Followers

Wednesday, August 3, 2011

Buku Fitnah Oleh Tok Bashah Akan Diedarkan di Kedah ??


Hang toksah dok kelentong Tok Bashah...

PUTERI BULANSekonyong-konyong Tok Bashah masih tak puas hati, pertikai ujud ke tidak Tabung Amanah Jalan yang dimaklumkan dalam Sidang Dun Kedah baru-baru ini. Tok Bashah ragu-ragu, kemana perginya duit lebihan peruntukan kerajaan pusat untuk membaiki jalanraya yang rosak kerana katanya banyak lagi jalanraya yang masih kurang memuaskan dan perlu diperbaiki.

Dalam bulan Ramadhan ni..Puteri tak mahu la kondem terlebih sangat tapi memang sah la..Tok Bashah ni tak faham undang-undang dan peraturan. Walhalnya undang-undang dan peraturan tu masa zaman depa memerintah dah ujud dah.

Tok Bashah lupa ka.. (tapi memang jenis UMNO APCO mudah lupa).. pikiaq la guna akan fikiran yang waras…kalau logik akal pun..mana boleh belanja ikut peruntukan yang dapat tapi kena belanja ikut yang diluluskan. 


(Buku mengandungi bahan fitnah tahap gaban ini akan diedarkan oleh Tok Bashah beberapa hari lagi. Semua info kita ada macam risalah fitnah 'Kedah Tertipu' dulu Kedah La dapat info lengkap mengenai penerbit, pencetak, jumlah unit dll. Lepas ni Tok Bashah jangan dok habag konon-kononnya bukan dia buat buku ni...)

Tok Bashah buat hairan pulak, katanya masa zaman UMNO APCO perintah Kedah, semua peruntukan tu dibelanjakan tanpa meninggalkan baki apatah lagi nak simpan dalam tabung-tabung amanah. Waaaa….hebat ni…dunia pun tau…setakat mana digunakan untuk baiki jalan. Yang selebihnya pun dimasukkan tabung ..tapi bukanlah tabung amanah..tapi tabung anak beranak. Kalau Pakatan Rakyat tak dapat memerintah Kedah, bolehlah hampa kelentong..tapi semua yang hampa UMNO APCO buat penyelewengan duit kerajaan, duit rakyat ..ada dalam poket kami.

Sebenarnya, hampa pun akui benda-benda tu semua. Kalau tidak kenapa hampa tak saman bila penyelewengan duit STDC yang digunakan untuk biaya puak-puak UMNO APCO dikeluarkan umum.

Jangan bimbanglah Tok Bashah..tabung amanah tu tetap sebagai tabung amanah..nak tau berapa jumlah..silalah berjumpa exco berkenaan..apa guna dok berkokok sana sini..pertikai ketelusan orang sedangkan kaki sendiri berlumuran najis…

Kerengga

ZAHRAIN GANTI ANWAR SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG ? - Oleh: WFAUZDIN NS

ZAHRAIN GANTI ANWAR SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG ?



NAMPAKNYA Zahrain katak sudah tertekan apabila segala perancangan beliau untuk memburukkan imej DS Anwar khususnya, dan PKR amnya semuanya gagal dan menemui jalan buntu. Langkah Zahrain mudah dibaca kerana semua orang tahu punca mengapa Zahrain menjadi `katak' dan mengapa beliau terlalu berdendam dengan Anwar.

Apabila Zahrain katak ini membuka cerita kononnya Tuan Guru Nik Aziz ada berbincang dengan Ku Li untuk melantik Ku Li sebagai pengganti Anwar jika Ketua Pembangkang ini dipenjarakan, cerita yang dibawa oleh Zahrain katak ini langsung tiada nilai berita kerana Tuan Guru Nik Aziz telah menjawabnya secara terbuka dan dipetik oleh akhbar Sinar sebagai `Lawak Jenaka'. Sememangnya Zahrain katak suka membuat lawak bodoh dan lawaknya hanya laku di Utusan Meloya dan TV 3 suku sahaja.

Semalam, Zahrain katak buat sambungan lawak jenakanya lagi. Beliau mencabar Tuan Guru Nik Aziz buat kenyataan terbuka tentang isu tersebut. Baca di sini. Apakah Zahrain katak buta tidak membaca apa yang tersiar oleh akhbar? Jika Zahrain katak cuma `beriman' dengan Utusan Meloya, memanglah beliau tidak akan tahu sampai kiamat. Akhbar Sinar telah pun memetik kenyataan Tuan Guru Nik Aziz berkaitan isu tersebut dan kenyataan itu sudah pun dikira terbuka. Mahu terbuka bagaimana lagi, wahai zahrain katak?

Amat jelas, Zahrain katak merasa tertekan sekarang kerana segala tipu daya beliau mudah dapat dihidu dan paling memalukan ianya menjadi bahan lawak jenaka. Kita tunggu apakah lawak jenakanya selepas ini. Jangan terperanjat jika Zahrain katak akan mendakwa Anwar mahu Zahrain katak sendiri menggantikannya sebagai Ketua Pembangkang. Ha ! Ha ! Ha ! /wfauzdin.blogspot.com

Tender projek: Kontraktor Melayu Pulau Pinang dakwa MCA rasis - Oleh G Manimaran


KUALA LUMPUR, — Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang mengecam sambil mendakwa MCA memainkan sentimen perkauman dengan melabel Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai anti-Cina hanya kerana kebanyakan projek di bawah sistem tender terbuka diberi kepada kontraktor Bumiputera.

Pemangku Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang Datuk Izham Merican berkata, “nampaknya MCA begitu jahil sekali” kerana tidak faham istilah tender terbuka yang membenarkan semua kontraktor tanpa mengira kaum dan agama bersaing untuk projek kerajaan negeri, termasuk yang melebihi nilai RM200,000 dan memilih yang paling baik dari segi harga dan kualiti.

“Dengan hanya mempertikaikan pemberian kontrak kepada Melayu, adakah MCA bersifat perkauman, dengan memandang rendah keupayaan kontraktor Melayu yang dianggap tidak setaraf atau sebaik dengan kontraktor lain?

“Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang menolak dengan sekeras-kerasnya sentimen perkauman MCA yang menghina kontraktor Melayu dengan persepsi negatif ini,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Mengulas kenyataan Ketua Wanita MCA Puan Tan Cheng Liang baru-baru, Izham menegaskan, MCA harus ingat bahawa dalam semua kaum ada golongan yang baik dan ada yang tidak sebegitu baik, begitu juga di kalangan masyarakat Cina sendiri.

Dalam sistem tender terbuka, katanya, pemberian kontrak di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang dilakukan secara adil dan tidak mengetepikan kaum lain.

“Saya sebagai Timbalan Yang Dipertua dan Pemangku Yang Dipertua telah berjumpa dengan Ketua Menteri supaya membantu warga kontraktor Bumiputera di Pulau Pinang dan ini disambut baik oleh Ketua Menteri.

“(Ia) menunjukkan sikap profesionalnya, beliau tidak mencampur aduk hal politik dan tidak memilih kaum untuk membantu dan selalu bercakap berdasarkan fakta dan ini amatlah disanjungi,” kata Izham lagi.

“Malah ahli-ahli persatuan saya amat menghargai pendekatan YAB Ketua Menteri yang tidak mewajibkan sebarang kontrak kerajaan mesti mendapat kebenaran ketua bahagian parti seperti yang dibuat sebelum ini.

“Saya hendak mengingatkan bahawa isu penawaran kepada kaum Bumiputera tidak harus dipolitikkan dan atau dijadikan isu perkauman,” katanya lagi.

Izham juga menambah, sebagai sebuah NGO yang mempunyai ahli daripada pelbagai parti walaupun kebanyakannya terdiri daripada ahli Umno, perjuangan pihaknya adalah menentukan warga kontraktor terbela.

Kata Izham, pada hari ini ramai kontraktor yang gulung tikar dan keadaan yang dialami dalam industri pembinaan tidak lagi seperti suatu ketika dahulu dan “kami merayu kepada kerajaan pusat supaya dapat membantu menangani masalah ini.”

“Kami ucapkan terima kasih kepada kerajaan pusat dan ketua menteri yang telah pun berusaha dan telah mengatasi masalah-masalah yang dikemukakan oleh pihak persatuan,” katanya lagi.

Malah kata beliau, seperkara lagi untuk makluman sekiranya kontrak ditawarkan kepada Bumiputera, harus diingat bahawa kebanyakan pembekal-pembekal adalah bukan Bumiputera dan golongan pekerja-pekerja juga kebanyakan bukan kaum Bumiputera.

“Oleh itu, bagi tiap-tiap projek yang ditawarkan oleh pihak kerajaan kepada kontraktor Bumiputera dengan cara tersendirinya memberi peluang kepada kaum-kaum lain.

“Saya sebagai Timbalan Yang Di Pertua dan Pemangku Yang Dipertua persatuan ingin menyatakan bahawa setakat hari ini Ketua Menteri Pulau Pinang tidak pernah mengetepikan kaum Bumiputera dalam industri pembinaan dan sebagai pemimpin beliau bersikap terbuka walaupun dicemuh oleh pihak-pihak tertentu yang sengaja tidak faham akan dasar kerajaan negeri,” katanya lagi.

Batu Vs Kayu

NAJIB & MUHYUDDIN DIANCAM BUNUH ? - Pulak Dah !!

Panas!!Najib Dan Muhyidin Kesayangan Kita Diancam Bunuh Pulak!!

Ini adalah bukti yang diabil dari facebook isu Politik semasa.

Seorang pengguna facebook yang bernama Shamila Grape menulis kalau diberi peluang, dia sanggup membunuh PM Datuk Seri Najib Tun Razak dan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin.

klik kalau nak tengok lebih besaq
Kah!kah!!kah!!berani sungguh oooo.nak bunuh PM Najib ngan Muhyidin tu...Tak baik la buat macam tu..Bagi la depa habiskan sisa-sisa hidup depa.kot2 depa bertaubat..

 Pihak SKMM atau Cyber Security akan menyiasat siapa dia ni yang mengugut nak bunuh PM.Perkara ni dianggap biasa dah.ancaman-ancaman bunuh memang selalu dah dok bunyi dalam facebook.Dah nama pun laman sosial.tapi cara macam ni SK pun tak suka.Jangan terlalu taasub sangat dengan parti atau persatuan.

Walaupun berbeza ideologi politik, kita tidak sepatutnya meninggalkan komen yang berbaur ugutan lagi-lagi melibatkan individu penting dalam negara macam PM kesayangan kita ni.hahaha
 
siasahkini

Tuesday, August 2, 2011

Najib Tipu Rakyat Lagi, Tak Pernah Pun Tawarkan Stadium

Najib Tidak Pernah Tawar Stadium Shah Alam - Maria Chin
SHAH ALAM 2 OGOS : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah menawarkan Stadium Shah Alam kepada sekretariat Bersih 2.0 untuk mengadakan himpunan aman rakyat menuntut penambahbaikan dalam sistem pilihan raya negara.

Ahli sekretariat Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata Najib jelas mahu kembali meraih kepercayaan rakyat dengan menyatakan beliau menawarkan stadium tersebut tetapi ditolak sekretariat.

"Itu adalah fakta, kalau dia masih nak teruskan dia ada cakap demikian bagi kita buktilah dalam media di mana dia kata (tawar stadium) Shah Alam?," tegas Maria.

Maria mengakui, Najib memang menawarkan himpunan aman tersebut dilakukan didalam stadium, namun beliau tidak sesekali pernah menamakan stadium yang dimaksudkannya, sehinggalah sekretariat berkeputusan mahu menjayakannya di Stadium Merdeka, yang terletak di Kuala Lumpur.

"Saya rasa sangat kecewa apabila beliau (Najib) memutar-belitkan kenyataan sebelum ini yang beliau (ada) tawarkan Stadium Shah Alam, dalam kenyataannya sebelum ini Najib tidak pernah menyebut atau menawarkan mana-mana stadium sehingga kami (penganjur Bersih) memutuskan memilih stadium Merdeka.

Najib harus memberitahu perkara sebenar," kata Maria. Najib semasa merasmikan Persidangan Tahunan Pemimpin Mahasiswa Malaysia Summit (MSLS) Kelima kelmarin menyatakan beliau sebenarnya mahu menawarkan Stadium Shah Alam untuk himpunan tersebut, namun ditolak.

“Kita cadangkan stadium tapi tidak diterima, mereka masih mahu turun ke jalan. "Dalam pemikiran saya, saya mahu berikan Stadium Shah Alam tapi mereka tolak,” kata Najib.

Najib juga berkata, beliau menawarkan untuk himpunan aman tersebut diadakan didalam stadium ekoran ia adalah saluran yang betul dan menjamin keselamatan peserta himpunan.

“Kita mahu ia (perhimpunan) dilakukan ikut saluran yang betul, sebab itu kita tawarkan stadium. Mengapa kita tawarkan stadium? Supaya mereka boleh berucap dan tidak turun ke jalanan kerana tiada sesiapa yang boleh jamin perhimpunan di jalan tidak akan timbulkan apa-apa masalah," jelas Najib.

Mengulas kenyataan Najib itu, Maria berkata sebaik sahaja dinasihati Yang Di-Pertuan Agong (YDPA), Tuanku Mizan Zainal Abidin agar mengadakan himpunan tersebut didalam stadium, sekretariat akur dan memilih Stadium Merdeka.

Namun, tatkala itu Najib mengubah kenyataannya dan berkata, mana- mana pertubuhan yang ingin melakukan himpunan mestilah berdaftar dibawah Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Tindakan 'flip- flop' Najib itu mengundang pelbagai kritikan daripada 62 Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO), pemimpin Pakatan Rakyat dan rakyat marhaen.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibarhim sebelum ini menawarkan Stadium Shah Alam untuk menjayakan himpunan tersebut, namun setelah mengambil kira banyak faktor, sekretariat Bersih 2.0 memilih Stadium Merdeka. 


-tvsnews

Magis banget...bibik2 dan mat2 bangla dah jadi warga negara Malaysia...Syabas BN!!

 
Pengundi baru: Pagi tadi PR, petang ini warganegara
Kurang empat jam selepas Malaysiakini melaporkan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, dia nampaknya telahpun menjadi warganegara.

Dia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana butiran identifikasi dirinya direkodkan.

Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.

Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.

Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang ini menunjukkan hasil yang mengejutkan - Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.

Statusnya pada sistem pengesahan dalam talian SPR kekal sama pada jam 3 petang - pengundi yang baru berdaftar dalam senarai daftar tambahan pemilih yang dipamerkan oleh semakan umum.

Penawar (NGO Umno) Desak Najib Letak Jawatan? Mohd Sayuti Omar


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiHXdm_Ere1XcBbFkklpITdX9yy7wuFq1S5mMEx7wxeCGQANgw0szZnvNKJx0xN-1tLqgVtB5NxzMkZSfxLOKT2ko0usrHhb2iEHXnqtO8qOqLgiOL4T492-hvFhq3ygQ0XEZeD3YfmsxRQ/s1600/mrbean.jpgMaklumat yang baru saya terima sebelum jam 12:00 tengah hari tadi agak menggegarkan juga. Berita ini memberi masalah baru kepada perdana menteri yang saat ini sedang sakit lutut dan kini sedang berihat di hospital.

Sumber ini sudah pun memberi bayangan beberapa hari lalu tetapi tidak menceritakan bagi mensuspenkan saya? Lagi pun kejadian yang boleh memggeletarkan lutut Najib itu masih belum berlaku. 

Berita yang dimaksudkan itu ialah mengenai persatuan dianggaotai bekas-bekas wakil rakyat Umno yang bernama Penawar. Persatuan ini dianggotai oleh bekas-bekas wakil rakyat Umno. Ia bukan Mubarak.

Bolehlah dikatakan Penawar ini sebagai persatuan kedua yang melibatkan bekas-bekas wakil rakyat. Ia agak kritis sedikit berbanding dengan Mubarak yang menjadi aji no moto kepada Najib.

Apa ceritanya? Ceritanya Penawar katanya tekah mendesak Najib Razak supaya meletakkan jawatan sebagai perdana menteri. Sebabnya mudah, Najib dikatakan lemah dan tidak dapat menyelesaikan beberapa masalah termasuk masalah negara. Isu kelebaban ekonomi dan kurang minat pelabor untuk datang melabor juga dijadikan penyebabnya.

"Mesyuarat itu diadakan beberapa hari lepas. Ianya dipengerusikan oleh Aziz Shamsuddin, bekas menteri pembangunan luar bandar di zaman Abdullah Badawi dan juga bekas setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad," cerita sumber itu.

Tambahnya hadir sama dalam mesyuarat itu ialah Aziz Yassin (abang kepada Muhyiddin Yassin), Mokhtar Hashim (bekas menteri belia dan sukan), Tamrin Ghaffar (anak Ghaffar Baba) dan beberapa yang lain.

"Biar betul?" tanya saya kepada sumber inginkan kepastian.

"Betul, you boleh chek.." katanya tegas dan penuh yakin.

Saya tidak meragui desakan berkenaan. Usaha untuk menyingkirkan Najib ini sudah lama berjalan. Sebelum ini satu perhimpunan veteran Umno yang dihostkan oleh Sanusi Junid turut menyatakan perkara sama. Sanusi Junid sendiri katanya mengatakan kekesalan kepada Najib apabila perdana menteri itu berlembut dalam soal Melayu kerana hendak menjaga kuasa.

Maklumat terbaru ini sudah pasti menganggui fikiran dan kesiahatan Najib. Walaupun Penawar ini sebuah Ngo nyamuk tetapi suara mereka tetap memberi kesan kepada pentadbir Najib dan juga wibawa Najib sebagai perdana menteri.

Kalau desakan nakal yang menyenakkan dada begitu dibuat oleh Ngo di luar Umno dan tidak ada kena mengena dengan Umno tidak menjadi masalah. Tetapi bila ianya disuarakan oleh Ngo Umno sendiri ini sudah ada masalah. Apakah desakan itu menjadi pencetus ke arah untuk menumbangkan Najib?

Sama-sama kita tunggu protes secara senyap ini
 

Muhyiddin atur langkah, Najib semakin goyang ???


Perkembangan politik yang berlaku mutakhir menampakkan usia Najib sebagai Perdana Menteri dari BN bakal berakhir dalam masa terdekat. Siapakah manusia yang paling malang sekiranya Najib tersungkur? Rosmah Mansor atau Rosmah Puaka?

Antara faktor paling ketara adalah bagaimana Najib dibiarkan menerima kesan negatif ekoran kegagalan beliau menangani isu Bersih 2.0 dengan baik.

Amat malang sebagai seorang perdana menteri apabila beliau gagal menunjukkan sikap negarawannya berhubung isu demontrasi dan tuntutan Bersih.

Sebagai seorang perdana menteri, beliau boleh mengatasi isu ini dengan mudah sahaja kerana tuntutan Bersih (baca di sini) hanya lapan sahaja, bukan lapan ratus atau lapan ribu.

Namun Najib mengambil sikap untuk berhadapan dengan rakyat sendiri menerusi cara keganasan seperti mana yang dirakamkan (keganasan anjing Umno di sini l di sini l di sini l di sini l lihat video di sini l dan tonton video pengakuan demonstran terhadap keBINATANGAN polis) oleh berbagai media alternatif. (dan baca berita-berita berkaitan Bersih 2.0 di sini)

"Malah saya beranggapan isu tidak perlu tunaikan tuntutan Bersih  ini sengaja dicipta oleh pihak dalaman Umno sendiri yang ingin menjatuhkan Najib sebagai perdana menteri kerana mereka sudah bosan dengan tingkah laku beliau mutakhir.

"Apatah lagi dengan sikap isteri beliau yang sangat berlawanan dengan apa yang ditunjukkan oleh semua isteri perdana menteri sebelum ini.

"Jika Muhyiddin pernah sebutkan agar Pak Lah berhenti sebagai perdana menteri dalam mesyuarat tertinggi Umno, tidak mustahil sekali lagi beliau akan berbuat demikian kepada Najib," kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

(Dalam diam Muhyiddin mengatur langkah untuk merampas jawatan PM daripada Najib)

Menurutnya, terdapat banyak pihak di dalam Umno yang tidak berpuas hati dengan tingkah laku pasangan itu dalam membawa diri sebagai perdana menteri dan isteri.

Lebih-lebih lagi, bila munculnya isu cincin berharga RM24 juta (di sini), beg tangan RM1 juta dan sikap isterinya dalam membeli belah ketika di luar negara.

Kerajaan Rakyat

MB Kedah stabil, dirawat di IJN - Mari Kita Doakan !!



KUALA LUMPUR, 2 Ogos: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang dimasukkan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur untuk pemeriksaan jantung berada dalam keadaan stabil.

Bernama yang memetik kenyataan Setiausaha Akhbar beliau, Mohd Helmi Khalid sebagai berkata menteri besar itu yang menghidap penyakit darah tinggi dimasukkan ke IJN Jumaat lalu selepas mengadu sakit jantung.

"Doktor yang memeriksa beliau mendapati satu saluran ke jantungnya ada masalah (tersumbat) dan menasihatkan Menteri Besar tinggal lebih lama untuk dirawat, selain bagi menstabilkan tekanan darahnya.

"Kesihatan Menteri Besar dalam keadaan stabil sekarang, tetapi saya tidak tahu bila doktor akan membenarkan beliau keluar dari IJN," katanya.

Mohd Helmi berkata doktor juga tidak membenarkan Azizan menerima pelawat bagi mengelak gangguan terhadap proses rawatan dan membolehkan tekanan darah beliau kembali normal dengan lebih cepat.

Bagaimanapun, beliau berkata Sultan dan Sultanah Kedah serta beberapa anggota Exco kerajaan negeri itu sempat menziarahi Azizan di IJN hari ini.

Ceramah DSAI Kepada Pemandu2 Teksi !!




Monday, August 1, 2011

TERKINI : Keadaan Anak Saya MOHD RAZMIE !!




01 OGOS 2011 - Syukur Alhamdullillah, berkat doa sanak saudara dan teman2 kalian semua, keadaan anak saya yang mendapat kemalagan jalanraya pada hari Khamis, 21 Julai 2011..telah beransur pulih.

Hari ini hari pertama balutan bekas operasi sebanyak dua kali telah dibuka, dan dihantar kebilik PHYSIOTHERAPY dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.. dan hari pertama juga dia berdiri dan merasa agak pening. Mengikut Doktor, anak saya itu harus diberi senaman selama 5 - 7 hari sebelum dibenarkan pulang kerumah.

Dikesempatan ini, saya dan isteri serta keluarga mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada teman2 yang datang melawat dan mendoakan beliau. Semuga Allah SWT memberkati dan merahmati kehidupan kalian semua dari dunia sampai akhirat...Amin.

Wassalam,


ZAKRI ALI RANGKUTI & KELUARGA

Perbicaraan Kes Dr Ling Bermula Hari Ini


KUALA LUMPUR 1 OGOS : Perbicaraan kes penipuan pembelian tanah bernilai RM1.08 bilion berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang membabitkan bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik bermula di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, hari ini.

Kes itu didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmadi Asnawi dan dijangka 40 saksi akan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan tersebut.

Pada 29 Julai 2010, Dr Ling didakwa atas satu tuduhan utama dan satu tuduhan pilihan menipu kerajaan Malaysia dengan mengelirukan Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan terhadap pembelian tanah di Pulau Indah.

Bekas menteri Kabinet itu didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu antara 25 Sept 2002 dan 6 Nov 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya.

Mengikut pertuduhan utama, Dr Ling didakwa menipu Kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

Penipuan itu dilakukan dengan mengetahui bahawa beliau (Dr Ling) boleh menyebabkan kehilangan kepada Kerajaan Malaysia, yang kepentingannya di dalam urusan yang berkaitan dengan penipuan itu, beliau terikat oleh suatu kontrak di sisi undang-undang untuk melindungi.

Bagi pertuduhan utama, Dr Ling dituduh mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun, denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pilihan, Dr Ling didakwa menipu Jemaah Menteri dengan curangnya menyembunyi fakta serupa pada tempat dan tarikh yang sama, mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dr Ling mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu.

Pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah dan Manoj Kurup manakala Dr Ling diwakili peguam Wong Kian Kheong.
Berita TVS

Pilihanraya Olok-olok BN Buktikan PR Bakal Tawan Putrajaya ??


Pilihan raya olok-olok: BN boleh hilang Perak, Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR, 1 Ogos — Barisan Nasional (BN) boleh kehilangan Perak dan Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-13, demikian menurut keputusan pilihan raya olok-olok melainkan parti-parti komponennya meletakkan muka-muka popular yang berpotensi dan memastikan jentera di peringkat akar umbi menjana sokongan pengundi.

The Malaysian Insider difahamkan pilihan raya latihan yang diadakan baru-baru ini menunjukkan BN boleh kehilangan sehingga 15 daripada 56 kerusi di Johor, dikuasai Pakatan Rakyat (PR).

Persekitaran itu tidak pernah diduga tetapi BN telah hilang enam kerusi di Johor pada pilihan raya umum 2008.

Daripada enam kerusi itu PAS menguasai dua manakala DAP pula empat.

Difahamkan Perlis, di mana BN menguasai 14 daripada 15 kerusi, kemungkinan akan kehilangan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri dan salah satu daripada tiga bahagian Parlimen di tangan Pakatan Rakyat disebabkan kemarahan penduduk negeri itu mengenai isu Wahabi termasuk tindakan meletakkan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dalam senarai pengganas.

“Pilihan raya olok-olok ini menunjukkan banyak kelemahan. Dan, isu Wahabi tidak membantu,” kata satu sumber Umno kepada The Malaysian Insider.

Seorang pemimpin Umno yang semakin meningkat juga memberikan sentimen yang sama sambil menegaskan, BN perlu meletakkan muka-muka baru untuk menyegarkan kedudukan perikatan itu sementara memastikan jentera peringkat bawah peringkat aktif bagi mendapatkan sokongan menyeluruh.

“Masalahnya ialah jentera Umno boleh bekerja jika diberikan motivasi, tetapi ahli parti komponen kelihatan tidak diberikan motivasi,” kata pemimpin Umno itu.

Beliau mendedahkan bahawa Umno hanya boleh menang 27 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri di Perak meskipun BN memerintah semula negeri itu sejak awal 2009 ekoran tindakan melompat parti melibatkan tiga wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.

Pada Jun lalu, Umno negeri itu yakin boleh menang 33 kerusi dengan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menolak laporan The Malaysian Insider bahawa kemenangan hanya boleh dipastikan jika calon yang betul dipilih kali ini.

Difahamkan beberapa pemimpin Umno bahagian di Perak keberatan untuk berkempen atau mendaftar pemilih baru melainkan mereka pasti akan menjadi calon pilihan raya umum ke-13.

“Umno Perak kuat dan boleh menang 33 kerusi negeri tetapi pemimpin-pemimpin bahagian tidak mahu bergerak kecuali mereka atau calon pilihan mereka diturunkan,” kata sumber Umno ketika itu.

Pada Mac 2008, Umno bertanding di 34 daripada 59 kerusi Dewan Undngan Negeri di Perak dan menang 27 kerusi manakala MCA pula satu. Pakatan Rakyat memperoleh 31 kerusi.

“Keadaan tidak berubah di Perak dan kini keadaan yang sama wujud di Negeri Sembilan memandangkan pembangkang menjadi semakin kukuh, melihat pada kemungkinan Datuk Seri Mohamad Hasan tidak akan kekal sebagai menteri besar,” kata sumber Umno.

Mohamad disebut-sebut akan bertanding kerusi Parlimen.

Kata sumber itu, mereka melobi dengan kuat untuk mendapatkan kerusi Menteri Besar Negeri Sembilan.

“Tetapi mereka lupa bahawa kemenangan ketika pilihan raya umum 2008 adalah tipis,” katanya lagi.

Di negeri itu, BN menguasai 21 daripada 36 kerusi manakala 15 dimenangi Pakatan Rakyat, yang yakin untuk mengambil alih negeri itu kali ini.

Pakatan Rakyat yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS kini menguasai kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor selain memperoleh 82 kerusi Parlimen.

Perikatan itu menyasarkan akan memperoleh lebih banyak kerusi kali ini dan mengurangkan lagi majoriti BN pada pilihan raya umum ke-13.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak memberi bayangan bila pilihan raya umum akan diadakan tetapi timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberitahu BN agar bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum dalam waktu terdekat.

Kebanyakan penganalisis dan pemimpin pembangkang menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh setahun ini tetapi ada juga mengatakan ia kemungkinan diadakan seawal November ini selepas Bajet 2012 dibentangkan di Parlimen awal 7 Oktober dan sebelum perhimpunan agung tahunan Umno.-TMI 

Artikel rogol amah: Blogger buat rayuan Joseph Sipalan Ogos 1, 11 1:08pm Kongsi 11 Penulis blog Amizudin Ahmat yang diarahkan membayar ganti RM300,000 kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim kerana memfitnah menteri itu dalam satu artikel memfailkan rayuannya hari ini. NONERayuan itu difailkan melalui peguam belanya, Ong Chin Wen (kanan, berkaca mata) yang berkata “mereka memounyai asas untuk merayu” terhadap penghakiman berkenaan. Beliau bagaimanapun tidak memberikan butirannya kerana perkara itu “masih dalam perbincangan.” Pada 1 Jan lalu, Rais, 69, memfailkan saman terhadap Amizudin, 42, yang juga anggota jawatankuasa Pemuda PKR. Tindakan itu berhubung artikel yang disiarkan dalam blog, sharpshooterblogger.blogspot.com pada atau sekitar 28 Disember tahun lalu yang menuduh menteri itu merogol pembantu rumah Indonesianya. Dalam samannya, Rais berkata artikel berbahasa Melayu itu berniat jahat dan memfitnah beliau serta bermaksud beliau melakukan kesalahan besar merogol dan mampu membunuh pembantu rumah beliau dari Indonesia. NONESeorang wanita yang pernah bekerja dengan menteri itu kemudiannya telah memberitahu sebuah portal berita Indonesia bahawa beliau tidak pernah dirogol atau dilayan dengan buruk oleh majikannya itu. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datin Zabariah Mohd Yusof pada 19 Julai lalu memerintahkan Amizudin (kanan) membayar RM300,000 sebagai ganti rugi kepada Rais dan juga RM100,000 dalam bentuk kos kepada Rais. Dalam penghakimannya, Hakim Zabariah berkata bahawa setelah mengambil kira fakta dan bentuk fitnah yang dilakukan oleh Amizudin dalam blognya dan juga nilai wang semasa, jumlah yang diberikan kepada Rais adalah munasabah.


NONEPenulis blog Amizudin Ahmat yang diarahkan membayar ganti RM300,000 kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim kerana memfitnah menteri itu dalam satu artikel memfailkan rayuannya hari ini.

Rayuan itu difailkan melalui peguam belanya, Ong Chin Wen (kanan, berkaca mata) yang berkata “mereka memounyai asas untuk merayu” terhadap penghakiman berkenaan. Beliau bagaimanapun tidak memberikan butirannya kerana perkara itu “masih dalam perbincangan.”

Pada 1 Jan lalu, Rais, 69, memfailkan saman terhadap Amizudin, 42, yang juga anggota jawatankuasa Pemuda PKR. Tindakan itu berhubung artikel yang disiarkan dalam blog, sharpshooterblogger.blogspot.com pada atau sekitar 28 Disember tahun lalu yang menuduh menteri itu merogol pembantu rumah Indonesianya.

Dalam samannya, Rais berkata artikel berbahasa Melayu itu berniat jahat dan memfitnah beliau serta bermaksud beliau melakukan kesalahan besar merogol dan mampu membunuh pembantu rumah beliau dari Indonesia.

NONE

Seorang wanita yang pernah bekerja dengan menteri itu kemudiannya telah memberitahu sebuah portal berita Indonesia bahawa beliau tidak pernah dirogol atau dilayan dengan buruk oleh majikannya itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datin Zabariah Mohd Yusof pada 19 Julai lalu memerintahkan Amizudin (kanan) membayar RM300,000 sebagai ganti rugi kepada Rais dan juga RM100,000 dalam bentuk kos kepada Rais.

Dalam penghakimannya, Hakim Zabariah berkata bahawa setelah mengambil kira fakta dan bentuk fitnah yang dilakukan oleh Amizudin dalam blognya dan juga nilai wang semasa, jumlah yang diberikan kepada Rais adalah munasabah.


Malaysiakini

Al Fatihah : Penyanyi Veteran Hasnah Haron Kembali Ke Rahmatullah Pagi Tadi

JOHOR BAHRU - Penyanyi popular lewat tahun 60-an, Hasnah Haron, 64, meninggal dunia akibat penyakit kanser pangkal rahim di Hospital Sultan Ismail, di sini kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Jenazah Hasnah yang popular dengan lagu-lagu seperti Bersedih, Sabar Menanti dan Siti Zubaidah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, di sini selepas Solat Asar. 
 
 
 
 
 
 
 

Banner PAS Sempena Ramadhan Dibuang, di Beaufort, Sabah !!

Ketua Penerangan Pas Sabah, Hisammuddin Sulaiman menolak tindakan pihak tertentu yang sengaja membuang banner dan sepanduk sempena Bulan Ramadhan yang dikeluarkan oleh Pas kawasan di Beaufort dan Sepitang.

Tindakan tidak bertamadun itu dibuat dengan arahan oleh puak yang dengki dengan PAS,sedangkan banner dan sepanduk telah disahkan dan dibuat mengikut prosedur yang betul di pejabat Daerah.

Bulan ramadhan adalah bulan yang mulia,semua pihak perlu menghormati antara satu sama lain tetapi tindakan kebudak-budakan seperti itu,mengakibatkan kebencian dan menghalang syiar Islam di Sabah ini.

Umno Sabah perlu tegas dalam menasihati puak-puak yang menghalang SYIAR Islam di Sabah dan jangan bersikap "bagai katak bawah tempurung".Pas hanya mahu mengembangkan syiar ISLAM di bulan Ramadhan,kenapa perlu buang banner-banner hanya untuk menjaga kepentingan parti tertentu.

Pas Sabah menasihatkan puak-puak ini agar insaf dengan tindakan seperti buang banner,banting dan seumpamanya yang diberi keizinan oleh Majlis Daerah.

"Wakil rakyat UMNO perlu sedar dan perlu bertanggungjawab untuk menasihatkan pihak-pihak yang buat tindakan seperti ini agar tidak mencemar syiar Islam ini",tambah Hisammuddin.

http://paspensiangan.blogspot.com/

Krisis Dawama-DBP, lebih 400 pekerja diarah cuti tanpa gaji - Dicatat oleh Tuk Kiyai


KUALA LUMPUR, — Syarikat konsesi mencetak dan mengedar bahan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dawama Sdn Bhd telah mengarahkan kesemua pekerjanya, dianggarkan lebih 400 orang, mengambil cuti tanpa gaji bermula esok ekoran masalah kewangan dihadapinya.

Notis itu yang menggariskan pertikaian dengan DBP sebagai alasan, agensi terletak di bawah Kementerian Pelajaran, sebagai punca kepada tindakan tersebut.

Dawama dilaporkan berhadapan dengan masalah kewangan rumit.

The Malaysian Insider menghubungi Dawama beberapa kali, tetapi tiada respons daripada pengurusan mengenai perkembangan terbaru ini.

Tindakan mengejutkan pekerja ini diambil ketika umat Islam memasuki bulan Ramadan, dijangka esok. Majoriti pekerja Dawama beragama Islam.

Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Dawama Sdn Bhd Zainal Awit berkata, pihaknya menerima notis berkenaan Khamis lalu mengatakan semua pekerja perlu bercuti tanpa gaji sehingga pertikaian dengan DBP selesai.

“Bila pertikaian itu akan selesai, bila kami boleh balik bekerja, kami tidak tahu... tetapi kami diminta mengambil cuti tanpa gaji, bermakna tiada gaji, tiada tarikh bila ia akan berakhir,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Zainal berkata, mengikut notis yang dikeluarkan kepada kesemua pekerja, Dawama mengatakan bahawa pihaknya sedang berhadapan dengan pertikaian ekoran keingkaran DBP mematuhi konsesi yang dimeterai satu dekad lalu.

“Sehingga pertikaian ini diremedikan, kami diminta mengambil cuti tanpa gaji... sampai bila? Esok, lusa sudah mula bulan Ramadan, kemudian Hari Raya Aidilfitri,” kata beliau yang turut terkejut bagaimana majikannya boleh berhadapan dengan masalah kewangan sedangkan “maklumat kami menunjukkan syarikat sepatutnya membuat keuntungan sehingga RM60 juta setiap tahun.”

“Dawama mencetak dan mengedarkan buku teks, buku dan majalah, di mana ia sepatutnya tidak rugi. Tetapi kami difahamkan ia berhadapan dengan masalah termasuk tidak mampu membeli kertas,” kata beliau yang mengakui pernah mengadu isu itu kepada Kementerian Pelajaran.

“Tetapi, disebabkan tindakan itu, saya telah digantung tugas selama 14 hari dan apabila saya mula balik untuk bekerja Khamis lalu, kami terima notis ini,” katanya lagi.

Esok, kesemua pekerja Dawama akan berkumpul pdi pekarangan ibu pejabat Dawama di Hulu Klang untuk membuat pendirian dan tindakan susulan mereka.

The Malaysian Insider membawa laporan pada 27 Jun lalu, DBP dan Dawama berhadapan dengan ‘perang dingin’ — dipercayai meruncing bulan lalu di sebalik isu kemerosotan penjualan dan cetakan buku dan majalah terbitan agensi itu sejak beberapa tahun lepas.

The Malaysian Insider juga difahamkan pengurusan kedua-dua entiti itu kini memasuki satu persekitaran yang sangat parah dengan dikatakan tidak dapat bersemuka dalam menyelesaikan isu mereka, sekali gus meletakkan DBP dalam keadaan serba salah.

Sumber itu juga berkata, hubungan tidak mesra itu wujud selepas DBP memutuskan untuk melantik pihak ketiga bagi mencetak buku-buku teks agar ia dapat dibekalkan kepada sekolah menjelang Ogos.

Malah difahamkan ‘perang dingin’ DBP dan Dawama meruncing sehingga ke tahap menutup ‘pintu’ kepada pengurusan agensi itu ekoran selepas kata dua Ketua Pengarah DBP Datuk Termuzi Abdul Aziz baru-baru ini — yang memberi satu tempoh kepada Dawama agar melakukan penambahbaikan dalam mengatasi masalah kemerosotan penjualan dan cetakan buku dan majalah terbitan sejak beberapa tahun lepas.

Dawama diberi tanggungjawab mencetak dan memasarkan bahan bacaan terbitan DBP menerusi kontrak yang ditandatangani pada 1 September 2002 dan sejak itu berlaku kemerosotan yang agak ketara daripada segi cetakan dan jualan.

Tempoh kontrak dengan syarikat konsesi itu adalah selama 12 tahun dan akan tamat pada 2014.

Dua minggu lalu, Termuzi memberi jaminan buku teks akan tetap sampai di sekolah sebelum sesi persekolahan 2012 bermula.

Kini, DBP sedang menggunakan khidmat pihak ketiga untuk mencetak buku-buku teks dan 10 majalahnya termasuk edisi bulan Julai yang tidak dapat dicetak dan diedarkan awal bulan ini.
P/s: Mungkin benar dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa Dawama ialah sebuah syarikat kroni yang tidak berkeupayaan dan sudah lama menjadi bahan lucu di kalangan penerbit tempatan.

Read more: http://kafesantai.blogspot.com/#ixzz1TjK1sq7U

Kontrak: Lim anggap MCA berfahaman sempit !!

BUTTERWORTH: Tindakan Ketua Wanita MCA Pulau Pinang, Tan Cheng Liang mempertikai kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng, kerana didakwa memberi kontrak Jabatan Pengaliran dan Saliran Pulau Pinang kepada kontraktor Bumiputera dan India Muslim dianggap sebagai tidak matang dan berfahaman sempit.

Katanya, sikap yang ditunjukkan oleh MCA tidak jauh bezanya dengan Umno yang menjadi rakan karib dalam BN.

"Jika kerajaan negeri membantu masyarakat Melayu, MCA akan mendakwa kita meminggirkan masyarakat bukan Melayu. Sekiranya kita membantu masyarakat bukan Melayu, Umno pula akan mendakwa kita meminggirkan masyarakat Melayu.

"Sekiranya pemikiran dan sikap begini masih lagi menjadi ikutan dan amalan, maka pembentukan sebuah masyarakat majmuk yang hidup harmoni, tanpa prejudis tidak akan tercapai.

"Oleh kerana itulah, apabila Umno seolah-olah gila talak kerana hilang kuasa, maka MCA juga kempunan untuk mengikut rakannya dengan menyalak tanpa hala tuju yang positif," ujarnya pada perasmian Jalan P Patto di Mak Mandin pagi tadi.

Sehubungan itu katanya, seandainya kuasa diberikan kepada BN, tidak mustahil banyak perpecahan dalam hubungan antara kaum akan terus berlaku, apabila perjuangan bangsa seperti yang diamalkan oleh komponen BN menjadi amalan.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Bagan, turut menyeru MCA supaya menyedari hakikat bahawa mereka bersama-sama dengan MIC dan Gerakan, sudah tidak mampu lagi untuk mengembalikan keyakinan rakyat, terhadap perjuangan mereka bagi membela nasib rakyat di Pulau Pinang.

Hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Lim Kit Siang, Karpal Singh dan barisan exco serta kepimpinan kerajaan negeri.

btmmari.blogspot.com

HANYA TINGGAL 10% SAJA YANG MASIH MENYOKONG NAJIB ??

PM terima 20,000 ucapan hari lahir dan lebih 200,000 minta beliau letak jawatan


Media Sabtu lalu melaporkan bahawa Perdana Menteri menerima  20,000 ucapan hari lahir sempena hari lahirnyapada 23 Julai lalu. Pada masa yang sama beliau menerima lebih dari 200,000 'ucapan' supaya meletakkan jawatan dalam laman facebook 100,000 gesa PM letak jawatan. 

Alangkah baiknya jika PM meletakkan jawatan dalam Ramadhan ini lantaran kegagalan beliau mentadbir Malaysia khususnya dalam urusan melayani rakyat pada peristiwa BERSIH 2.0, penahanan 6 orang rakyat dengan ordinan darurat, kegagalan mempertahankan hak asasi manusia, kegagalan sistem pilihanraya, kegagalan mempertahankan sistem federalisme, menzalimi rakyat Kelantan dengan menafikan hak royalti minyak dan lain-lain

Sempena bulan baik dan hari baik ini adalah lebih baik kiranya beliau melepaskan jawatannya dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas apa juga kesalahan dan kezaliman yang dilakukan selama ini. Rakyat sudah akan mengenang beliau sebagai seorang pemimpin negara jika beliau berjiwa besar memohon maaf kepada rakyat.

Jumlah ucapan hari lahir yang hanya 20,000 menunjukkan bahawa rakyat tidak senang dengan pentadbiran beliau. Jumlah itu hanya layak untuk seorang Adun atau Ahli Parlimen biasa. Sudah tiba masanya Perdana Menteri memikirkan masa untuk bersara dengan serius.
 
Mutaligat

Mengapa Tiba-tiba Mat Sabu Gelakkan Pak Jib..??


Mungkinkah Mat Sabu akan gelakkan Pak Jib,kerana hari tu mereka gelakkan abg mat kata Mat Sabu berpura-pura sakit lutut,bila dah kena operet baru semuanya terdiam.Kini tiba-tiba Pak Najib pulak kena bedah lutut...Kah..kah..kah..
Mat Sabu pulak akan gelak dan kata Pak Jib penipu..??Sory la beb..Orang Pas bukan macam itu..Orang sakit kita kena simpati,jangan ikut resam Umno Haprakkk..Orang lain semuanya Menipu yang betul hanyalah mereka sahaja.

Datuk Seri Najib Tun Razak malam Ahad mendaftar masuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pembedahan kecil pada lutut kirinya Isnin.

Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anak mereka, Nooryana Najwa serta Norashman Razak, tiba di Wad Diraja HKL pada jam 10 malam.

Khamis lepas semasa mengadakan lawatan kerja ke Kedah, Najib memaklumkan kepada pemberita bahawa beliau akan menjalani pembedahan itu ekoran kecederaan dialaminya semasa melakukan sepakan penalti ketika bermain futsal sempena sambutan Hari Belia pada Mei lepas.

Perdana Menteri berkata pembedahan itu tidak mengambil masa lama untuk pulih, dan beliau dijangka boleh bekerja semula selepas tiga hari menjalani pembedahan.

Sebelum ini, lutut tersebut pernah tercedera semasa Najib bermain bola sepak ketika menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan dalam perlawanan terakhir bersama bekas legenda bola sepak negara Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.
Najib menjadi Menteri Belia dan Sukan dari Ogos 1986 hingga Oktober 1990 
- mstar

Najib Jalani Pembedahan Lutut Di HKL, Isnin

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak malam Ahad mendaftar masuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pembedahan kecil pada lutut kirinya Isnin.


Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anak mereka, Nooryana Najwa serta Norashman Razak, tiba di Wad Diraja HKL pada jam 10 malam.

Khamis lepas semasa mengadakan lawatan kerja ke Kedah, Najib memaklumkan kepada pemberita bahawa beliau akan menjalani pembedahan itu ekoran kecederaan dialaminya semasa melakukan sepakan penalti ketika bermain futsal sempena sambutan Hari Belia pada Mei lepas.


Perdana Menteri berkata pembedahan itu tidak mengambil masa lama untuk pulih, dan beliau dijangka boleh bekerja semula selepas tiga hari menjalani pembedahan.


Sebelum ini, lutut tersebut pernah tercedera semasa Najib bermain bola sepak ketika menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan dalam perlawanan terakhir bersama bekas legenda bola sepak negara Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.


Najib menjadi Menteri Belia dan Sukan dari Ogos 1986 hingga Oktober 1990. 

- BERNAMA

Najib Mengaku Boleh Manipulasi Undi ??

Akhirnya Najib UMNO BN mengaku adanya pengundi hantu yang sebelum ini tidak pernah pun diakuinya. Syabas BERSIH!! Beliau juga komited untuk menangani isu pengundi hantu menjelang pilihan umum ke-13 [yang ini hanya baca dahulu, percaya jangan!!]

“Kita komited mahu lakukan transformasi pilihan raya, kita juga mahu tangani isu pengundi hantu".


Najib juga mengakui boleh memanipulasi pilihanraya. Baca kenyaannya yang berikut.


“Kerajaan PAS di Kelantan sebelum pilihan raya umum 2004, mereka hanya menang dengan majoriti satu kerusi, jika anda rasa kita boleh manipulasi undi tak mustahil untuk kita dapatkan tiga undi.


“Jika kata SPR tidak telus... tuduh kita manipulasi undi,
kita boleh buat tapi kita tidak mahu lakukan,” kata Najib.
Kita boleh buat. Maksudnya sememangnya Najib UMNO BN boleh memanipulasi undi dan memperkudakan SPR. Ini kenyataan Najib. .....tapi kita tidak mahu lakukan [lagi ayat ini tidak boleh dipercayai]

Kerajaan PAS di
Kelantan menang kerana  UMNO BN telah kehabisan cara, teknik dan taktik manipulasi dan bukannya kerana UMNO BN tidak melakukannya.
sumber: Ek Ele

Najib mencari ‘Talian Hayat’ - Oleh Dr Dzulkefly Ahmad

Bila penulis menerbitkan satu makalah “General Election in July, folks!” pada 20 Mei lalu, ia bukan bertujuan untuk ‘spin’. Mengimbas kembali, itulah ruang tarikh atau ‘window’ paling wajar menyerang-hendap atau ‘ambush’ Pakatan Rakyat. Pengumuman pembubaran parlimen boleh menjadikan perhimpunan Aman Bersih 2.0, 9-Julai lalu di satu kedudukan yang sukar diberikan tumpuan oleh penganjur. Lebih parah lagi bagi parti-parti politik yang dalam ‘panic mode’. Najib gagal.

Malang buat Umno-BN, Perdana Menteri Najib tidak sehebat pendahulunya. Najib kini sudah kehilangan jendela atau ‘window’ paling strategiknya. Sebaliknya, tidak keterlaluan kalau penulis nyatakan bahawa Najib mungkin sahaja akan kehilangan peluang untuk memimpin dalam perang PRU k-13 ini! Maksudnya, penulis meramalkan Najib akan disingkir sebagai Presiden Umno sekaligus Pengerusi BN sebelum PRU ke-13,.

Begitu sekali? Ya, demi menyelamatkan Umno-BN, Najib akan bakal diketepikan. Sejarah akan berulang. Tun terpaksa diketepikan Umno untuk menyelamatkan parti Melayu itu, sebab telah menjadi ‘liabiliti’ terbesar perjuangan parti mereka. Ternyata strategi itu berbisa dan mengena. Pak Lah menang besar dalam PRU ke-11, April, 2004 itu, bahkan antara terbesar dalam sejarah politik pilihanraya Umno.

Kini Umno sedang menghitung opsyen atau pilihan strategik yang sama. Bezanya Tun diketepikan setelah terlalu lama memimpin; 22 tahun. Najib baru sahaja masuk tahun ketiganya. Najib pun belum pernah menang pilihanraya umum yang dikemudinya sendiri. Besar harapan Najib untuk membuktikan kepemimpinannya.

Mungkin sahaja itu akan tinggal cita-cita. Dia semacam akan tersungkur di garis permulaan tampaknya. Dia sedang menemui ‘ su’ul khatimah’ atau ‘kesudahan buruk’ dalam kerjaya politiknya. Bagi seorang ahli politik tambahan calon negarawan, kesudahan seperti itu amat mengaibkan dan mengerikan sekali.

Mengapa Umno terpaksa singkirkan Najib?

Sebabnya banyak dan terus menonjol. Pendeknya (bukan ‘pendek kata’), Najib telah menjadi ‘liabiliti paling besar’ buat Umno diambang PRU ke-13 ini. Dia telah menjadi seumpama Tun dalam masa yang jauh lebih singkat. Bagi sebuah parti, yang penting ialah survival atau kesinambungan hidup parti untuk terus berkuasa. Pemimpin boleh datang dan pergi. Tak ada siapa yang akan kekal. Tapi parti dan ‘perjuangan’ mesti dipertahankan, walau apapun. Mungkin ‘mantra’ atau ‘maxim’ ini umum dan berkuatkuasa untuk semua. Tempoh tiga tahun ini menyaksikan Najib berusaha keras membuktikan bahawa beliau punya wibawa dan wawasan. Beliau tidak lengah untuk meyakinkan rakyat dan pengundi. Tahap sokongan atau ‘approval rating’ beliau, mengikut dapatan beberapa pusat kajian polls, menunjukkan peningkatan pada peringkat awalnya menjadi PM. Najib telah cuba buktikan bahawa beliau peka kepada soalan ‘pandangan awam’ atau ‘public opinion’ sehingga sanggup mengungkpakan bahawa ‘Era kerajaan tahu semua telah berlalu”. Ketika itu kononnya beliau sanggup mendengar rakyat.

Najib cuba perbaikki imej partinya yang tercalar kerana terlalu angkuh pra PRU ke-12 dengan mantranya “Rakyat di dahulukan dan prestasi diutamakan’. Kesemua itu adalah cubaan gigih Najib untuk baikpulih ‘persepsi’ terhadap partinya. Najib juga cuba mendekati dan melayani warga ‘netizen’ dan golongan muda dalam media baru- facebook dan twitter dan berinteraksi secara maya dan ‘engaged’ secara langsung juga dengan mereka.

Justeru, tidak hairan Najib masih boleh memenangi beberapa pilihanraya kecil sehingga keputusan mutakhir terikat pada kedudukan seri 8-8 sejak selepas PRU ke-12.

Namun amat malang bagi Najib, semakin ghairah beliau membuktikan kepimpinannya, semakin menyerlahkan kelemahan sebenar dirinya, samada pada rakyat atau pengundi dan lebih parah lagi kepada pendukung setia dan ‘warlords’ partinya sendiri, Umno.

Mutakhir ini, ‘tahap sokongan’ atau ‘approval rating’ terus merosot berbanding sedikit waktu dahulu. Tiga tahun adalah lama dalam politik. Pelbagai pergolakan politik nasional, pertentangan agama dan pertelingkahan atas garis ras atau kaum, kemelut rasuah, ketirisan serta kebocoron dalam pengurusan kewangan dan pembangunan Negara, semua menyerlahkan kepemimpinan Najib sebenarnya. Najib seharusnya sedar, tetapi beliau tidak begitu. Beliau semacam dirasuk sindrom penafian.

Samada isu nama Allah, isu kepala lembu atau babi hutan. serangan terhadap rumah ibadat, Interlok, PPSMI, GMI, rampasan negeri Perak dan pelbagai lagi perilakunya dalam beberapa PRK khususnya di Sibu, Serawak dan Hulu Selangor, telah pun menyelak hakikat sebenar ‘dirinya’. Beliau ‘reckless’ atau tidak punya ‘jatidiri politik’ yang wajar disanjungi seumpama bapanya, seorang negarawan.

Sebaliknya kata-kata tidak cermat, seperti ‘you help me dan I help u’ memperkuhkan pelbagai amalan buruk dalam rasuah politik pilihanraya. Memberi kedudukan tinggi orang yang sabit rasuah sementara dia mahu perang rasuah. Dia sinonim dengan tabiat flip-flop, satu ciri yang tidak membuktikan ketegasan. Beliau hanya mahu ‘sokongan’ semua.

Kini Najib berdepan pelbagai ujian getir. Rakyat dan pengundi terus menilai sementara partinya terus cemas serta rimas dengan prestasi Najib dan mutakhir ini gelagat buruk dan perilaku ‘first ladynya’ . Ia memburukkan lagi peluang Najib. Berbelanja besar dan ‘taste’ atau selera hyper-mewah berlawanan dengan anjuran menyuruh rakyat bercermat. RM4.5 juta menganjur Persidangan Wanita Pertama Dunia yang dihadiri 14 wanita pertama kebanyakan dari Negara Afrika bukan satu yang wajar dalam 13 tahun bajet defisit yang ditanggung kerajaan BN.

Beg tangan, gelang tangan mewah dan cincin belian didakwa RM24 juta yang ada hubungkait dengan FLOM itu amat tidak disenangi rakyat yang dianjurkan berjimat dalam mendepani himpitan kos saran hidup yang tinggi. Perbelanjaan besar rumah kediaman PM dan TPM juga dipandang cukup jelek oleh rakyat. Pertikaian pelbagai pihak tentang ‘entourage’ keluar Negara seperti urusan pra-pertunangan di Kazakhstan masih menantikan pertanggungjawaban secara telus dan amanah.

Najib kini kehilangan ’goodwill’nya atau ‘sangka baik’ dan ‘hormat’ rakyat pada dirinya. Ini petanda buruk bagi seorang pemimpin, khususnya ketua sesebuah kerajaan.

Bersih 2.0 pula terus menyerlahkan kepimpinan buruk Najib dan kegagalan beliau menangani cabaran Politik Baru. Kini rakyat-pengundi yang mengalami pencerahaan minda dan kemerdekaan jiwa serta punya keberanian menyatakan segala yang salah yang dilakukan orang politik dan parti-parti politik samada kerajaan atau pembangkang. Najib gagal mendepani tuntutan dan melayani desakan masyarakat sivil sekaligus meletakkan persepsi negatif terhadap diri dan kerajaannya yang semacam mahu terus melindungi yang ‘kotor’ dalam sistem pilihanraya. Ini termasuk hal kekotoran dalam daftar pemilih dan mengundi lebih sekali. Isu dakwat kekal lawan kaedah biometric akan terus menjadi polimik tajam. Najib gagal menangani isu semudah ini. Ataukah beliau mahu menyerlahkan niat jahat kerajaannya?

Kezaliman dan tindakan ganas pihak PDRM terhadap peserta Bersih 2.0 satu hal yang menunjukkan bahawa Najib dan menteri-menteri gagal memahami bagaimana mendahulukan rakyat dan faham bahawa ‘era kerajaan tahu semua sudah berlalu’. Najib mendapat liputan buruk media dalam dan luar Negara, termasuk kritikan dari pimpinan politik dalam partinya seperti Saifudin Abdullah dan Khairy Jamaludin., Kedua-dua tokoh pemimpin muda Umno. Mungkin ramai yang takut bersuara.

Tidak pernah disaksikan betapa masyarakat ‘netizen’ media sosial memarahi pemimpin parti politik seteruk kali ini. Tetapi dengan Najib ini, selepas Bersih 2.0, lebih 200,000 warga sebuah facebook menuntut Najib berundur segera. Ini cukup menyiksakan seorang pemimpin!

Semacam tidak memahami realiti akar umbi, Najib terus membuka pelbagai ‘front’ memerangi rakyat-pengundi yang sepatutnya dimenangi hati-budi mereka. Umno-BN terus memerhatikan Najib yang bertindak ‘sumbang’ mungkin dengan nasihat pelbagai firma ‘consulting’nya termasuk APCO, yang tidak tahu waqi’ atau realiti politik Negara dan salur-galur psiki orang Melayu, kaum Cina-India dan ratusan etnik dari sabah dan Sarawak.

Najib wajar melebarkan lingkungan kawan dan memperkcilkan lawan. Perilaku mencetuskan kesan sebaliknya. Najib tidak tahu bahawa beliau punya musuh dalam selimut. Najib melalui sepupunya Hishamuddin menahan 6 pemimpin Parti Sosialis Malaysia, yang hari ini dinobat sebagai PSM06 atau EO6. Dr Jeyakumar, MP Sg Siput yang juga ditangkap telah memulakan mogok laparnya. Atas tekanan rakyat, penulis meramalkan mereka akan di bebaskan. (Telah pun).

Najib mengundang amarah kaum India, yang sokongan mereka belum pasti akan kembali kepada BN. Menteri Sumber Manusia dari MIC dan Presiden telah ‘broke-rank’ lantas mengecam kerajaan Najib atas tahanan di bawah Ordinan Dharurat 1960. Kini seluruh lapisan rakyat sivil dan politik Pakatan bergandingan untuk membebaskan tahanan EO6 ini.

Front perang antarabangsa juga dibuka oleh Najib ketika secara ‘terdesak’ mengambil tindakan menahan lantas ‘mendeport’ William Bourdon, peguam hak asasi manusia yang menjadi peguam sebuah NGO, Suara Rakyat Malaysia, SUARAM, yang mengangkat pendakwaan rasuah dalam perolehan kapal selam Scorpene di Mahkamah Perancis.

Peguam yang datang untuk berucap dalam program ‘fund raising’ Suaram bagi membiayai kes perbicaraan terhadap dakwaan rasuah syarikat Perancis DCNS yang membekalkan kerajaan Malaysia kapal selam scorpene, akhirnya dihantar pulang setelah didakwa melanggari peraturan visa kemasukannya. Sekali lagi rakyat dan dunia memerhatikan apa pulak yang cuba dilindungi Najib kali ini. Kes akan didengari di Mahkamah Perancis pada bulan September tahun ini.

Bermakna Najib kini terpaksa berdepan dengan risiko besar dengan apa yang bakal didedahkan siasatan peguam Suaram ini. Mampukah Najib mengangkis persepsi buruk ini, jika sebutan itu membabitkan orang kepercayaannya? Mampukah Umno menerima dampak buruknya seandai dapat di dedahkan Willaim Bourdon nanti skandal perolehan scorpene tentang siapa antara penerima RM540 juta itu?

Najib terus ditimpa nasib malang kerana mantra keramat “1-Malaysia” nya pada awalnya adalah memenangi pengundi kaum Cina dan India yang telah menyokong pembangkang. Ini pendekatan ‘inklusif’ atau ‘keterangkuman’nya. Sedari awal mantra ini kurang disenangi oleh partinya sendiri. Ia dilihat terlalu lunak kepada kaum bukan-Melayu. Mahyuddin sedari awal telah menyanggah dengan beliau bertegas dia Melayu dulu ‘Malay first’ sesuai dengan slogan ‘Hidup Melayu’ dan ‘Ketuanan Melayu’ yang didukungi Umno sejak azali.

Pelbagai pendekatan ‘inklusif’ Najib tidak di’kongsi’ oleh partinya dan Perkasa digunakan oleh ‘warlords’ Umno seperti Tun Malhathir untuk membantah segala program Najib termasuk agihan projek MRT dan pelbagai lagi yang dilihat terlalu “1-Malaysia”. Seawalnya Perkasa mahu mengheret Najib sebagai bertindak bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Perkara 153 dsbnya.

Kini Najib bukan sahaja dilihat gagal membaikpulih ekonomi dengan segala program transformasinya bermula NKRA, NKEA, SRI, Model Ekonomi Baru (NEM), ETP dan EPP, tetapi ditanggapi ‘warlord’ partinya sendiri sebagai menghakis ‘penguasaan politik’ dan ‘kedudukan ekonomi’ orang Melayu. Penubuhan Teraju, penghapusan Suruhanjaya Peluang Saksama (EOC) dan pelbagai tindakan bolak-balik dan ‘patah-balik’ tidak dapat merawat ‘kemarahan warlords’ partinya sendiri. Hakikat tentangan dari dalam ini tidak mudah Najib tangani. Ia lebih menusuk jiwanya dari serangan Pakatan Rakyat dan masyarakat sivil.

Mutakhir ini dan sedikit berlain adalah penubuhan Angkatan Amanah Rakyat (Amanah) oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan kawan-kawanya. Ia tidak boleh dipandang mudah oleh Najib. Mereka bukan parti pembangkang dan bukan juga 62 NGOs yang menubuhkan Bersih 2.0. Mereka adalah ahli Umno dan BN, sebahagian besar adalah pemimpin atau mantan pemimpin Umno-BN dan berjawatan dalam kerajaan seperti Kadir Sheikh Fadzil, Syed Hamid Albar, Osu Sukam dan dari MCA seperti Ong Tee Keat. Penentangan mereka adalah atas dasar menentang “korupsi, kronisme dan krisis perkauman” yang membarah dan endemik dalam Umno dan BN.

Mereka juga mahu menjadi kuasa ketiga dan sanggup menentang Najib. Apakah mereka bersedia untuk bersama Pakatan dalam satu “Grand Coalition” untuk menjatuhkan kuasa Najib dan Umno-BN? Apakah ‘game-plan’ atau strategi Ku Li. Tidak jelas sehingga kini. Yang jelasnya mereka sangat marah kepada Najib yang dilhat gagal mengeluarkan Negara dari segala macam krisis yang mereka juga adalah sebahagian darinya satu masa dahulu.

Di persimpangan kritikal ini, Najib semacam keseorangan. Yang jelasnya menyokongnya ialah Rosmah. Kalau cepat dilakukan PRU ke-13, ramai yang mahu terus bertanding akan terus terpaksa bersamanya. Sebabnya dalam tradisi Umno, Presiden menentukan calon-calon. Tetapi kalau lambat, tak siapa pun takut dan segan kepada Najib. Dan masa tidak menyebelahinya. Kalau mahu tunggu lepas Bajet, yakni bulan Oktober-November, skandal Scorpene menghantuinya. Kalau mahu tunggu tahun depan Mac-April, pemilihan partinya menjadi Najib lebih gusar dan gundah gulana.

Di persimpangan ini, kombinasi fraksi 3-M – Mahyuddin, Mukhriz dan Mahathir, dikatakan tidak akan duduk sahaja untuk menyaksikan partinya mereka punah kerana gelagat Najib-Rosmah. Usaha Najib mengembalikan sokongan kaum Cina-India disaksikan sebagai gagal. Umno mungkin sahaja memikirkan supaya jangan buang masa dengan kelompok kaum ini.

Apakah Mahyudin-Mukhriz-Mahathir akan merancang manjtauhkan Najib bagi mempastikan Umno berpeluang untuk terus menguasai kepimpinan Negara? Mampukah fraksi 3-M ini mengekalkan sokongan kaum Cina dan India yang cuba dimenangi Najib? Tentunya tidak. Mampukah Umno bertahan dengan hanya sokongan Melayu yang juga terbelah dua? Apakah mereka ini disokong fraksi Amanah Ku Li?

Umno jelas di kedudukan yang paling parah sejak pasca PRUke-12. Mereka masih belum mendapat sentuhan strategi keramat lagi. Apakah Najib-Rosmah akan terpaksa dikambinghitamkan bagi memberi talain hayat kepada parti Melayu tertua di dunia ini?
 

Najib terus mencari tallian hayatnya untuk kekal bernafas di Putrajaya