan cerai difailkan oleh Nurul Huda selepas mendapati tiada lagi keserasian dalam perhubungan antaranya dengan Firdaus.


Ketika perbicaraan, Nurul Huda hanya mengangguk tanda faham setelah Hakim Shaiful Azli Bin Jamaludin bertanya sama ada beliau mengerti fakta kes yang dibacakan oleh Peguam Zahir Razak yang mewakili Firdaus.


Setelah meneliti kes, Hakim kemudiannya bersetuju terhadap tuntutan cerai tersebut dan memerintahkan Firdaus melafazkan cerai dengan talak satu.

Nurul Huda yang tidak diwakili peguam kemudiannya menitiskan air mata apabila Firdaus melafazkan cerai.

Dalam temubual bersama wartawan Rakyat News, beliau menyatakan perasaan redha diatas penceraian tersebut.

Sepanjang lima tahun perkahwinan, Firdaus dan Nurul Huda tidak dikurniakan cahaya mata.



SPR Ternoda Teruk Dibawah Aziz dan Wan Ahmad - KRITIK SORE

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa dibawah pimpinan Rashid Abdul Rahman menjadi pengerusi sebelum timbalan dan setiausaha  saya mengira ia adalah era hitam untuk badan bebas itu. 

Kerana banyak tindakan Rashid Ahmad jelas berat sebelah. Adakalanya kenyataan dan kata-kata beliau sendiri sebagai mewakili UBN.


Aziz: Malulah sikit.
Semasa di Aceh sewaktu memantau Pemilu daerah berkenaan saya pernah duduk semeja dengan beliau di sebuah hotel. Bagaimana waktu Rashid nekad untuk memastikan Lim Kit Siang dan beberapa tokoh DAP lain akan kalah dalam pilihan raya pada tahun 2004.

Saya terkejut dengan pernyataan atau nekad Rashid itu lantas saya tidak dapat mengunci mulut dan bertanya; macam mana Datuk boleh melakukannya. Katanya; kita ada cara tersendiri, lihatlah nanti.


Jawaban dan penjelasan itu menyebabkan saya merasakan betapa buruknya SPR dibawah beliau. Saya tidak fikir dia boleh mengeluarkan kata-kata bersifat rahsia itu kepada umum sehingga masuk ke dalam telinga saya. Tetapi itulah yang berlaku.


Kesannya saya tidak mempercayai bahawa SPR sebuah badan bebas yang adil, telus dan bersih. Impaknya juga saya membenci kepada bekas pengerusi berkenaan kerana tidak amanah dan bertanggungjawab dalam tugasan yang dipikulnya.


Begitu pun betapa buruk SPR di bawah Rahsid tetapi tidaklah pula sampai badan bebas itu sampai dikecam hangat oleh rakyat. Rakyat tidak berarak dan berkumpul menyatakan marah kepada SPR dan Rashid. Marah hanya dilepaskan dalam kritikan dan keluhan yang hanyut diangin lalu sahaja.


Tetapi sebaik sahaja SPR ditinggalkan oleh beliau dan diambil alih oleh Mohd Aziz Yusuf, kemarahan dan kebencian rakyat kepada SPR begitu menjadi-jadi sekali. Rakyat naik darah dengan SPR. Rakyat sanggup turun beramai-ramai berhimpun menunjukkan perasaan. Bermula dari himpunan Bersih 1.0 membawa kepada Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 serta kepada himpunan Black505 adalah manifestasi kemarahan dan kebencian kepada SPR.


Apakah yang dapat diterjemahkan dari berlaku semua kecaman dan kutukan itu kepada SPR dan Aziz. Ini bermakna betapa buruknya pengendali pilihan raya itu dan SPR dibawah Aziz sudah tidak mempunyai integriti lagi.

 
SPR dibawah Aziz dengan dibantu secara utuh oleh Wan Ahmad Wan Omar bukan saja dikutuk dan diludah oleh rakyat dan menjadi seteru 'emak anak' oleh pembangkang, tetapi SPR juga pertama kali sudah dimasuki oleh SPRM. Belum pernah sebelum ini sebuah suruhanjaya bebas yang dilantik dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong itu tetapi disiasat oleh SPRM dalam pembelian dakwat kekal yang meragukan.


Walaupun siasatan itu tidak menunjukkan SPR cemar, kotor dan rasuah tetapi ia memberi persepsi buruk kepada badan bebas berkenaan. Apa yang berlaku ini satu kemalangan besar kepada SPR.


Siasatan oleh SPRM ke atas badan bebas itu sungguh memalukan. Kalaulah ianya bukan dipengerusikan oleh Aziz dan Wan Omar saya mereka sudah pun melepaskan jawatan kerana tidak sanggup tanggung malu. Namun kerana mereka berdua tidak bermaruah, bermuka tebal, mereka tetap masih di situ dengan selesanya.


Tuntutan pembangkang dan Ngo yang berhimpun membantah dan meminta mereka berdua meleapskan jawatan bersama beberapa orang pegawai-pegawai lain tepat sekali. Tidak ada guna negara menyimpan manusia seperti itu yang tidak bermaruah. 


Apakah pula alasan yang akan digunakan apabila SPRM mendapati suruhanjaya itu rasuah dengan pembelian dakwat kekal yang tidak kekal itu?

Umno dan BN parti yang ikhtirafkan pemenang dalam pilihan raya lalu dan beberapa pilihan raya sebelum sepatutnya merasa malu atas apa yang berlaku. Dengan berlakunya insiden-insiden yang mendukacitakan itu seharusnya Umno dan BN juga merasa malu diri dengan apa yang ada berlaku. 


Kalau UBN ada harga diri parti itu juga patut bersama pembangkang mengutuk Aziz dan Wan Ahmad bukan melindungi atas alasan UBN mendapat benefit (untung) kerana menang. [wm.kl.4:22 pm 01/07/13]
 

BERITA BAIK UNTUK PENGHISAP ROKOK (GAMBAR)

 
 
 
Na'im Nikmat @blog.

Yang Salah Ialah Siapa Yang Lantik Azeez Rahim Pengerusi Tabung Haji - Oleh Shahbudin Husin

 
Perlantikan Azeez Rahim, Ahli Parlimen Baling dan Pengerusi Kelab Putra 1Malaysia sebagai Pengerusi Tabung Haji yang baru menjadi isu dan pertikaian kebanyakan orang dalam sehari dua ini. Banyak pihak dalam UMNO turut meluahkan rasa kurang senang dengan perlantikan itu, manakala yang mengenali Azeez pula ada yang tersenyum dan ada pula yang menggelengkan kepala sebaik mendengar berita itu.


Azeez yang juga dikenali sebagai Azeez Putra, Azeez Gaza dan macam-macam gelaran lagi adalah seorang aktivis UMNO yang rajin dan gigih. Bermula dengan mengetuai Biro Putra Pemuda UMNO Malaysia, kemudian menang sebagai Ahli MT UMNO dan menerajui Kelab Putra 1Malaysia pula, beliau bukan saja aktif dalam mendekati mat rempit tetapi juga aktif menghulurkan bantuan bila saja ada mala petaka menimpa.

Melalui Kelab Putra yang diterajuinya, beliau menjelajah ke seluruh dunia menghulurkan bantuan seperti di Indonesia, Thailand, Jepun dan banyak negara lain. Beliau juga membawa rombongan membawa makanan dan ubat-ubatan ke Gaza dan Palestin dalam misi kemanusiaannya.

Di dalam negara, beliau aktif menghulurkan bantuan. Asal saja ada kejadian buruk seperti banjir, tanah runtuh atau apa saja, kelibatnya pasti ada. Di Baling, kawasan di mana beliau berpolitik juga, sumbangannya diketahui dan dirasai oleh ramai orang.

Dalam politik UMNO pula, beliau dikenali sebagai orang yang rajin mencium tangan pemimpin dan membuatkan kehadirannya disedari. Ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri, beliau mempunyai hubungan yang rapat sehingga boleh bercakap melalui telefon. Di era Najib pula, hubungannya dengan keluarga Perdana Menteri lebih intim dan kemas. Dalam beberapa pilihanraya kecil, terutamanya pilihanraya kecil Ulu Selangor beberapa tahun dulu, beliau memainkan peranan menyelesaikan masalah peneroka Felda Sungai Buaya sehingga akhirnya calon BN Kamalanathan berjaya menewaskan calon PKR, Zaid Ibrahim.

Kerana hubungannya yang rapat dengan Perdana Menteri, dalam menjalankan misi kemanusiaannya melalui Kelab Putra ke perbagai negara, beliau dilihat agak mudah memperolehi bantuan dan sumbangan. Ketika berbual pula, pujiannya mengenai Perdana Menteri jarang terpisah dari bibirnya.

Dalam pilihanraya lalu, beliau menang di Baling menewaskan calon Pas, Najmi Ahmad walaupun ramai yang menjangkakan beliau akan tewas kerana calon Pas itu merupakan tokoh agama yang agak dikenali umum. Sementara perwatakan, perangai, latar belakang malah ijazahnya juga dipertikaikan, Azeez akhirnya berjaya menyumbang satu kerusi daripada 133 yang dimenangi oleh BN.

Selepas kemenangannya yang mengejutkan itu, ada juga yang meramalkan Najib akan melantiknya sebagai timbalan menteri kerana hubungannya yang rapat dengan Perdana Menteri.

Memang ramai yang mempertikaikan perlantikan Azeez sebagai Pengerusi Tabung Haji. Perlantikannya dilihat tidak sesuai dengan kedudukan Tabung Haji sebagai GLC yang besar, kukuh dan berkait rapat pula dengan rukun Islam kelima. Ramai yang melihat Tabung Haji lebih sesuai dipengerusikan oleh individu lain seperti bekas menteri atau bekas pegawai kanan kerajaan mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran dan pengurusan. Atau setidak-tidaknya bukanlah di kalangan mereka yang dipertikaikan banyak sisi kehidupannya.

Beberapa pemimpin UMNO pula mencadangkan agar perlantikan pengetusi GLC dibuat berdasarkan kelayakan dan track record seseorang dan tidak semata-mata sekadar mengisi kekosongan atau kerana ingin memberi ganjaran kepada seseorang kerana GLC seperti Tabung Haji berkait rapat dengan perniagaan, keuntungan serta ibadah, maka seseorang penerajunya mestilah seseorang yang berintergeriti tinggi dan tidak diperkatakan karektornya.

Sebelum ini bekas menteri, Syed Hamid Albar pernah diberi surat perlantikan sebagai Pengerusi Tabung Haji sebaik Najib menjadi Perdana Menteri tetapi kemudian dipujuk agar menolak dan memulangkan surat perlantikan itu berikutan adanya bantahan daripada pihak tertentu yang tidak menyukai Syed Hamid. Beliau kemudian diberikan jawatan Pengerusi SPAD atau Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.

Isunya apakah Azeez lebih berintergeriti di mata Najib berbanding Syed Hamid Albar?

Dalam hal ini, ramai yang melihat perlantikan Azeez adalah permulaan kepada pendekatan Najib memberi ganjaran kepada Ahli-Ahli Parlimen BN yang diketepikan dalam pemberian jawatan kabinet selepas pilihanraya lalu. Sebelum ini Ahli Parlimen Mersing, Dr Latif Ahmad turut dilantik sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad dan khabarnya beberapa Ahli Parlimen lain akan mendapat berita gembira yang sama tidak berapa lama lagi, tambahan pula banyak GLC mempunyai kekosongan ketika ini.

Pemberian itu mungkin sebagai ganjaran dari sikap murah hati Perdana Menteri tetapi ramai juga yang melihat ianya sebagai pendekatan Najib untuk memastikan Ahli-Ahli Parlimen BN ini tidak berpaling tadah daripadanya jika berlaku sesuatu di Parlimen nanti.

Walaupun Azeez dilihat oleh banyak pihak tidak layak atau kurang sesuai menjadi Pengerusi Tabung Haji, mungkin kerana peribadinya, mungkin kerana karektornya, mungkin kerana pengalaman dan pengetahuannya dalam dunia korporat tidak mencukupi atau mungkin kerana 1001 sebab yang lain tetapi tidak menjadi kesalahan jika beliau melobi atau berhajat untuk menduduki kerusi itu.

Sebagai ahli politik, tambahan pula kini sudah menjadi Ahli Parlimen, Azeez mungkin mempunyai keinginan untuk meningkatkan taraf sosialnya di mata umum. Sama ada beliau melobi untuk mendapatkan jawatan itu atau kerana Najib memberinya sebagai suatu anugerah tanpa diminta, Azeez sebenarnya tidak boleh dipersalahkan dalam hal ini. Tidak salah beliau meminta atau menawarkan diri.

Yang perlu dipersalahkan ialah Najib yang melantiknya. Najib seharusnya tahu bahawa beliau sekarang menguruskan sebuah kerajaan dan pemberian sesuatu jawatan, sama ada menteri, timbalan menteri atau pengerusi GLC mestilah berasaskan kelayakan dan kebolehan seseorang itu. Perlantikan tidak boleh dibuat secara tangkap muat atau kerana seseorang penyokong setia atau juga kerana seseorang itu kerap mencium tangannya ketika bersalam.

Tidak semestinya semua kawan, penyokong setia dan mereka yang mencium tangan perlu diberikan jawatan dalam kerajaan kerana mereka ini boleh diberikan ganjaran dalam bentuk lain yang tidak menjejaskan prestasi atau kewibawaan kerajaan yang sedang dipimpinnya.

Pelantikan yang silap dan menjadi pertikaian umum akhirnya akan menjejaskan nama Perdana Menteri juga.
 
http://shahbudindotcom.blogspot.com

Petugas SPR dapat bonus RM200 juta, kata menteri - Oleh Md Izwan

 
Para petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menjalankan tanggungjawab dan bekerja semasa pilihan raya umum ke-13 lalu telah menerima wang bonus sebanyak RM200 juta lebih, kata Datuk Seri Shahidan Kassim dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu berkata sebanyak RM400 juta telah diluluskan kepada SPR untuk menjalankan pilihan raya pada 5 Mei lalu, peningkatan sebanyak 100 peratus berbanding kos Pillihan Raya 2012 yang hanya berjumlah RM200 juta.

"Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kos perbelanjaan Pilihan Raya Umum 2013 yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan adalah sebanyak RM400 juta," kata Shahidan.



"Bayaran perkhidmatan dan saguhati kepada semua petugas pilihan raya umum adalah sebanyak RM204,100,000."

Dalam jawapan tersebut lagi, Shahidan juga berkata SPR diberikan sebanyak RM5,081,000 diberikan untuk elaun lebih masa, bayaran utiliti (sewaan pengangkutan, barung semak daftar pemilih, peralatan ICT, sewaan talian, telefon dan faks, dan lain-lain) sebanyak RM98,465,000 dan lain-lain perbelanjaan pula sebanyak RM92,354,000.

Susulan jawapan daripada Shahidan tersebut, Ahli Parlimen Seremban (DAP) Loke Siew Fook mempersoalkan peningkatan perbelanjaan SPR pada pilihan raya kali ini berbanding tahun 2008 sambil menyifatkan jumlah perbelanjaan RM1.8 juta untuk setiap kawasan Parlimen adalah tidak munasabah.

"Mengapa dalam tempoh 5 tahun perbelanjaan untuk pilihan raya boleh melambung 100 peratus walaupun bilangan pengundi yang terlibat hanya bertambah 20 peratus.
"RM400 juta untuk mengendalikan pilihan raya untuk 222 kerusi Parlimen bermaksud purata kos untuk pengendalian sebuah kawasan Parlimen ialah RM1.8 juta! Ini merupakan satu angka yang besar memandangkan had perbelanjaan untuk seseorang calon yang bertanding di peringkat Parlimen hanyalah RM200 ribu," kata Loke dalam sidang media di lobi Parlimen pagi ini.

Beliau juga mendesak SPR untuk mendedahkan setiap perbelanjaan mereka sambil menyifatkan agensi pilihan raya tersebut telah menghabiskan duit rakyat secara boros terutamanya dalam kontroversi yang menyelebungi dakwat kekal bernilai RM7.1 juta walaupun dakwat tersebut sebaliknya tidak kekal.

SPR berdepan tekanan selepas pendedahan di Parlimen baru-baru ini dimana bahan kimia dalam dakwat tersebut telah diganti dengan pewarna makanan yang menyebabkan ia mudah ditanggal.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Shahidan Kassim mengakui di Dewan Rakyat pada Rabu lalu pewarna makanan, bukannya nitrat perak yang digunakan dalam dakwat kekal.

Beliau berkata dakwat tertanggal kerana bahan kimia yang sepatutnya adalah punca dakwat tersebut mudah dibersihkan tetapi juga menyalahkan pengundi yang cuba membasuhnya sebagai punca ia tidak kekal.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof juga berhadapan tekanan daripada umum selepas dilaporkan beliau menerima surat daripada Kementerian Kesihatan mengatakan kerosakan buah pinggang dan risiko barah berkemungkinan dihadapi oleh pengundi sekiranya dakwat kekal mengandungi nitrat perak melebihi daripada satu peratus.

Dakwaan Aziz kemudiaan ditolak oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Subramaniam yang berkata laporan sedemikian tidak pernah dikeluarkannya serta mendakwa mereka tidak menerima permintaan untuk membuat analisis. - 1 Julai, 2013.



The Malaysian Insider