Followers

Monday, July 1, 2013

SPR Ternoda Teruk Dibawah Aziz dan Wan Ahmad - KRITIK SORE

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa dibawah pimpinan Rashid Abdul Rahman menjadi pengerusi sebelum timbalan dan setiausaha  saya mengira ia adalah era hitam untuk badan bebas itu. 

Kerana banyak tindakan Rashid Ahmad jelas berat sebelah. Adakalanya kenyataan dan kata-kata beliau sendiri sebagai mewakili UBN.


Aziz: Malulah sikit.
Semasa di Aceh sewaktu memantau Pemilu daerah berkenaan saya pernah duduk semeja dengan beliau di sebuah hotel. Bagaimana waktu Rashid nekad untuk memastikan Lim Kit Siang dan beberapa tokoh DAP lain akan kalah dalam pilihan raya pada tahun 2004.

Saya terkejut dengan pernyataan atau nekad Rashid itu lantas saya tidak dapat mengunci mulut dan bertanya; macam mana Datuk boleh melakukannya. Katanya; kita ada cara tersendiri, lihatlah nanti.


Jawaban dan penjelasan itu menyebabkan saya merasakan betapa buruknya SPR dibawah beliau. Saya tidak fikir dia boleh mengeluarkan kata-kata bersifat rahsia itu kepada umum sehingga masuk ke dalam telinga saya. Tetapi itulah yang berlaku.


Kesannya saya tidak mempercayai bahawa SPR sebuah badan bebas yang adil, telus dan bersih. Impaknya juga saya membenci kepada bekas pengerusi berkenaan kerana tidak amanah dan bertanggungjawab dalam tugasan yang dipikulnya.


Begitu pun betapa buruk SPR di bawah Rahsid tetapi tidaklah pula sampai badan bebas itu sampai dikecam hangat oleh rakyat. Rakyat tidak berarak dan berkumpul menyatakan marah kepada SPR dan Rashid. Marah hanya dilepaskan dalam kritikan dan keluhan yang hanyut diangin lalu sahaja.


Tetapi sebaik sahaja SPR ditinggalkan oleh beliau dan diambil alih oleh Mohd Aziz Yusuf, kemarahan dan kebencian rakyat kepada SPR begitu menjadi-jadi sekali. Rakyat naik darah dengan SPR. Rakyat sanggup turun beramai-ramai berhimpun menunjukkan perasaan. Bermula dari himpunan Bersih 1.0 membawa kepada Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 serta kepada himpunan Black505 adalah manifestasi kemarahan dan kebencian kepada SPR.


Apakah yang dapat diterjemahkan dari berlaku semua kecaman dan kutukan itu kepada SPR dan Aziz. Ini bermakna betapa buruknya pengendali pilihan raya itu dan SPR dibawah Aziz sudah tidak mempunyai integriti lagi.

 
SPR dibawah Aziz dengan dibantu secara utuh oleh Wan Ahmad Wan Omar bukan saja dikutuk dan diludah oleh rakyat dan menjadi seteru 'emak anak' oleh pembangkang, tetapi SPR juga pertama kali sudah dimasuki oleh SPRM. Belum pernah sebelum ini sebuah suruhanjaya bebas yang dilantik dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong itu tetapi disiasat oleh SPRM dalam pembelian dakwat kekal yang meragukan.


Walaupun siasatan itu tidak menunjukkan SPR cemar, kotor dan rasuah tetapi ia memberi persepsi buruk kepada badan bebas berkenaan. Apa yang berlaku ini satu kemalangan besar kepada SPR.


Siasatan oleh SPRM ke atas badan bebas itu sungguh memalukan. Kalaulah ianya bukan dipengerusikan oleh Aziz dan Wan Omar saya mereka sudah pun melepaskan jawatan kerana tidak sanggup tanggung malu. Namun kerana mereka berdua tidak bermaruah, bermuka tebal, mereka tetap masih di situ dengan selesanya.


Tuntutan pembangkang dan Ngo yang berhimpun membantah dan meminta mereka berdua meleapskan jawatan bersama beberapa orang pegawai-pegawai lain tepat sekali. Tidak ada guna negara menyimpan manusia seperti itu yang tidak bermaruah. 


Apakah pula alasan yang akan digunakan apabila SPRM mendapati suruhanjaya itu rasuah dengan pembelian dakwat kekal yang tidak kekal itu?

Umno dan BN parti yang ikhtirafkan pemenang dalam pilihan raya lalu dan beberapa pilihan raya sebelum sepatutnya merasa malu atas apa yang berlaku. Dengan berlakunya insiden-insiden yang mendukacitakan itu seharusnya Umno dan BN juga merasa malu diri dengan apa yang ada berlaku. 


Kalau UBN ada harga diri parti itu juga patut bersama pembangkang mengutuk Aziz dan Wan Ahmad bukan melindungi atas alasan UBN mendapat benefit (untung) kerana menang. [wm.kl.4:22 pm 01/07/13]
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.